iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Tips Memandu. Show all posts
Showing posts with label Tips Memandu. Show all posts

Thursday, 20 December 2012

Jalan bapak aku!

Jangan ditegur, nanti dia melenting. Selamba je lori pick-up ni parking kat situ, di tengah-tengah lorong. Sebenarnya ramai lagi yang suka buat macam ni. Hanya memikirkan kesenangan diri sendiri tetapi menyusahkan orang lain. Panjang sesak kereta di belakangnya tu.


Aku harap kawan-kawan yang membaca di sini tak buat macam ni. Tak baik menyusahkan orang. Berpikul-pikul orang menyumpah seranah perbuatan kita nanti. Susah payah kita sorang-sorang selalu berdoa yang baik untuk diri sendiri tetapi ramai yang mendoakan 'kemusnahan' kita hanya kerana perbuatan kita seperti ini.

Monday, 13 August 2012

Lebuhraya yang jem giler!

Woooowww... giler betul ni. Jangan tanya mana aku dapat gambar ni. Copy paste dari rakan facebook je. Aku rasa nak pengsan tengok jalan jem macam ni. Janganlah masa balik raya nanti jadi macam ni! Tak sanggup!


Hati-hatilah memandu di jalan raya. Takut aku dengar berita-berita kemalangan setiap tahun. Tak mau gaduh-gaduh dan nak provoke orang lain jika ada tersilap semasa memandu. Berbaik sangka sajalah. Tidak pun abaikan saja rasa marah tu. Ye lah kan! Kalau dah jem macam ni kadang buat hati sentiasa panas je, sepanas enjin kereta juga.

Tuesday, 7 August 2012

Cepat atau terlewat ke tempat kerja?

Masa aku kerja tetap dulu selalulah kalut keluar nak pergi kerja pukul 7.00 pagi. Awal atau lewat pun beza dalam 15 minit. Terpaksa hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan sekolah terlebih dahulu dan kemudian barulah menghala ke tempat kerja.

Jika awal lagi maka aku memandulah kereta dengan tenang. Jika terlewat pula aku mula merempit. Begitulah setiap hari. Perjalanan lebih lama berbanding hari cuti atau waktu bukan puncak. Jika waktu lengang, 15 minit saja dah boleh tiba ke tempat kerja. Tetapi bila waktu puncak jadi berganda-ganda waktunya. Itu pun nyaris juga guna 'smart tag' bila lalu tol.

Kita boleh nampak perbezaan dua situasi dalam keadaan kita cepat dan lambat. Tentulah kita keluar awal ke tempat kerja itu lebih baik kerana kita tidak menjadi kelam-kabut dalam setiap tindakan dan dapat memandu dengan penuh ketenangan hingga ke tempat kerja.

Bagaimana pula jika kita terlewat. Semuanya menjadi kalut dan nak cepat. Emosi terganggu hingga mungkin akan memarahi orang lain seperti anak umpamanya jika lambat bergerak. Kadang mungkin ada pula barang yang jadi tertinggal.

Bila memandu pula seperti nak merempit saja lagaknya. Jika pemandu lain tersilap dan mungkin mengganggu perjalanan kita mungkin kita pantas marah. Jika marah seorang diri di dalam kereta tu tak mengapa juga tetapi takut jadi lain pula bila kita tunjukkan marah kita pada pemandu berkenaan.

Jika pemandu berkenaan tidak membalas marah kita tak mengapa lagi. Tetapi bagaimana pula jika dia juga baran orangnya dan membalas marah kita tadi dengan cara yang samseng dan jahat.

Bila memandu melulu khuatir juga boleh menyebabkan kemalangan. Kita nak sampai cepat lansung jadi lambat atau mungkin tak sampai lansung. Sama ada kemalangan menyebabkan hilang nyawa atau hilang anggota badan dan tentunya 'hilang duit'. Kadang mungkin menyebabkan kita hilang insan tersayang.

Alamak! Wira cium Ferrari


Sekali-sekala terlewat mungkinlah boleh dimaafkan. Manalah tahu entahkan terlewat bangun tidur. Tetapi jika hari-hari terlewat, bukankah itu habit yang patut kita usahakan untuk dihindari. Maknanya bukanlah silap alarm jam tidak berbunyi tetapi kita yang jenis susah sangat nak bangun awal pagi.

