iklan

Followers

Pages

Monday 4 February 2013

Logik hasil dari bahan yang tersedia.. agak-agaklah!

Sudah lumrah manusia lebih suka merungut daripada bersyukur. Kadang segalanya telah sempurna dan lengkap namun masih berbunyi juga rungutan-rungutan tak puas hati. Kereta cantik, duit banyak, rumah besar, suami hensem atau isteri pun cantik bak model pun tidak dapat menutup mulut dari terus mengomel kerana tak puas hati. Sering merasa tidak cukup.

Tetapi kena ingat ye! Tak semua orang macam tu, hanya tahu komplen aje dan tak tahu bersyukur.

Gambar google

Kadang ada juga yang bersyukur tetapi terselit juga sedikit-sedikit rasa nak meluahkan rasa tak puas hati. Dia mendidik hatinya sedikit demi sedikitlah itu. Doakan aje!

Pun ada juga yang sentiasa bersyukur dengan segala kelebihan mahu pun kekurangan yang Allah berikan. Ini kerana dia melihat kekurangan yang dilihat pada pandangan kasar itu punya kelebihan dan hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah!

Aku?? Selalu juga komplen itu ini! Kadang rasa nak ketuk kepala sendiri pun ada sebab tak reti nak bersyukur.. he..he.. Korang bagaimana? Lebih kurang aku aje agaknya. Tak pe! Perlahan-lahan kita perbaiki diri kita. Biar ada perubahan baik dari tiada lansung.

Itu perasaan kita yang menerima kelebihan dan kekurangan. Bagaimana pula dengan sikap orang yang memberi? Kalau yang memberi itu hanya bersedekah dan jika tak buat pun dia tidaklah dipertanggungjawapkan tu tak mengapalah. Jika ikhlas, pahalalah untuknya tapi jika sekadar riak... rugilah dia dari segi pahalanya.

Bagaimana dengan mereka yang sememangnya memberi sesuatu itu dah jadi tanggungjawapnya?

Kita mesti ingat apa yang kita beri belum tentu menghasilkan sama seperti apa yang kita mahukan walau pun apa yang kita berikan telah cukup sempurna.

Contoh mudah bila kita mahukan sebuah lukisan yang berwarna maka tentulah kita bekalkan alat mewarna yang lengkap. Bukannya hanya bekalkan sebatang pensil untuk melukis. Tentulah nanti lukisan akan jadi warna hitam putih saja. Tidak merah, hijau dan sebagainya.

Belum kita cerita tentang cantik atau tidak lukisan itu lagi kalau segala alat mewarna telah pun lengkap kita sediakan. Alhamdulillah kalau hasilnya sama seperti yang kita harapkan. Tetapi bagaimana jika hasilnya hanyalah gambar yang ala-ala budak tadika melukis oleh orang yang telah dewasa.

Samalah halnya kita memasak gulai tanpa garam sebab tak cukup bahan garamnya. Atau mungkin masak lemak tanpa santan atau susu cair maka jadilah masak pindang. Ini kes bahan tak cukup. Tapi bila bahan cukup pulak kadang jadi terkurang atau terlebih masin, masak lemak pecah minyak dan sebagainya.

Maka kita yang memberi ini pun janganlah merasa cukup sempurna dan angkuh kerana akulah yang menyediakan segala-galanya untuk kamu. Maka kamu jangan banyak komplen dan buat seperti yang aku mahukan! Kita kena lihat semula apa yang kita beri itu sudah cukup atau tidak. Jika tidak mampu untuk memberi dengan sempurna, maka jelaskan pada si penerima agar dia faham.

Adakalanya si penerima susah nak faham bila si pemberi kata tak mampu tetapi apa yang si penerima lihat untuk perkara lain yang tidak berapa penting kelihatannya si pemberi sangat-sangat mampu.

Tak faham? Contohnya mungkin si bapa atau si ibu kata tak mampu nak belikan kasut anak yang telah pun haus tapaknya tetapi si anak mungkin melihat si ayah membeli kasut kulit yang berjenama mahal untuk dirinya sendiri atau mungkin si ibu pantas membeli beg tangan cantik dan berjenama. Apa yang si bapa atau si ibu beli melebihi kepentingan kasut sekolah si anak.

Jadi, gunalah logik akal jika kita mahukan melihat hasil dari sesuatu bahan-bahan. Rendang ayam tak akan ada jika kita hanya bekalkan ikan bilis untuk dimasak. Nak rendang ayam, kenalah beli bahan untuk buat rendang ayam, bukannya bahan untuk buat sambal ikan bilis!

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Samalah juga ibarat nak menutup aurat tak kan cukup sekadar membeli kain satu ela. Nak makan nasi mana mungkin tuang air bergelas-gelas dlm periuk yg berasnya sekadar setengah cawan. Bila dah jadi bubur sesal pun tak berguna..

Liza @ Adzriel AB said...

Kakzakie : setuju sangat tu...

Unknown said...

o..ok..
hheheh..
peringatan yang jelas..kalau tak paham jugak tak tau la..
kita ni kadang2 paham tapi buat2 tak paham ..benda simple gini tapi dok buat jugak..hahah

Hanis Azla said...

setuju dengan akak.. betul sangat tu..