iklan

Followers

Pages

Monday, 21 March 2011

Aku tak guna alarm jam loceng/handphone

Tersenyum sorang-sorang baca entry Ben Ashaari ni. Biasalah! Ada orang susahnya nak bangun tido sampai nak kena siram dengan air. Banyak taik telinga agaknya walau letak jam loceng besar kat tepi telinga. Mmmm... nak tunggu isteri tersayang juga yang kejutkan ye!

Masa aku sekolah rendah dulu memang cukup senang. Aku memang tak ada jam loceng pun. Subuh-subuh lagi memanglah mak aku dah bangun mandi, solat subuh dan terus gigih memasak kat dapur. Bila dah dekat pukul 6.30 pagi tu sayup-sayup dari dapur mak panggil aku suruh bangun.

Bila mak dah panggil, boleh pulak aku terjaga dari tidur tu. Dengan masih mamai lagi tu mengesot keluar dari kelambu. Tak payah pakai jam loceng pun. Teringat kasih sayang arwah ayah yang tiap-tiap malam akan check keliling kelambu semuanya rapat supaya nyamuk tak boleh nak tembus gigit aku.

Bila aku mula tinggal di asrama kenalah pandai-pandai sendiri. Bukan ada mak nak tolong kejutkan. Nasib juga aku dapat senior yang baik hati semuanya. Lembut je depa tolong kejutkan aku kalau terlajak tidur.

Dulu aku suka baca novel bersiri "Bercakap dengan Jin". Entah sampai siri ke berapa pun aku dah tak ingat. Yang paling best siri 1-3, lepas tu aku tengok dah banyak yang tak berkenan kat hati aku dah. Dari situlah aku ambil petua sebelum tidur. Aku amalkan baca Alfatihah, ayat Kursi, ayat 3 Qul dan syahadah. Lepas tu aku niat nak bangun pukul berapa dan selalunya menjadi. Allah makbulkan doa aku. Macam kisah aku bangun tidur pukul 4 pagi tu ; Studyku dengan Kitaro.

Tapi sekarang kalau niat pun kadang gagal juga. Mungkin sebab ada baby, tidur aku pun tak menentu, jadi kadang mengantuk terlebih-lebih. Terpaksalah pakai alarm handphone bila aku perlu bangun pada satu-satu waktu yang aku inginkan. Takut terlajak. Aku memang sensitif dengan bunyi alarm handphone ni. Mudah terjaga.

Sebab tu lah aku tak 'On' pun alarm handphone aku, bunyi alarm dari iphone hubby pun boleh buat aku terjaga. Kadang-kadang hubby boleh buat selamba dek je tidur... memang tak sedar kot. Aku jugak yang suruh dia 'Off'kan alarm tu. Sebagai seorang ibu kenalah sensitif dengan bunyi, betul tak? Kesian baby mintak susu kalau maknya tidur mati. Melalak le budak tu sorang-sorang..he..he..

So.. baca doa sebelum tidur, takut tiba-tiba tertidur terus dan supaya jangan ada syaitan yang mengganggu tidur kita.

7 comments:

Siti Hajar Masri said...

sy selalu alert bunyi2 ni tp hubby kalo alarm dia berbunyi yg sgt kuat tu sikit pun x bgn..

Hafzan Sarah said...

huhu..maybe sy kna amlkn bacaan2 tu..
sbb skang set 3 alarm pon xbgun2 lagih.adesss.hehe

shah-kayrul said...

kayrul kalau pasang alarm hp...confirm la tak sedar diri...tiap2 pagi terpaksa la hubby yg kejutkan sebelum dia g keja...hehhehhehe

LilyGrynn said...

Nak kata susah sangat bangun pagi tak juga. Nak kata senang pun, tak juga. Kiranya I ni di tengah2 lah gitu. Still, perlukan alarm hp sebagai wake up call!

sitiezahim said...

aa saya pon sensitip ngan bunyi2 ni..cepat je mangun..paling x bes kalu en husben set alarm awal dr yg sepatutnya tp dia x mangun..haha

sha said...

pernah niatkn mcm tu..

alert dgn alarm jugak..

ummiross said...

dah tua2 ni, tido cepat je terjaga..