iklan

Followers

Pages

Friday, 27 January 2012

Apa beza kedekut dengan berkira?

Apa maksud kedekut ni? Bagi aku kedekut ni samalah macam tak nak bagi lansung sama ada barang, kasih sayang atau apa-apa sajalah. Takut benar nak kongsikan dengan orang lain akan kemewahan, ilmu atau segala macam bentuk kebaikan dengan orang lain. Itu yang kadang di panggil bakhil atau lokek. Orang begini takut benar akan apa yang dia ada itu akan berkurang dan luak terus.

Orang yang takut nak menderma, membayar zakat, memberi pertolongan dengan kudrat yang ada boleh aku kategorikan sebagai kedekut. Ha..ha.. suka-suka aku je kan kata orang begini dalam kategori kedekut. Maksud aku dia tidak mahu memberi sedikit pun tanpa alasan yang munasabah.

Bagi aku jika kita kedekut, maka rezeki pun kedekut dengan kita. Kadang bila kita memberi dengan hati yang ikhlas, maka setidak-tidaknya ganjaran pahalalah yang kita perolehi. Lebih seronok lagi bila Allah gantikannya dalam bentuk keuntungan yang lain sama ada kita menerimanya dalam bentuk material, pertolongan dari orang lain atau pun kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan sehari-hari.

Orang tua-tua ada berpesan, memberilah dalam keadaan kita susah. Insyaallah yang susah itu akan beransur menjadi senang.

Bagaimana dengan mereka yang suka berkira pula? Ia terbahagi kepada kategori baik dan juga menjengkelkan. Bermakna ada baik dan ada pula buruknya.

Berkira sangat pun kadang termasuk juga sedikit dalam kategori kedekut. Memberi tetapi dalam bilangan yang sangat sedikit atau cukup-cukup saja. Hati pula jauh dari keikhlasan semasa memberi. Ikhlas tapi jauhlah tu.

Namun ada juga berkira kerana dia berhemat dan teliti. Tidak suka pada pembaziran dan mendidik ke arah lebih berdisiplin. Inilah yang baiknya namun kerap juga disalah erti oleh orang lain yang tidak memahami.

Berbelanja mengikut keperluan dan bukanlah mengikut nafsu semata-mata. Kadang dia perlu memberi sedikit sahaja sama ada dari segi harta atau tenaganya kerana dia perlu pula mengagihkan ke tempat lain pula. Maka sebab itulah dia terpaksa berkira.

Sekadar pendapat peribadi aku saja. Boleh setuju dan boleh tidak setuju juga. Pilihlah yang mana baik untuk diri sendiri.

5 comments:

diana said...

saya banyak jumpa orang kedekut ni kak..nak memberi cukup susah..jadi orang pun susah la nak beri kat dia..bukan la sebab berkira tapi sebab orang tak ingat kat dia..kalau dia rajin memberi rasanya orang mudah ingt kat dia..bila jadi gitu dah tersentap..hehehhe

mas saari said...

sama je kak! tapi kalau berkira untuk benda yang tak elok takpe..

Eye_nee said...

Pelbagai definasi boleh kita beri perihal kedekut dan berkira ni kan sis..

Kedekut=sukar memberi..membahagi..menghulurkan apa jua hak dan kebendaan si Empunya diri..

Berkira=sukar memberi mungkin dlm keadaan atau sesuatu situasi tertentu...

S..U..D..@..I..S said...

perempuan kedekut ok lagi kalau lelaki yang kedekut ,masalah besar

berkira, boleh tahan lagi sbb ada juga masa dia terasa nak beri......

Dinas Aldi said...

Macam Haji Bakhil kan. Tangkai jering tapi bila nampak Cikgu Murni, tiba2 ja jadi pemurah, kihkih..Pemurah ada makna tuuuu :D