iklan

Followers

Pages

Wednesday, 27 April 2011

Moga Pak Hassan cepat sembuh

Sejak arwah ayah meninggal, sensitif sangat aku bila dengar ada mak saudara atau ayah saudara yang sakit. Lebih-lebih lagi kalau mereka rapat dengan kami sekeluarga.

Baru ni, mak ndak demam sampai terpaksa masuk hospital. Tapi dah balik rumah katanya. Pada waktu yang sama berita ayah saudara pula masuk CCU di hospital Ipoh akibat serangan jantung. Ayah saudara yang menjadi abang kesayangan arwah ayah dan kesayangan kami sebagai anak-anak saudaranya juga. Aku panggil dia Pak Hassan aje. Sangat penyayang orangnya. Terlalu banyak jasanya pada arwah ayah aku. Kalau nak diingat, Pak Hassanlah dan isterinya yang menjaganya semasa kecil bila ayahnya meninggal sewaktu dia masih bersekolah.

Melihat Pak Hassan memang mengingatkan aku pada arwah ayah kerana wajah mereka yang hampir seiras. Kasihan juga kerana isterinya yang aku panggil Wan Cik pun sudah lama mengidap sakit buang pinggang yang perlukan rawatan rapi.

Kadang-kadang gelihati juga bila ingatkan mak ndak (kakak mak) dan Pak Hassan (abang ayah) ni. Kedua-dua mak saudara dan ayah saudara aku ni bila jumpa kami anak-anak saudaranya sangat mesra disalam dan dipeluk sambil bergurau. Lebih-lebih lagi Pak Hassan yang suka ketawa dan akan nampaklah gigi emasnya nan sebatang yang mahal katanya.

Pak Hassan tinggal di Kuala Kangsar berdekatan dengan Istana Bukit Chandan.

Moga Pak Hassan cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Kami semua sayangkan Pak Hassan.

18 comments:

ummiross said...

Ummi turut doakan semoga Pak Hassan cepat sembuh,amin.

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : terima kasih..

Hanis Azla said...

semoga pakcik dan makcik kesayangan akak dan keluarga sentiasa sihat hendaknya.. kita sama doakan yg terbaik utk mereka..

Salmiah said...

begitu juga perasaan saya bila terdengar org kena kanser. semuanya sbb 2 org kakak saya 'pergi' krn kanser. dan semalam, suami arwah kakak saya pulak kena strok. anaknya yg kecil baru 7 tahun... allahuakbar, semoga semuanya selamat...

Dr K said...

Saya doakan pak Hassan cepat sembuh..

Sebak saya baca kisah akak basuhkan punggung ayah di PPUM tu...Saya nak buat yg terbaik utk mak ayah saya sementara mereka masih hidup ni, ataupun sementara saya masih hidup ni...

tim_fs said...

assalam ka liza..
Insyaallah dokan yg terbaik utk mereka..

shafiq ahmad said...

mudah-mudahan cepat sembuh..amiin~~

Ardini Humaira said...

semoga cepat sembuh, amin

Puan Kutu said...

cepat sembuh yer pak hassan

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : amin..

Liza @ Adzriel AB said...

Salmiah ; beratnya dugaan.. alfatihah buat kakak tersayang

Liza @ Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : amin... kak liza buat apa yg terdaya aje.

Liza @ Adzriel AB said...

mama tims : betul..

Liza @ Adzriel AB said...

shafiq ahmad : aminnn doa syafik tu

Liza @ Adzriel AB said...

Ardini Humaira : amin.. TQ dear

Liza @ Adzriel AB said...

diana : betull... itu yg nak jenguk juga. dia suka tersenyum.

Liza @ Adzriel AB said...

Puan Kutu : moga2 cergas seperti biasa

Sofya said...

semoga pak hassan cepat sembuh