iklan

Followers

Pages

Thursday 20 January 2011

25 random things about me!

TkLyna tag awak link
Semalam aku telah di tag oleh awek comel di shoutmix box aku ; Atikah Amalina dari Luahan Fikiran. Tima kasih Atikah...ha..ha.. semasa Atikah lahir, aku tengah kalut nak menghadapi SPM. Kalau tidak kerana Atikah telah di tag oleh jejaka hensem ; Firdaus dari TelagaPutih, tentu aku pun tak tahu bila birthday Atikah.

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Wah...sessi mengorek rahsia. Rahsia sangat ke? Tidak juga kot...cuma Atikah nak mengenali dgn lebih dekat tu. Beramah mesra kata org! Mengeratkan tali persaudaraan.

1. Lebih mesra dgn panggilan Liza berbanding nama betul ; Zanawati.
2. Adzriel AB : gabungan nama Azri (anak no 4) & nama Kak Liza ; Azril. AB tu nama ayah.
3. Hari ni birthday Kak Liza yg ke-38 ; 20 January 1973. Ada yg nak kirim hadiah?
4. Anak ke-4 drp 5 org adik-beradik. Semuanya dah kahwin & ada anak.
5. Suka sangat main chess seawal umur 10 tahun. Tapi tak boleh nak serius sebab mak tak bagi. Sempat wakil daerah Kuantan je masa form 4.
6. Suka juga main badminton, bola tampar, congkak, carrom, computer game, PS2 ; hishhh...kalah anak2.
7. Bekas pelajar SK LKTP Jengka 16, SM Tengku Afzan di Kuantan, ASBTAR (Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak), POLISAS (Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan).
9. Lahir di Perak (4 tahun), membesar & bersekolah di Pahang (17 tahun), bekerja di Selangor (17 tahun).
10. Pernah bekerja di A&W di PJ State, kedai SINGER di Sg Way, Jurukur Perintis di TTDI, FM Air Freight di Subang, Hitachi Elektronik & Sony TV di Bandar Baru Bangi.
11. Kerja sekarang? On-line business di Adzrien Shoppe, Unit Trust, Takaful, Refinance kad kredit dan tak lupa blogging le..
12. Suka warna merah, pink, coklat, biru, hijau...eh...semualah kalau kena gayanya ; lebih pd merah le.
13. Suka kutip nombor handphone cikgu2 sekolah yg mengajar anak2 le ; tak larat nak kutip semua. Senang nak sms kalau ada apa2 nak tanya tentang anak2.
14. Semulajadi memang peramah & suka berbual-bual, walau pun dgn budak kecik ; Build rapport kata org. Ntah apasal, suka beno nak menegur org walau pun first time jumpa.
15. Tak sukanya dikongkong. Itu tak boleh, ini tak boleh...terasa 'stuck' nak buat kerja.
16. Suka berdikari ; Kereta bayar sendiri, kalau nak shopping pakai duit sendiri. Malas nak mintak duit hubby kecuali belanja utk anak2.
17. Suka makan ; kek, aiskrim, kuih. Kebanyakannya yg manis2 le.. tapi bukan le manis sgt. Tak elok utk kesihatan.
18. Favorite drink --> teh tarik & nescafe tarik. Di padankan dgn roti telur (roti canai le!).
19. Panas baran juga ; tapi cepat marah, cepat sejuk juga. Dah makin tua ni kenalah kurang2kan rasa cepat marah tu.
20. Suka ajak anak2 try makan kat mana2 restoran baru ; Nak masak yg sedap2 sgt ni tak reti.
21. Tak sukanya orang yg 'berkira' tanpa reason yg logik, yg kedekut lagi le tak suka. Rezeki yg Allah bagi tu kalau nak ditarik, bila2 masa pun boleh hilang.
22. Dulu belajar elektronik semasa di POLISAS, tapi kerja sekarang takde kaitan lansung dgn course. Cuma ada kaitan dgn kos & plug laptop le...letrik juga.
23. Paling suka subjek Mathematic ; sebab tu suka je nak mengira duit.... materialistik betul.
24. Suka mencari idea cara belajar yg berbeza kalau cara biasa kurang berkesan. Itu yg muncul blog anak2 ; Aishah, Asyikin, Arif. Azri pun dah minta mamanya ni buatkan blog utk dia.
25. Suka bergurau. Kalau serius sangat nanti cepat tua!

Ini aku tag pulak 25 orang yg lain, termasuk insan yg tag aku....siapakah mereka :
1. Luahan Fikiran
2. Hanis Azla @ Blog
3. Salam Borneo
4. Life 101
5. Anati Soki
6. SeliparToilet
7. Sekamar Rindu
8. (: i wrote story as what i tought :)
9. Welcome to my world
10. Kerana Manisnya EPAL
11. Silly Swan
12. MySuaraBlog
13. Cetusan Seikhlas Rasa
14. A. Hamid Halim
15. **Insan Biasa**
16. My real world
17. (^_^) tHiNk HaPpY tHoUgHts ®
18. Izzi MyazaRa
19. ! Blog Daus !
20.!!! zOn LaRaNGaN cEmBUru BuTa !!!
21. Cerita Ceriti Ceritu
22. GIRL.NEXT.DOOR
23. ME AND BLOG
24. Happy Sad Story
25. Dunia Aku Ibu Muda

7 comments:

Anati Soki said...

hehehe.. anat pun kena tag? heheheh.. takpe2.. karang anak amek

Hanis Azla said...

Happy birthday yer kak liza.. (dah tahu umur ni bolehlah panggil kakak) Semoga mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat bersama keluarga tersayang.. wah teror main chess yer kak, mesti turun kat anak2 kan.. Thanks yer sudi tag saya. Tapi saya pun pernah buat tag ni. So klu senang2 bolehlah akak tgk kat sini.. http://hanisazla.blogspot.com/2010/11/tag-oh-tag.html

TkLyna said...

waaaaa..nanti ada peluang boleh la lawan chess ngn akak...hehehe

Liza @ Adzriel AB said...

anat : kenal2 lebih sikit je...he..he..
hanis : itu le..rasa mcm kak liza je.
ieka : wah... skill dah ntah ke mana dah... boleh le nk try.

Ibu Muda 30series said...

salam kenal kak liza..nti AIM buat tag ni ye :)

Liza @ Adzriel AB said...

salam AIM...take yr time dear. kak liza pun ambil masa 2 hari nak buat ni. *(^_^)*

FadhDeela said...

Thanks kak tag deela..deela dah wat leh usha kat entry nie :D

25 Tentang Deela!