iklan

Followers

Pages

Friday, 16 March 2012

Dia yang kukenali telah dibunuh, Alfatihah!

Gambar dari SINI, Si ayah dan anaknya.
Pagi tadi aku jumpa client yang bertanyakan soalan pada aku "Liza kenal Omar Peter?".

"Kenal! Kenapa dengan dia? Sakit teruk ke?", rasa lain macam dengan soalannya.

"Dia dah meninggal dunia, kena bunuh di Puchong!", jawap client aku.

"Astaghfirullah... !", berderau darah aku mendengarnya.

Aku dah mengenali client aku ni sejak sama-sama kerja di Sony, Bandar Baru Bangi lagi. Cuma kami berbeza jabatan saja. Tetapi sekarang dia pun dah lama meninggalkan Sony lebih dulu daripada aku rasanya. Jadi bila jumpa tentu saja ada cerita-cerita tentang khabar rakan-rakan lama.

Bila balik rumah, aku terus cari di Google nama Allayarham Omar Peter Abdullah. Hitam manis dan peramah orangnya. Kurus tinggi, mudah tersenyum dan rajin menyapa rakan-rakan. Rupanya bukan dia seorang yang meninggal dunia kerana satu-satu anak perempuannya juga turut terbunuh di lokasi yang sama. Sedihnya!

Baca 'Pensyarah, bapanya mungkin dibunuh orang dalam'.

dan 'Kes Bunuh Zara Eleena Omar Peter - kekasih ditahan reman'.

Patutlah aku terasa sesuatu nama yang biasa aku dengari semasa berita di TV. Sibuk dengan hal anak waktu itu. Hanya terdengar kisah dua beranak dijumpai mati di dalam rumah saja dan keretanya turut hilang. Tragedi dikesan pada 12 Mac 2012 lalu, dah 3 hari berlalu.

Aku mengenali mangsa walau pun tidak pernah berbual, cuma mungkin senyum sewaktu dia menyapa rakan aku semasa di tempat kerja lama. Tapi itu saja mampu membuat kita berasa sedih dengan pemergiannya, apatahlah seorang insan yang ramah sepertinya.

Hanya Alfatihah yang mampu aku sedekahkan. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua beranak itu. Aku harap penjenayah yang bertanggungjawap itu dapat hukumannya segera. Nak marah pun bukanlah haknya sampai nak ambil nyawa orang lain.

12 comments:

ummiross said...

Oh Liza kenal ye, memang terkejut dengar berita tu, kejam sungguh pembunuhan kat Malaysia sekarang.
Takziah untuk keluarga mereka. Al Fatihah...

steffany daph said...

ohh kes ni, ada masuk berita. moga roh mereka tenang di tmpt yg baru.

Tengku Nizam said...

al fatihah. terkejut gak ni.. tak sangka arwah pergi..

Ticer Syah said...

ini la jadinya bila manusia sibuk nak amek alih tugas malaikat maut.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Alfatihah..

mama tim said...

oo akak knal ek dia..
kes ni masih dlm siasatan kan kak..

mas saari said...

al-fatihah!
semoga roh mereka dicucuri rahmat..

Bapak said...

kalu x silap pembunuh tlh dikenalpasti..

Tokan said...

al fatihah

ummiarissa said...

mesti sedih dan terkilan kan..sebab orang yang pernah kita kenali mati dalam keadaan yang kejam,,,Al Fatihah buat keluarga mangsa.Kak Liza pun harap-harap bersabar dengan berita sedih ini.

Daddy Ziyyad said...

Al fatihah...

Omar Peter ni bangsa apa ya?

Liza Abu Bakar said...

ummiross : memang kenal, sama tempat kerja dulu.

steffany daph : moga tergolong dlm golongan yg Allah kasihi.. amin

Tengku Nizam : kesian,... Alfatihah.

Ticer Syah : dia nampak duit saja agaknya hingga hilang pertimbangan.

mama tim : dlm siasatan, mcm dah dpt je orgnya.

mas saari : Alfatihah

Bapak : dah rasanya

Tokan : alfatihah..

ummiarissa : sedih bila sesama Islam sanggup membunuh.

Daddy Ziyyad : kak liza pun tak pasti... sebab tak kenal rapat.

Joanna Yunus said...

Kebetulan pulak, sementara saya pulak mengenali isteri arwah....Al fatihah