iklan

Followers

Pages

Saturday 30 July 2011

Allah mengirimnya sebagai peringatan!

Malam tadi terdengar di TV3 katanya Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana di kejarkan ke hospital. Sedih juga aku mendengar beritanya semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematiannya pula.

Allah lebih mengetahui dan moga kita yang hidup ini mendapat pengajaran darinya. Alfatihah, moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Kita yang hidup jangan menyebut yang buruk hanya untuk menyakiti hati ibu bapa dan keluarganya.

Apa yang berlaku ada hikmahnya agar kita mempelajari sesuatu yang terkadang kita tak ambil pusing pun. Allah telah memberi peringatan buat kita semua.

Alfatihah!

Berita di petik dari SINI.
Terima kasih pada Yien kerana maklumkan di facebook!!

KUALA TERENGGANU - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.- Bernama

Perut leper, air pun kurang!

Petang semalam Arif demam dan muntah-muntah. Kenapa pula? Aku check mulut dia, tak ada ulser pun. Jangkitan kumankah? Semua yang dia minum dimuntahnya semula walau pun dah bagi ubat tahan muntah.

Sebelum tidur dapat juga habis minum sebotol susu. Risau juga takut kurang air. Perut pun dah leper. Sepanjang malam tidurnya terganggu. Mungkin pening kepala. Panas sikit, aku pun masukkan ubat di punggungnya saja.

Pagi tadi lampin yang aku nak tukar masih kering. Dia kencing dibilik air je.. memang kurang air ni. Kemudian dia buang air besar, seketul-sektul macam kambing punya je najisnya. Kena pujuk minum ni.

Sukanya dia makan kuih ketayap, habis 3 ketul. Bukan aku buat, hubby beli awal pagi tadi.


Tapi sayang, lepas tu muntah semula. Walaupun begitu mulutnya mengomel juga sekali-sekala nak bergurau. Kesian my baby.. Nak bawa ke Hospital An Nur juga ni sebab klinik An Nur dekat rumah ni tutup pada hari Sabtu.

Melihat anak yang kurang cergas dan tak bermaya menimbulkan kerisauan yang amat sangat. Itu baru sehari dua. Membaca kisah mereka yang menderita bertahun-tahun di Somalia dan melihat anak-anak mati kekeringan membuatkan air mata aku menitis : Rintihan di Somalia. Apatah lagi di Ramadhan yang hadir ini.

Friday 29 July 2011

Jadual buka puasa Shah Rukh Khan

Gelihati aku tengok gambar yang Naruto (bukan nama sebenar) upload dalam facebook ni.

Bacalah komen dia "Sy dapat ni kat Masjid India...memandangkan sy berasal dari Bangla...tak brapa nk paham Bahasa Tamil...kalu nk guna agak2 la ek...".

Jeng-jengggg!! Ni dia jadual dia! Kat Masjid India kat KL tau! Bukan Masjid kat India! Tapi cuba perati, ada gak bahasa Melayunya. Klik la gambar ni nak bagi nampak jelas sikit. Pakai kanta pun boleh..

Ini khas untuk depa yang tak faham bahasa Melayulah gamaknya. Ramai India muslim kat area sana, Jalan Masjid India. Ishh...aku ni dok India atau dok Malaysia ni? Confuse le pulak dah!

Selamat menyambut Ramadhan semua. Boleh print dan tampal kat rumah ni sebagai panduan.. he..he.. jangan marah ekkk!

Aksi menawan hati Malaysia vs Singapura (video)

Malas nak kecoh-kecoh malam tadi, belum habis game separuh masa pertama, hubby aku dah naik ke tingkat atas. Bengang agaknya tengok bola tak masuk gol walau pun ada banyak peluang. Apa nak buat belum rezeki bola tu nak cecah gol.

Sempat juga aku menjeling ke TV tu. Seronok tengok kesungguhan Safee Sali yang bingkas bangun selepas terjatuh. Matanya tak lari dari mencari ke mana bola pergi.

Jadi aku tak setuju dengan ayat pertama dalam Harian Metro NI :
"KEHADIRAN kira-kira 90,000 penyokong gagal membangkitkan semangat Harimau Malaya untuk memadamkan kelebihan dua gol Singapura pada aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam."

Bukan tak bersemangat, rezeki nak menang yang tak ada!

Aku paling suka aksi Apek masa ni! Hebat dia tepis bola! Bukan senang tu, kena berusaha..

Apek selamatkan bola lagi... tension Qiu Li

Qiu Li tension lagi!! Apek kaut bola rapat-rapat tu!

Qiu Li jugak yang bengang habis dengan Apek!

Peluang tak Safee Sali tak lepaskan! Agaknya masa nilah jiran aku jerit "Gol!" bagai nak rak! He..he.. boleh dengar sampai ke rumah aku tu!

Tapi ada juga aksi 18sx di saat 0.09 dalam youtube di bawah ni selepas gol pertama Singapura!
Korang boleh gak tengok lagi jelas kat entry Yana MIB :
Tak senonoh betul perangai!

Apa pun jangan stress-stress, enjoy youtube Phua Chu Kang dan Harith Iskandar pasal Malaysia dan Singapura. Senyummm!!
Jom pergi Oriental Spa kat SINI

Ni lagiii.... gurau-gurau je..

Thursday 28 July 2011

Kecoh hero-hero aku depan TV



"Gollllll!!!"..... excited gila dah hubby aku dengan 3 orang anak lelaki aku kat depan TV tengok bola di RTM1. Padahal tak gol pun! Dengan Arif yang baru 2 tahun tu pun sibuk menyebut 'gol'.

"Amirullllll.... esok ada ujian Sains kan! Dah study ke belum!", gesa aku pada anak aku yang tingkatan 1, anak kedua.