Jika kita selalu terlewat, cubalah awalkan sedikit bangun pagi dari biasa dan jadikan habit seharian.

Kadang kita bangun tidur cuma terlewat 5 minit daripada waktu yang sepatutnya tetapi kesannya terlewat berjam-jam bila kita mula berada di jalanan untuk tiba ke tempat kerja kerana jalan sudah mula sesak.

Saturday, 19 May 2012

Sesaat dikejar, derita dan trauma sepanjang hayat..

Gambar fb rakan aku, abg Asri..TQ
Amboiii... ni antara penyebab kemalanganlah ni.

Kalau minda dah....
- Pentingkan diri sendiri!
- Tak fikir buat salah!
- Tak fikir keselamatan orang lain!
- Rasa nak cepat je!

Ayoooo abang drebar lori... janganlah rosakkan nama-nama abang-abang lori lain yang hemah memandu. Sebab hang sorang buat perangai macam ni, habis depa yang lain orang dok persalahkan "drebar lori memang begitu dan begini, memandu ikut suka mak bapak dia je!".

Agak-agaklah nak memotong kenderaan lain. Laju mana sangat hang boleh pergi? Melampaukan bila kita ni dah le memandu kenderaan berat, memotong di selekoh dan double line pulak.

Janganlah sebab ego diri sendiri ini menyebabkan orang lain jadi mangsa. Suka-suka hati perjudikan nasib yang kalau selamat, memanglah lepas memotong. Kalau nasib tak baik, ada kenderaan lain yang tiba-tiba datang dari arah hadapan menyebabkan risiko lebih buruk pada pihak yang datang. Melainkan kalau kenderaan yang sama berat berhadapan dengan lori ni, berteulah buku dengan ruas.

Gambar kanan ni aku cilok kat dari SINI je. Kalau nak gambar lagi ngeri, korang taip jelah 'kemalangan ngeri' di Google Search tu, confirm jangan ada yang nak muntah tengok. Aku tak share gambar ngeri-ngeri sangat dalam blog aku, cukuplah kita faham akan kemungkinan buruknya jika bersikap seperti pemandu lori dalam gambar di atas tu, gambar yang rakan senior aku kongsikan semasa dia sendiri memandu.

Kalau dah lenyek kereta ni, bayangkan pulak apa jadi pada mereka yang berada di dalam kereta tu. Aku pun boleh mengalirkan air mata walau pun bukan melibatkan ahli keluarga, rakan mahu pun mereka yang aku kenali. Hargailah nyawa sendiri dan nyawa orang lain. Jangan sesaat yang dikejar mengakibatkan kehilangan nyawa atau pun derita sepanjang hayat.

Monday, 16 April 2012

Rugi beli kereta mahal, lampu isyaratnya silap pasang wayar!

Ada orang tak tahu nak bezakan mana kanan dan mana kiri. Mungkin tahu tapi sering tersilap dan teragak-agak. Bagi yang beragama Islam tak boleh ada sikap tak tahu mana satu kanan atau mana satu kiri melainkan memang dia ada masalah hilang ingatan.

Mana boleh silapkan kalau makan tu, gunakan tangan kanan. Lebih-lebih lagi bila makan guna tangan secara terus yakni tanpa sudu, garfu mahu pun chop stick. Lagi sunat jika gunakan 3 jari saja untuk menyuap. Dalil? Carilah kat Google tu, mesti ada. Kalau aku silap, cepat-cepat bagitau.

Bila makan guna 3 jari dan ibu jari ni, teringat aku pada arwah bapa mertua aku yang sering jadikan ia sebagai amalan seharian. Alfatihah!

Nak suap makanan guna tangan kiri? Ramai rasanya yang rasa geli sebab itulah tangan kita gunakan untuk mencuci anggota tubuh selepas buang air besar atau kecil. Walau dah cuci bersih dan bersabun pun, rasa tak selesa tu tetap ada.

