iklan

Followers

Pages

Wednesday, 2 March 2011

Saya nak join bloglist Nelly The Strange

Banner ni aku jumpa dari si manis Nelly semasa lawatan balas aku ke blognya. TQ Nelly coz sudi jenguk blog yang tidak seberapa ni. Ternampak pulak contest ni, simple je! So boleh le nak men'join'kan diri ini.

Kalau tahu syarat-syaratnya klik le tajuk ni :

Bloglist Nelly The Strange

Aku berminat nak turut serta dalam blogslist si manis Nelly sebagai usaha menambahkan lagi teman-teman blogger aku. Maka akan bertambah jugalah ilmu dan pengetahuan aku dalam pelbagai perkara bila aku dapat jenguk-jenguk kembali blog teman-teman baru nanti. Teman-teman lama pun dapat juga melihat kedatangan mereka ke blog aku ni dan tali silaturrahim itu bakal berkembang lagi.

Nelly letak je dalam kategori Sempoi pun ok aje.. Otai tu jauh sekali dan tidaklah Cool mana pun. TQ Nelly bagi peluang perkenalkan contest ni.. So akak taglah 3 orang yang canggih ni!

ALL IN ONE
...when he said he love me...
Bingka

Aduhai Cikgu Liyana

Cikgu Liyana, seorang guru yang tidak berapa di senangi murid-murid kerana sikapnya yang suka mendenda murid sebelum bertanya dan menyiasat perkara sebenar terlebih dahulu. Bila tersilap, terlalu ego untuk meminta maaf dengan murid berkenaan. Apatah lagi suaranya yang sering saja nyaring yang membuatkan bukan sahaja murid-murid, malah ada juga ibu bapa yang menjadi mual bila mendengarnya.

Azman, pelajar tingkatan 2 terasa nak muntah, namun sempat berlari ke 'toilet' yang berada di hujung kelas untuk 'melepaskannya'. Nyaris juga setiap tingkat sekolah ada disediakan 'toilet'. Kalau tidak menderitalah sesiapa yang nak 'membuang' jika terpaksa turun ke tingkat yang paling bawah sekali seperti bangunan-bangunan sekolah yang lama-lama. Apatah lagi jika sekolah empat tingkat.

Waktu sekolah tinggal lagi 15 minit saja akan berakhir. Perut Azman bergelodak lagi. Entah apalah yang dimakannya tadi. Kali ini Azman sudah tidak dapat menahan muntahnya, lansung tersembur di lantai kelasnya. Terkejut seluruh isi kelas dan yang mana berdekatan cepat-cepat bangun cuba menjauhi. Respon yang biasa bila orang lain muntah.

Dek kerana kasihan, rakan sebelah cuba menggosok belakang Azman cuba meredakan rasa mual temannya itu. Sedangkan dia sendiri cuba menahan mual! Sudah tentu keadaan itu menyebabkan Cikgu Liyana terhenti mengajar seketika.

Dengan muka yang berkerut seolah-olah geli dengan situasi itu, cikgu Liyana menggesa rakan-rakan Azman yang lain mencuci muntah di lantai. Rasanya ada ke yang nak buat? Semuanya tak sanggup, geli katanya. Muntah itu yang cikgu Liyana risaukan, bukannya Azman yang sedang menderita kesakitan. Lansung tidak ditanya pun keadaan si Azman.

Entah apa di fikiran cikgu Liyana, menyuruh Azman sendiri yang mencuci muntah di lantai bila rakan-rakan yang lain tidak sanggup melakukannya. Terkejut rakan-rakan sekelas Azman bila mendengar arahan cikgu Liyana. Mereka tidak sanggup mencuci kerana geli, tetapi mereka juga tidak akan sanggup menyuruh Azman sendiri yang melakukannya.

Lantas mereka mencadangkan pada cikgu Liyana akan tugas itu di serahkan pada makcik 'cleaner' aje. Lagi pun waktu sekolah dah nak habis. Tiada siapa nak guna kelas selepas ini. Jadi tidaklah terkocoh-kocoh makcik 'cleaner' nak mencucinya.

Hai cikgu Liyana, seorang wanita dan juga seorang ibu yang sudah pun menjangkau usia emas. Apakah menyuruh murid yang sakit itu sendiri mencuci muntahnya di lantai itu tindakan wajar? Aku pun hairan, di manakah sifat simpatinya pergi? Korang rasa salahkah pandangan aku ni?

p/s : Semua nama2 di atas bukan nama sebenar, di olah cerita dari seorang teman.

Tuesday, 1 March 2011

Nursyafikahku sayang nak duit aje!

Pagi tadi aku dah bawa kereta aku pegi bengkel. Dah seminggu absorber tu ada dalam kotak di bonet kereta aku. Hajat nak tukar absorber kereta Kelisa aku depan belakang.

Saja je suruh mekanik tu buat allignment juga sebab stereng sudah senget sejak aku ada hantar servis kelmarin. Sampai la ni tak buat2 pun. Asyik tangguh je.

Biasalah bila dah suruh buat allignment ni mulalah depa suruh tukar tayarlah, tayar botak lah, tayar bengkaklah. Aku sengih je... "budget belum ada. kalau next week i suruh u tukar 4 tayar ni lama ke?" Biasalah ayat bodek aku balik. Dengan happynya mekanik tu kata, boleh! "Bagi name card laa...nanti senang i nak call!"... Selamatkan diri dulu sebelum terpengaruh dengan 1001 proposal diaorang walau pun betul. Aku kena check beg duit aku dulu..

So jangan terpengaruh sangat dengan depa ni. Actually memang keempat-empat tayar tu nak kena ganti. Tapi aku kenalah mintak advise hubby aku dulu selaku penasihat tetap maintenance kereta aku.

Bukan apa, clutch plate pun nak kena tukar jugak tu...adoi! Sengkek la aku bulan ni!

Ada sapa-sapa yang cari part kereta, jom jenguk : Res2 Supply

p/s : Nursyafikah tu nama kereta Kelisa aku...he..he..