"Kejaplah mama! Nak tengok ni!", beralasan lagi anak teruna aku tu.

Selalu memang 'kejap' lah jawapan dia. Bila ada bola ni lagilah lama 'sekejap' dia tu.

Anak-anak perempuan semuanya dah masuk bilik diaorang. Asyikin nak tidur sebab sakit kepala katanya. Aishah pulak nak sambung buat homework dia. Bulan puasa nanti dah nak trial PMR.

Malam ni kan Malaysia lawan Singapura di stadium Bukit Jalil. Masing-masing mengharapkan kekalahan kelmarin dapat ditebus. Berlawan di padang sendiri, harap kemenangan menyebelahi pasukan Harimau Malaya.

Esok mesti ramai yang buat entry keputusan bola sepak malam ini.

p/s: He..he.. bunyi macam hubby tak puas hati je dengan game ni! Geram le tu terlepas banyak peluang gol!

Buku murah-murah untuk anak-anak!



Dengan nilai serendah RM1.50 je anak anda mungkin akan bertambah hebat dalam Matematik, Sejarah atau apa-apa subjek sekali pun. Sebuah buku latihan ni nilainya RM1.50 je.

Susah nak pandai bila malas belajar walau pun beli buku berpuluh-puluh ringgit. Ni ada yag murah! Apa lagi...jom shopping buku!

Gambar ni aku ambil kat kedai Pustaka Rakyat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Ronda-ronda kedai buku nak 'basuh' anak-anak yang merosot keputusan periksa kelmarin.

Kalau tak mak ayah yang kena pantau anak-anak, siapa lagikan. Takkan cikgu nak pantau sampai ke rumah? Cikgu tuisyen mungkinlah kot kalau mengajarnya kat rumah. Orang gaji? Tak sesuai... Tetap mak ayah yang kena pantau.

Setakat RM1.50 tu, beli je lahkan. Murah sangat nak bandingkan dengan sehelai baju.

Besarnya batang sawi..



Ishh..ishhh... batang sawi semuanya?? Nasib baik mee goreng dia sedap. Cepat kayalah depa niaga kedai makan macam ni. Tak ada rupa sawi pun...

Aku dah komplen dengan waiter kat situ "Janganlah buat akak macam ni dik! Akak kan regular customer korang. Nanti akak komplen kat boss korang macam mana? Mana dia? Tak nampak pun?".

Tok sahlah berkira sangat kalau nak untung lebih pun. Takut esok lusa customer tak mau datang dah kalau dok buat perangai macam ni.

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT! TAKUT JATUH LONGKANG NANTI!


Nak join before 3.00 pm ni! Klik SINI

Gambar ni aku ambil masa hari sukan sekolah anak aku kat Stadium MPKJ Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Korang boleh klik SINI kalau nak tengok laporan penuh dari pihak sekolah dengan gambar aksi-aksi anak-anak sekolah menengah bersukan.

Lubang longkang yang menunggu mangsa! Dalam juga longkang tu... takut aku tengok. Harap jangan sampai jadi kes begini baru nak buat tindakan menutup longkang tu :


Apa nak buat, banyak terjadi kes penutup longkang hilang hingga mendatangkan mudharat pada orang lain. Dapat dosa free je setiap kali ada orang yang terjatuh kat situ. Saham yang menyusahkan.

Terlebih makan buah kurma!


Rotab, kurma segar yang dah masak... sedapppp!!! Gambar dari SINI.

Tak tau nak breakfast apa pagi ni. Bukan tak ada bahan... kalau nak buat roti dengan telur pun boleh aje. Tapi memang sajanya jenis malas nak masak bila dah sorang-sorang kat rumah.

Ternampak buah kurma yang jiran bagi semalam, bukan rotab tapi yang dah kering. Aku pun bangun ke dapur makan dulu 2 biji jamu Sihat Wanita dan 2 biji jamu Herba Angin. Jamu Serapat aku biasa makan sekali je waktu malam. Mau jamu? Klik SINI.

Lepas tu aku capai plastik buah kurma. Makan satu persatu macam makan kacang je lagaknya.

Buah kurma ni banyak khasiatnya. Boleh search kat google dengan keyword "khasiat kurma".

Aku suka makan kurma sebab tenaga yang diserap adalah serta-merta... baca SINI.

Aku pernah terbaca, sunat makan kurma dalam bilangan yang ganjil yakni 1,3,5 dan 7. Tapi aku ni dah habiskan sebanyak 21 biji ni! Memang bilangan ganjil, macam terlebih sudah je!

Cenderahati di bulan Ramadhan : Sweet dates, apricots, pistachios, cookies!

Mengancam mata dan selera

Mengancam selera aku!

Gambar yang buat aku hilang kata-kata bila aku masuk blog dia ni. Menggoda betul! Kalau aku makan sorang-sorang pun boleh habis ni. Membayangkan sebesar ini dalam bekas dengan sebatang sudu di tangan. Aku pun makan sambil mengadap blog. Sungguh pelahap aje gayanya.

Aku pun baru tau nama dia Pavlova. Aku mana tau nama pelik-pelik ni, tau makan je! Wooo... boleh tempah pulak kalau nak!! Siapa mau boleh order kat SINI le..!

Hobi Irma, pemilik pavlova ni suka ambil gambar... tenang je tengok sawah padi ni. Pemandangan yang biasa aku tengok bila balik ke kampung hubby kat Parit 3, Semanggol.

Ada banyak lagi gambar-gambar cantik kat SINI. Sejuk mata!

Berangan motor besar tak sudah!

Inilah komen-komen dalam entry motorsikal cun semalam kat SINI. Memang cantik gila dan bergaya motornya tu....