Bila berwudhuk pun sunat kita mulakan dengan anggota badan sebelah kanan dahulu. Dapat pahalakan. Memang anggota kanan kita sering dahulukan seperti juga bersalaman dengan tangan kanan. Pelikkan bila salam dengan tangan kiri dengan orang lain. Macam kurang sopan je.

Jadi, ada yang bermasalah nak bezakan mana kiri dan mana kanan?

Penting kita tahu bezakan mana yang kiri dan mana yang kanan terutama semasa memandu kenderaan, mengendalikan mesin-mesin di tempat kerja dan sebagainya. Jika tersilap maka kebarangkalian berlaku kemalangan juga mungkin ada. Kalau nyawa melayang memang sesal tak sudah.

Kesnya pagi ini aku mengekori sebuah kereta Hyundai yang cantik semasa menghantar anak ke sekolah. Lampu singnal ke KANAN dia nyalakan. Jadi aku buat keputusan nak berhenti di sebelah KIRI.

Tapi bukannya dia ke kanan pun. Dia berhenti di kiri jalan. Aku yang mengekori ni terkejut juga dan terpaksa berhenti jauh sedikit dari tempat yang aku rancang nak berhenti kalau dia tak ke kiri tadi. Sabar ajelahkan.

Masalah lagi satu dia berhenti tidak betul-betul di tepi bahu jalan dan agak ke tengah sikit. Aku terpaksa pula undur untuk berlalu sebab anak-anak aku dah pun keluar dari kereta lebih cepat dari anak-anaknya.

Selepas anaknya keluar, siap lambai-lambai pulak di tepi ibunya di bahagian pemandu. Siapa tak sayang anak, nak lambai pun perhati juga di depan takut ada kereta yang datang 'menyapu' pula anak kita yang melambai.

Aku terpaksa berhenti untuk biarkan anak dia berlalu dulu.

Ajarlah anak-anak turun di sebelah pintu yang tidak menghala ke jalan. Jika kita berhenti di bahu jalan sebelah kri, suruh semua keluar di sebelah kiri. Jika kereta berhenti di bahu jalan sebelah kanan, biasakan anak-anak turun di sebelah kanan sahaja. Takut kalau tak perasan kereta datang dari belakang dan melanggar semasa anak keluar di bahagian yang tak sepatutnya.

Bila anak-anaknya dah berlalu, kereta Hyundai ni pun mula bergerak dengan bagi lampu signal KANAN. Lagi sekali dia buat pening belok ke simpang KIRI. Apa masalah dia ni?

"Kalau dapat ambil gambar ni cantik!", kata aku pada anak lelaki di sebelah aku. Nak hantar dia ke sekolah menengah pula.

Tapi tak dapat nak tangkap gambar pun. Jadi aku copy gambar dari Google sajalah.


Takkanlah kereta canggih macam ni ada masalah silap litar/wayar lampu signalkan. Manalah tahu kalau memang dia nak bagi isyarat kanan tapi lampu kiri yang menyala. Harap dapat bawa kereta tu pergi servis. Pakai kereta Kelisa buruk macam aku pun ok je, tak ada masalah dengan lampu signal (Riak betul aku ye!).

Macam kecil je masalah ni, tapi fikir-fikirkanlah. Sikap sambil lewa kadang mengundang padah yang buat kita menyesal seumur hidup.

Friday, 30 March 2012

Rasa nak langgar je kereta ni, kalau buat bukan dia tau!

Apa aku buat di depan pejabat blogger JeBateja ni? 
Biasalah sebenarnya ramai client aku di sini dalam bidang aku, Unit Trust. 
Semua kenalan hubby aku juga.

Bukan gambar pejabatnya yang aku nak ambil, kebetulan kejadian betul-betul depan signboard kilang pun.
Sebenarnya nak tunjuk gambar dalam side mirror aku ni. 


Hamba Allah manalah yang parking sebegini rupa kat sebelah kereta aku.
Tak sayang kereta ke dia kalau dibuatnya aku ni saja cari pasal langgar tepi kereta dia masa reverse. 
Opss! tak sengaja! Berlakon sikitkan.. 
Dahla kereta dia berganda lagi lawa daripada kereta aku.

