iklan

Followers

Pages

Monday, 13 February 2012

Blog-blog aku kena hack, janganlah kejam pada yang lemah!

Semalam aku detect blog aku, Liza @ Adzriel AB ni di hack oleh seseorang seawal 6 pagi. Rupa-rupanya ia melibatkan dua lagi blog yang aku monitor iaitu blog niaga aku Adzrien Shoppe dan blog kakak ipar aku Amani Beg Kraf.

Dua password email aku telah di tukar. Jadi tinggal satu password yang tak ditukar untuk aku log in ke blog aku. Pun begitu, ilmu aku yang sangat basic tentang blog ni belum dapat membuang hack tersebut.

Aku terus berusaha sendirian untuk cuba mendapatkan semula masuk ke email Adzriel aku. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 10.30 pagi dapat juga aku masuk dengan bantuan 'verification code' yang dihantar ke handphone aku. Cubaan untuk masuk ke email Adzrien Shoppe belum juga dapat lagi.

Aku tengok data-data entry aku masih ada di dalam akaun google. Aku tau si hackers tak delete semua tu.

Macam-macamlah aku klik sana sini, cari info dan tinggalkan mesej pada si hamba Allah yang hack blog aku tu. Jenuh juga nak cari hingga dapat contact dia di facebook. Eh! Bila tengok anniversarynya, beza satu hari je dengan aku ye!.. Sebab tu dia minat nak hack aku agaknya.

PM aku ke facebooknya tak berbalas pun. Entah macam mana, aku lihat menu 'Design' tiada seperti biasa, tetapi ada menu 'Template'. So aku ubah templatenya dan blog aku OK seperti biasa.

Pukul 2 petang aku dapat semula email Adzrien Shoppe aku bila usaha aku linkkan ke email personal aku pada pukul 10 pagi sebelum tu berjaya. Jadi aku gunakan cara yang sama untuk pulihkan blog Adzrien Shoppe dan Amani Beg Kraf.

Semua password aku tukar semula kepada yang lain. Itukah yang si hamba Allah hackers tu mahu? Tak baik main-mainkan orang hingga menimbulkan rasa tak suka. Senang-senang je dapat dosa. Ada cara lain lagi nak bagi amaran atau pesanan.

Mungkin dia hack blog aku tu simple saja, maka dapat balik blog aku. Kalau tidak entahlah apa nak jadi. Serius cakap, aku tak belajar IT pun. Ilmu cari kat internet aje dan cuba-cuba klik sana sini.

Apa perasaan mereka agaknya? Bangga dapat hack blog orang lain? Ada 7 blog yang kena, 3 blog yang aku uruskan dalam kotak garisan putus merah tu.

Tadi aku check 4 lagi blog yang kena hack tu. 2 blog diremove, sayangnya! 2 blog lagi masih tergantung kerana hack.

'Nice'? Atau gembira menggodam periuk nasi orang lain. Hidup kita mungkin senang lenang. Rata-rata yang buka niaga di blog tu bukan pandai sangat buat blog pun. Terpaksa minta tolong orang lain yang tau basic saja pun. Nak berniaga secara online untuk cari rezeki yang halal untuk keluarga. Tapi sanggup pula kita 'tepis' tempat mereka berniaga tanpa alasan yang kukuh?

Adakah ini amaran agar tingkatkan lagi security blog kita? Ada yang pandai, ada yang tidak. Cakap terus tak boleh ke jika niat kita tu baik. Samalah seperti mereka yang berniaga di kedai-kedai. Ada yang mampu pasang alat security yang canggih, ada yang sekadar tutup pintu dan pasang mangga kunci biasa saja.

Tetapi apa pula hak kita nak pecahkan mangga kunci tu? Nak merompak? Tidak juga... saja nak merosakkan. Orang nak berniaga pun jadi takut. Apa yang kita dapat? Dosa kering sebab menyakitkan hati dan menyusahkan orang lain.

Syukurlah aku bukanlah orang susah sangat dan bukan juga senang sangat. Jadi kalau sehari blog aku tak ada income, dapat lagi aku makan. Itu sehari, kalau banyak hari? Aku pun kena buat kerja lain juga dari nak harapkan duit blog niaga tu. Tapi bayangkanlah jika orang yang kita ganggu tu harapkan duit dari niaga blognya untuk sara anak-anak sekolah, bayar sewa rumah, kenderaan kalau ada. Kena pulak anak yatim yang tak ada ayah. Tak kejamkah kita?

Kenapa aku kelihatan seperti agak emosi? Sebabnya satu saja, yang melakukannya adalah insan yang seagama dan sebangsa dengan aku yang sepatutnya tahu cara nak menyampaikan pesanan-pesanan dengan lebih baik dan berhemah.

Apa pun terima kasihlah, dapat juga sedikit ilmu untuk aku. Hingga kini pun hamba Allah ni tak reply pun PM aku. Tak pelah dik oii... dah dapat buka balik blog ni kira syukur sangat bagi akak ni. Ingatkan dah berkubur blog-blog aku ni.

Kesian kakak ipar aku, malam tadi baru dia perasaan 'setting' blog dia dah berubah. Nak buat entry pun jenuh aku ajarkan pada dia. Janganlah kejam pada mereka yang lemah.