Tak pe lah Jijan (panggilan manja aku buat si jeBateja)! Kalau Kak Liza ambil motor Jijan tu nanti, camner pulak Jijan nak pegi kerja. Hari-hari Jijan merempit dengan motor tu. Boleh le kot nak bawak kereta tapi terpaksalah layan jem. Tak sempat le Jijan nak breakfast macam selalu kat rumah. Risau pulak si Lela nanti kalau perut suaminya kosong awal pagi. Bukan dia tak tau Jijan tu kuat makan..he..he.. Tengoklah entry dia NI, orang belum puasa pun lagi tapi dia and geng dah pulun kuih raya awal-awal lagi.

Ye lah CT Aja kan! Usahkan nak beli motorsikal semahal tu perlukan duit, yang hari-hari nak makan pun kenalah bekerja untuk dapatkan duit. CT Aja nak shopping kain raya ni kenalah cari duit lebihkan!

Isteri yang semuanya suami tanggung pun bukan duduk saja kat rumah tunggu suami hulur duit. Depa pun bekerja melaksanakan tanggungjawap sebagai isteri yang menguruskan rumahtangga bagi melengkapkan kehidupan keluarga yang lebih tersusun dan sempurna. Ada juga yang rajin buat duit dari rumah macam Lela isteri Jijan tu. Gula hangus pun dia boleh jual!

Maintenance motor tu memang le tinggi Cik Deela... tengoklah harga dia pun. Lambang bulat tu pun dah tau dah. Siapa yang duit terlebih tu bolehlah nak beli. Orang kata kalau nak bermewah, padan-padanlah dengan poket kitakan.

Itu maintenance dari segi material! Aku enjoy baca maintenance tentang sahsiah anak-anak :

Mas saari! Usahkan husband Mas saja yang teringin... encik hubby Kak Liza ni pun suka sangat motorsikal tu. Tak salah kita berangan dulu asal tak susahkan orang lain. Manalah tahu angan-angan jadi kenyataan. Cuma kalau bawa motosikal tu sekarang, perut dah boleh cecah tangki minyak kat depan tu. Macam Mas juga, Kak Liza pun ada simpan ibu duit juga! Moga-moga banyak beranaknya, boleh beli motorsikal baru...!!

Wednesday 27 July 2011

Cantiknya motor dia yanggggg....



"Amboiiiiii.... cantiknya motor dia tu yang!", kata aku pada hubby.

"Mahal daripada kereta ni mama!" balas hubby aku.

Pergh! Kalau dah mahal daripada kereta hubby, sah-sah lebih mahal daripada kereta kecik Kelisa aku tu. Siap boleh beli berbelas biji le lagi kereta macam aku tu. Tak mengapalah! Aku cuci mata aje boleh le.

Kalau ada duit banyak tu pun, aku dahulukan beli MPV je lah sebab anak aku ada 5 orang.


Dah rezeki dia atas usaha dia jugakan. Kalau kita nak lebih kenalah berusaha jugakan. Duit bukannya datang melayang. Kalau tak cari, mana nak datang rezeki tu.

Jom tengok Proton Saga FLX baru!!

Do you want some of my rich?

Why we want to be rich - Sebab boleh kayakan dia kalau beli buku ni!

Rich Dad Poor Dad - Daddy aku tak kaya harta!

You were born rich - Wow! Boleh percaya ke ni? Macam tak je!

Think & Grow Rich - Setakat ni aku 'think' je!

Rich - Ini juga yang sedap!

He..he...mmm... I drink my rich!

Mana satu kereta MPV idaman korang?

Kalau anak ramai sampai 4 orang atau lebih, elok jugalah pakai kereta besar-besar ni kan. Pakai MPV le kiranya. Masalahnya duit le pulak kena besar juga. Tak larat juga nak membayar bulan-bulan. Alamat tak payah makan le pulak.

Naza Ria
Aku suka pandu Naza Ria ni. Agak tahan lasak tapi minyak le tak larat nak top-up selalu. Macam menghirup je! Kuat sedut minyak! Nak letak NGV akan ambil banyak ruang untuk barang pulak. Muatlah untuk 7 orang saiz dewasa masuk dalam kereta ni.


Toyota Wish
Kecil sikit tapi pemanduan macam kereta biasa. Pick-up pun bagus dan bergaya (ecehhh..) Ruang untuk barang kecil je tapi besarlah sikit daripada Nissan Livina dan Perodua Alza.


Perodua Alza
Aku pernah test drive kat kedai dia. Kurang pick-up le... ye lahkan, padanlah dengan enjinnya pun yang 1.5cc. Tenaga kecil nak bawa barang besar memang le slow sikit. Kalau aku nak beli pun mungkin sebab bilangan penumpang yang muat untuk 7 orang. Tempat barang sangat terhad. Jangan mimpilah nak speed macam Toyota Wish. Lagi pun nama dia ALZA... tambah huruf I kat tengah dah jadi ALIZA. Suka! He..he..!



Proton Exora
Naik tak pernah apalagi memandu. Nampak cantik je di pandangan mata aku tapi tak minat.


Toyota Estima
Pernah naik tapi tak pernah pandu. Ianya sangat menggoda aku. Hubby kata budget tak sampai lagi nak bayar bulan-bulan. "Tak pe lah yang! Nanti kalau ada rezeki kita beli le!" aku pujuk hubby dan diri aku sendiri... tolong aminkan doa aku!


Toyota Alphard
Ini cuma impian aku yang jauh aje. Kalau dapat beli ni maunya melompat-lompat anak aku kat dalam. Ruang yang besar dan luas tapi lebih mahal harganya daripada rumah yang aku duduk sekarang. Tak larat le nak beli lagi! Anak dah 5 orang, kalau beli yang ini boleh tambah anak lagi kot!