Nyaris jugalah aku ni bukan lesen sekadar tau memandu ke depan dan kebelakang dengan sudut yang selesa saja. Lesen tahun 1994 dan hari-hari memandu kereta pun. Jadi aku lapangkan rasa hati aku menerima seadanya. Cuba jangan marah dan undur sedikit ke depan dan ke belakang hingga dapat keluar dengan selamat.

Lokasi ni kena berhati-hati bila nak keluar dari parking kerana di belakang tu jalan utama. Selalu kereta yang datang dari arah corner maut dan laju pula. Banyak dah berlaku kemalangan di situ dulu. Jadi langkah keselamatan yang mereka ambil meletakkan dua hump di selekoh tajam tu beserta signboard anak panah.

Agak-agaklah bila korang nak parking. Janganlah main suka hati je. Tak pasal-pasal dapat doa tak baik dari orang lain. Tak pun kalau nasib tak baik lagi kereta kemek atau calar tapi tak tau siapa yang buat. Nasib baik aku tak kejam macam tu kan! Tak baik... Allah nampak!

Wednesday, 28 March 2012

Terlebih sopan di jalan raya memang menyakitkan hati!

Selalu juga aku tak dapat mengawal kemarahan aku semasa memandu. Biasanya mulut akulah yang mula bising-bising "Ish...lembabnya!", "Cepat le!" dan macam-macam lagi. Situasi di awal pagi di depan sekolah pagi tadi.

Macam biasa depan pintu pagar sekolah pasti banyak kenderaan beratur untuk menurunkan anak masing-masing. Biasanya aku turunkan anak agak jauh sedikit kerana nak mengelakkan suasana sesak. Tetapi pagi tadi hujan renyai-renyai, maka kasihan pula pada anak aku nak meredahnya jika jauh dari pintu pagar. Maka aku pun turut beratur di antara kenderaan yang banyak.

Hati aku mula panas apabila nak keluar dari simpang sekolah ke jalan utama. Sebuah kereta di hadapan aku tak bergerak-gerak keluar ke kanan walau pun lorong kanan agak kosong. Dia ingin ke lorong sebelahnya yang mana banyak kereta sedang beratur sama ada untuk ke arah lain dan juga ke kanan masuk kawasan sekolah.

Nak tunggu sampai lorong sebelah tu kosong ke baru nak bergerak? Jangan mimpilah! Jika dia tak keluar perlahan-lahan bagaimana kereta lain yang di hadapannya itu nak masuk ke kawasan sekolah? Memang perlu bersopan di jalan raya tetapi bukanlah terlebih sopan hingga menimbulkan marah orang lain. Baru dapat lesen? Tak nampak pula lambang 'P' ditampal di belakang kereta.

Kemudian ada pula kereta di sebelah kirinya yang juga berhajat nak ke kanan. Tolonglah cik Abang! Kalau dah guna lorong kiri, belok saja ke kiri. Anda menyebabkan kereta-kereta lain yang berada di hadapan sekolah tak dapat nak keluar. Kereta-kereta lain yang nak masuk pun tak dapat juga. Maka buatlah bentuk bulatan yang tak bergerak.

Ni aku siap tunjuk lokasi kejadian lagi. Point B tempat kereta masuk dan akan keluar di point A. Rod biru tu adalah pembahagi antara jalan dan kawasan turunkan anak murid. Kes aku berlaku di point A. Sebelum tu sudah tentu aku juga masuk di point B.

Kereta dari arah kiri dan kanan Jalan Seri Putra 3 akan masuk di point B. Jika di point A takut-takut nak keluar ke Jalan Seri Putra 3 dan terus beredar ke destinasi masing-masing, bagaimana kereta lain nak masuk ke point B? Bertapalah dalam kereta kat situ, tak boleh nak bergerak ke mana. Dari point A boleh belok ke kanan atau ke kiri. Biasanya jika belok ke kanan memang kereta sedang beraturlah nak masuk ke point B atau terus saja. Aku memang tak suka belok kanan.

Bila menghantar anak-anak ke sekolah dalam kesesakan begini janganlah masa tu sibuk nak cari barang, sibuk nak telefon dan nak cium pipi anak lama-lama. Kalau nak juga carilah port yang sesuai dan tak sibuk. Ada yang nak hantar anak ke sekolah lain, ada yang nak pergi kerja dan macam-macam lagi. Janganlah lambat buat keputusan nak belok kirikah atau kanan?

