iklan

Followers

Pages

Tuesday 5 February 2013

Oh lampu jalan! Aku yang tak faham atau mereka yang tak peka!

Sejak zaman bujang hinggalah sekarang aku perhatikan lampu jalan yang akan menyala atau tertutup mengikut waktu tertentu. Biasanya ikut waktu jam. Aku paling perasan bila lampu tertutup di waktu pagi berbanding ia mula menyala di waktu petang. Mungkin sebab pagi-pagi dah keluar dari rumah.

Cantiknya lampu jalan  niiii.... gambar google je..
Jadi aku hanya nak kisahkan tentang lampu jalan tertutup di waktu pagi. Selalunya dalam lingkungan pukul 7.00 pagi hampir semua lampu jalan di kawasan rumah aku dah tertutup. Lampu jalan di sebelah luar taman yang menjadi jalan utama penduduk sekitar Bandar Seri Putra nampaknya akan ditutup lebih awal.

Aku pasti bagaimana lampu jalan ini terbuka dan tertutup dengan secara automatik mengikut waktu tertentu yang telah disetkan pada 'timer' oleh pihak yang berkenaan. Siapa yang setkan tentulah manusia, bukannya jerung, kucing, burung dan yang sewaktu dengannya. Ini semua masalah manusia yang telah diberikan anugerah istimewa oleh Allah iaitu akal. Siapalah yang nak menyamakan kita dengan golongan haiwan tu? Tak baik tau! Sorry... terbabas tajuk!

Bila ianya boleh disetkan oleh manusia maka tentulah waktu-waktu itu boleh juga diubah-ubah mengikut kesesuaian keadaan.

Apa masalah aku sebenar?

Dalam bulan Januari, 2013 ini aku lihat walau pun jam sudah pun pukul 7.00 pagi kelihatan suasana masih lagi gelap. Masih ramai anak-anak yang berjalan kaki, menunggang basikal, membonceng motor, menaiki kereta dan bas menuju ke sekolah. Ramai juga yang dewasa dalam keadaan yang sama menuju ke tempat kerja atau dengan urusan lain. Mungkin ada yang baru balik dari surau umpamanya.

Setiap pagi aku menghantar anak-anak ke sekolah dengan memandu kereta Kelisa kecil aku. Bila suasana gelap kerana lampu jalan sudah pun tertutup, hati aku jadi cuak kerana pandangan agak terhad. Semasa memandu kadang baru terperasan, eh! Ada budak sekolah sedang berjalan atau berbasikal di tepi jalan. Mungkin juga ada yang nak melintas jalan.

Sebenarnya aku lebih risaukan budak-budak yang sedang berjalan kaki menuju ke sekolah dalam keadaan gelap dengan suasana kenderaan yang bertali-arus di jalanan. Tiang lampu dan mentolnya ada tetapi awal-awal dah terpadam sebab dah sampai masanya.

Bayangkan kalau anak kalian dalam keadaan begitu? Berjalan di dalam gelap. Harus benar-benar berjalan di tepi jalan yang sempit, takut kenderaan yang lalu lalang tak nampak pula nanti lansung jadi kemalangan.

Bukankah bagus kalau ada 'sensor' yang dapat mengesan kadar cahaya sekitar yang boleh menyebabkan lampu jalan menyala bila suasana gelap dan tertutup bila suasana terang. Macam lampu kereta sesetengah kereta yang canggih tu lah yang boleh kita setkan ia akan menyala dalam keadaan gelap dan tertutup bila ada cahaya lain.

Rasanya itu lebih baik daripada bergantung pada 'timer'.

Alangkah bersyukurnya jika pihak berkenaan peka dengan persekitaran dan keadaan semasa. Selaraskanlah semula 'timer' mengikut masa yang sesuai seperti melewatkan waktu lampu tertutup. Kesian kat mana-mana anak-anak kita semua yang berjalan kaki dan berbasikal nak ke sekolah tu.

5 comments:

AisNy said...

Teman sangat setuju dgn awak... sepatutnya lebih praktikal guna light sensor dari guna timer...

atuk said...

Assalamualaikum Liza

banyak tapisan untuk ubah2 timer tu..

kebanyakan kita tak peka, kerana tak ada kaitan dgn diri sendiri

ummiross said...

Hehe..Liza, jerung pun ada masalah, lampu jalan lagilah ada masalah. Harap2 ada yang listen,listen..keluhan rakyat marhaen.

-Sara- said...

yelah kak, kalau kul 7 tu still gelap lagi kan..

jeBateja said...

Iyo lah kak....now pukul 7 golap laei....seram den tgk anak2 sekolah....