Apa nak buat kerana sememangnya kita manusia dilahirkan dengan minat yang berbeza-beza, perlaksanaan sesuatu perkara juga berbeza dan pencapaiannya turut berbeza. Bagaimana agaknya jika semua orang hanya suka dengan warna merah atau mungkin hanya nak main bola sepak sahaja. Tidak mungkin!
Secara peribadi apa-apa hobi sekali pun tidaklah menjadi masalah bagi aku asalkan ianya tidak merosakkan diri dan orang lain. Hobi meminum arak, mencuri dan menghisap dadah yang dah tentunya banyak buruk dari baiknya.
Pun begitu hobi yang baik jika dilakukan berlebihan boleh juga mendatangkan keburukan. Bila terlalu fokus dan kusyuk hingga lupa tentang masa yang berlalu dan menyebabkan lupa pada tanggungjawap kita pada Allah dan manusia lain yang berhak. Ada batas-batasnya.
Apa yang nak aku cerita sebenarnya tentang minat aku membaca novel sejak zaman sekolah lagi. Itu pun aku hadkan membaca pada waktu cuti sekolah yang panjang. Kalau tidak takut tak siap kerja sekolah aku. Kelemahan aku bila sekali aku mula baca novel tu maka aku akan cuba habiskan secepat mungkin.
Masuk saja alam bekerja, novel hampir aku lupakan. Tak sempat rasanya nak baca kerana sibuk. Namun sejak setahun dua ni, aku mula galak membaca novel. Itu pun aku cuba hadkan sebulan untuk satu ke dua buah novel saja dan bila aku rasa agak bosan.
Membaca novel hasil tulisan kak Melur Jelita memang membuai perasaan. Sambil membaca terasa bagai terbayang-bayang akan babak-babaknya bagai filem dalam minda aku. Habis aku baca ketiga-tiga novelnya dalam masa 2 minggu. Semua novelnya tebal hampir 3 inci.
Aku mulakan dengan novel Awak Suka Saya Tak? (ASST) yang dah lama aku peratikan di facebook kak Melur Jelita sejak tahun lepas lagi. Aku sering membaca komen-komen para peminatnya yang sangat setia. Novel hot sale yang kalau tak silap aku ulang cetaknya hingga 11 kali. Tabik spring pada penulis!
Kemudian aku baca pula dengan novel I Love You Stupid, novel yang paling akhir aku beli dari 3 novelnya. Novel ni ada sambungannya yang kedua pada novel My Precious Iris (MyPI) yang aku beli di PWTC bulan April lalu. Dua bulan menanti untuk dapatkan ILUS, barulah aku mula membaca ASST. Kemudian diikuti dengan ILUS dan akhirnya MyPI.
ILUS di Pustaka Rakyat, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi |
MyPI pun ada di Pustaka Rakyat |
Aku suka ketiga-tiganya, terutama sekali ILUS dan MyPI kerana ianya seperti sehaluan dengan blog rakan aku, Sokha Sands Collection yang sentiasa berusaha membantu masyarakat Islam di Kemboja.
Novel-novelnya bukanlah kisah cinta semata-mata yang menjadi daya penarik utama pembaca, tetapi juga banyak nilai-nilai agama dan kemasyarakatan. Penulis hampir begitu teliti dengan setiap telahan perasaan seorang anak, ibu, ayah, orang tua, orang muda, guru, anak murid, orang kaya, orang miskin, orang awam, anggota polis, orang baik orang jahat dan sebagainya.
Bacalah dengan mata hati dan ambillah pengajaran daripadanya. Novel ini mampu menjadi motivasi pada ramai orang, mensyukuri nikmat Allah dan muhasabah kembali kekurangan diri. Ia bukanlah sia-sia bagi mereka yang tahu mencari kebaikan di dalamnya.
No comments:
Post a Comment