Memandu kereta perlu ada keyakinan dan keberanian megikut kadar yang patut juga. Janganlah terlebih berani hingga mengabaikan faktor jarak, masa yang boleh menyebabkan kemalangan. Agak-agaklah ye!

Banyakkan istighfar wahai Liza. Dah tua-tua ni takkan tak surut-surut lagi sikap pemarah tu. Astaghfirullah! Banyakkan sabar!

Monday, 5 March 2012

Jagalah insan-insan yang kita bawa bersama!


Aku keluar dari tol Putra-Mahkota dan masuk ke lebuh raya Utara Selatan menuju ke Bandar Baru Bangi. Kelajuan di panel meter kereta Kelisa aku cuma 8o km/jam. Baiknya aku, selalunya bila masuk je lebuh raya meter terus mencecah antara 100 ke 120 km/jam. Kalau dalam keadaan agak kalut mau juga naik ke 130 ke 140 km/jam.

Eh! Kereta kecil jangan dipandu laju-laju. Terasa melayang-layang nanti dan mudah tidak terkawal terlanggar objek besar walau pun hanya terkena sedikit saja.

Daripada tiga lorong, aku berada di lorong paling kiri dan tiba-tiba nampak kelibat sebuah bas yang laju di belakang aku. Bas itu kemudian memotong kereta aku di lorong tengah. Beberapa saat kemudian ada lagi sebiji bas yang juga memotong kereta aku.

Memang dasar tak tahan pandu kereta dengan kelajuan 80 km/jam ni, aku mula memecut. Entah kenapa aku ni terasa macam letih bila pandu kereta perlahan ni. Boleh buat aku berangan-angan sebab bersantai sangat rasanya. Dari 80 km/jam naik ke 90 km/jam hinggalah 110 km/jam.

Kereta aku mula bersaing dengan kedua-dua bas tadi. Wah! Lajunya depa berdua ni pandu bas... lebih daripada 100 km/jam. Berapa had laju untuk sebuah bas ye?

Bukti lain dari blog Mazidul Akmal

Dah banyak kali berlaku macam ni kan. Aku yakin korang pun pernah nampak ada bas lain yang dipandu lebih laju lagi. Nyaris tak buat drift aje kan! Melampau!

Ni aku jumpa entry rakan : Bas pecut 170 km/jam.

Bukan apa! Bila teringat tragedi-tragedi ngeri yang melibatkan bas buat aku sedih dengan nyawa-nyawa yang hilang akibat cara pemanduan yang merbahaya begini.

Tragedi 10.10.10 antara yang sangat ngeri : Berita penuh di SINI.

Banyak lagi gambar kemalangan 10.10.10 di SINI
Tidak semua pemandu bas yang memandu melebihi had laju. Masih ramai lagi yang sangat berhemah dan berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemandu bas. Kadang kemalangan bukan juga berpunca dari kesilapan mereka tetapi juga kerana kecuaian pemandu lain yang mendorong kepada terjadinya kemalangan ini.

Bila ada segelintir pemandu yang mementingkan diri sendiri, ia menyebabkan pelbagai kerosakan bukan sahaja pada dirinya sendiri tetapi juga kepada orang lain. Tidak kiralah sama ada menjadi penyebab kepada kematian atau merosakkan maruah rakan-rakan pemandu bas yang lain yang beretika dalam kerja mereka.

Pemandu kereta pun janganlah tidak menggunakan akal yang tiba-tiba mencelah di hadapan bas dalam jarak yang sukar untuk bas membrek dengan selamat sebaik memotong kenderaan berat itu. Gunakanlah akal semasa memotong kenderaan lain, bukan emosi semata-mata.

Sunday, 4 March 2012

Sila beri laluan, jangan bagi suhu amarah orang lain naik!

"Mama! Kenapa banyak kereta kumpul kat depan tu?", anak aku bertanya.

"Oooo... orang depan tu slow sangat, yang lain mengekor ajelah! Dah tau slow tak nak guna lorong kiri!", aku pulak mengomel.

