iklan

Followers

Pages

Monday 25 February 2013

Anak penghibur di kala duka!

Anaklah penghibur, adakala menduga kesabaran. 
Menjadi penyebab yang Allah jadikan untuk kita belajar menjadi amanah, sabar, matang dan lebih bertanggungjawap.




Tak fahamlah aku mengapa dapat anak dibuang, dicampak, disepak terajang. Macamlah anak itu tiada perasaan takut, sedih dan sakit. Dosa dapat dan hati kita sendiri pun bukannya jadi tenang bila dah buat perkara buruk macam tu.

Tak mengerti aku bila tiada rasa belas dan sayang walau pun pada anak sendiri.

Bagi aku nikmatnya dapat cium, peluk dan gomol anak-anak semasa mereka kecil-kecil begini. Dah besar-besar ni tak bolehlah. Gurau-gurau tu seronok le.

Tak perlu marah lebih-lebih kalau mereka buat salah. Marah sikit-sikit dan bagi tunjuk ajar. Jangan lupa kita dulu pun boleh tahan juga  'cergas' dan 'bijak'! Anak kita.... dah tentulah ikut perangai kita juga!

Saturday 16 February 2013

Teachers! You are great! Love u!

Setuju dengan kata-kata Edu Cahayaku Sdn Bhd. Tidak kiralah guru tadika, guru sekolah menengah, guru sekolah rendah, guru sekolah ugama, guru IPT (pensyarah), guru menjahit, guru memasak, guru ilmu mempertahankan diri dan segala macam jenis guru asalkan ilmu yang diberi itu halal dan bermanafaat... memang dituntut agar kita menghormati mereka. Tanpa mereka siapalah kita untuk menjadi pandai dalam banyak perkara. Hormatilah guru-guru kita, guru-guru adik-beradik kita, guru-guru mak ayah kita, guru-guru anak-anak kita, guru-guru saudara-mara kita, guru-guru para sahabat kita dan tentulah semua para guru.


Kalau kurang jelas... Ni aku copy paste dari facebook :

Sebagai seorang pengusaha TADIKA mmg banyak Dugaan yang kita lalui. Begitu juga dgn guru. Tugas seorang guru adalah tugas yang paling mulia di sisi agama dan di mata masyarakat. Tapi bukan guru TADIKA.

Sesetengah ibubapa merasakan bahawa guru TADIKA NI tidak sehebat mana. Tapi tahukah mereka betapa susahnya tugas yang disandang Oleh guru2 ini. Bayangkan Dari menulis, membaca, mengira sehinggalah ke 'toilet train' siapa yg ajar. Guru2 yg kerdil inilah yg bertungkus lumus dan tidak jemu2 mendidik sehingga pandai 3M dan semuanya.

Najis, air kencing, hingus, muntah adalah mainan kami. Ada yg datang ke TADIKA dgn tidak mandi. Berkutu. Kuku yg panjang. Guru2 inilah yg dgn rela hati melakukannya. Mandikan, ketipkan kuku2 Malah Ada yg SAMPAI kutu di Kepala pun di proses.

Setakat mana masyarakat kita menghargai tugas guru2 TADIKA ini? Emmm....Ada tu sampai hujung tahun pun tak ucap terima kasih apabila anak dah pandai membaca. Tidak di nafikan Ada yg terlalu menghargainya SAMPAI kita Sendiri Akan berlinang airmata bila kata2 yg diluahkan sungguh menyentuh rasa.

Apa pun kpd saya dan ANDA guru2 TADIKA kita harus merasa bangga kerana kita lah orang yg bertanggungjawab mendidik anak2 ini untuk menguasai 3M dgn penuh kesabaran Dari peringkat awal lagi.

Untuk itu saya dgn Bangganya TABIK spring kpd semua guru2 yg berkhidmat untuk mendidik anak2 di Seluruh Malaysia. TEACHERS YOU ARE GREAT........hats off !

Friday 15 February 2013

Ulang tahun ke 71 mak di Mekah..

15 Februari datang lagi. Tahun 2013 maka genap pula usia mak 71 tahun. Tapi tahun ini sambutan ulang tahun usia mak lebih istimewa dan lebih bermakna buat diri mak sendiri. Ahhh... tiba2 terasa sebak, bagai dapat merasa apa yang mak fikirkan. Tentu panjang doa mak hari ini.

Mak menyambutnya di Mekah hari ini kerana menunaikan ibadah umrah. Mak ke sana pada 11 Februari lalu, dah 3 hari mak di sana kira tolaklah sehari dalam penerbangan.

