Anaklah penghibur, adakala menduga kesabaran.
Menjadi penyebab yang Allah jadikan untuk kita belajar menjadi amanah, sabar, matang dan lebih bertanggungjawap.
Tak fahamlah aku mengapa dapat anak dibuang, dicampak, disepak terajang. Macamlah anak itu tiada perasaan takut, sedih dan sakit. Dosa dapat dan hati kita sendiri pun bukannya jadi tenang bila dah buat perkara buruk macam tu.
Tak mengerti aku bila tiada rasa belas dan sayang walau pun pada anak sendiri.
Bagi aku nikmatnya dapat cium, peluk dan gomol anak-anak semasa mereka kecil-kecil begini. Dah besar-besar ni tak bolehlah. Gurau-gurau tu seronok le.
Tak perlu marah lebih-lebih kalau mereka buat salah. Marah sikit-sikit dan bagi tunjuk ajar. Jangan lupa kita dulu pun boleh tahan juga 'cergas' dan 'bijak'! Anak kita.... dah tentulah ikut perangai kita juga!
1 comment:
betul tu kak!
anaklah penyeri walaupun kadang2 rasa geram jugak dgn sikap nakal mereka..
Post a Comment