Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts
Thursday, 19 April 2012
Tambahkan manis dalam senyuman
Gambar ni aku jumpa dari artikel di SINI.
Kurang-kurangkan gula dalam minuman. Amalkan minum air kosong itu yang bagus untuk kesihatan.
Manis dalam senyuman tak mengapa...
Woooo... anak saper senyum comey ni??? Inilah anak blogger Ben Ashaari... dah pandai senyum..
Manis dalam senyuman yang ikhlas buat hati yang panas menjadi sejuk. Apatah lagi melihat senyuman si comel ni. Menggoda betul!
Friday, 30 September 2011
Aku dah jadi nenek!
Alahai comelnya baby.... Inilah cucu saudara aku yang pertama. Alamak! Dah jadi nenek aku ye!Message di terima dalam facebook oleh anak saudara aku, Baihaqi :
"Salam buat semua rakan2..Alhamdulillah,, isteri tersayang telah selamat melahirkan anak perempuan kami, pada jam 1.05 pagi, 30 September 2011 bersamaan 2 Z.kaedah 1432. Terima kasih semua atas ucapan tahniah serta doa yang disampaikan."
Si comel dilahirkan di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, KL.
Bila dah cucu pertama, kekok pula nak membahasakan diri nenek. Haaa... nenek? Atau panggil Opah? Macam tak best pulak. Baby panggil 'Granny' ok kot... he..he.. Apa-apa ajelahkan.
Yang pasti aku turut teruja dengan kelahiran si kecil. Moga menjadi anak yang baik dan solehah.
Tuesday, 6 September 2011
Tolong buat kerja atau tolong makan?

Arif susun kuih atau makan kuih ni??
Ini orang kata sambil menyelam, minum air.
Buat dua kerja satu masa. Mmmm...menghabiskan adalah!
Monday, 5 September 2011
Bila mengantuk, tumpuan pun hilang
Bila mata mengantuk, nak buat kerja apa pun tak boleh rasanya. Jangan memandu kalau rasa nak terlelap mata tu. Tapi baby ni tetap semangat nak makan walau pun mata dah layu.
Comelnyaa..
Mata aku pun rasa nak terlelap aje dah ni...zzzzzzzzzzz!
Comelnyaa..
Wednesday, 3 August 2011
Monday, 18 July 2011
Budak 2 tahun nak basuh kain
Arif, budak 2 tahun buat ni buat kerja membersih lagi. Kelmarin operasi bersih di sekolah abangnya, boleh tengok apa dia buat dulu :
Masukkan jubah mama dalam mesin basuh!
Adehhh... susah le pulak! Sempat posing lagi kat kamera.
Ada hati nak tutup penutup mesin.
Terpaksalah mamanya membantu, takut tersepit tangan tu nanti adik oiii!
Habis dah! Simpanlah semula bakul ni.
Itulah Arif, dah mula ikut apa yang selalu aku buat. Itu pun dia nak ambil sabun dalam almari kecil yang warna coklat gelap kat sebelah tu. Aku kata "tak payahlah dik!". Pandai pulak nak tekan suis mesin basuh. Macam-macam Arif nak menolong. Bukan aku suruh pun, dia yang nak memandai-mandai menolong. Suka hatilah! He..he..!
Nanti dah penuh baru kita basuh ye!
Jangan membazir elektrik dan air kalau nak basuh sikit-sikit ni.
Thursday, 14 July 2011
Operasi BERSIH oleh budak 2 tahun
Rajinnya anak mama mengemas. Ni operasi bersih 9 Julai 2011 dulu di hari sukan SMK Bandar Seri Putra oleh si kecil Arif. Aku tak suruh pun dia buat, tapi beriya-iya benar nak membantu.
Tuesday, 14 June 2011
Haluusss... je!
Love the coffe, love the foam....halusss!
Wooowww... ada hati nak menakutkan orang. Asyikinlah yang mengajarnya! Inilah gelagat Arif sementara menunggu hidangan nasi ayamnya tiba.
Hensem tak Arif dengan gaya rambut terbaru? Bila dia tengok gambar lamanya yang berambut, dia akan meraba kepalanya. Asyikin pun mula berkata "Haluuusssss...!"