Sempat aku bergambar dengan mak di KLIA sebelum mak  ke Mekah
Mak pergi ditemani oleh abang sulung aku. Mak menerima pelawaan dari adik kandung mak yang turut disertai oleh isteri dan 2 orang anak perempuannya yakni sepupu-sepupu aku juga.

Alhamdulillah, rezeki mak memang selalu murah walau pun dah lama pencen menoreh getah. Kalau kami adik-beradik yang 5 orang ni tak memberi duit pun tiada masalah untuk mak berbelanja dengan duit sendiri yang sentiasa ada. Maka perbelanjaan mak untuk pergi umrah pun mak bayar sendiri. Tapi bila anak-anak nak memberi juga, mak tak menolak. Rezeki jangan ditolak.. he..he..!

Abang sulung pun tiada masalah dengan duit tambangnya sendiri walau pun dia dapat pergi dalam tempoh yang agak singkat juga. Doa mak mengharapkan ada ruang kosong untuk abang sulung dimakbulkan bila ada antara peserta yang membatalkan penyertaan di saat akhir. Sama keadaannya dengan peluang yang mak dapat kerana mengisi kekosongan juga.

Bukan aku nak kata mak dan abang sulung jenis banyak duit. Mak hanya orang biasa-biasa yang pernah bersusah menoreh getah berwama arwah ayah dulu. Abang sulung pula hanya pegawai kerajaan yang bergaji bulanan tak sampai RM3K pun. Kedua-duanya punya sikap rajin menyimpan duit. Abang sulung aku lebihlah berhematnya. Tetapi dia tidak berkira jika perlu berbelanja lebih untuk pendidikan sekolah agama bagi kesemua anak-anaknya di sekolah agama swasta di Ipoh.

Tetapi apa yang ingin aku katakan "yakinlah dengan rezeki Allah!".

"Carilah rezeki yang halal dan mendatangkan berkat!". Insyaallah nanti Allah cukupkan apa yang kurang.

Dah memang tertulis rezeki untuk mak bila ada ruang kosong untuk mak turut serta dalam rombongan yang diuruskan oleh Ustaz Sazali Shamsudin dari Syarikat Imtiyaz Travel & Tors Sdn. Bhd.

Ustaz Sazali
Malam sebelum bertolak tu kami adik-beradik, laki-bini dan anak-anak masing-masing dah pakat kumpul dan makan-makan di rumah kakak aku di Desa Subang Permai. Pasal makan aku memang tak menolak. Aku, hubby dan anak-anak je yang balik semula ke rumah di Bandar Seri Putra malam tu. Adik-beradik yang lain semuanya bermalam di rumah kakak kecuali keluarga adik aku sebab rumahnya dekat je di Subang Bestari.

Jadi subuh-subuh tu aku dan family mula bersiap-siap. Pagi 11 Feb tu aku tanya hubby... "kul berapa mak check-in flight yang?".

Dengan muka confident, hubby jawap "pukul 7.30 pagi dah kena check-in. Filght antarabangsa tak boleh lambat!".

Aku anggukkan ajelah pasal aku bukan paham sangat tentang kapal terbang ni. Caya tak aku tak pernah naik kapal terbang. Tolonglah percaya!

Alamak! Dah lewat! 7.45 pagi aku, hubby dan anak-anak dah sampai ke Departure Hall, KLIA. Melilau mata mencari tapi tak nampak pun kelibat yang dikenali. Akhirnya aku call kakak aku, "Kau kat mana?".

"Kitaorang baru sampai tol KLIA", abang ipar aku pulak yang jawap sebab tadi call kakak tak berjawap, so aku calllah abang ipar pulak. He..he..

Cissss! Semalam bukan main kata nak bergerak subuh dari rumah. Masa tu aku ada jawap "Ye lah tu!".

Aku agak dahhh...

Yeahhh... Puan Sri sudah sampai dengan tongkat saktinya!
Kitaorang memang suka mengusik kadang-kadang panggil mak aku Puan Sri. Melenggak masuk dengan tongkat dan handbagnya di tangan dan diiringi kakak ipar dan anaknya.

Kakak aku pulak lansung ke level 2 (kalau tak silap le..lupa pulak!) untuk siapkan sarapan di Food Court.

Tongkat sakti mak boleh bertukar jadi kerusi.
Lepas tu beramai-ramai kitaorang turun ke Food Court. Penuh lif tu dengan ahli keluarga aku je. Maklum aje cucu mak ada 15 orang semuanya. Semuanya jenis hyper aktif..