*
*
*
*
*
*
*
Kalau semua yang di atas tu hanya mampu dalam angan-angan, kita pakai MPV yang ini jelah! Jimat minyak, jimat ruang dan lebih fleksibel..... Enjoy!!

Jom tengok Proton Saga FLX baru!!

Mencari cinta lain di facebook! Berbaloi ke?


Gambar cilok SINI

Masalah ni dah banyak berlaku di sekeliling kita. Semuanya gara-gara facebook. Itulahkan, apa benda pun kalau disalah guna akan jadi rosaklah pengakhirannya.

Facebook ni kalau diguna dengan elok, boleh datangkan banyak manafaat juga.
Antara yang aku dapat dari facebook :

1) Jumpa kawan lama masa sekolah rendah, menengah, politeknik dan tempat kerja lama.
2) Kenal lebih ramai saudara mara, sepupu-sepapat mak dan ayah aku.
3) Ramai yang sudi jenguk blog aku ni.
4) Alhamdulillah! Perniagaan aku menjana rezeki untuk keluarga aku.
5) Berita gembira dan sedih sesama rakan dan saudara mara dapat diketahui dengan cepat.
6) Berita dan kisah sedih yang dikongsi buat kita insaf sikit (sikit je?)
7) Seronoknya dapat jumpa cikgu-cikgu lama masa sekolah rendah dulu.

Facebook tak elok kalau digunakan untuk menipu orang, menagih cinta pakwe atau makwe lama, memfitnah orang dan macam-macam lagi hal-hal yang negatif.

Memang benar bukanlah facebook semata-mata menyebabkan ramai yang rosak. Ada juga disebabkan oleh SMS, email, blog dan segala macam barang IT sekarang. Tapi facebook sebagai medium yang sangat mesra... boleh chatting dengan pantas dan tukar-tukar gambar dan video memang cepat juga mengundang dosa.

Yang menipu orang tu memanglah kerja dia menyusahkan orang. Moga dilaknat Allah dan insaf dengan segera. Cuma tak tahan mereka yang boleh pulak curang dalam facebook sama ada cinta lama atau baru. Jangan mudah tergoda!

Apa yang nak dikejar bila rumahtangga yang sedia ada dah bahagia seadanya. Bergaduh? Biasa laa sikit-sikit tu. Kalau banyak sampai pukul-pukul tu memang tak bahagia. Masalahnya yang gaduh sikit-sikit dah nak mengadu cinta dengan yang lain. Aku yakin kalau dia bercerai pun dan kahwin dengan yang baru tu, gaduh akan tetap ada. Silap-silap lebih teruk keadaannya. Memang malanglah.

Ingatlah, tiada wanita atau lelaki yang sempurna akan benar-benar menepati 100% ciri-ciri yang kita inginkan. Cukuplah pasangan kita itu seorang yang beragama, bertanggungjawap dan menjaga diri seadanya. Kalau nak tip-top maka diri kita sendiri pun kena tip-top jugalah, barulah sepadan. Syukur dia terima diri kita begini.

Ini kisah menarik tentang curang akibat facebook dan akibat yang ditanggungnya di SINI. Elok baca untuk ambil ikhtibar.

Segmen Adzriel AB : Nama pilihanku

Sticky Post hingga 26 Julai 2011
Lama sangat dah aku tak buat segmen. Macam-macam idea muncul, cuma mood yang kurang. Kali ni rasa macam nak buatlah pulak. Ada yang nak join ke? Aku bagi yang simple aje!

Segmen kali ni nak korang pilih satu nama orang yang korang suka.
Tak kiralah nama bakal anak, anak, awek, pakwe, mak, ayah, atuk, nenek atau kawan-kawan.
Yang penting korang memang suka sangat lagu tu.
Kalau ada makna, bagilah tau juga.
Nama tu lelaki atau perempuan.
Kalau sudi, sharelah kenapa suka nama tu?

Cara nak join segmen :
1) Mestilah nak kena ada blog/website.
2) Tajuk segmen : "Segmen Adzriel AB : Nama pilihanku"
3) Letak gambar header blog ni dalam entry
4) Entry siap, letak link dalam komen entry aku ni.

Dengan ucapan, Tarikh tutup : 27 Julai 2011 (Rabu) @ 10.00 pagi.

Aku suka tengok diaorang hidup susah!

Beberapa hari lepas aku dah ternampak pasal krisis ni dlaam berita di TV. Pagi ini ternampak lagi berita tentangnya. Aku gembira....apasal gembira pulak bila orang lain dilanda krisis? Sebagai orang Islam aku suka hidup depa kucar-kacir. Dah banyak depa susahkan hidup saudara Islam kita di Palestin tu. Tak mampu nak ungkap derita Palestin yang telah diwarisi turun temurun. Sedih sangat bila teringat luka yang nampak dan tak nampak!

Copy paste berita dari Kosmo Online :

Sokongan ke atas PM Israel merosot
SEJUMLAH penduduk menyertai tunjuk perasaan bagi membantah kenaikan harga barang dan hartanah di Tel Aviv kelmarin.


BAITULMUQADDIS - Sokongan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menurun susulan bantahan rakyat terhadap kos sara hidup di negara berkenaan yang melambung tinggi, menurut satu kaji selidik yang disiarkan semalam.

Akhbar tempatan, Haaretz melaporkan bahawa kaji selidik terbaharu itu mendapati 32 peratus rakyat Israel berpuas hati dengan prestasi Netanyahu manakala 54 peratus lagi sebaliknya.

Netanyahu yang mengetuai pentadbiran campuran yang diterajui parti pimpinannya, Parti Likud, menyatakan, beliau akan mengumumkan beberapa langkah bagi mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup tersebut.

