Pernah suatu ketika dulu sewaktu aku masih bekerja di pejabat mengikut waktu wajib dari 8.00 pagi hingga ke 5.30 petang mendengar keluhan seorang teman ini.
"Alamak! Kena ambil cuti pulak hari ni. Anak aku demam, nak kena hantar ke klinik! Petang ni aku ada audit pulak!", keluhnya perlahan sambil mengemas meja kerjanya. Barangkali dia nak bersiap balik.
"Kau dah cakap kat boss ke?", tanya aku padanya.
"Dah! Dia suruh aku tanyakan Amir (bukan nama sebenar) atau kau untuk ganti tempat aku!", dia memberitahuku seakan memohon pertolongan juga.
"Kalau Amir tak boleh, aku ganti le! Toksah risaulah! Anak demam kena cepat cari ubat! Kau balik je lah!", giat aku padanya.
Kawan pejabat aku ni lelaki. Dulu masa aku bekerja memang lebih ramai rakan lelaki berbanding perempuan sebab masa tu belum ramai perempuan yang masuk dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Kerja kat kilang elektrik je!
Isterinya tak bekerja menjaga 3 orang anak di rumah. Sayangnya isterinya tidak punya lesen kereta untuk memandu. Jadi bila anak-anak ke sekolah, semuanya naik van sekolah. Isterinya betul-betul jaga hal-hal di rumah saja.
Jika ada nak beli barang dapur, nak ke klinik, ziarah ke rumah rakan mahu pun saudara mara haruslah bersama suaminya sebab dia tak boleh memandu kereta. Itulah yang sebaiknyakan sentiasa bersama bila ke mana-mana pun.
Pernah aku ziarah rumahnya. Memang aku suka sangat sebab rumahnya kemas dan bersih di luar dan dalam. Pokok bunga tidaklah banyak sangat tetapi kemas dan teratur.
Anak-anak pun menjadi orang kata. Bijak-bijak dan berbudi bahasa hasil didikan si ibu yang sentiasa di sisi mereka dan si ayah yang sentiasa menyokong.
Pernah rakan lelaki aku ni berkata "Kalau wife aku ada lesen keretakan senang! Hal-hal mudah macam ni bolehlah dia uruskan sendiri!".
Aku tersengih je mendengarnya tanpa komen. Terasa terganggu agaknya.
Di pihak aku pula kalau urusan anak sakit memang akulah yang bawa anak-anak ke klinik. Jarang sangat aku nak minta tolong hubby temankan menghantar mereka ke klinik atau hanya dia seorang yang hantar. Mungkin sebab bagi aku hal ini mudah dan tak mahu ganggu kerja hubby.
Aku tak kisah nak ke kedai semata-mata nak beli bawang yang dah habis pada waktu-waktu tertentu. Memang bila shopping barang dapur secara pukal jadi tugas hubby tetapi ada masa-masa kita yang terkurang satu barang seperti serai, gula dan sebagainyakan!
Maknanya kalau hubby kena outstation luar daerah pun bukan menjadi masalah besar bagi aku pun.
Wahhhh!!! Bila orang tengok aku boleh pandu ke sana-sini urus hal anak-anak sendirian mungkin kelihatan hebat aje!
Kita maklum kebanyakan orang ada kelebihan dan kekurangannya. Aku mungkin bagus hal macam tu tetapi banyak yang kurang tentang urusan lain pula.
Aku jarang siram pokok bunga kat rumah ni. Kain baju yang dah basuh pun lipat seminggu sekali aje. Mengemas rumah pun ala kadar aje, jauhlah dari cantik. Memasak memang malas dan kalau buat pun sebab terpaksa je (tak senonohnya!). Mulut aku memang bising dengan anak-anak.
Kesimpulannya, bukan mudah nak puaskan hati pasangan kita yang mungkin impikan isteri/suami yang baik dan sempurna segala-galanya. Kadang terlebih bab ini, terkurang pula bab yang itu.
Sabar-sabarlah dengan hal rumahtangga ni! Jangan rasa diri kita saja yang bagus sangat tetapi yang buruk semuanya kita kata pasangan punya angkara.
1 comment:
aad yg terlebih dan ada yg terkurang
asalkan semua tahu tgjawab masing2 cukuplah kan?
Post a Comment