Boys.. sesat sorang girl kat depan!

Tetamu VIP, Mak & abang sulung. Kakak ipar & anaknya jadi waitress amik order!

Girls.. 5 orang termasuk yang meja belakang sorang tu.

Masak nasi lemak sambal ikan bilis & sotong, ada sandwic roti dan telur yang kakak buat .
Semua dah kenyang, pakat-pakat naik semula ke aras 5, Departure Hall.

Bila 5 beradik perempuan berkumpul...
Dari kiri : adik aku, kakak ipar sulung, kakak ipar anak ke-3, kakak aku & aku le!

3 orang anak perempuan mak!

Mak  dengan 'kerusi khas'nya beramah-mesra dengan geng2 Ipoh mali.

Anak -menantu, cucu pakat kerumun mak!
Kalau orang lain aku tengok cuma seorang dua aje yang menemani mereka di airport ni, tapi mak ditemani oleh semua anak-anak dan menantu  dan juga cucu-cucu. Kecoh betul.... cucu-cucu mak excited nak iring embah (nenek!) diaorang ni. Anak-anak pun sama je!

Sessi pengagihan passport peserta

Dah.. moh kita gerak!

Moga selamat pergi dan kembali

Luv u mommy!

Friday 8 February 2013

Baru kerja sikit dah demam! Apa daaa???

Lewat aku bangun pagi ni... dah nak pukul 6.40 pagi. Kalut-kalut... Hubby dah siap-siap nak pi kerja dan hantar anak sulung ke sekolah di Bandar Baru Bangi. Terjaga pun sebab tiba-tiba terbatuk dan tekak berkahak. Alahaiii... adalah kerja yang terbengkalai ni karang.

Petang semalam agak sibuk sikit. Jumpa client di Bangsar dan yang bestnya dia pulak yang belanja aku makan nasi ayam di restoran Sup Janda Baik. Client aku kata restoran di ada masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Eh... terujalah pulak ye!

Malangnya masa tu kitaorang sampai situ dah pukul 2.15 petang. Supnya dah habis, diaorang tengah masak yang baru. Kena tunggu dalam 30 minit lagi. Malas nak menunggu, makan ajelah nasi ayam.

Banyak pokok di sekelilingnya. Terasa teduh!

Ni ada citer lebih pasal restoran ni dari blogger lain di SINI.

Sempat client aku suruh aku bungkus sup tulang untuk bawak balik. Takut kempunan katanya... he..he.. rezeki!

Lepas tu aku terus ke ofis unit trust di Bangsar belakang Maybank tu je untuk submit borang-borang pelaburan client-client aku. Sempat aku beramah-mesra dengan staff di kaunter yang lama aku tak jumpa. Maklum saja sebab selalunya aku hantar borang di cawangan Cheras, dekat Hotel Caliber tu.

Kebetulan pula jumpa up-line dan kawan aku dari group yang sama. Dapatlah berbincang masalah dan strategi bersama sambil minum petang pulak. Meeting yang tak dirancang pun.

Hari hujan dan aku pula bergerak balik agak lewat dalam pukul 6 petang. Maka terpaksalah melayan jem teruk dari Bangsar hinggalah ke tol Sungai Besi. Sempat juga aku top-up kad Touch n Go aku untuk lalu Smart Tag. Takut nak beratur di laluan tunai bila waktu nak sampai exit Putra Mahkota.

Terpaksa pula minta tolong hubby ambilkan anak-anak dari sekolah masing-masing. Bukan selalu aku lewat pun, kadang sebulan sekali je.. ha..ha.. jangan jeles! Biasa pukul 5 petang aku dah ada kat rumah dah. Lepas tu sibuk ambil anak-anak balik sekolah je.

Ingatkan nak jumpa 3 client hari ini. Tapi sebab kurang sihat, rasanya 1 client sajalah. Itu pun sebab kawab sekolah dulu. Jumpa santai kat rumah dia je. Bila sakit kepala datang, aku jadi blur kejap.

Semalam kawan aku perasan yang aku dah tak order teh 'o' panas seperti biasa. Aku kata kalau boleh nak elakkan minuman berkafein. Sekarang aku biasa order jus epal suam atau air barli suam je. Selagi dapat menahan nafsu... kadang tergoda juga bila tengok orang minum teh tarik. Usia dah masuk 4 series ni, kenalah jaga lebih lagi. Bukan kesihatan aje nak kena improve tetapi budi bahasa juga. Meningkat usia kenalah minda pun semakin matang.

Jangan mudah mengadu masalah pada sesiapa saja!

Apa yang sepatutnya kita buat bila dilanda masalah adalah mengadu pada Allah. Jika tersilap mengadu pada manusia, khuatir ianya akan menjadi fitnah. Fitnah yang bukan menyelesaikan masalah tetapi menambah buruk keadaan. Berfikir sebelum mengadu pada manusia..... termasuklah diri aku sendiri!

Ini semua gambar aku copy paste dari Google je!




Tuesday 5 February 2013

Oh lampu jalan! Aku yang tak faham atau mereka yang tak peka!

Sejak zaman bujang hinggalah sekarang aku perhatikan lampu jalan yang akan menyala atau tertutup mengikut waktu tertentu. Biasanya ikut waktu jam. Aku paling perasan bila lampu tertutup di waktu pagi berbanding ia mula menyala di waktu petang. Mungkin sebab pagi-pagi dah keluar dari rumah.

Cantiknya lampu jalan  niiii.... gambar google je..
Jadi aku hanya nak kisahkan tentang lampu jalan tertutup di waktu pagi. Selalunya dalam lingkungan pukul 7.00 pagi hampir semua lampu jalan di kawasan rumah aku dah tertutup. Lampu jalan di sebelah luar taman yang menjadi jalan utama penduduk sekitar Bandar Seri Putra nampaknya akan ditutup lebih awal.

Aku pasti bagaimana lampu jalan ini terbuka dan tertutup dengan secara automatik mengikut waktu tertentu yang telah disetkan pada 'timer' oleh pihak yang berkenaan. Siapa yang setkan tentulah manusia, bukannya jerung, kucing, burung dan yang sewaktu dengannya. Ini semua masalah manusia yang telah diberikan anugerah istimewa oleh Allah iaitu akal. Siapalah yang nak menyamakan kita dengan golongan haiwan tu? Tak baik tau! Sorry... terbabas tajuk!

Bila ianya boleh disetkan oleh manusia maka tentulah waktu-waktu itu boleh juga diubah-ubah mengikut kesesuaian keadaan.

Apa masalah aku sebenar?

Dalam bulan Januari, 2013 ini aku lihat walau pun jam sudah pun pukul 7.00 pagi kelihatan suasana masih lagi gelap. Masih ramai anak-anak yang berjalan kaki, menunggang basikal, membonceng motor, menaiki kereta dan bas menuju ke sekolah. Ramai juga yang dewasa dalam keadaan yang sama menuju ke tempat kerja atau dengan urusan lain. Mungkin ada yang baru balik dari surau umpamanya.

Setiap pagi aku menghantar anak-anak ke sekolah dengan memandu kereta Kelisa kecil aku. Bila suasana gelap kerana lampu jalan sudah pun tertutup, hati aku jadi cuak kerana pandangan agak terhad. Semasa memandu kadang baru terperasan, eh! Ada budak sekolah sedang berjalan atau berbasikal di tepi jalan. Mungkin juga ada yang nak melintas jalan.

Sebenarnya aku lebih risaukan budak-budak yang sedang berjalan kaki menuju ke sekolah dalam keadaan gelap dengan suasana kenderaan yang bertali-arus di jalanan. Tiang lampu dan mentolnya ada tetapi awal-awal dah terpadam sebab dah sampai masanya.

Bayangkan kalau anak kalian dalam keadaan begitu? Berjalan di dalam gelap. Harus benar-benar berjalan di tepi jalan yang sempit, takut kenderaan yang lalu lalang tak nampak pula nanti lansung jadi kemalangan.

Bukankah bagus kalau ada 'sensor' yang dapat mengesan kadar cahaya sekitar yang boleh menyebabkan lampu jalan menyala bila suasana gelap dan tertutup bila suasana terang. Macam lampu kereta sesetengah kereta yang canggih tu lah yang boleh kita setkan ia akan menyala dalam keadaan gelap dan tertutup bila ada cahaya lain.

Rasanya itu lebih baik daripada bergantung pada 'timer'.

Alangkah bersyukurnya jika pihak berkenaan peka dengan persekitaran dan keadaan semasa. Selaraskanlah semula 'timer' mengikut masa yang sesuai seperti melewatkan waktu lampu tertutup. Kesian kat mana-mana anak-anak kita semua yang berjalan kaki dan berbasikal nak ke sekolah tu.

Monday 4 February 2013

Logik hasil dari bahan yang tersedia.. agak-agaklah!

Sudah lumrah manusia lebih suka merungut daripada bersyukur. Kadang segalanya telah sempurna dan lengkap namun masih berbunyi juga rungutan-rungutan tak puas hati. Kereta cantik, duit banyak, rumah besar, suami hensem atau isteri pun cantik bak model pun tidak dapat menutup mulut dari terus mengomel kerana tak puas hati. Sering merasa tidak cukup.

Tetapi kena ingat ye! Tak semua orang macam tu, hanya tahu komplen aje dan tak tahu bersyukur.

Gambar google

Kadang ada juga yang bersyukur tetapi terselit juga sedikit-sedikit rasa nak meluahkan rasa tak puas hati. Dia mendidik hatinya sedikit demi sedikitlah itu. Doakan aje!

Pun ada juga yang sentiasa bersyukur dengan segala kelebihan mahu pun kekurangan yang Allah berikan. Ini kerana dia melihat kekurangan yang dilihat pada pandangan kasar itu punya kelebihan dan hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah!

Aku?? Selalu juga komplen itu ini! Kadang rasa nak ketuk kepala sendiri pun ada sebab tak reti nak bersyukur.. he..he.. Korang bagaimana? Lebih kurang aku aje agaknya. Tak pe! Perlahan-lahan kita perbaiki diri kita. Biar ada perubahan baik dari tiada lansung.

Itu perasaan kita yang menerima kelebihan dan kekurangan. Bagaimana pula dengan sikap orang yang memberi? Kalau yang memberi itu hanya bersedekah dan jika tak buat pun dia tidaklah dipertanggungjawapkan tu tak mengapalah. Jika ikhlas, pahalalah untuknya tapi jika sekadar riak... rugilah dia dari segi pahalanya.

Bagaimana dengan mereka yang sememangnya memberi sesuatu itu dah jadi tanggungjawapnya?

Kita mesti ingat apa yang kita beri belum tentu menghasilkan sama seperti apa yang kita mahukan walau pun apa yang kita berikan telah cukup sempurna.

Contoh mudah bila kita mahukan sebuah lukisan yang berwarna maka tentulah kita bekalkan alat mewarna yang lengkap. Bukannya hanya bekalkan sebatang pensil untuk melukis. Tentulah nanti lukisan akan jadi warna hitam putih saja. Tidak merah, hijau dan sebagainya.

Belum kita cerita tentang cantik atau tidak lukisan itu lagi kalau segala alat mewarna telah pun lengkap kita sediakan. Alhamdulillah kalau hasilnya sama seperti yang kita harapkan. Tetapi bagaimana jika hasilnya hanyalah gambar yang ala-ala budak tadika melukis oleh orang yang telah dewasa.

Samalah halnya kita memasak gulai tanpa garam sebab tak cukup bahan garamnya. Atau mungkin masak lemak tanpa santan atau susu cair maka jadilah masak pindang. Ini kes bahan tak cukup. Tapi bila bahan cukup pulak kadang jadi terkurang atau terlebih masin, masak lemak pecah minyak dan sebagainya.

Maka kita yang memberi ini pun janganlah merasa cukup sempurna dan angkuh kerana akulah yang menyediakan segala-galanya untuk kamu. Maka kamu jangan banyak komplen dan buat seperti yang aku mahukan! Kita kena lihat semula apa yang kita beri itu sudah cukup atau tidak. Jika tidak mampu untuk memberi dengan sempurna, maka jelaskan pada si penerima agar dia faham.

Adakalanya si penerima susah nak faham bila si pemberi kata tak mampu tetapi apa yang si penerima lihat untuk perkara lain yang tidak berapa penting kelihatannya si pemberi sangat-sangat mampu.

Tak faham? Contohnya mungkin si bapa atau si ibu kata tak mampu nak belikan kasut anak yang telah pun haus tapaknya tetapi si anak mungkin melihat si ayah membeli kasut kulit yang berjenama mahal untuk dirinya sendiri atau mungkin si ibu pantas membeli beg tangan cantik dan berjenama. Apa yang si bapa atau si ibu beli melebihi kepentingan kasut sekolah si anak.

Jadi, gunalah logik akal jika kita mahukan melihat hasil dari sesuatu bahan-bahan. Rendang ayam tak akan ada jika kita hanya bekalkan ikan bilis untuk dimasak. Nak rendang ayam, kenalah beli bahan untuk buat rendang ayam, bukannya bahan untuk buat sambal ikan bilis!