"Kalau slow kena guna lorong kirikan mama?", tanya Asyikin lagi.

"Ha..ahh!", balas aku!

Hal macam ni selalu sangat berlaku, malah hari-hari pun. Memandu kereta di lebuh raya yang ada 3 lorong kenalah peka dengan lorong yang betul. Kalau dah ada 7-8 buah kereta mengekor kita di belakang tu, sedangkan di hadapan kita tak ada kereta pun bermakna kereta ni bergerak lebih perlahan berbanding kereta lain. Jadi eloklah tukar ke lorong kiri sekali atau tengah ikut kesesuaian keadaan lalu lintas.

Macam tak ada perasaan agaknya memandu atau syok sendiri memandu di lorong paling kananlah kononnya. Pemandu kenderaan di belakang dah bengang sebab nak memotong pun tak ada ruang kerana ketiga-tiga lorong tiada ruang untuk mencelah. Lainlah kalau ada satu lorong itu saja.

Jangan syok sendiri semasa memandu hingga susahkan orang lain. Berilah laluan pada mereka yang lebih laju. Tak perasan ada kereta di belakang? Sia-sia aje ada cermin pandang belakang. Kalau jenis yang takut tukar lorong pun lain kali gunalah lorong kiri atau tengah saja. Jangan usik lorong kanan sekali, kalau jenis penakut le..

Thursday, 1 March 2012

Rapat-rapatkan pintu tu, takut ada yang terbang nanti!

Contoh pintu kereta tak rapat di bahagian pemandu, kelihatan renggang sedikit. 
Gambar dari hululaini.net.

Bila memandu di jalan raya kadang aku ternampak ada pintu kereta lain yang sedang bergerak tidak rapat tutupnya. Bagaimana aku nak beritahu si pemandu kereta tu ye? Bahaya kalau pintu kereta tak rapat. Takut bila tiba-tiba pintu boleh terbuka semasa kereta sedang bergerak atau di selekoh jalan.

Ngerinya kalau terjadi kemalangan kerana kecuaian begini. Orang yang berada di dalam kereta boleh tercampak keluar. Boleh jadi menyebabkan kehilangan nyawa, cedera parah, koma atau kehilangan mana-mana anggota badan dan menyebabkan cacat kekal.

Biasa nampak tak situasi macam ni?

Kalau kereta Kelisa aku ni pintunya tak akan terkunci sendiri jika ada pintu yang tak rapat bila aku tekan brek selepas semua pintu dah ditutup. Jadi habit aku akan check pintu mana yang tidak rapat. Aku memang tak dapat nak check lampu pintu di panel meter kerana lampunya rosak.

Jika kereta Honda hubby pula akan terkunci sendiri pintunya bila mula tekan minyak selepas beberapa saat kereta bergerak. Boleh juga nampak di panel meter lampu pintu akan sentiasa menyala jika ada pintu yang masih belum rapat.

Tapi semalam minda aku benar-benar hairan bila ada sebuah kereta MyVi yang aku kira baru dibeli beberapa bulan berdasarkan plet kereta dan design model terbarunya tak rapat pintu di bahagian pemandu. Aku hairan sebab tak mungkin kereta tu tiada ciri keselamatan untuk memasti semua pintu kereta sudah pun rapat. Rasanya mungkin pemandunya yang tak biasa atau tak ambil tahu tentangnya. Baru dapat lesen agaknya.

Bahaya tu... pastikan keselamatan bila memandu. Lebih-lebih lagi jika ada penumpang yang kita bawa bersama. Pastikan semua pintu kereta tu rapat, barulah memandu dengan tenang.

Baca ni : Nyaris pintu kereta tak terbang

Saturday, 11 February 2012

Jangan marah kalau tercium belakang

Tengoklah 2 buah kereta ni parking terlebih garisan di bahagian belakang. Ni kira makan tanah orang ni. Jangan marahlah kalau ada yang parking undur terlanggar pulak kereta awak tu. Manalah tahu orang tu dok undur van dia yang tak ada sensor. Hanya dok perati bahagian depan je cukup ruang, tak tau pulak yang belakang dah terlanggar kereta orang yang parking macam dalam gambar ni.

