iklan

Followers

Pages

Monday, 6 October 2014

Wanita hamil mengada-ngada je!

Isu soalan bila nak kahwin dan bila nak ada anak dah lali aku dengar. Alhamdulillah sebab aku tak tergolong dalam mereka yang disoal sebab aku kahwin dalam usia 22 tahun. Lepas 9 bulan nikah dah lahir anak aku yang sulung, bunting pelamin orang kata. Sekarang anak aku dah pun 5 orang dan yang sulung dah sama tinggi dengan usianya 18 tahun. Usia aku pun dah cecah 4 series pun.

Apa yang aku boleh kata pada mereka yang masih belum berkahwin atau yang masih belum ada anak hanyalah bersabar. Ye... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jodoh dan anak itu rahsia Allah. Maka janganlah kita menidakkan rahsia Allah dengan mengeluarkan pelbagai anggapan negatif.

Itu isu lambat kahwin dan lambat ada anak. Ini isu mengandung pulak.

Double line = Positif, google


Kadang telinga ini mendengar kata-kata yang kurang enak didengar tentang ibu mengandung.

"Alaa... itu pun tak larat, aku dulu mengandung jugak!"

"Alaa... orang lain mabuk jugak, tapi tak adalah nak muntah sampai dengar satu taman!"

"Apasal teruk sangat mengidamnya tu? Aku dulu mengidam jugak tapi ok je kalau tak dapat pun!"

Dan macam-macam lagilah yang sampai kat telinga ni. Aku tak nafikan memang ada yang mengada-ngada berlebihan tak laratnya masa mengandung tapi memang ada yang memang benar-benar tak larat, mabuk melampau mahu pun mengidam melampau.

Benda-benda ni kadang susah nak elak. Aku sendiri pun pernah mabuk sampai 7 bulan mengandung, masuk hospital kerana mabuk sampai 2 kali. Mak aku sampai kulum garam nak hilangkan rasa masuk. Kawan aku asyik nak berludah aje hampir 24 jam, terpaksa letak plastik dalam sampul surat besar sebagai tempat berludah.

Pernah sorang yang aku kenal merokok sepanjang dia mengandung, padahal dia bukanlah merokok pun sebelum tu. Lepas bersalin, pandang rokok pun menyampah.

Ada orang masa normalnya sangat cergas tetapi bila mengandung, apa pun dia tak larat nak buat. Sakit kaki, sakit pinggang bagai. Mana yang dok terajang suami suruh tidur luar pun ada sebab benci sangat dengan bau suaminya tu.

Jadi tak perlulah kita nak hina-hina orang yang sedang mengandung tu. Biarlah suami dia nak pimpin dia berjalan, toksah nak kata dia manja. Depa dapat pahala saling membantu suami isteri, kita yang mengata ni pulak dapat dosa.

Esok lusa kalau kita yang wanita ni mengandung pulak atau isteri ke yang mengandung, doa-doalah agar dipermudahkan segalanya. Aku yang 5 kali mengandung dan ada lagi 2 kali keguguran pun kadang rasa simptomnya ada juga yang berbeza-beza.

Hebatnya pahala wanita mengandung ni jika ikhlas dan redha. Boleh search kat google akan pahala orang mengandung dan melahirkan. Data di hujung jari aje.

Orang yang mengandung kena jaga pertuturan, yang di sekeliling pun doakanlah yang baik-baik juga.

Terima kasih Unifi, Welcome YES!

Perghh... last aku mengomel pada 19 July 2014. Ni dah 6 Oktober 2014. Boleh tahan lama aku menyepi lagi. Busy bercampur dengan mood nak bercerita yang ke laut.

Last aku mengomel entry pasal Unifi yang buat hal. La ni Unifinya pun aku dah terminate. Hilanglah nikmat nak berinternet dengan kadar 'unlimited'. Pasal apa pulak pi terminate?

Aku geram dengan anak-anak yang suka menghadap TV dan bertenet guna hp depa hampir sepanjang hari. Salah aku juga yang tak hadkan penggunaan dua benda tu kat diaorang. Tapi tak larat aku nak follow-up hari-harikan. So countermeasure aku terus terminatekan Unifi.

Aku bagitau je kat Encik Hubby nak terminate sebab yang bayar bil RM149 setiap bulan tu aku. Kalau dia nak teruskan, silalah bayar sendiri. Tentu le dia tak mau kan.

Aku ni memang jenis tak tengok TV pun. Jadi bila Hypp TV dah tak ada, aku tak ada rasa apalah. Cuma nak tengok online video tu terhad sikit. Bagus jugakan. Ha..ha..

Now aku beralih ke broadband YES. Bulan-bulan bayar RM78. Akses 5.7G sepanjang hari. Yang ni pakej promosi. Baru 2 bulan guna untuk diri aku seorang je. Orang lain tak boleh, malah hubby pun aku tak bagi share wifi. Kedekutnya aku. Aku bayar sendiri bukan untuk suka-suka je berinternet. Aku guna untuk buat kerja aku. Bagus juga dapat akses internet dari mana-mana je guna laptop.

Aku guna Huddle ni, boleh wifi untuk 5 devices pada satu-satu masa. Sebesar tapak tangan aku je. Selalu aku bawa dalam handbag aku ke mana-mana. Tak ada wayar apa pun. Kalau ada pun bila nak caj dan plug dia sama macam plug charger hp Samsung tu.

