iklan

Followers

Pages

Saturday 8 March 2014

Jangan bersenda tentang musibah ke atas orang lain

Di saat ramai orang yang bersedih dengan kejadian MH370 yang hilang, ada juga insan yang nak bersenda. Yang aku kesal bila individu yang menaikkan status tidak matang ini adalah seorang lelaki dewasa yang sudah punya anak dan isteri. Budak sekolah pun ada yang tahu simpati dan tak mahu bergurau senda dalam kes begini.

Sumber gambar dari akak disebalik pintu

Tapi syukurlah sebab selepas 3 jam dia sudi minta maaf. Kita kena ingat, peristiwa ini sesuatu yang melibatkan nyawa, ramai yang terlibat dan ramai juga rakyat kita Malaysia turut bersama dalam pesawat. Mungkin ada kawan kepada kawan kita, saudara pada kawan kita, sahabat kepada adik kita di situ. Jangan tambah kesedihan mereka.

Baca entry Zed Zaidi mohon maaf buat lawak pasal MH370

APMM gerakkan 4 buah kapal dan dua pesawat cari pesawat MAS


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah mengerakkan empat buah kapal dan dua pesawat menuju ke lokasi terakhir penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang terputus komunikasi dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi tadi.

Shah‎idan (gambar) berkata sebuah kapal APMM dilaporkan sudah berada di lokasi perairan berkenaan bagaimanapun sehingga kini masih belum menemui sebarang petunjuk dalam usaha mencari pesawat tersebut.

‎"Kita menggerakkan‎ empat buah kapal dan dua pesawat menuju ke kawasan betul berhampiran perairan sempadan Vietnam di mana sebuah kapal sudah berada di kawasan berkenaan.
"APMM beri tumpuan pada kawasan bilik gerakan agensi lain tentera laut sudah berada di kawasan dikenalpasti bagaimapun sehingga kini belum masih ada petunjuk mengenai pesawat berkenaan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata pengerahan segala aset bagi operasi mencari adalah bersamaan dengan arahan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Kedudukan terakhir MH370 sebelum hilang daripada radar adalah 065515 utara (longitude) dan 1033443 timur (latitude).

Perhubungan radar dengan pesawat MAS MH370 yang hilang pagi ini terputus di udara yang dikawal Vietnam awal pagi ini.

Pihak berkuasa sudah mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat yang menghala ke Beijing tersebut.

MAS berkata penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi tadi.

Pesawat B777-200 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.31 pagi dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

‎Sementara itu Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) APMM, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin berkata aset APMM terbabit digerakkan pada 8.30 pagi.
"Pesawat terbabit ialah pesawat udara CM415 dan kapal laut itu, KM Segantang, KM Amanah dan KM Langkawi," katanya kepada Bernama.

Hishammuddin berkata sebarang spekulasi perlu disahkan kesahihan terlebih dahulu.
"Tolong jangan buat spekulasi tentang nasib MH370 kerana semua dakwaan dan tanggapan ini perlu disahkan dahulu," katanya.

‎Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya memperbetulkan laporan awal mengenai lima warganegara India dalam pesawat MH370.

"Sebelum ini dilaporkan 12 warganegara Indonesia berada dalam pesawat.
"Sebenarnya tujuh warganegara Indonesia dan lima warganegara India," kata Ahmad Jauhari.
Ahmad Jauhari juga berkata setakat ini 80% keluarga penumpang dan anak kapal MH370 berjaya dihubungi.

Beliau juga mendedahkan MAS menghantar pasukan ke Beijing untuk memberikan bantuan dan keselesaan kepada ahli keluarga di sana. – 8 Mac, 2014.

Sumber berita : The Malaysian Insider

p/s : Moga Allah permudahkan urusan menyelamat. Sebak dengar berita ni walau pun tiada ahli keluarga terlibat kerana ia melibatkan penerbangan MAS bersama 38 rakyat Malaysia dan 12 krew.