Lokasi : Pasaraya Giant, Nilai

Thursday, 26 January 2012

Tamak parking lagi!

Suka hati dia je kan... aku tak suka betul dengan orang macam ni tau. Menyusahkan orang lain je. Macam manalah dia boleh lulus ambil lesen dulu. Kalau kawasan ni lengang tak mengapalah, tapi biasanya kawasan ni memang ramai yang mencari lot parking kosong.

Jangan buat lagi ye! Agak-agak nak buat tu cuba fikir-fikirlah kalau kita sedang mencari parking tetapi ternampak pula orang lain buat macam ni. Mesti sakit hati jugakan!

Monday, 24 October 2011

Parkinglah dulu kenderaan tu kat tepi!

Gambar dari Google

Geleng kepala aku tengok kerenah ibu bapa dan pemandu van yang menurunkan anak-anak mereka di depan sekolah rendah agama di tempat aku. Masing-masing nak turunkan budak-budak sekolah di tengah-tengah jalan utama. Tak ada hati lansung nak berhenti di tepi bahu jalan.

Susah sangat ke diaorang nak berhentikan kenderaan di tepi bahu jalan yang aku tengok memang kosong pun. Kenderaan yang di belakang pun terpaksa beratur menunggu. Satu situasi yang agak menjengkelkan bagi aku. Situasi yang tak sepatutnya menunggu lama tapi dek kerana malas masing-masing, yang 5 saat jadi 5 minit.

Apalah salahnya pergi ke tepi bahu jalan dulu. Beri laluan pada orang lain yang hanya nak lalu di situ. Lainlah kalau tak ada ruang lansung nak parking. Ini sangat-sangat kosong di kiri kanan bahu jalan. Aku perhatikan hampir kesemuanya buat perangai yang sama. Kalau ada yang ke tepi pun mereka yang menghantar anak menggunakan motosikal.

Tadi ada sebuah kereta tu sempat pulak pemandunya nak bertanya itu dan ini pada penjaga lalu lintas sekolah yang kebetulan berada di tengah garisan jalan. Alahai cik kak! Ada hampir 5 buah kereta di belakangnya sedang menanti sama ada hanya nak lalu atau mungkin nak turunkan anak ke sekolah. Macam tak ada rasa bersalah pun. Pening kepala aku tengok! Hanya mampu memerhati... tau ajelah orang sekarangkan. Tak kiralah yang lemah lembut pun boleh jadi brutal bila memandu di jalan raya. Apatah lagi yang panas baran. Tak boleh ditegur.

Bila ada hajat nak turunkan anak di sekolah atau nak bertanya sesuatu dengan orang lain di jalanraya, bawa-bawalah ke tepi dulu. Jangan ganggu lalu lintas orang lain. Tak pasal-pasal dapat sumpah seranah. Macam-macam doa tak baik orang kat kita. Kalau kita tak suka, begitu juga dengan orang lain.

Thursday, 13 October 2011

Hormat orang lain bila buat U-turn

Pos laju tak pe, jangan pandu laju tak tentu hala.

Sudah dua tiga kali aku terserempak dengan kereta MPV ni buat U-turn berhadapan SRA Bandar Seri Putra dengan cara yang menjengkelkan.

Mula-mula dia akan ambil ruang yang agak banyak di jalan utama sebelum U-turn. Macam bas atau lori nak masuk simpang le hingga boleh juga sebabkan kenderaan dari belakang melanggar belakangnya jika tak berhati-hati.

Aku pun hairan kenapa nak ambil ruang jalan yang banyak sebelum u-turn. Bukan MPV 7 tempat duduk pun. Aku pun pernah juga banyak U-turn Toyota Wish kat situ, lepas je. Kalau tak yakin, aku akan lajakkan kereta ke ruang lain yang agak lapang asal tidak menyebabkan pengguna jalan raya lain rasa terganggu.

