Friday, 12 October 2012
Sup makaroni untuk hubby!
Bila letak gambar makanan, terasa macam blog resepi pulak. He..he.. Sejak hubby baru lepas operate jantung ni kira macam-macamlah resepi sihat yang aku fikirkan. Antaranya inilah dia sup makaroni. Boleh makan bila-bila masa je.
Gambar ni aku dah letak kat facebook beberapa hari lepas. Ada juga yang pm di inbox minta resepi. Senang dan cepat je nak sediakan. Bahan-bahan pun boleh dipotong dengan cepat. Maklum saja aku ni jenis tak suka nak masak yang lambat siap ni. Jenis tak penyabar dan kurang suka memasak.
Resepi mudahnya :
Rebus segenggam makaroni sampai lembut ; tak perlu letak majerin atau garam (tak mau banyak perisa)
Toskan bila dah masak ye.. jangan biarkan terendam dalam air panas tu!
1 sudu teh minyak bunga matahari untuk menumis
Bahan-bahan untuk ditumis :
1 ulas bawang putih ; hiris nipis
1/4 (suku) bawang merah jenis besar ; hiris nipis
2-3 hiris halia
Bahan-bahan lain :
Potong kecil-kecil ayam bahagian dada ; buang kulit dan tulangnya
1 biji kentang yang saiz sebesar sebiji telur je! ; potong kecil-kecil.
1 biji telur putih sahaja
1/4 biji tomato ; potong 4
1/4 biji capsicum (kurangkan separuh lagi ok) ; hiris nipis
beberapa hirisan lobak merah ; rupa ikut suka
Bawang goreng untuk hiasan
Cara nak masak supnya! Jom kita campak-campak je dalam periuk tu!
1. Tumis bahan-bahan untuk ditumis tadi ; mulakan dengan halia, bawang putih dan bawang merah.
2. Agak-agak dah naik bau, masukkan ayam dan kacau dengan senduk hingga masak (keputihan).
3. Masukkan secawan air dan kacau lagi ; api sederhana je!
4. Masukkan ubi kentang dan biar hingga masak/lembut.
5. Masukkan hirisan carrot dan kemudian capsicum ; masak sekejap je!
6. Tuang telur putih dan kacau sikit je.
7. Tambah tomato ; masak sekejap je!
8. Isi sedikit garam ; kurangkan masin daripada hari-hari biasa.
Jom hidangkan :
1. Sendukkan makaroni ke dalam mangkuk
2. Tuang sup bersama bahan-bahannya ke atas makaroni
3. Tabur sedikit bawang goreng ; biar comel sikit
Dah boleh makannnnn...
Sebab hubby ada masalah jantung, maka hanya putih telur digunakan untuk bekalkan protein bagi memulihkan luka selepas pembedahannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ada lagi x? nak nak
sy copy paste resepi ni ye.. utk buat rujukan kalau2 teringin nak makan nanti..tq :)
semoga cepat sihat... kak apa ceter sekarang? jarang dapat layan blog sekarang ni...
anak2 suka ni ;)
sedapnya kak...kak liza saya khatam dah baca rentetan kisah suami kak liza...lama tak jenguk blok kak..macam2 cerita ada...saya doakan semoga suami kak cepat sembuh dan kak liza sekeluarga dipermudahkan urusan semuanya...
Post a Comment