Harga barangan makanan di Israel melonjak lebih 40 peratus sejak beberapa bulan lalu termasuk harga keju kotej yang merupakan makanan ruji di negara itu.

Selain produk makanan, harga petrol turut melambung kepada lebih AS$8 (RM23.65) untuk 3.7 liter manakala harga rumah pula jauh lebih mahal berbanding beberapa tahun sebelumnya.

Sebuah flat dua bilik di sini atau bandar Tel Aviv kini berharga sekitar AS$500,000 (RM1.4 juta).

Parti Likud kini menduduki 27 kerusi daripada 66 kerusi pentadbiran campuran Israel.

Pilihan raya umum Israel dijadual diadakan pada tahun 2013. - Agensi


Tuesday 26 July 2011

Nama yang menjadi ilham Alongxp

Alongxp pilih nama yang jarang aku jumpa. Pernah jumpa sekali je masa aku tinggal di Bandar Baru Bangi dulu.

Ilham datang buat alongxp dari teman kolejnya. Betapa istimewanya nama kawan alongxp ni. Kalau dia tahu alongxp sukakan nama tu dan mengabadikan pula nama itu pada anak-anak, tentu dia terharu dan gembira.

Lagu untuk alongxp yang begitu bermakna setiap bait kata nyanyian Man Bai :

Kau ilhamku...
Jom tengok apa nama pilihan Alongxp yang unik tu :

Adik kawan add aku di fb, tapi tak kenal aku??

Semalam ada seorang lelaki add aku di facebook. Muda lagi, baru 20 tahun je. Aku confirmkan setelah melihat senarai mutual friendnya. Semuanya aku kenal dan taraf adik-beradik. Aku tengok nama lelaki ni pun sama je nama bapanya dengan semua mutual friend aku tu. Mungkin adik diaorang le agaknya, pada firasat aku.

Tiba-tiba pagi tadi dia komen di gambar aku dengan Arif "Comey anak awok!". Terkujat sekejap aku sebab dia panggil aku awok je! Rasa macam kurang budi bahasa pula sebab aku tak rahsiakan pun umur aku dalam facebook. Sepatutnya dia panggillah aku kak Liza.

Aku biarkan je komen dia. Pun terlintas juga di fikiran aku "dia ni kenal aku ke tidak? Tiba-tiba nak menyampuk gambar profile aku dengan gaya bahasa begitu".

Lepas tu dia hantar message ke inbox tanya pasal jamu yang aku jual. Jamu T.Warisan Anggun. Oklah aku jawaplah jamu herba angin sesuai untuk lelaki.

Tak boleh jadi, aku pun 'explore' akaun facebook dia. Terjumpa satu gambar dia berlatarbelakangkan sebuah rumah. Aku komen "depan rumah kat jengka ye..". Boleh pulak dia tanya aku balik macam ni?? klik gambar ni kalau nak jelas.


So aku tinggalkan je teka-teki untuk dia. Dia beritahu nama tu memang sama dengan nama aku. Kalau aku mengadu kat kakak-kakak dia ni, memang sah kena marah mamat ni. Aku memang cam gambar rumah tu sebab baru je bulan lepas aku ke sana sebab ada kenduri kahwin.

Lagi best kalau aku citer kat mak ayah dia..ha..ha.. kesian dia. Rupanya dia add aku bukanlah sebab tau aku ni orang kampung dia. Rumah mak ayah dia dengan rumah mak aku kira dekat je. Jalan kaki pun 5 minit dah sampai.

Agaknya terkedu dia kalau tau aku ni kawan baik kakak dia. Sama-sama belajar dari sekolah rendah di Jengka hingga menengah di Kuantan. Abang aku dengan kakak dia pun ada yang sebaya dan pernah sama dari sekolah rendah di Jengka hinggalah mereka ke MRSM Muar dan Taiping dulu.

Keluarga aku dan keluarga dia memang saling mengenali dan mesra. Jadi aku memang tak menyangka pun dia add aku bukan kerana dia tau aku ni jiran kampung dia juga. Terperasan lebih rupanya aku.

So hati-hati bila add kawan di facebook, takut nanti sibuk menyampuk komen rupanya orang yang dekat je dengan kita. Suka-suka je add... he..he..!!

Ramadhan datang lagi, aku rindukannya!


Tahun 2007

Tahun 2010

Kedua-dua gambar ulang tayang dari entry lama sempena hari jadi ayah tahun lalu di SINI. Tak sangka pula aku memakai baju warna pink yang sama sebenarnya. Nasib badan maintain.. makanlah jamu T.Warisan Anggun (promote!).

Inilah gambar kenangan bersama arwah ayah tercinta.

Ramadhan yang kian menghampiri di tahun ini benar-benar mengalirkan air mataku di pagi ini. Kerinduan yang sarat hanya mampu diluahkan dengan air mata. Segalanya kuungkapkan kisahmu di SINI. Insan yang sentiasa ku kenang dan ku ingat. Alfatihah!!

Penyejuk mataku, penghibur hatiku pilihan sitiebby

Sedapnya nama pilihan sitiebby (klik link!)

Makna di sebalik nama yang dipilih membuatkan aku
terus aku teringat lagu ini... cari punya cari inilah dia lagunya :


(Nyanyian : Zaini & Naazeri Raihan)

Isteri Solehah

( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa rahmat bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

( ulang 1 )
( ulang korus )

Sumbangan Hajar Aswad

Monday 25 July 2011

Nama-nama pilihan Eyrique Ettiqazz



"Dah siap kerja sekolah cikgu. He..he.."... eceh! Banyaklah punya cikgu. Entah aku cikgu atau dia yang cikgu. Inilah komen murid cemerlang aku sebab orang pertama hantar entry untuk Segmen Adzriel AB : Nama pilihanku. Nak join boleh klik link tu... sampai 26 Julai 2011 (Rabu) @ 10.00 pagi segmen berakhir.

Agak tamak nampaknya..ha..ha.. jangan marah ye EE! Aku kata pilih satu nama je, dia bantai 6 nama. Ada juga tergeliat lidah nak menyebutnya tapi memang nama-nama yang unik. Sukalah satu nama ala kampung kejawaan tu...

EE (panggilan manja blogger ni...!) ada dua blog sebenarnya. Blog penulisannya yang terkini agak Hitam Putih juga. Cuma segmen ini dia letak di rumah dinding papan lama dia. Jom baca 6 nama-nama yang menjadi pilihan EE di rumah lamanya tu :

Saturday 23 July 2011

Pasti ada yang terakhir


Sumber gambar di SINI

Kita tidak pernah mengira berapa tarikan nafas
tetapi yang pasti akan ada nafas yang terakhir

Kita tidak mengira berapa kerlipan mata
tetapi yang pasti ada kerlipan yang terakhir

Kehidupan seperti berada di terminal
menunggu waktu dipanggil untuk berangkat pergi

Persoalannya sejauh mana persiapan diri
untuk saat-saat sesudah kerlipan itu...

-R&R di Lebuh Raya Kehidupan

Oleh Muna Mohd Pwad

Friday 22 July 2011

Theo Jansen dengan arca kehidupan! Hebat!

Theo Jansen - pencipta arca hidup.
Arcanya boleh bergerak sendiri, lari dari ombak dan angin.
Tak ada bateri pun.

Siapa Theo Jansen?
Baca kat sini : Theo Jansen - Wikipedia.



Khazinatul Asrar


Photobucket

Pagi ini aku dapat menjejaki penulis asal dalam entry aku yang bertajuk :


Itu pun selepas dia 'like' posting entry di facebook. Jadi aku pun menjengah ke blognya. Memang rajin menulis dengan gaya bahasa yang menarik hati aku. Penuh dengan pengajaran dan pengertian. Antara tajuk entrynya yang aku suka :


Jom baca di hari Jumaat yang mulia ini.

Thursday 21 July 2011

Rilek hari ini, anak yang masak!

Bestnya aku hari ini! Itulah untungnya kalau anak-anak dah besar masa umur aku belum pun 40 tahun. He..he.. dua tahun je lagi. Bukan lama mana pun nak cukup 40 tahun.

Petang tadi anak dara sulung aku si Aishah buat bihun goreng. Asyikin pun turut membantu menumbuk ikan bilis. Amirul tolong juga mengacau bihun dalam kuali. Aishahlah yang sediakan bahan-bahan atas panduan aku. Jadi pengarah je aku! Seronokkan!

Tadi Aishah ajak aku ke kedai sebab nak beli bahan-bahan buat sandwic tuna. Aku tak ajar pun bahan-bahan yang perlu. Dia yang pilih sendiri mayonis, telur, dan tuna. Kobis dah ada untuk gantikan salad. Tak jumpa cari sos lada hitam di kedai. Aku pulak malas dah nak ke kedai lain. Jadi aku cadangkan dia tumbuk je lada hitam yang ada di rumah.

Roti gardenia pulak beli yang saiz panjang. Rumah aku ni memang tak bolehlah nak beli saiz yang biasa tu sebab tak cukup nanti.

Malam ni kiranya makan sandwic je laa.. he..he..

Bila balik rumah, Aishah jugalah yang memotong bawang, kobis, merebus telur dan segala-galanya. Ini semua pengaruh sandwic buatan kakak aku yang Aishah pernah buat bersama-sama dengan kakak sepupunya (anak kakak aku). Adalah yang diubahsuai sikit oleh Aishah.

Tak sempat pukul 9.00 malam pun, sandwicnya dah habis pun makan dek adik-adiknya. Aku pun dapat rasa dua keping je.

"Sedaappp!" Arif kata. Dia pun suka!

"Cepat betul habis roti!" Asyikin pula menambah.

Sekali-sekala biarlah anak-anak nak buat. Aku dulu pun memasak untuk mak ayah masa cuti sekolah seawal tingkatan dua. Bila aku balik bercuti dari asrama, aku masaklah untuk makan tengahari sementara mak dan ayah aku pergi menoreh getah.

Masak yang simple aje. Biasanya dua aje iaitu masak ikan dan sayur.

"Kalau kakak tak buat sendiri, takut nanti tak pandai nak memasak macam kawan kakak tu!", komen aku pada Aishah. Dia pernah ceritakan pada aku tentang kawannya yang suruh kuatkan api supaya ayam yang digoreng cepat masak. Janganlah garang sangat api tu, takut dalamnya pulak tak masak, luar pulak yang hangus!

Persoalan menarik tentang tukar jantina

Aku tertarik dengan komen KNOWLEE yang aku jumpa dalam entry Bersama Mazidul (wartawan TV 3). Korang baca dan fikirkan sendiri.

Entry hangat terkini dengan tajuk "I baru buat buah dada".


Aku copy paste komen KNOWLEE di sini.
Boleh juga klik entry tu dan scroll ke komennya di bawah entry.

Ini komen KNOWLEE :

"Utk lelaki yang nak jadi perempuan macam ni, kita tanya diorang beberapa soalan:

1) Apa status kromosom? XX ke XY?

2) Alat kelamin tu sejak lahir mmg wujud macam tu kan?

3) Dalam perut tu, ada uterus dan ovari tak?

4) Tiap2 bulan ada menstrual cycle tak?

