iklan

Followers

Pages

Saturday 25 February 2012

Dah duduk berjiran, bertegur sapa dan berbudi bahasalah kita!

Pagi-pagi dalam pukul 7.15 pagi aku hantar Asyikin,12 tahun pergi tusyen dan Azri,10 tahun pula ada aktiviti kokurikulum. Dua-dua ke lokasi yang sama iaitu di SK Bandar Seri Putra. Nanti pukul 11 pagi baru mereka akan balik.

Hubby pun cuti, aku pun ajak di sarapan bersama di kedai makan jiran aku ; Restoran D'Laden. Kami pergi bertiga je termasuk si kecil, Arif. Dua orang lagi anak aku, yang sulung dan kedua tidur semula selepas solat subuh tadi. Takpe, balik sarapan nanti mama kejutkan korang. Tak produktif kalau bangun lewat-lewat ni.

Sampai di restoran aku nampak cikgu Azlina dengan baby sulungnya. Baru berusia 3 bulan katanya. Comelnya! Aku dukung si comel. Arif memegang tangan ayahnya sambil menjeling aku. Jealouslah tu! Sempat bertanya khabar sekejap. Cikgu Azlina pernah mengajar anak aku yang sekarang sudah pun di tingkatan 2 dan kini sedang mengajar Asyikin dan Azri juga.

Sedang aku leka bersarapan, tiba-tiba bahu aku di sentuh oleh kak Roslimah. Dia bertanyakan sama ada aku hadir mesyuarat PIBG di SMK Bandar Seri Putra atau tidak. Nyaris dia ingatkan sebab aku benar-benar terlupa. Kak Roslimah dan suaminya jarang gagal menghadirinya setiap tahun sama ada di sekolah rendah atau pun di sekolah menengah anak-anaknya. Itu yang aku suka tu... memang mereka ibu bapa yang sangat perihatin.

Gambar dari blog suami kak Roslimah... comel je!

Kemudian ternampak pula rakan aku masuk restoran bersama ahli keluarganya. Rakan baik sejak sekolah menengah lagi. Selalu aku ceritakan tentang dia, antaranya dalam entri 'Baru teringat terus muncul depan mata'. Sempat bersalaman dan bertanya "bila kau nak dating dengan aku lagi?".


Seronok pulak rasanya bila pergi makan terjumpa dengan ramai insan yang aku kenali dalam satu masa. Masyarakat dalam Bandar Seri Putra ni agak rapat yang majoriti penduduknya Melayu. Aku mula mengenali mereka bila hadir ke sekolah anak-anak atau pun facebook. Berbeza jika di Bandar Baru Bangi pula ramai yang aku kenali kerana mereka teman-teman di tempat kerja dan juga jiran-jiran dekat-dekat rumah saja.

Meriahkan bila dapat tinggal dalam suasana masyarakat yang mesra. Sebab itulah aku ada rasa tak senang jika ada yang tidak menghormati semasa di jalan raya dalam kawasan Bandar Seri Putra ini. Apa yang sering terlintas di fikiran aku biasanya "kau nak sombong-sombong sangat kat jalan ni kenapa? Esok lusa terjumpa semula! Bandar Seri Putra ni kecik je pun!".

Manalah tahukan esok lusa entahkan aku ni yang pernah kurang sopan semasa di jalan raya di Bandar Seri Putra ni duduk sebelah aje dengan orang yang pernah terkena dengan aku tu. Pernah sama-sama menghadiri mesyuarat PIBG sekolah, sukan sekolah anak-anak dan pelbagai aktiviti masyarakat setempat. Tapi bila dia ternampak kereta aku mungkin dia ingat "kereta ni lah yang kurang ajar dengan aku kemarin!". Elok ke macam tu?

5 comments:

Unknown said...

kak liza ni ramah orang nya..saya tak pandai la nak ramah2 ni kak..tak pandai nak mulakan perbualan..sebabnya bila saya tengok orang tu diam saya pun diam la..
tak reti nak cakap apa..
bagi tips kak.>:)

Liza Abu Bakar said...

diana : he..he.. ikut mood juga tu. kadang tu senyum je tapi tak cakap apa2 pun.

.........cP~ said...

Bagusnya lah. Saya ni? Setahun ambik masa nak kenal orang. Berat mulut, segan tak bertempat.

mas saari said...

saya pun suka bertegur sapa dengan jiran...

Pusat Tuisyen Genius Bistari said...

Salam semua, sebuah pusat tuisyen baru di buka di belakang old town white coffee & Tesco Ipoh..kelas UPSR, PMR dan SPM..Hanya untuk 13 pelajar per kelas..maklumat lanjut sila hubungi cik masitah: 0175659072 @ layari blog kami : http://bistarigenius.blogspot.com/

Semoga anak anda berjaya dalam peperiksaan.

Sekian, Terima kasih..