iklan

Followers

Pages

Wednesday, 22 September 2010

Gelang Emas Allahyarham Datuk Sosilawati


Hari ini aku macam biasa aku baca harian metro dgn tajuk besar "Bukti baru" ; Gelang emas berlumpur. Seluruh negara pun masih hangat memperkatakan tentang kes pembunuhan kejam Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya, jutawan kosmetik dan 3 org lagi yg juga menerima nasib yg sama ; dibunuh kejam dgn kesemua mayat dibakar. Derita & azabnya mereka disaat2 nyawa di penghujung.

Hari demi hari pelbagai bahan bukti ditemui & aku memikirkan luluhnya perasaan insan2 yg menyayangi mereka apabila walaupun dgn hanya melihat bahan2 bukti berkenaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Hanya ucapan takziah yg mampu aku lafazkan dgn bacaan Al-Fatihah. Moga mereka tergolong di kalangan ahli syurga. Amin.

Petikan berita dari Harian Metro - aku tak suka nk masukkan gambar suspek ; geram, sedih..etc

BANTING: Satu gelang emas dipercayai milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, menjadi bukti terbaru yang ditemui dalam tali air berdekatan kunci air Sungai Lang di sini, petang semalam.
CARI...penyelam PDRM mencari bahan bukti di sungai berhampiran Pasar Besar Banting, semalam.
CARI...penyelam PDRM mencari bahan bukti di sungai berhampiran Pasar Besar Banting, semalam.

Gelang emas bersalut lumpur itu ditemui kira-kira jam 4 petang hasil pencarian tiga anggota polis daripada Unit Menyelam, Pasukan Gerakan Marin (PGM).

Sepasukan polis turut membawa suspek utama yang juga seorang peguam ke lokasi terbabit difahamkan untuk mencari telefon bimbit milik mangsa. Bagaimanapun, selepas hampir dua jam menyelam, telefon itu gagal ditemui sebaliknya penyelam menemui satu gelang emas.

Usaha mengesan bukti baru itu dihentikan kira-kira jam 5.30 petang berikutan hujan lebat.

Sebelum itu, pada kira-kira jam 2.25 petang, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu dengan tangan bergari diiringi anggota polis terlebih dulu memasuki pejabat guaman miliknya yang terletak berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini.

Ini kali kedua polis memasuki premis terbabit selepas kali pertama pada Selasa lalu. Turut memasuki premis terbabit ialah dua wanita berusia 20-an dipercayai pekerja suspek. Ketika meninggalkan premis itu, seorang anggota polis dilihat membawa beberapa dokumen.

Sosilawati bersama tiga lagi rakannya dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu sebelum ditemui dibunuh di Ladang Gadong, di sini.

Sebelum ini, polis menjalankan operasi mencari bahan bukti di Sungai Panchau dan menemui serpihan tulang manusia dipercayai milik keempat-empat mangsa.

Selain itu, beberapa senjata seperti pisau, batang besi dan dua jam tangan dipercayai milik mangsa ditemui di Sungai Kanchung Laut, di sini. Polis turut menemui enam zink di dasar Sungai Gelanggang Buaya di Kampung Kelanang, di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin gagal dihubungi bagi mengesahkan penemuan bukti baru itu.

No comments: