iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Blog Gadget. Show all posts
Showing posts with label Blog Gadget. Show all posts

Monday, 6 October 2014

Terima kasih Unifi, Welcome YES!

Perghh... last aku mengomel pada 19 July 2014. Ni dah 6 Oktober 2014. Boleh tahan lama aku menyepi lagi. Busy bercampur dengan mood nak bercerita yang ke laut.

Last aku mengomel entry pasal Unifi yang buat hal. La ni Unifinya pun aku dah terminate. Hilanglah nikmat nak berinternet dengan kadar 'unlimited'. Pasal apa pulak pi terminate?

Aku geram dengan anak-anak yang suka menghadap TV dan bertenet guna hp depa hampir sepanjang hari. Salah aku juga yang tak hadkan penggunaan dua benda tu kat diaorang. Tapi tak larat aku nak follow-up hari-harikan. So countermeasure aku terus terminatekan Unifi.

Aku bagitau je kat Encik Hubby nak terminate sebab yang bayar bil RM149 setiap bulan tu aku. Kalau dia nak teruskan, silalah bayar sendiri. Tentu le dia tak mau kan.

Aku ni memang jenis tak tengok TV pun. Jadi bila Hypp TV dah tak ada, aku tak ada rasa apalah. Cuma nak tengok online video tu terhad sikit. Bagus jugakan. Ha..ha..

Now aku beralih ke broadband YES. Bulan-bulan bayar RM78. Akses 5.7G sepanjang hari. Yang ni pakej promosi. Baru 2 bulan guna untuk diri aku seorang je. Orang lain tak boleh, malah hubby pun aku tak bagi share wifi. Kedekutnya aku. Aku bayar sendiri bukan untuk suka-suka je berinternet. Aku guna untuk buat kerja aku. Bagus juga dapat akses internet dari mana-mana je guna laptop.

Aku guna Huddle ni, boleh wifi untuk 5 devices pada satu-satu masa. Sebesar tapak tangan aku je. Selalu aku bawa dalam handbag aku ke mana-mana. Tak ada wayar apa pun. Kalau ada pun bila nak caj dan plug dia sama macam plug charger hp Samsung tu.

Imej Google


Anak-anak pun tak adalah leka sangat mengadap game atau movie dari internet. Depa boleh juga bertenet guna hp tapi setakat fb dan whataps je sebab dah ada pakej dalam hotlink. Itu pun kalau aku tak top up kredit hp diaorang, tak de lah juga internetnya. Depa tak berani nak top up sendiri sebab depa tau aku check. Kalau aku dapat tau, akibatnya memang hp kena rampas le. Dan dapat sakit sebab kena rotan... aku ni garang sikit. Depa sanggup kena rotan dengan aku daripada kena bebel dengan ayah diaorang.

Setakat ni ok lah aku rasa guna YES ni. Kemarin bawa balik sampai ke Jengka, Pahang pun ok juga. Anak sulung pun pakai yang pakej RM68, akses 4.0G. Yang ni aku suruh hubby yang bayarkan bil dia. Dia perlukan internet ; dia belajar di UiTM, Jengka dalam jurusan Diploma Sains Komputer.

Imej dari SINI
Sebenarnya aku nak pakej Super98 tapi salesman tu silap key-in 78. Aku malas nak kecoh, trylah dengan 78 dulu. Kalau rasa tak cukup baru aku try up-gradekan ke 98. Ok juga aku guna 78 ni, disiplinkan diri berjimat dan guna untuk yang penting sajakan.

Aku pilih YES sebab harga pakej berpatutan dan yang paling penting rangkaian liputan yang luas. Boleh check kat website depa. Masukkan je alamat kawasan yang korang nak.

Selamat berinternet ... Salam Aidil Adha.

Thursday, 16 February 2012

Dapat Samsung Galaxy Tab, lagi senang nak berblog!


Melayan kehendak anak dara sulung, Aishah (16 tahun) ke kedai buku Popular di Nilai berdepan dengan pasaraya Giant, aku pun singgah sekejap di kedai Samsung di tingkat bawahnya untuk cuci mata. Bukan cuci beg duit ye.

Kalau hubby dah dapat handphone Samsung Galaxy S nya, aku suka Samsung Galaxy tab je. Handphone aku tak kisah, asal mudah buat call pun dah ok. Maksud aku mudah nak buat call semasa sedang memandu. Hati-hati memandu ye! Kalau pakai touch screen ni payah juga macam handphone Nokia express music 5880 aku ni. Suka lagi brand Sony Ericsson, mudah dan praktikal fungsinya. Cuma buttonnya mudah juga rosak.

Jika dulu teringin nak handphone Blackberry, kemudian impikan Ipad tapi kini cinta dah beralih arah ke Samsung Galaxy Tab. Mudahnya beralih arah cinta ye! Ini gara-gara pengaruh rakan blogger Amy Syaquena yang gilakan Samsung.

Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus - budget dalam RM1.5K ++


Samsung Galaxy tab 10.1 - budget RM1.8K ++

Gambar-gambar copy dari facebook Amy je!

Aku tengok kat kedai tu dia letak harga untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 pada harga RM1899. Kalau nak lagi murah, tanya-tanyalah dengan Amy Syaquena. Penjual gajet yang boleh kita percaya... ramai blogger yang kenal. Bukan macam kisah dalam entry Lulu Caldina ni 'Saya nak iphone 4S' di mana customer tertipu dan rugi duit beribu-ribu ringgit.

Cuba banding harga yang aku sebutkan dengan harga yang Amy Syaquena offer kat SINI. Warranty tetap ada dan original lagi.

Bermakna aku ada pilihan untuk mendapatkan harga yang lebih murah dengan barangan yang berkualiti. Eceh... berangan dulu! Impian ingin ditunaikan, senang nak berblogkan dan untuk bekerja juga. Saiz mudah masuk handbag je.

  
Berusahalah *(^_^)*... "Fight-Oh!"

Monday, 9 May 2011

Pakai 'walkie talkie' di rumah?


Gambar ambil kat SINI

Korang pernah nampak benda ni? Aku dulu panggil walkie-talkie je. Baru aku tau nama melayu dia Radio Amatur (RA). Orang lain dah lama tau, aku pulak yang lambat tau.

Semasa aku kerja kilang Sony dulu penggunaan RA ni untuk lebih memudahkan kerja-kerja maintenance yang lebih cekap dan pantas. RA dibekalkan kepada Supervisor bahagian pengeluaran produk dan staf-staf maintenance yang glamour dipanggil dengan nama 'budak IE'. IE tu Industrial Engineering. Sebenarnya bukanlah budak pun, bapak budak pun ada. Cuma panggilan saja 'budak IE' yang terdiri dari jejaka-jejaka tampan belaka...konon! He..he..

Jika ada berlaku kerosakan pada segala jenis mesin, jig atau masalah teknikal berkaitan dengan elektrik, maka RA akan digunakan oleh Supervisor untuk memanggil mana-mana budak IE jika kelibat mereka tidak kelihatan di kawasan berdekatan. Setiap saat mesin atau jig tidak dapat digunakan dan tempoh masa diambil untuk membaikinya akan direkodkan.

Setiap saat yang digunakan itu bermakna kerugian kepada syarikat kerana tiada pengeluaran terhasil. Mereka akan mengira jumlah saat yang terbuang dengan berapakah bilangan produk yang sepatutnya terhasil dan dijelaskan lagi dalam nilai matawang. Bila ditukar dalam bentuk duit, barulah mata kita ni nampak jelas kerugiannya. Begitulah cara syarikat Jepun bekerja di mana kerosakan yang berulang dengan kadar yang tinggi akan dianalisa pula cara mengatasinya dengan lebih efektif.

Penggunaan RA adalah salah satu cara untuk memendekkan tempoh masa maintenance yang terbuang gara-gara lambat mendapatkan 'budak IE' untuk membaiki kerosakan.

Sudah banyak kilang-kilang yang menggunakan kemudahan RA ini. Begitu juga di tempat kerja hubby aku. Ia sudah menjadi alat yang sangat penting untuk melancarkan kerja-kerja terutama dibahagian pengeluaran.

Adakalanya teringin juga aku nak gunakan dalam rumah aku. Letak satu RA di tingkat atas, manakala satu lagi dah tentu di tingkat bawah. Tak perlulah nak tinggikan vokal untuk meminta sesuatu dari bawah. Aku memanglah malas sangat nak turun naik tangga berkali-kali untuk sesuatu yang kadang-kadang terlupa nak diambil. Selalunya yang jadi orang suruhan aku adalah anak-anak aku. Alasannya "alaaa... exercise!". Pandai suruh orang lain bersenam ye.

Kalau nak tahu banyak lagi info tentang RA, bolehlah korang semua jenguk kat :

Sunday, 23 January 2011

Search this blog


Korang tentu nampak "SEARCH THIS BLOG" di sudut kanan blog aku ni. Aku add guna 'add gadget' di menu 'design' tu je. Masa 'add gadget' tu, aku klik 'Google Web Search Gadget'. Senang je.

Punca aku add benda ni pun sebab nak senangkan diri aku cari mana2 topik dalam blog aku ni. Kadang2 jenuh aku mencari di blog archive tu. Lambat...aku lak bukan le jenis penyabar sangat.

So bila aku dah letak gadget ni, aku cuma taip kata kunci je & search. Boleh pergi search ke blog kawan2 lagi. Ada 5 kategori kat situ ; This Blog, Link From Here, My Friends, JENGUK-JENGUK LE!, The Web.

Boleh le korang apply kat blog korang jugak. Senang nak rujuk semula mana2 topik sendiri atau kawan2. Ini le countermeasure aku setakat ini utk masalah menjadi tajuk di blog sendiri. Rupanya boleh juga search blog kawan2. Lega..