iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Baby Things. Show all posts
Showing posts with label Baby Things. Show all posts

Sunday, 5 June 2011

Patutlah lot parking penuh!



Nampak tak apa yang tak kena dalam gambar ni? Ada sebuah 'baby stroller' dah ambil lot parking kereta juga. Bibik dengan baby yang di asuhnya masuk dalam kedai gambar di depan tu. Tak bolehlah dia nak tolak 'baby stroller' tu ke dalam kedai. Agaknya sebab benda tu pun status kereta juga, kereta sorong!

Sunday, 20 March 2011

Dah tukar botol susu BPA free?


Ramai parents yang sekarang ni kalut tukar botol susu kerana botol susu polikarbonat yang diharamkan baru-baru ni. Nak cerita panjang pun aku tak berapa pandai. Korang bacalah kat blog ni ; Botol susu BPA free

Aku pun dah order jenama AVENT kat blog ni je ; Little Adaman. Kat sini aku boleh dapat harga murah dari harga kat luar. Pre-order sebelum 2 April ni. Ni iklan dia, aku copy paste je dari facebook dia sebab tokey tak sempat nak up-date blog.. busy dengan baby comel dia.

"Yes..the pre-order is starting now! You can start ordering by email me at mylittleadaman@yahoo.com or you can PM me. The closing date for this pre-order is on April 2, 2011. The goods will arrive in KL one week later. Full payment is required upon ordering. In case there is no stock, don't worry..i will fully refund your money. Order yours now!"

Boleh add facebook dia di Little Adaman untuk info terkini.

Lepas ni aku kena buang semua botol susu yang ada. Nostalgia betul! Botol anak sulung pun ada lagi. Tapi aku ada satu botol kaca yang telah digunakan sejak anak kakak aku yang sulung hinggalah baby Arif aku. Tapi muat 120ml je. Anak kakak aku tu dah 18 tahun pun.

Yang penting kesihatan anak-anak. Yang dah lepas tu tak pe lah... eh! Baby aku sorang je! Yang lain dah besar belaka. Tak pakai botol susu dah..

Thursday, 3 February 2011

Hebat sungguh ciptaan Allah

Haaa...Arif dah besar sekarang ni. Dah 1 tahun 8 bulan!
Dah mula nak belajar makan sendiri!


Ish! Ngaper yang tak dapat2 ni!


Uhh! Susah sangat! Pakai tangan je la! He..he.. letak dalam sudu!


Lambat le!.. Suap terus le..lapor dah ni!


Apa tengok2? Nak ke?

- Minum pun Arif nak buat sendiri! Habis basah bajunya! He..he..!
- Habis bertabur nasi goreng kat lantai! Biasa lah tu! baru belajar! Bila pulak budak kecik terus pandai makan tak berteraburkan! So jangan le kecoh sangat nak marah si kecik!
- Jangan tak tau, baby chair tu dah turun temurun 5 beradik sejak Aishah lagi ; 14 tahun le usia kerusi tu.
- Eh! Dah besar my baby Arif! Tengok gambar dia baru lahir di Arif!

Hebat sungguh ciptaan Allah!

Saturday, 22 January 2011

Baby safety lock

Merata kedai hardware aku mencari barang ni. Apa namanya ye? Cangkuk yg boleh adjust yg biasa digunakan pada music box atau jewelery box. Kecil je saiznya. Aku nak pasang pada pintu kabinet dapur rumah aku. Baby Arif aku sekarang ni cergas betul. Rajin sungguh menolong aku 'mengemas' barang2 dapur terutama bekas plastik & cawan. Pandai pulak tu pilih cawan plastik aje. Dah empat kedai hardware aku tanya sejak semalam. Ada satu kedai tu cadangkan aku ikat dgn dawai...ewah! Nak kena marah dgn hubby aku, buat le! Tokey kedai tu gurau je coz aku & hubby memang selalu juga beli barang di situ. Jadi dah kira camlah muka kitaorg ni.

Tibalah aku di satu kedai hardware yg baru je buka tahun lepas di Bandar Seri Putra ni. Dekat dengan restoran Delima rasanya. Jalan dekat 7-Eleven & Balai Polis juga. Tokey kedai tu cadangkan aku guna baby safety lock yg dia sendiri pasang pada peti sejuk. Katanya di kedai Cosway pun ada. Macam good idea je, aku pun beli le satu kat kedai hardware tu. RM8.50 je.

Lepas tu aku singgah juga di kedai Cosway yg sederet juga dgn kedai hardware tu. Murah sikit, RM6.90 je. Rupa yg di Cosway tu lebih kurang macam dlm gambar ni je. Tapi nak friendly yg aku beli di kedai hardware tadi ; klip dgn mudah je. Yg ni nak kena pasang macam butang baju tu. Boleh le tanya mana2 kedai hardware.


Selepas aku pasang pd pintu tu, Arif macam mengomel kat aku tunjuk pintu tu tak boleh buka. He..he.. Kalau tak letih le kejap2 nak kutip semua barang kat ruang tamu tu. Letih le adik oiii...

Lekatkan benda tu guna double side tape je. So tak payahlah nak tebuk2 lubang skru pun. Hubby aku tak marahlah kalau gitu caranya. Kalau tebuk2 ni dia tak berapa suka. Benda ni dah wujud lama, tapi baru aku tau hari ni. He..he...anak dah 5 pun ye! TQ le kat tokey kedai tu. Share kat korang juga. Bila aku nak search gambar ni tadi (malas nak ambil gambar betul!), macam2 jenis lock ada utk baby. Boleh le jengah2 kat google image. Taip je "baby safety lock".