Kita tgk apa diorg nak jawab. Naluri saja tak cukup bai. Itu sama seperti hasutan Iblis dan syaitan yg sentiasa mahu menyesatkan manusia daripada jalan Allah.

Dan ada org yg pernah persoalkan, bagaimana dgn aurat? Dia dilahirkan 100% lelaki, kalo dia jd begini, katakanlah dia nak solat, dia masuk surau perempuan, habis semua perempuan yg bertudung dlm tu dah terdedah auratnya. Bila dia meninggal dunia nnt, takkan nak suruh orang perempuan mandikan jenazah? Mcm mana nak solat jenazah?

Sebab itulah Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. Sebab Allah Maha Mengetahui akibat-akibatnya.

Tak payah lah asik suruh Jabatan Agama je yg nak bimbing dia. Org sekeliling dia pun boleh bimbing dia. Yg penting kena la usaha. Bukan setakat pumpang2 je. Kalau parents dia dah tak mampu nak bimbing, imam2 dan ustaz2 di kawasan dia tinggal pun boleh bimbing."

Tak dapat dah kuih 20 sen!

Dua ketul harga dia RM1.50. Korang rasa mahal ke murah? Aku beli kuih ni di sebuah retsoran biasa je, Fasa 4 Tambahan di Bandar Baru Bangi. Tak ada selera nak makan nasi, maka aku pilih le kuih-kuih ni.


Jatuh harga 75 sen seketul. Bagi aku mahallah (tapi beli juga!). Kalau jual 50 sen seketul pun dah rasa mahal bagi aku. Dia caj harga bekas sekalilah agaknya tu. Restoran biasa je ye!



Setiap kali makan kuih ni mesti teringat mak aku. Dulu masa aku kecil mak rajin buat kuih ni. Aku rajin makan je, buat tak reti. Kalau belajar mestilah pandai agaknya. Izah pandai le buat. Tengok resepi dia kat SINI.

Mahal-mahal belaka kuih sekarang, tak adalah nak dapat harga 20 sen seketul lagi macam dulu.

Saya Nak Join Bloglist Jamaluddin.net



Klik SINI jika nak join bloglist Jamaluddin.net
Untuk mereka yang ada blog je... *(^_^)*

Haruslah aku join... Jamaluddin ni kira macam jiran aku je.
Nama bapa pun sama tapi bukanlah adik-beradik.
Saudara sesama Islam je!
Sama-sama warga Bandar Seri Putra.

He..he.. tengok Secret Recipe Bandar Seri Putra, teringat Jamaluddin!
Mungkin sebab komen dia ni agaknya :

p/s : Aku masukkan link Jamaluddin.net dalam bloglist tukar link.
Senarai bloglist semuanya kena scroll kat bawah

Perempuan sekarang tak malu



Aku terjumpa satu link yang menarik tentang bagaimana perumpamaan pokok semalu dengan wanita. Terima kasih pada insan yang bernama Ieda Afida kerana mengirimkan link tersebut ke dalam facebook.

Tajuk link tersebut : Perempuan sekarang tak malu.

Huh! Garang je bunyi tajuknya ye! Tapi perumpamaan yang diolah dan dikupas dalam entrynya itu sangat menarik. Harus kita baca sebagai pengajaran dan peringatan terutama buat aku yang juga seorang wanita. Adoi! Adalah terkena juga ni...

Order barang percuma, mudahnya!

Wah! Ada bungkusan dari City-Link Express! Siapa hantar? Aku macam tahu aje.... tentu bungkusan yang hubby aku nantikan.


Memang tak silap lagi bungkusan berisi 'hair dryer'. Bestnya! Berganti juga 'hair dryer' aku yang rosak selepas 15 tahun guna. Dah aku campakkan dalam tong sampah sebab pecah. Macam manalah boleh pecah! Ganas betul guna..

Inilah 'hair dryer' yang hubby aku suruh order secara 'online', seminggu selepas order dah pun sampai. Bukan bayar pun.... percuma aje. Bestkan!

Sebenarnya hubby suruh aku redeem point dari kad Bonus Link. Kad warna biru tu? Selalu kami guna untuk kumpul point semasa mengisi minyak di Shell. Banyak juga tempat lain yang boleh kumpul point, tapi aku tak berapa pasti.

Hubby ada satu kad, aku pun jadi supplementary juga dapat satu kad Bonus Link. Lupa dah sejak tahun bila sebab dah lama sangat. Lebih dari 10 tahun dah rasanya.

Banyak juga dah barang yang hubby aku redeem guna kad ini ; Rice cooker, tuala, beg sekolah dan entah apa-apa lagilah. Rice cooker pun masih bertahan lagi sejak 5 tahun yang lalu.

Dulu-dulu bila nak redeem kenalah isi borang yang depa pos ke rumah tapi sekarang redeem online je. Ada yang nak redeem, bolehlah jenguk website dia : Bonus Link.

Kalau beli dah berapa ringgit tu... jimat sikit duitkan!

Novel pertamanya Takdir Fitrah Terindah

Tahniah buat blogger Hanis Azla atas penerbitan novelnya yang pertama. Akhirnya impian beliau menjadi kenyataan.

Bukan senang juga nak buat novel ni kan. Memerlukan minat yang mendalam dan tekun dalam menghasilkannya.

Baru semalam diterbit, 20 Julai 2011 oleh Karangkraf.

Sinopsis yang sangat menarik di SINI..
Baca! Jangan tak baca!

Wednesday 20 July 2011

Rileks sebentar dengan kura-kura

Tadi dia add aku di facebook. Ada dua 'mutual friend' iaitu Bro Framestone dan Nisa Kay. "Tentu blogger ni!", detik hati aku. Betul jangkaan aku.

