iklan

Followers

Pages

Saturday, 5 March 2011

Pengalaman silam yang bermakna


Seronok membaca entry rakan blogger aku pagi ni Kongsi yang tak berkongsi..... Ada pengajaran yang boleh kita ungkap di sebaliknya. Harus korang baca isinya!

Kehidupan lalu yang agak susah boleh juga mempengaruhi hidup kita hari ini. Boleh juga menjadi peringatan buat diri kita untuk bersyukur dengan segala kemudahan dan keindahan yang ada kini.

Aku tak nafikan juga ada yang lupa diri serta lupa asal usul sendiri bila hidup sudah senang-lenang. Namun ada juga yang asalnya memang daripada keluarga berada turut menghormati kehidupan insan yang serba kekurangan. Sifat manusia itu sudah pastinya berbeza-beza.

Kerana kehidupan lalu jugalah yang membuatkan aku mampu berdikari dan menguruskan anak-anak sendirian di kala hubby outstation. Aku tak kisah bila ada ketikanya makan beralaskan daun pisang saja atau tidur di tilam yang nipis bila sekali-sekala ramai-ramai berkumpul adik-beradik bermalam di kampung atau rumah kakak di Subang.

Tidak menjadi masalah besar pun untuk sama bergotong-royong dalam masyarakat membersihkan kawasan perumahan. Aku dulu pun selalu menebas lalang di kampung, mencuci jamban dan longkang semasa di asrama, mencuci kolah air di kampung, memanjat tangga untuk cuci tingkap dan kipas siling.

Aku memang suka nak cuba buat sendiri... perasan baguslah tu. Macam tukar tayar kereta masa perut tengah memboyot tu la...Baca Mak buyung tukar tayar kereta. Aku mungkin banyak ikut perangai mak agaknya. Bila hubby lambat actionnya nak repair paip sinki rosak, akulah jadi tukang paipnya. Cuma kalau lampu rosak, aku buat tak tau je. Order je dengan hubby sebab mungkin tak ganggu kerja aku sangat, tu yang buat tak kisah je..he..he..

Tapi kenyataannya juga kalau lama-lama bersusah pun tak larat juga akukan. Maklum le dah lama hidup senang...he..he... senang le kan kalau ke sana-sini naik kereta. Bukan macam masa belum kahwin dulu nak kena menapak atau naik bas je. Teringat dulu-dulu, boleh pulak aku berjalan dari Kota Raya kat KL tu sampai ke Jalan TAR. Jauh tu! Sekarang? Jangan harap le punya pemalasnya... nak ke taman permainan kat sebelah tu pun naik kereta... seminit sampai.

Itulah yang kadang-kadang aku terlupa nak bersyukur dengan nikmat yang ada sekarang. Eh! Selalu terlupa sebab merungut pun selalu jugak. So aku kena berubah supaya bersyukur dengan kehidupan aku sekarang seadanya. Kalau nak hidup lebih senang kenalah ada usahanya dan sentiasa bersyukur supaya lebih berkat.

p/s : teringat semasa menolong mak ayah tanam benih kacang tanah dan selang-seli pula dengan benih jagung di pinggir ladang getah. Betullah Hanis Azla... pengalaman yang sangat berharga kita semasa kecil, mengajar kita erti kehidupan dan susah payah mak ayah kita dulu-dulu.

18 comments:

Anisa Hang Tuah said...

pengalaman mengajar kita menjadi matang.
;)

Daddy Ziyyad said...

Saya sangat respect baca kisah 'mak buyung tukar tayar kereta pancit' tu..Haha...

~bukan macam dlm iklan, tayang ketiak, suruh lelaki berhenti tolong tukarkan tayar.:P

ummiross said...

pengalaman susah menjadikan kita makin tabah.

Selalu terharu bila baca surah Ar Rahman...

Maya said...

betul tu...kebanyakan yang berjaya dalam erti kata sebenarnya adalah org2 yang asalnya payah juga :)

ZWAN SABRI said...

Dulu lain, kini dah lain..
jadikan pengalaman yang dulu sebagai pencetus kejayaan kita pada masa kini.. ;)



MySuaraBlog: Ibu Terkecil

JIJI YU said...

muhohooo...mmg isteri yang berdikari ni..

S..U..D..@..I..S said...

banyak pengalaman buat kita jadi kuat dan tabah

fadhdeela said...

pengalaman mengajar kita kak.. :)

meh singgah: Hadiah Perkahwinan yang paling BEST!!

Adzriel AB said...

Anisa Hang Tuah : Betul...supaya esok lusa tidak melakukan kesilapan sama. Insyaallah!

Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : Ha..ha.. nasib ada anak dara dah besar yg menolong. kalau tidak tu takkan berjaya juga. Some org nak kerja senang hingga abaikan nilai diri.

Adzriel AB said...

ummiross : memujuk hati supaya sabar...

Adzriel AB said...

Maya : mengambil ikhtibar..

Adzriel AB said...

ZWAN SABRI : setiap hari kena maju walau sedikit.. he..he..

Adzriel AB said...

JIJI YU : he..he.. berdikari tu terletak pada hati sama ada nak buat atau tidak ajekan..

Adzriel AB said...

S..U..D..@..I..S : amin...itulah yg sepatutnyakan..

Adzriel AB said...

fadhdeela : supaya lebih bagus..

Siti Hajar Masri said...

sebenarnya hidup kita ni lebih senang dr org lain..jgn pndg org yg dah senang tapi pandanglah org yg susahkan..:)

Adzriel AB said...

Siti Hajar Masri : itulah yg kita selalu terlupa. memandang yg senang supaya kita berusaha untuk maju, memandang yg susah supaya kita bersyukur dgn apa yg kita ada.