iklan

Followers

Pages

Monday, 4 October 2010

Tarif air naik lagi?

Baru2 ni ada negeri yg telah dinaikkan tarif bekalan air. Aduh! Kalau aku, maunya tersedak juga. Ada harapan ke Selangor tak naik tarif juga ni? Maklum sajalah ahli keluarga aku ada 7 org semuanya. Bayangkan sehari berapa banyak air yg digunakan utk seisi keluarga. Air utk mandi, bersuci, berwudhuk, basuh kain, basuh pinggan mangkuk, memasak & minum. Itu kegunaan yg perlu setiap hari. Bagaimana pula bila basuh kereta, cuci rumah atau musim2 raya yg buat open house ni. Kalau guna pinggan cawan pakai buang pun mesti banyak nak guna utk cuci periuk2 juga. Bekalan elektrik tak ada sehari mungkin ok juga, tapi kalau air tak ada boleh 'stuck' juga aktiviti seharian kita. Panas hati sebab tak ada air nak sejukkan.

Zaman sekarang aku tengok cara penggunaan air memang agak membazir termasuklah aku yg selalu juga 'lupa diri'. Lihat saja bagaimana cara kita basuh pinggan. Kalau masa aku kecik2 dulu, setelah selesai seluruh ahli keluarga aku makan, segala pinggan mangkuk yg kotor dikumpul dalam 1 besen yg agak besar. Tukang basuh biasanya kaum perempuan je. Bila turn aku, besen tu mak aku tolong angkatkan ke bilik air atau aku angkut sikit2 le. Aku tinggal kat kampung masa tu yg manalah ada sinki kat dapur. Biasanya aku bancuh serbuk sabun dlm besen kecik atau letak je sabun cap kapak (hijau) atau cap buruh (kuning). Ada lagi ke sabun2 tu ye sekarang ni? Tak pernah aku nampak dah kat mana2 kedai runcit. Dulu mana ada mak aku bagi span basuh pinggan. Guna aje perca kain atau baju buruk buat sental pinggan mangkuk.

Mak pesan sental cawan2 dulu lepas tu dari mangkuk2 kecik ke yg besar2. Mak aku ni cerewet juga tapi itulah yg mengajar aku supaya buat kerja tu biar le teratur sikit. Bila semua dah kena sental barulah kita bilas. Bab bilas ni lah yg tak sama dgn apa yg kebanyakan drp kita praktikkan. Air dicurah banyak2 dlm besen besar & bilas pinggan mangkuk tu satu persatu. Air tu ditukar bila dah macam tak ok je ; berminyak sangat atau kotor le. Semua pinggan mangkuk yg dah dibilas tadi dikumpul dlm besen lain diangkut semula utk disusun dlm rak pinggan. Ada juga sesetengah rumah yg dapurnya ada sudut utk basuh pinggan. Air akan mengalir ke bawah rumah yg telah dibina longkang utk alirkan air ke belakang rumah. Kalau mak aku panggil longkang bawah rumah tu 'limbah'. Tak tau le org lain panggil apa.

Itu baru hal basuh pinggan. Kaedah yg nak dijelaskan di sini ialah cara kita bilas sama ada dlm besen atau terus dari air yg mengalir dari paip. Memang cara dulu2 jadi 'exercise' semulajadilah utk aku. Bilas dlm besen memang menjimatkan juga tapi kena pastikan juga pinggannya bersih berbanding dgn alirkan dari air paip yg mak aku kata 'bergantang2 airnya!' ; maknanya banyak sangat guna airnya. Kadang2 sambil sental pinggan dgn sabun, air paip terbiar je terbuka.

Kalau kita cerita tentang basuh kain pun begitu juga. Basuh cara 'manual' atau berus dgn tangan aje memang banyak jimat air, malah kain lebih bersih. Terutama uniform sekolah anak2, ketara beza bersihnya. Tapi secara praktikalnya larat ke nak buat dgn anak2 aku yg 5 org ni? Surirumah sepenuh masa pun ramai yg tak nak buat. Lebih ramai yg guna mesin basuh kain je kerana basuh secara 'manual' ni menuntut tenaga & masa yg banyak. Kena pulak surirumah yg terpaksa ambil & hantar anak sendiri ke sekolah ; 'confirm' sangat sibuk.

