iklan

Followers

Pages

Sunday 16 February 2014

Tadika seawal 4 tahun, anak aku lagi suka!

Ternampak status ni di facebook dari rakan blogger Ben Ashaari ;

"Semalam berborak dgn rakan rakan bekas sekolah .. Topik perbualan anak.. Kebanyakan mereka menghantar anak ke Taska seusia 4 tahun dan kata mereka , anak mereka dilambakkan dgn kerja rumah.

Setiap hari pasti akan ada kerja rumah yg diberikan guru. Alasan yg diberikan guru Taska adalah utk membentuk disiplin dari usia muda.

Hurm... Apa pendapat korang ?"

Macam biasa ada yang setuju dan ada yang tidak beserta pendapat masing-masing. Ibu bapa sudah pasti ada hak untuk merasa risau dengan perkembangan anak-anaknya seawal usia 4 tahun.

Arif si bongsu
Anak bongsu aku, Arif Ikhwan mula ke tadika pada usia 4 tahun di tadika Dzul Iman pada tahun 2013. Aku tak pernah paksa pun. Dia yang suka dan excited nak ke sekolah masa tu. Kadang pergi seawal 7.30 pagi dan adakalanya pukul 8.00, 9.00 atau 10.00 pagi. Ikut suka hati aku nak hantar pukul berapa pun. Baru 4 tahun pun. Ustazah pun tak pernah nak marah dan Arif sayang sangat dengan ustazah-ustazah dia.

Baru 4 tahun pun, jadi ustazah tak ada bagi homework pun. Ada buku baca ABC dan 123 dan juga Qiraati dalam beg tapi tiada paksaan untuk aku follow-up dia kat rumah. Jika kita nak boleh follow-up sendiri. Biasanya ada buku yang ustazah catit untuk perkembangan anak-anak.

Pembelajaran untuk anak-anak 4 tahun lebih santai.

Selama setahun dia di tadika Dzul Iman Bandar Seri Putra, Arif mula :

- tahu bezakan warna Blue, Black, Red, Yellow, Pink, White, Purple, Green, Orange, Chocolate.
- boleh kira One, Two, Three sampai Twelve dan Satu, Dua, Tiga sampai Sepuluh.
- boleh baca Alif, Ba, Taa sampai Yaa dan kenal baris atas, baris bawah dan sabdu.
- hafal doa makan dan doa tidur dengan baik.
- hafal surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas dengan pelat budak-budak le.
- hafal doa rukuk dan sujud... tetap pelat .
- hafal selawat nurul mubin sambil tepuk belakang periuk macam kompang

Macam-macam jugalah yang dia dapat dari tadika tu dan share dengan mamanya ni kat rumah. Dia happy semacam je. Susu sebotol tetap selamba dia minta ustazah buatkan selepas habis waktu persekolahan tengahari. Serius aku memang tak kisah pun anak minum susu dalam botol hingga usia 5 tahun sebab kalau bagi dalam cawan, dia minum sikit je.

Bagi aku tak ada salah pun anak masuk tadika di usia 4 tahun. Aku buat macam tu sebab nak pisahkan dia dari suasana taska yang sekelilingnya ada ramai baby kecil yang kadang mungkin buat dia rasa terpinggir. Pengasuh mungkin tak dapat nak fokus pada dia lagi.

Tetapi yang paling penting bagi aku adalah Arif suka dengan suasana persekolahan dia. Dia sayang ustazahnya termasuklah tukang masak di situ yang budak-budak panggil 'Ummi'. Aku sering bertanya Arif dari masa ke semasa tentang aktivitinya di sekolah. Aku memang tak ada follow-up dia membaca di rumah. Jadi bagi aku, aku nampak hasil yang baik selama dia bersekolah di situ pada usia 4 tahun berbanding aku hantar ke rumah pengasuh macam biasa sebab di rumah pengasuh cuma untuk mengasuh.

Bila aku tanya sama ada Arif nak aku hantarkan ke rumah pengasuh lama, pasti dia jawap 'tak nak'. Bukan dia tak sayang 'Kak Ina' dan 'Mak Ani' yang mengasuh dia sejak usia 2 bulan tetapi dia lebih enjoy bergaul dengan rakan sebaya di tadika. Kadang ada cerita menarik dengan rakannya si Haikal, Azim, Irfan, Ali, Akif, Qiqi, Qais dan ramai lagi. Cerita bergaduh pun ada... he..he.. budak-budakkan. Kalau bab bergaduh, jangan kita mak bapak jadi batu api pulak ye.

Apa pun, kenali apa aktiviti dia sekolah dan sesuaikan dengan usianya. Sekarang dia dah pun 5 tahun. Jadi waktu sekolahnya aku kenalah hantar sebelum pukul 8.30 pagi sebelum perhimpunan bermula. Selepas tu ada solat Dhuha dan sarapan sebelum pukul 9.25 pagi. Rugi kalau sampai lambat.

Baru-baru ni Arif bagitau aku "Mama! Ustazah kata Alip solat bagus!". Sebelum ni selalu mencuit kawan. Sekali-sekala aku chat dengan pengetuanya di WhatApps, chat santai je. Saja spot check karektor Arif.

Terima kasih para pendidik di tadika Dzul Iman, Bandar Seri Putra yang sabar mendidik Arif.

1 comment:

RaZaLiNa said...

As slm sis..saya sedang mencari preschool utk anak saya yg akan berumur 5thn thn depan...

Boleh saya tahu pendapat sis secara keseluruhan Dzuliman ni adakah menarik..berapa kerap mereka melakukan aktiviti2/trip?

Bagaimana penjagaan dari segi makan dan persiapan diri anak2...

Mungkin sis boleh berkongsi serba sedikit recommendation...

Thanks