iklan

Followers

Pages

Monday, 20 September 2010

Aidilfitri tanpa ayah...Alfatihah!

Sudah sebulan ayah kembali ke rahmatullah, meninggalkan seorang isteri, 5 orang anak & pasangan masing2 serta 15 orang cucu di usia ayah melewati 74 tahun. Detik 4 pagi, 19 Ogos 2010M bersamaan 9 Ramadhan 1431H ayah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. Di saat kebanyakan umat Islam sudah mula bangun untuk bersahur, kami 5 beradik yg serentak berkampung di PPUM malam itu hanya mampu menangisi pemergian ayah yg dikasihi. Seorang demi seorang mencium tangan & dahi ayah yg masih hangat. Aku tidak pernah melihat abgku yg merupakan anak ke-3 itu menangis. Namun pada subuh itu dgn sedu-sedannya menelefon kakak iparku. Aku sms saja suamiku kerana tidak mampu berbicara. Arwah ayah seolah-olah menunggu kehadiran abg sulungku dari Ipoh yg tiba lewat sehari drp kami yg lain. Abg sulungku turut serta menemani arwah ayah sejak pagi Rabu, 18 Ogos. Tengahari itu dia menyuruh aku datang semula dgn segera kerana keadaaan arwah ayah agak tenat. Aku pun tinggal sekitar Bangi saja.

Semasa gambar ini di ambil pd 7/8/2010. 12 hari sebebelum ayah pergi buat selama2nya.
Gambar oleh kakak ipar aku, kak Om..thanks kak Om! Rindu kita semua pd arwah ayah takkan luput.

Pada malam itu saja begitu ramai saudara-mara & termasuk juga teman bilik arwah ayah semasa mengerjakan haji dulu datang melawat. Arwah ayah masuk PPUM pada 15 Ogos 2010 juga pada pukul 4 pagi. Ayah hanya dibantu dgn pernafasan oksigen yg sentiasa di temani mak. Ayah menderita sakit lemah jantung, darah tinggi, paru2 berair & yg paling menakutkan kanser tiroid.

Pemergiannya seperti menggenapkan masa 4 pagi ke 4 pagi yg seterusnya. Jatuh pula di bulan Ramadhan yg mulia, pada hari khamis. Aku terlalu sedih melihat mak menangis, sedih kerana kehilangan suami yg dicintai yg merupakan teman semasa susah & senang sejak hampir 50 tahun yg lalu. Ya Allah, kau tabahkan hati kami ini menghadapi perpisahan ini. Hanya bacaan Yasiin untuk arwah ayah dapat kami berikan di pagi itu. Walau pun arwah ayah telah tiada, namun ayah tetap 'hidup' & 'subur' di hati kami. Allah seolah2 menunaikan hasrat aku yg ingin bermlm di hospital utk turut sama menjaga arwah ayah sakit, yg ada aku nyatakan keinginan itu pd suamiku. Rupa2nya hanya sekali Allah berikan peluang itu.

Suamiku telah pulang awal lebih kurang pukul 1 pagi sebelum tu kerana menjaga anak2 yg 5 org tu. Memang dari awal kami dtg berasingan. Jadi sementara kakak uruskan utk membawa pulang jenazah, aku memandu pulang sendirian ke rumah di Bandar Seri Putra, tol selepas Bandar Baru Bangi saja jika dari arah KL. Aku bersahur di dlm kereta saja dgn air tin milo yg adik ipar aku belikan. Jalan pulang kelihatan agak lengang & sekali-sekala air mata aku mengalir mengenangkan ayah. Masih terasa seperti mimpi.

Tiba di rumah, anakku yg 8 tahun menyambut sambil berkata "kesian atuk". Rupanya mlm tadi dia tak tidur menantikan kepulangan ayahnya hingga 2 pagi. Kakak2 & abangnya dah hanyut dibuai mimpi. Manakala baby Arif dijaga oleh pembantu pengasuhnya, Ina di taska. Terima kasih kak Ani & Ina.

Pagi itu kami bersiap2 & bergegas ke rumah kakak di Subang Permai. Kakak iparku & suaminya yg merupakan satu2nya kakak suamiku turut serta mengikut kami dari Seremban melalui highway nak ke KLIA tu. Aku nak cepat sampai! Sampai saja, aku terus berlari masuk ke rumah kakak. Dengan perlahan aku mengucup lama dahi ayah sambil menahan tangis. Diikuti oleh anak2ku & suami. Kelihatan wajah ayah tenang seolah-olah tersenyum & harum. Kelihatan begitu ramai saudara-mara hadir walaupun pada hari bekerja. Staf2 pejabat kakak juga ramai yg datang. Mak kata abg2ku, abg ipar & adik ipar aku yg mandikan ayah. Terima kasih!

