iklan

Followers

Pages

Tuesday 3 March 2015

Pesanan manja yang asas jika nak berjaya dalam jualan

Goggle mari
Ada sahabat bertanya tentang tips nak buat jualan, tips nak berjaya dalam bidang jualan. Apa yang aku katakan pada dia bahawa aku bukanlah orang yang layak untuk bagi dia tips sebab pencapaian aku dalam bidang jualan biasa-biasa sangat.

Aku tidak salahkan siapa-siapa pun atas pencapaian aku yang biasa-biasa kerana tips untuk berjaya memang banyak tapi aku yang tidak konsisten melaksanakannya.

Tapi aku pesan juga pada dia bahawa jika nak berjaya, ikutlah tips yang memang dia dah pernah dengar pun dalam kelas-kelas anjuran syarikat yang pernah dia hadiri. Kita selalu seronok dengar atau baca tips untuk berjaya tetapi kita selalu bertangguh dan beralasan untuk melaksanakannya.

Hari ini aku menghadiri satu kelas yang juga berkaitan dengan bidang jualan. Antara perkara asas yang ingin aku kongsikan dengan korang semua :

1) Jangan suka buang masa dengan bergossip atau mengumpat. Kadang kita terlalu sibuk berbincang tentang keburukan orang lain yang sebenarnya tiada kaitan dengan kita pun. Apa yang kita dapat hanyalah dosa mengumpat.

2) Jangan buang masa dengan makan, minum atau berehat terlalu lama hingga boleh menyebabkan kita jadi malas dah nak bangun dan bergerak untuk mulakan kerja.

3) Fokus untuk selesaikan tugasan yang diberi dengan seberapa segera, elakkan bertangguh dan beralasan.

4) Jika kita menerima penolakan atau kerugian, jangan lama melayan sedih. Abaikan kemarahan. Redha! Perbetul kesilapan dan teruskan usaha mencari peluang lain. Marah dan sedih hanya membuang tenaga dan masa kita untuk berjaya.

5) Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu dengan rakan seperjuangan.

6) Jangan terlalu kedekut dan berkira untuk sekali-sekala bersedekah sama ada daripada segi keringat atau pun harta.

Apa yang aku kongsikan bukan untuk perli siapa-siapa tetapi untuk kebaikan semua. Ia sebagai nota atau ingatan untuk diri aku sendiri. Terasa aku hari ni.. He..he.. padan muka aku kannnn..

Monday 2 March 2015

Makan dan bayar online


Biasa kita dengar beli barang secara online. Kita bayar dulu secara online dan kemudian orang pos barang tu kat kita. Tapi biasa tak buat macam ni? Kita pi makan atau beli barang kat kedai tapi bayar secara online?

Tak tahulah orang lain ada buat ke tidak tapi aku ada buat. Ini pun sebab kawan yang dah kenal lama dan dia ada rasa percaya dengan aku. Setiap kali aku bayar pun pasti aku mesejkan perincian bank pada pemilik kedai tu yakni kawan akulah.

Akulah yang cadangkan cara ni pada dia. Saja suka-suka nak menggalakkan dia menyimpan duit sebenarnya. Bukan banyak pun sekali aku belanja, tak sampai RM20 pun selalunya. Setiap kali aku buat bayaran, aku akan rekod juga dalam 'notes' di smart phone Lenovo aku tu. Transaksi memang aku buat 'on the spot' depan dia. Jika ada masalah internet pada Lenovo tu, aku akan buat kemudian atas pengetahuan kawan dia.

Kawan aku yang berniaga ni cuma jual nasi lemak, nasi ayam dan jajan je kat tepi jalan. Niaga kecil-kecilan je, kadang susah nak buat simpanan. Jadi bila sekali-sekala aku tunjuk jumlah simpanan dia yang aku rekod, gembira sangat dia. Ye lahkan, selama ni nilai RM dalam bank tak meningkat pun. Itulah nikmat menabung bila nampak hasilnya.

Kadang aku ketawa sama-sama melihat gelagat dia yang 'excited' tengok jumlah simpanan dia. Hidup aku mungkin tidaklah sesusah dia daripada segi nilai kewangan tetapi banyak nilai kemanusiaan yang aku pelajari daripadanya. Belajar untuk kurangkan merungut bagi mana-mana kekurangan yang ada dan lebih bersyukur.