Seronoknya dapat bermanja-manja di spa untuk rawatan badan. Lama dah tak buat rawatan badan, itu yang bila sekali pergi rasa nak pergi lagi. Maklum saja spa yang aku pergi ni cuma 2 minit je dari rumah aku kalau memandu kereta Kelisa comel aku tu.
Tapi bukanlah dekat menjadi penyebab utama aku ke Riani Beauty Spa. Servis dan harga perkhidmatan itu yang menjadi daya tarikan. Aku mula ke sana sejak awal tahun lepas lagi, 2011. Sejak mula aku datang hingga sekarang spa ini masih dengan pekerja-pekerja profesionalnya yang sama. Tetap ramah seperti biasa.
Apa yang penting sangat tentang mengekalkan pekerja yang sama di spa-spa kecantikan? Itulah daya tarikan kepada pelanggan untuk datang semula merasa sentuhan khidmat rawatan badan yang sama seperti sebelumnya. Sebab itu aku sendiri dah faham dengan kepakaran masing-masing.
Jika mahukan urutan aroma terapi yang 'terasa' kesannya, cubalah di Riani Spa. Walau pun urutannya agak lembut berbanding urutan tradisional tetapi ada 'rasa'. Bertuahnya pihak pengurusannya kerana dapat pekerja-pekerja yang fokus dengan tugas masing-masing dan sentiasa menjaga adab dan sopan semasa melayan pelanggan. Aku memang suka mengusik mereka.
Aku suka ke Riani Beauty Spa untuk merasa sentuhan urutan dari mereka. Selalu saja aku terlepas dek kerana ramai sangat nakkan urutan di situ. Urutan aroma terapi pun boleh buat badan aku rasa lega. Jadi kalau nak pastikan dapat urutan di Riani Spa, kenalah buat temujanji dulu. Booking awal-awal!
Anak sulung aku, Aishah (16 tahun) ada masalah serius dengan kelemumur, rambut gugur dan agak berminyak. Jadi aku mencuba rawatan Figure Fits Aura untuknya. Kali pertama terasa segar dan tiada lagi rasa gatal kulit kepala. Rawatan ini boleh juga untuk mereka yang ada masalah jarang. Tak perlu nak habis beribu-ribu ringgit untuk buat rawatan rambut. Boleh juga buat sendiri di rumah jika mahu.
Aku selalu juga bawa Asyikin, 12 tahun tu gunting rambut dan cuci sekali.
Dapat bawa anak-anak perempuan sajalah sebab Riani Beauty Spa hanya untuk wanita.
Mencuba rawatan resdung di sini membuatkan aku tak serik nak datang lagi. Rawatan resdung mengguna asap tak terasa sangat lemas dan sesak nafas. Pandai staffnya memberi ruang masa antara nak 'perasap' dengan rehat seketika. Kalau tidak tu aku tahan sekali je mencuba di tempat lain, tapi kat sini boleh nak buat selalu. Ada buat 'facial wash' lagi selepas rawatan resdung.
Sejak akhir-akhir ni aku memang suka ke spa ni. Dekat dengan rumah bukanlah penyebab utama tetapi kerana servisnya yang mesra, berkualiti dan harga yang tidaklah mahal sangat berbanding dengan spa-spa yang lain dengan jenis perkhidmatan yang sama.
Paling penting, aku suka dengan pemilik spa dan staf-stafnya yang ramah dan berbudi-bahasa. Jangan lupa berkenalan dengan pemilik spa ; low profile orangnya. Budi-bahasa mampu memikat pelanggan datang lagi ke sini. Aku melihatnya dengan mata hati, ada rasa di dalam jiwa. Tidak perlu dia bercerita kelebihannya, riak wajah dan tutur kata menjadi cerita yang tersembunyi. Itu ada di sini!
2 comments:
(: bgus :D cam ni la best.
kat mana ni kak...mcm best je cara akak cerita ni...
Post a Comment