Mood rajin sikit aku pun jenguk info facebook dia. Ada link blog dia di situ, lansung aku klik.

Seronok baca blog dia dari satu entry ke satu entry. Banyak juga komen yang aku tinggalkan guna akaun blog Adzrien Shoppe aku. Aku ada tiga akaun email yang aku guna untuk masuk ke blog ni. Amboii! Sampai tiga!


Paling suka baca kisah Kura-kura dan Arnab. Kisah berkisar tentang kedua-duanya yang tentulah dimodenkan. Ada pengajaran di situ! Korang patut baca sebagai ingatan buat diri sendiri.

Hati-hati dengan bahaya elektrik



Haippp!! Jangan usik... bahaya elektrik tu!

Inilah respon Arif bila aku kata "Jom naik atas!". Maksud aku dah tiba waktu nak tidur, jadi kenalah naik ke tingkat atas.

Sibuk benar dia nak tutup suis plug TV dan komputer! Dia ingat sama macam lampu kenalah tutup juga. Nak tutup suis lampu dia tak sampai. Jadi akalnya tertumpu pada suis plug.

Baguslahkan sebab jimat elektrik sikit, tapi adik kecil lagi! Biar mama yang buat!

Hati-hatilah dengan budak sekecil ini, takut tersentuh pin soket yang masih ada elektrik tentulah bahaya. Terkejut juga dia kena sergah dengan aku... lepas tu mengekek je gelaknya. Ingat mama main-main ke?

Aku ni kalau pasal elektrik memang tak ada 'kowtim'. Kalau nak repair apa-apa kena ambil langkah-langkah keselamatan yang perlu. Kalau badan hangus, menangis pun tak guna.

Siapa yang suka sentuh suis dengan tangan yang basah tu harap hentikanlah tabiat tu. Sangat bahaya. Ramai yang buat setiap kali keluar dari bilik air.

Bila sidia tiada di sisi



Dah tengah malam pukul 12.02 am, aku sms hubby tercinta. Nak kiss 'gud nite!' tak boleh, sms je la!

"Gud nite yang! Anak2 pun sama. Semua tidur 1 bilik. Jimat sikit elektrik. Kul brapa skrg kat sana? Ni dah kul 12 mlm. Arif kata 'ayah tade.. Ayah vroom'.

Dah dua hari hubby ke China atas urusan kerja. Malam tadi anak-anak yang besar minta nak tidur sama kat bilik aku. Angkutlah tilam bujang lagi dari bilik bawah. Bersusunlah tilam macam balik kampung aje gayanya. Suka benarlah Arif bila kakak-kakak dan abang-abangnya ada sama.

Memang le jimat elektrik sebab bilik boy dan girl tak pasang aircond malam tadi. Semua berkampung di bilik aku. Arif tu kata ayahnya tak ada. Vroom tu maknanya ayahnya naik motor. Suka benar kalau ayahnya bawa dia jalan-jalan naik motor.

Kecohlah bila dah semuanya dalam satu bilik. Elok nak tidur awal jadi lambatlah pulak. Eii...geram juga! Esok nak sekolahlah woii! Mama nak hantar semua orang sebab ayah korang tak de! Ishh..ishh... Anak-anak aku rajin bergurau dan loyar buruk juga, macam maknyalah ni!

"Gd nite semua...ayah baru nak tido...letih perjalanan... masa tak berbeza... semua jgn nakal2... ayah ok... sayang semua"

"Sayang ayah juga! Good night ayah!", balas Asyikin dengan lisan. Macamlah ayahnya dengar ..he..he.. Cepat juga hubby balas SMS aku tadi, 12.05 am. Ayah kata jangan nakal-nakal tau... ha..ha.. gelak budak-budak tu!

Bila hubby tak ada, paling kalut adalah waktu pagi. Aku mesti hantar Aishah,15 ke sekolahnya diSMKJ 4, Bandar Baru Bangi seawal 6.30 pagi.

Target bergerak semula dari situ mesti selewat-lewatnya pukul 6.50 pagi supaya dapat sampai semula ke rumah sebelum pukul 7.10 pagi. Itu pun dah kira lewat. Jika lewat keluar selepas 7.00 pagi dari Bandar Baru Bangi akan menyebabkan aku terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang baru bermula di situ. Tol mesti guna Smart Tag, barulah lancar.

Semasa memandu dalam perjalanan balik aku akan call Amirul,13 untuk pastikan adiknyaAsyikin,11 dan Azri,9 dah siap mandi, berpakaian dan buat jadual. Bila sampai je, mereka terus masuk kereta kecuali Asyikin yang terpaksa tunggu Arif,2 yang masih tidur di bilik. Terpaksalah mendukung si kecil tu pulak.

Aku akan hantar tiga orang anak ke SMK dan SK Bandar Seri Putra, dua buah sekolah. Aku perlukan masa dalam 5 ke 6 minit untuk selesaikannya sebab kelas masuk pukul 7.20 pagi. Akhir sekali barulah aku hantar Arif ke rumah pengasuhnya.

Jika hubby ada, dialah yang akan hantar Aishah ke sekolah sebab hubby pun kerja di Bandar Baru Bangi juga. Kira sehaluanlah tu. Perjalanan pergi dan balik hantar Aishah mengambil masa paling cepat selama 30 minit. Kalau jem, memang lari targetlah masa aku. Jadi tak bolehlah nak berlenggang kangkung bila berjalan..he..he..

Kalau terlewat, terpaksalah anak-anak tulis nama di guard house. Kesiannn..! So.. jangan bangun lambat! Seorang terlewat, semua terkena!

Sabar ye... Jumaat ni daddy korang balik le! Insyaallah, semuanya kembali seperti sediakala.