iklan

Followers

Pages

Wednesday, 27 July 2011

Mana satu kereta MPV idaman korang?

Kalau anak ramai sampai 4 orang atau lebih, elok jugalah pakai kereta besar-besar ni kan. Pakai MPV le kiranya. Masalahnya duit le pulak kena besar juga. Tak larat juga nak membayar bulan-bulan. Alamat tak payah makan le pulak.

Naza Ria
Aku suka pandu Naza Ria ni. Agak tahan lasak tapi minyak le tak larat nak top-up selalu. Macam menghirup je! Kuat sedut minyak! Nak letak NGV akan ambil banyak ruang untuk barang pulak. Muatlah untuk 7 orang saiz dewasa masuk dalam kereta ni.


Toyota Wish
Kecil sikit tapi pemanduan macam kereta biasa. Pick-up pun bagus dan bergaya (ecehhh..) Ruang untuk barang kecil je tapi besarlah sikit daripada Nissan Livina dan Perodua Alza.


Perodua Alza
Aku pernah test drive kat kedai dia. Kurang pick-up le... ye lahkan, padanlah dengan enjinnya pun yang 1.5cc. Tenaga kecil nak bawa barang besar memang le slow sikit. Kalau aku nak beli pun mungkin sebab bilangan penumpang yang muat untuk 7 orang. Tempat barang sangat terhad. Jangan mimpilah nak speed macam Toyota Wish. Lagi pun nama dia ALZA... tambah huruf I kat tengah dah jadi ALIZA. Suka! He..he..!



Proton Exora
Naik tak pernah apalagi memandu. Nampak cantik je di pandangan mata aku tapi tak minat.


Toyota Estima
Pernah naik tapi tak pernah pandu. Ianya sangat menggoda aku. Hubby kata budget tak sampai lagi nak bayar bulan-bulan. "Tak pe lah yang! Nanti kalau ada rezeki kita beli le!" aku pujuk hubby dan diri aku sendiri... tolong aminkan doa aku!


Toyota Alphard
Ini cuma impian aku yang jauh aje. Kalau dapat beli ni maunya melompat-lompat anak aku kat dalam. Ruang yang besar dan luas tapi lebih mahal harganya daripada rumah yang aku duduk sekarang. Tak larat le nak beli lagi! Anak dah 5 orang, kalau beli yang ini boleh tambah anak lagi kot!

*
*
*
*
*
*
*
Kalau semua yang di atas tu hanya mampu dalam angan-angan, kita pakai MPV yang ini jelah! Jimat minyak, jimat ruang dan lebih fleksibel..... Enjoy!!

Jom tengok Proton Saga FLX baru!!

11 comments:

Panggil aku Han said...

mpv yg bawah sekali tu mmg jimat sgt2...heheheh

EE said...

kalau kak liza naik alza mesti org ckp a liza naik alza...haha..

Aku Ibu Muda said...

wani tak minat MPV :)

azwa amani said...

amani ske fortuner...alphard best juga

Dinas Aldi said...

fuiyoh mpv dalam gambar last tu paling canggih, kahkahkah!

tapi anak dia yg ke3 dari depan tu nampak macam sesak napeh dah tu..ke tidur?

Anamarza said...

yes, yg bwh tu paling menarik hehe

Ummiross said...

hehe ramainya, kesian si kenit kat belakang tu.

ummiarissa said...

ha...gambar last paling best...sesuailah ngan saya anak ramai ni...

Fazlinil Irma said...

org perempuan mesti suka naik alphard. senang nak mekap. takde goyang2. :)

biasanya mpv yg kecik tmpt letak barang, kena letak roof rack kat atas bumbung. senang nak sumbat khazanah bila balik kg. :)

Kalamhati said...

hahaha yg last paling praktikal dan jimat!!

Muhaimin said...

Kalau dorang semua naik MPV pun akan overload ;p.