Mood ke laut aje.. begitu lama tak menaip apa jua kisah walau pun hanya sekeping gambar. Hampir 2 bulan lamanya. Macam perkara pahit dan manis berlaku tetapi satu pun aku tak ceritakan di blog ni. Bila penyakit 'Malas' melanda, memang susahlah. Semuanya tak jadi.
Hinggakan adzriel.com aku expired pertengahan Julai 2013 kelmarin pun aku dah tak ambil kisah. Aku mana pakai kad kredit untuk perbaharui bayaran. Selalu guna kad hubby atau adik ipar aku je. Aku bayar duit tunai kat depa. Lama-lama malas nak maintain.
Jadi apa yang korang nampak sekarang, tiada lagi adzriel.com. Hanya http://adzriel.blogspot.com/ seperti asal. Percuma tak perlu bayar.
Sibuk sebenarnya dengan kerja dan anak-anak yang bakal exam PMR dan SPM tahun ni. Bila dah sibuk dan penat, mood menaip pun hilang. Apa pun terima kasih pada mereka yang sudi baca kisah-kisah lama dalam blog ni. Terima kasih.. Liza @ Adzriel AB.
1 comment:
Assalammualikum..liza,
dah bertukar ke blogspot dah tak guna .com lagi...
mselim3
pls: xper janji peminat dan pembaca blog nie x pernah kurang kan...
Post a Comment