27 comments:

saniah said...

jahatnya si hacker...apa paedah nya dia hack blog niaga org? geram jugak akak baca ni..sabarlah liza..mungkin ada hikmah disebalik kejadian..mgkn utk liza berhati hati dan ketatkan security blog liza..emm mcm2 org dengki ni ramai btl..tak suka la..take care liza :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

alhamdulillah dah selamat pun blog akak

ummiross said...

betul lah Liza, kalau ummi pun memang tak pandai nak handle macamana, kira Liza ni, pandailah jugak,dapat settle sendiri akhirnya.Kalau ummi menangis tak berlagu lah jawabnya.

wahida said...

eiiiii...geramnya saya..tak baik buat org mcm ni tau..kalau kena kat saya, lagilah saya tak tau nak buat apa...mati kutu dibuatnya...nasib blog akak ni dpt bukak balik...

semoga Allah memberi hidayah padanya...amin...

Daddy Ziyyad said...

maksudnya awak kenal org yang hack blog ni? motif dia? Hasad dengki tak boleh tgk org berjaya? Kenal rapat ke?

mas saari said...

jahatnya hackers tu!
takutnya saya kalau kena camni, mau menangis saya nanti...

kena tukar password ni supaya lebih selamat lagi!

atuk said...

Assalamualaikum Liza


Alhamdulillah
pulih semula

diana said...

saya pun tak setuju dengan hackers yang menggodam dengan niat nak bagitau pasword kita lemah..benda tu kita boleh bagi tau je.tak payah hacke.
sebenarnya depa cuma nak tunjuk depa hebat je...

riak dengan ilmu yang depa ada..

Ct Aja said...

jahatnya akk yang hacked tu...nasib baik ok balik kan

Liza Abu Bakar said...

saniah : pekdahnya dia puas hati agaknya berjaya pecah masuk password org lain. tengah sabar ni.. he..he..

Lydia Miza(Aidyl Azim) : syukur.. sayang blog ni.

ummiross : cuba2 setakat yg termampu je ummi.

wahida : amin, moga dia dpt hidayah

Daddy Ziyyad : kak liza tak pernah kenal pun. dia nak berkenalan agaknya tapi tersilap pulak anak dah 5 ni..

mas saari : jgn nangis mas... tabahkan hati.

atuk : W'alaikumussalam atuk.. syukur dah ok ni.

diana : betul diana, ada cara lain yg lebih bermaruah.

Ct Aja : harap lepas ni depa tak buat keja2 mcm ni lagi. sia2 je dpt dosa kutuk dek org. susah nak mintak maaf tu.

Dinas Aldi said...

Astaghafirullah..awat la dia buat macam tu? Sesama bangsa sendiri pulak tu. Sedih dibuatnya..

jeBateja said...

Mak oii kak...ini mcm org pun ada....pertama kali taw ni....suka2 dia jerk erk buat mcm tu....kalau kena kat den...den tak taw buat apa2 de....

zati embong said...

kdg2 ada org yg bangga x bertempat kak,bangga dpt hack, agak2 dia sedar x dosa yang diorg buat 2? ceroboh hak privasi org.

Liza Abu Bakar said...

Dinas Aldi : memang sedih pun kak dinas.. sebangsa, seagama

jeBateja : panggil kak liza je la... he..he dekat je sampai.

zati embong : belum cukup matang lagi tu utk fikir baik buruk sesuatu hal agaknya.

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri said...

Subhanallah, terima kasih atas kongsian. Saya nak tukar-tukar password gak nih

Liza Abu Bakar said...

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri : sama2 is..

Lulu Caldina said...

Lulu batu tau blog kakak kena hack..

Liza Abu Bakar said...

Lulu Caldina : sharing agar hati2.. yg hack pun jgnlah buat camnikan.

Unknown said...

yeah,im the one that hack your site :)
Actually,hacking is fun,but at the same time,your blog was really vulnerable,that makes me wanna penetrate your security :)
Anyway,tahniah sbb dpat blik :)
Like our official page ye :https://www.facebook.com/EXEexeEXEexeEXEexeEXE

Kira said...

Me n my crew from EXE nak mintak maaf atas kejadian sedemikian. Kami tak tau tue periuk nasi awak. Tahniah dah recover. We are from EXE. We appologize for that. Dont take it personally. Regards. K1r4 was here.

Psenja.com said...

why blog hasbeen hacked?
platform blogspot adalah selamat,selain dari tidak boleh digodam dan ddos.. blogspot adalah selamat.. masaalah blog diremove? boleh diatasi.. sebb kadang2 blogger buat pening die.. kenapa blog anda digodam? kesilapan admin yang makan diri. biasanya terkene link phising...

Psenja.com said...

Blogspot digodam?
blogspot merupakan platform palimg secure, selain tidak boleh digodam dan di ddos. blogspot senang diurus kan.

kenapa anda menjadi mangsa deface? dimydefacer pun ade keluar berita, blogspot dijadikan sasaran deface hackers, biasanya kesilapan admin makan diri...

mungkin akak terkene phising site...

www.myy.psenja.com

Unknown said...

Masta Perantau Senja dtg daaaaa..:)
Ingt aku x,Syazwan KHC EXE Crew ? ,heee

aiyang said...

blog saya pun kena hack...waaaa....tak ada hati perut dorang nih......

aiyang said...

fuhhhh..syukur sbb jumpa blog nih masa melayan hati yg sedih...pg nih blog saya kena hack dgn dragon force.... dah boleh buka tapi template saya yg lawa tuh dah hilang la.... tak pe lah...janji boleh buka...memang kejam la dorang nih...main hack je.... byk lagi blog yg teruk2 tu tak nak hack....anyway....terima kasih ye....

ruby_virgo1991 said...

mcm mne nk pulihkn blog yg dh kne hack? tlg saya... klau taw, tlg emailkn rabiatul_aziz91@yahoo.com

Joker IKM said...

heheheh...pnah kne hack ke dlu blog nie...EXE CREW...