Jadi bahan gelak adalah!
Tak payah gunting 2-3 bulan.
Ehem... aku buat sendiri je botak dia ni!
Thursday, 9 June 2011
Apa yang penting, anak aku sihat!
Hari ini memang tak ada entry sangat nak buat. Agak letih dan kepala pun pening. Sejak Isnin hingga Khamis (hari ini) aku bercuti sebab Arif tak sihat. Baca entry 'Bila anak sakit, ambil beratlah'. Nasib baik juga akulah bos dan akulah kuli maka boleh suka hati nak cuti atau tak. Tapi kalau aku tak bekerja maka tak berduitlah aku. Demi anak, tak mengapalah.
Dah banyak hari tidur aku tak lena. Selama ni memang selalu bangun dalam pukul 2 atau 3 pagi pun buat susu baby. Itu sekali dua saja kira OK lah juga. Ini sekejap-sekejap terjaga kerana Arif merengek sakit mulutnya. Cuma malam tadi tidaklah seteruk dua tiga hari lepas. Mata aku pun dah sembab.
Inilah dugaan bila menjaga anak-anak yang masih kecil, oleh itu :
- Jangan derhaka dengan mak ayah.
- Jangan kesal bila Allah belum nak beri anak, mungkin belum masanya.
dan yang paling aku fikirkan :
- Beratnya dugaan mereka yang sepanjang masa tidak dapat tidur lena menjaga anak yang kurang upaya, sakit yang berpanjangan dan tiada sumber kewangan untuk membiayai kos rawatan anaknya yang sakit.
Dugaan aku terlalu kecil berbanding mereka dan inilah mengingatkan aku supaya bersabar. Sekurang-kurangnya masih sempat aku kongsikan kisah bersama kalian dan Arif pun masih mampu bergusti dengan abangnya.
Alhamdulillah, pagi tadi dia nak suap sendiri bubur nasi yang aku campurkan dengan sup ayam. Tak mahu aku suapkan. Awal pagi habis juga sebotol susu dan sehingga pukul 1.00 tadi aku kerap beri dia air masak sama ada guna straw atau picagari.
Memang sangat risau bila dia sukar nak makan dan minum hingga aku sudah berfikir untuk bawa dia ke Hospital An-Nur di Bandar Baru Bangi. Kalau terpaksa admit pun tak mengapa asalArif sihat. Akan aku bawa Asyikin,11 untuk menemani aku. Azri,9 aku tinggalkan dengan kakaknya Aishah,15 di rumah hingga ayahnya balik. Itulah konon-kononnya perancangan aku.
Hubby aku belum balik dari kampung sejak subuh semalam atas urusan tanah mak mertua aku di Semanggol, Perak. Dia balik ditemani anak lelaki aku yang 13 tahun tu. Petang nanti dia baliklah kerana malam nanti nak balik ke Jengka pula kerana pagi Jumaat nak ke Maran bersama adik-beradik aku yang lain atas urusan tanah pusaka ayah.
Aku harap Arif dapat cepat sihat dan tidur lena semasa balik ke Jengka nanti.
Tuesday, 7 June 2011
Bila anak sakit, ambil beratlah!

Arif yang banyak akalnya..
Tidurku tak lena malam tadi gara-gara baby Arif demam. Sekejap-sekejap dia merengek di tengah malam. Badannya pun suam-suam kuku. Kalau siang tu aku bagi ubat makan aje tapi dah tengah malam ni bagi ubat ikut punggungnya ajelah.
Dua hari lepas suhu badannya sekejap panas sikit dan bila diberi ubat maka panasnya reda. Kemudian suhu badannya naik semula. Panasnya tidaklah tinggi sangat, aku pun lupa nak ambil bacaan suhunya. Pun begitu Arif tetap aktif, cuma bila suhu naik sedikit ala-ala dedar orang kata ; dia akan merengek dan serba-serbi tak kena. Risau juga aku takut terkena jangkitan kuman.
Pagi semalam aku bawa dia ke klinik. Rupa-rupanya ada ulser di mulutnya dan tekaknya agak merah. Lagi pun ada satu lagi gigi depannya nak tumbuh. Sebab itulah dia tak nak makan. Doktor berikan antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan ubat ulser.
Sepanjang malam dia minum air masak sebotol (dia tolak susu) dan pukul 7 pagi barulah minum sebotol susu. Itu pun kerap aku sapukan ubat ulser ke mulutnya. Kesian Arif, baru 2 tahun cuma mampu merengek dan memberitahu aku 'aww!' yang bermakna sakit.
Terkejut aku bila tengok lampinnya masih kering walaupun telah dipakai sejak malam tadi. Semasa nak mandi itu barulah dia kencing agak banyak. Kurang air nampaknya. Mulut dah sakit, nak makan pun tak selesa. Begitu juga terasa sakit bila diletak puting susu ke mulutnya. Bila dah kebas dengan ubat barulah OK sikit.
Pagi ini ada perubahan sikit. Arif dah selesa minum susu dua botol penuh dan makan sedikit mee goreng. Yang bagusnya dia tetap aktif bermain. Apa saja makanan yang ada akan aku cuba beri dia makan. Nyaris juga dia mahu makan bubur nasi malam tadi. Bukan apa, takut pula aku perutnya masuk angin dan cirit pula.
Pengalaman aku kalau nak menyapu ubat ulser pada baby memang agak sukar bila dia sudah pandai menolak. Apa yang aku buat, setiap kali dia nak menyusu akan aku sapukan ubat ulser tu di sekeliling puting susu atau puting kosong. Kalau tidak biasanya baby akan tolak semula botol susu tu kerana sakitnya mulut walaupun keinginannya memang nak menyusu.
Aku cuba beri dia minum air guna picagari atau sudu. Aku bagi aiskrim pun Arif tolak juga semalam. Lama-lama aiskrim habis pulun dek kakak-kakak dan abang-abangnya. Bila masalah ulser mulutnya pulih, Insyaallah demam dan meragamnya akan turut pulih.
Arif anak aku yang kelima, pun begitu masih juga aku terlepas pandang akan proses tumbuhnya gigi boleh juga buat baby demam. Kasihan Arif! Sebagai ibu aku perlu lebih peka terhadap responnya yang lain dari biasa. Sentiasa mendengar keluhan anak-anak tentang kesakitan mereka. Janganlah aku mengambil mudah bila anak-anak mula mengadu sakit perut, sakit mata, sakit kepala dan sebagainya. Perlu aku beri perhatian agar jangan menjadi lebih serius.
Friday, 27 May 2011
Comelnya kau baby!
Ya Allah! Takjubnya melihat dua insan comel ini yang Allah ciptakan!
Lihatlah mata mereka yang memandang...
Amboi-amboi comelnyaaaa..! Geramnya aku tengok pipi mulus baby ni.
Aku tak boleh tengok baby, rasa nak cium-cium pipi tu.
Inilah anak-anak teman blogger aku.
Nak tengok lebih gambar kat blog diaorang :
dan
Moga menjadi anak yang baik dan soleh.
Buat ibu yang melahirkan, jaga kesihatan elok-elok.
Jaga pantang dan moga cepat sembuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)


.jpg)