Jenazah disolatkan di Masjid Taman Subang Permai. Kemudian kami berkonvoi mengikuti kereta jenazah menuju Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. Mak bersetuju bila kami cadangkan jenazah dikebumikan di sekitar Subang. Mungkin memikirkan 3 beradik perempuan tinggal di Subang & Bangi. Manakala 2 anak lelaki masing2 di Port Dickson & Ipoh. Lagi pun ramai saudara mara di sekitar Selangor & KL. Kalau tidak jenazah akan dibawa pulang ke Jengka 16, Pahang.

Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

Saat jenazah mula dimasukkan ke liang lahad oleh abg & ipar aku, tak semena-mena air mata aku tumpah lagi. Bermacam2 aku fikirkan.. di sini berpisahnya dgn ayah, jasad diturun ke liang lahad seorg diri. Jika dulu kami sentiasa bergilir2 di sisi ayah, lebih2 lagi mak & kakak sekeluarga. Jika dulu dapat juga aku bantu urut2kan belakang ayah, kaki ayah. Tapi kini ayah jauh di bawah ke dlm tanah. Aku sebak sgt memikirkan semua itu. Ya Allah, Kau peliharalah ayah. Janganlah ayah disakiti & ditakuti..

Buat pertama kalinya tahun ini kami berhari raya tanpa ayah. Kami 5 beradik berkampung di rumah kakak di Desa Subang Permai. Bayangkan kalau dulu seramai 27 org insan berhari raya di Jengka, muat mendiami rumah papan separa batu di kampung menyambut aidilfitri. Kini tinggal 26 orang sahaja meriuhkan rumah banglo setingkat milik kakak. Tahun ni tiada acara membakar lemang yg memang menjadi kesukaan arwah ayah. Bimbang melihatkan emosi mak terganggu. Setiap waktu solat & bacaan Al-Qurannya hanyalah utk arwah ayah. Itulah juga yg. menjadi amalan ibu mertua aku hingga kini yg telah kehilangan suaminya pada 06 Februari 1998, 2 tahun usia perkahwinanku.


Pagi aidilfitri seperti biasa dimulakan dgn sarapan ringan & ramai2 menunaikan solat raya di masjid berhampiran. Lepas tu bermula pula sessi bermaaf-maafan sesama keluarga. Yg dewasa sebak dgn ketiadaan arwah ayah. Memohon ampun daripada ibu yg melahirkan, minta dihalalkan segalanya, mohon dimaafkan segala terlanjur kata & perbuatan. Begitu juga mohon ampun sesama suami & isteri, moga kekal & aman rumahtangga hingga ke akhir hayat. Bermaaf-maafan sesama adik-beradik & anak2, anak2 saudara. Mohon jangan disimpan walau sedikit pun rasa berkecil-hati. Perpaduan & kerjasama sebuah keluargalah paling penting bagi membentuk kelompok masyarakat yg aman & harmoni. Alhamdulillah kerana aku dikelilingi oleh ahli keluarga yg sejahtera, ipar pun umpama saudara kandung bagi aku. Anak2 saudara umpama anak kandung bagi aku.

Seperti biasa anak2 mengumpul 'dana' raya dari embahnya (panggilan utk nenek) & pakcik makciknya. Tahun ni embah bagi double...wakilkan utk arwah atuk mereka.

Sedang mengira duit raya ke?


Menziarahi pusara arwah ayah

Selepas tu beramai2 kami berkonvoi ke pusara arwah ayah di Kota Damansara. Ramainya org yg datang menziarahi pusara keluarga masing2, mungkin juga sahabat handai. Terpaksa kami parking kereta di surau yg jaraknya hampir 300 meter ke tanah perkuburan kerana bahu jalan & parking di kawasan itu telah penuh. Kesian mak kerana terpaksa menapak dlm keadaan lutut tak berapa ok. Tanah merah di pusara ayah telah pun dilitupi rumput 'karpet' yg dijaga rapi oleh pekerja di situ. KD749, itulah nombor pusara ayah "Haji Abu Bakar bin Ngah Mat Drus (28 Jun 1936 ~ 19 Ogos 2010).... AlFatihah buat arwah ayah tercinta. Moga arwah ayah tergolong dalam golongan ahli syurga..Amin!

Selagi mereka ada berbaktilah pada ibu bapa, apabila mereka telah tiada bersedekahlah dgn niat pahala utk mereka, berdoalah & selalu sedekahkan bacaan Alfatihah & Yaasiin utk mereka.

Yang paling penting, arwah ayah berpesan "Jangan tinggal solat, kalau tidak bagaimana doa nak sampai pada si mati?"

4 comments:

FadhDeela said...

sedihkan..Semoga Arwah ditempatkan disisi org2 yg beriman

Liza @ Adzriel AB said...

aminnn... sebak setiap kali tengok gambar arwah. rindu sangat.

Mohamad Shuhmy Shuib said...

Alfatihah untuk Ayahanda Saudara yang ku sayangi, Amin

A.s.t.i.n.a said...

:'(