Imej Google


Anak-anak pun tak adalah leka sangat mengadap game atau movie dari internet. Depa boleh juga bertenet guna hp tapi setakat fb dan whataps je sebab dah ada pakej dalam hotlink. Itu pun kalau aku tak top up kredit hp diaorang, tak de lah juga internetnya. Depa tak berani nak top up sendiri sebab depa tau aku check. Kalau aku dapat tau, akibatnya memang hp kena rampas le. Dan dapat sakit sebab kena rotan... aku ni garang sikit. Depa sanggup kena rotan dengan aku daripada kena bebel dengan ayah diaorang.

Setakat ni ok lah aku rasa guna YES ni. Kemarin bawa balik sampai ke Jengka, Pahang pun ok juga. Anak sulung pun pakai yang pakej RM68, akses 4.0G. Yang ni aku suruh hubby yang bayarkan bil dia. Dia perlukan internet ; dia belajar di UiTM, Jengka dalam jurusan Diploma Sains Komputer.

Imej dari SINI
Sebenarnya aku nak pakej Super98 tapi salesman tu silap key-in 78. Aku malas nak kecoh, trylah dengan 78 dulu. Kalau rasa tak cukup baru aku try up-gradekan ke 98. Ok juga aku guna 78 ni, disiplinkan diri berjimat dan guna untuk yang penting sajakan.

Aku pilih YES sebab harga pakej berpatutan dan yang paling penting rangkaian liputan yang luas. Boleh check kat website depa. Masukkan je alamat kawasan yang korang nak.

Selamat berinternet ... Salam Aidil Adha.

Saturday, 19 July 2014

Unifi buat hal lepas sahur!

Lepas sahur tadi Unifi aku buat hal. Puncanya aku nak betulkan soket power router dan modem. So aku OFF kan dulu suis utama yang kat dinding tu. Bila aku ON semula, router Unifi tak ada signal. Boleh nampaklah lampu  LED untuk signal unifi warna oren, bukan warna hijau seperti biasa.

Copy gambar dari blog SINI, boleh baca kelebihan Unifi kat link tu
Router Unifi yang tengah-tengah tu, warna oren putih. Sebelah kanan sekali tu modem dan yang kiri sekali tu kalau ada yang tak kenal kira memang melampaulah. Yang kiri tu cordless phone, bolehlah nak buat macam handphone tapi dalam rumah je la.

Ada empat lampu pada router tu. Kiri sekali lampu power, lampu kedua tu lah untuk signal unifi berfungsi atau tak. Ada satu kabel yang bersambung dari router ke modem. Wajib guna input LAN1 dari modem tu ke router. Lampu ketiga untuk Wifi dan lupa dah lampu  yang keempat tu untuk apa.

Jika lampu kedua tu berwarna oren bermakna tiada signal Unifi. Maka tak bolehlah nak berwifi dan berinternet. TV pun tak boleh nak tengok.

Aku check telefon OK, boleh buat call. Aku check bill online kat email aku pun belumlah sampai tarikh akhir pun lagi, manalah tau lupa nak bayar bil. Aku biasa bayar secara online je terus dari Maybank.

Lebih kurang pukul 6.40 pagi aku cuba call Unifi di 03-77225599 seperti yang aku simpan nombor dia dalam handphone ni. Melampaukan! Sapa yang nak angkat telefon awal pagi. Termenung sekejap.

Masa ON kan TV, ada nampak no tertera nombor 1300-88-1221 guna telefon rumah.

Copy gambar dari Cerita 7 hari
Alhamdulillah ada operator lelaki yang jawap. Aiiiiihhh... macam terlelap lepas sahur je... tapi pandai Encik operator control suara, tak ada la bunyi ngantuk sangat pun. He..he..

Dia suruh aku ON-OFF router, masih tak OK juga. Dia minta aku ON kan komputer yang ada sambungan terus kabel internet ke router.

Dalam google chrome, dia suruh aku taip link ni http://192.168.0.1/. Aku pernah guna link ni untuk tukar username dan password Wifi rumah aku. Aku search kat google sampai jumpa blog ni Cara Tukar Nama & Password Unifi. Biasalahkan... data hujung jari je.

Lepas taip link tu, muncul le rupa macam ni... link ke D-Link System.

Gambar dari SINI
Cuma perlu taip 'admin' sebagai username dan terus klik log in. Tapi gagal.

Taip pulak 'operator' sebagai username. Passwordnya 'h56hhUniFi', pun gagal. Hati risau dah takut kena tukar router pulak.

Operator suruh guna username 'Management' dan password 'TestingR2' pulak.

Seterusnya klik-klik je ikut arahan dia sampai jumpa bahagian SET USERNAME AND PASSWORD CONNECTION (PPPOE). Dia tanya password. Alahai, manalah aku ingat sebab sejak mula pakai 2 tahun lepas rasanya, mana pernah tukar password yang asal. Selepas dia pastikan nama, no IC dan alamat aku pun terima mesej username dan password. Patut le tak ingat, entah susunan huruf dan nombor apa-apa je.. ha..ha.. sabor je la.

Lepas tu ikut je la arahan klik-klik dia. Lega hati bila lampu hijau untuk internet dah menyala kat router. Kalau kena tukar routerkan susah. Leceh sungguh nak tunggu technician depa datang. Aku jenis malas nak menunggu.

Sekarang dah boleh bertenet dan berwifi semula. Tiba-tiba terdengar suara dari TV... Oooo.. dah ada signal, TV dah ok. Alhamdulillah!