Dulu2 aku ada juga mandi dari air telaga atau air tadahan hujan. Air 'free' anugerah Allah ; tak masuk bil air! Kadang2 mandi terus di telaga yg arwah ayah aku korek dgn bantuan kawan2nya dulu. Sekarang telaga tu dah tenggelam dek air paya bersebelahan kerana tanah kelilingnya dah tak dijaga sejak air paip ada. Siapa sedar ye, korek telaga pun ada juga pahalanya kerana bukan kami sekeluarga je yg guna telaga tu tapi juga dapat dimanafaatkan juga oleh jiran2 berdekatan. Jenuh juga nak mengangkat air dari telaga tu balik ke rumah kerana terpaksa naik bukit dari telaga tu masa nak balik rumah. Sampai rumah dah berpeluh semula..he..he.. Kalau air utk bekalan mandi tu kami adik-beradik pun boleh angkut gilir2. Tapi kalau air nak buat masak tu hanya arwah ayah je yg layak bawak sebab mak takut air yg kami bawak tak 'bersih & menyucikan' (rujuk le Jenis2 air) *(^_^)* maklum aje lah kalau dah budak2 yg bawa.

Bila air paip dah mula disalurkan ke rumah2, barulah lega sikit. Sebab itulah telaga jadi terbiar. Telaga tu ada banyak kenangan kerana di situlah buat pertama kalinya aku & kakak aku tolong mak siramkan kain lampin adik aku yg 'u uhhh'. Ha..ha...masing2 pegang macam ngeri je! Sekarang dah ada anak sendiri, redah ajelah. Tak susah macam dulu dah sebab pakai lampin pakai buang je. Di paya berdekatan telaga itu juga aku & abang aku berjaya mengail ikan haruan & ikan limbat yg agak besar juga. Sebab itu jugalah aku cukup geli tengok ikan haruan hidup. Tengok kepalanya aje serupa macam kepala 'ulor' je.

Bila di rumah, mandi pun dari air yg ditadah sama ada dari dalam baldi atau terus dari kolah bulat. Jadi air yg digunakan agak terhad. Tak macam sekarang air mengalir terus dari 'shower' yg kadang2 sedang bersabun pun dibiarkan air tu mengalir. Maknanya duit kita pun 'mengalir' samalah. Banyak kali juga aku pesankan pada anak2 ; mengalir juga. Macam air mengalir di daun keladi. Selepas tu diaorang terlupa semula pesanan aku tu. Itu yg jadi banyak kali pesan.

Masa kecik2 dulu akulah tukang sental kolah tu. Entah kenapa suka pulak aku buat kerja tu. Macam enjoy je! Yg peliknya bila mak aku suruh cuci kolah yg 4 segi tu, aku tak suka pulak. Sekarang kolah bulat tu ada kat belakang rumah sebelah 'toilet' lama (tradisional tu - curah punya!). Arwah ayah buatkan bilik air 'emergency' kat situ sebab kat dalam rumah dah ada 2 bilik air sekarang ni. Yg satu tu ada 'toilet' sekali. Itu pun dibina setelah anak2 mak semuanya dah besar panjang & telah bekerja.

Kalau dulu arwah ayah basuh motosikal dia siram guna cebok je. Kita sekarang 'direct' macam bomba dari getah paip. Siap boleh main2 'spray' kat orang lain lagi. Itulah yg anak2 aku selalu buat sesama diaorang bila bagi peluang cuci kereta kecik aku tu. Tak apalah nak 'happy'2 sekali-sekala. Enjoy! Mama dulu tak rasa semua ni. Banyak kali tak boleh le, marah ayah korang nanti. Bukan mama yg bayar bil air tu. Tapi motosikal arwah ayah tu dah tak de. Mak kata motosikal suzuki biru buruk tu dah kena jual sebab ada motosikal lain yg kakak aku belikan. Sedih bila teringat motosikal tu yg arwah ayah beli tahun 1981, seusia adik aku. Plet CM8562..klasik.

Aku kena jimat2 guna air. Anak2 pun kadang2 suka main air dlm bilik air tu. Seronok agaknya tiup2 buih sabun & main bot2 dlm besen besar tu. Ada juga yg suka menyanyi dlm bilik air, baru 8 tahun pun. Gelihati juga dgn kerenah budak2 ni.

Kalau ada mana2 paip yg bocor tu walau pun sikit, cepat2 le repair. Tak pun cuba tadah baldi bawah paip yg bocor tu & tengok dalam sejam berapa banyak air yg terbazir. Lepas tu kita kira2lah sendiri sama ada nak repair atau biarlah dulu. Bila dicongak dlm sebulan dah berapa RM yg terbazir. Kalau RM10 pun, dapat juga beli ayam seekor dimasak utk makan seisi keluarga. Hatta RM1 pun sangat bernilai bagi insan yg daif. Apa yg penting kerjasama drp seisi keluarga.

No comments: