iklan

Followers

Pages

Thursday, 1 March 2012

Rapat-rapatkan pintu tu, takut ada yang terbang nanti!

Contoh pintu kereta tak rapat di bahagian pemandu, kelihatan renggang sedikit. 
Gambar dari hululaini.net.

Bila memandu di jalan raya kadang aku ternampak ada pintu kereta lain yang sedang bergerak tidak rapat tutupnya. Bagaimana aku nak beritahu si pemandu kereta tu ye? Bahaya kalau pintu kereta tak rapat. Takut bila tiba-tiba pintu boleh terbuka semasa kereta sedang bergerak atau di selekoh jalan.

Ngerinya kalau terjadi kemalangan kerana kecuaian begini. Orang yang berada di dalam kereta boleh tercampak keluar. Boleh jadi menyebabkan kehilangan nyawa, cedera parah, koma atau kehilangan mana-mana anggota badan dan menyebabkan cacat kekal.

Biasa nampak tak situasi macam ni?

Kalau kereta Kelisa aku ni pintunya tak akan terkunci sendiri jika ada pintu yang tak rapat bila aku tekan brek selepas semua pintu dah ditutup. Jadi habit aku akan check pintu mana yang tidak rapat. Aku memang tak dapat nak check lampu pintu di panel meter kerana lampunya rosak.

Jika kereta Honda hubby pula akan terkunci sendiri pintunya bila mula tekan minyak selepas beberapa saat kereta bergerak. Boleh juga nampak di panel meter lampu pintu akan sentiasa menyala jika ada pintu yang masih belum rapat.

Tapi semalam minda aku benar-benar hairan bila ada sebuah kereta MyVi yang aku kira baru dibeli beberapa bulan berdasarkan plet kereta dan design model terbarunya tak rapat pintu di bahagian pemandu. Aku hairan sebab tak mungkin kereta tu tiada ciri keselamatan untuk memasti semua pintu kereta sudah pun rapat. Rasanya mungkin pemandunya yang tak biasa atau tak ambil tahu tentangnya. Baru dapat lesen agaknya.

Bahaya tu... pastikan keselamatan bila memandu. Lebih-lebih lagi jika ada penumpang yang kita bawa bersama. Pastikan semua pintu kereta tu rapat, barulah memandu dengan tenang.

Baca ni : Nyaris pintu kereta tak terbang

6 comments:

Daddy Ziyyad said...

paling risau kalau ada budak kecik dalam kereta, jatuh dek kerana pintu tak rapat!

ummiross said...

Ye lah risaunya kalau nampak pintu kereta tak rapat ni, nak bagitau pulak tak dapat,yang ada anak kecil lagilah risau.

zati embong said...

jat plak,mmg jenis kalau msuk je kete,terus tkan brek,nk lock kete.lgpun sbnrnya dr segi safety kita sendiri.xdelah berhenti kat traffc lght,org bleh bkk pintu.

saniah said...

liza...akak pernah nampak sendiri pintu kereta terbuka masa pemandu belok masuk ke simpang kekiri masa tu la pintu belakang driver (kanan) berdesup terbuka...aduhaii masa tu nampak budak lelaki cepat2 tarik pintu tutup..akak kat belakang diaorg

akak rasa atok yang bawak cucu balik sekolah..ishh nasib baik cucu cerdik dan agak dlm 9 thn umur..kalaulah budak umur 4thn sure dah tercampak keluar...sampaila seriau bila teringat insiden tu... :(

Citarasa Rinduan said...

memang bahaya..
mujur kereta skrang dh canggih kan?

Dinas Aldi said...

Keta akak pun sama, lepas mula drive beberapa saat dia akan kunci pintu sendiri. Kalau dia tak kunci sendiri tu alamat la..Akak bab pintu keta tak rapat ni memang takut bebenor, terutama sekali bila sekali sekala bawak anak sedara. Takut.