Pagi tadi terserempak lagi dengan gayanya yang sama tapi betul-betul buat aku geleng kepala. sebuah motosikal datang dari arah bertentangan sudah semakin hampir tetapi pemandu MPV ni tetap teruskan juga U-turnnya. Sakit hati pulak aku tengok. Kalaulah motorsikal tu tak sempat nak brek, takut dua jiwa tercedera atau melayang kerana penunggang motorsikal itu adalah seorang bapa yang sedang menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Banyak kemalangan berlaku semasa buat U-turn akibat tak berhati-hati dan juga tersilap andaian tentang jarak dan kelajuan kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Begitu juga bila tiba-tiba buat u-turn tanpa signal atau memberi masa yang sesuai hingga disodok oleh kenderaan dari belakang pula.

Hargailah nyawa sendiri dan orang lain. Bukan lama mana pun nak tunggu motosikal tu melepasi kita, tak sampai seminit pun. Kalau jalan jem sekali pun tak sampai 10 minit kita dapat masuk ke jalan bertentangan sama ada secara u-turn atau cara lain yang lebih selamat. Cari simpang lain.. lebih baik daripada melayan kemalangan yang mengambil masa kita berjam-jam untuk diuruskan.

p/s : Lain kali aku nak ambil gambar MPV tu.

Wednesday, 21 September 2011

Langgar lampu isyarat, apa yang dikejar?

Lampu isyarat masih hijau dari jauh. Lori treler di sebelah kanan aku seakan memecut mengatasi kereta kelisa aku yang jauh kecilnya berbandingnya. Setibanya lori hampir dengan lampu isyarat, warna bertukar kuning dan lori meneruskan perjalanannya. Mana sempat nak brekkan.

Aku hanya berhenti di lampu isyarat tu kerana tak mahu mengejar lampu hijau tadi yang aku jangka akan bertukar kuning dalam sekejap masa. Benar rupanya jangkaan aku tadi. Hanya perhatikan saja lori treler di lorong tengah melepasinya. Manakala aku di lorong kiri dan juga kereta di lorong kanan sekali sudah pun berhenti.

Aku awal-awal dah tukar lorong kiri bila nampak lori tadi yang agak meluru di belakang aku selepas membayar tol di exit Putra-Mahkota (antara Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota). Sama-sama menghala ke Bangi Lama melalui Petronas berdekatan.

Takut aku kalau kereta aku di'sodok' dari belakang semasa aku berhenti di lampu isyarat. Banyak dah berlaku kes macam tu. Ngeri je..

Bayangkanlah pula jika ada kereta atau motorsikal yang sama tak sabar menunggu lampu hijau dari arah yang lain terus bergerak. Pastilah kena lenyek dek lori yang besar tadi yang pun sama sedang memecut kelajuan lorinya.

Sebelum tu dua kejadian motorsikal yang dengan selamba meneruskan perjalanan bila lampu isyarat merah di dua lagi lokasi berbeza di Bandar Baru Bangi.

Tengok video ni, contoh lori yang dipandu laju di lampu isyarat.



Ini pulak yang paling gila di Rusia. Semuanya sebab sikap manusia.



Nak jimat masa tak sampai pun 5 minit tapi bila tersilap akibat memperjudikan nasib, mengundang masa berjam-jam terkandas. Silap gaya terpaksa bertahun-tahun merengkok di penjara atau lansung ke tanah perkuburan. Mungkin juga hilang kaki atau tangan, lumpuh anggota badan. Hilang nak cepat 5 minit tadi. Nama pun judi, tiada jaminan.. judi nasib.

Bawa bersabarlah bila tiba di lampu isyarat ni. Redha ajelah menunggu, hormati orang lain supaya orang lain pun menghargai kita.

Tuesday, 6 September 2011

Elok nak cepat jadi lambat, duit pun melayang!

Tadi ada accident antara kereta dan van sekolah depan mata aku. Nyaris tak ada murid dalam van tu. Tapi aku boleh dengar jugalah dentuman kereta tu. Tak sempat nak ambil gambar sebab sedang memandu.

Dekat dah dengan rumah Ujang ni. Aku ambil peta dari kad jemputan kahwin Ujang ni.

Bulatan merah itu menunjukkan lokasi yang sama, cuma peta bawah ni aku ambil dari Google Map.

Kejadian di simpang nak masuk lot kedai depan restoran sup UK (urat keting) di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Aku datang dari arah traffic light dalam bulatan tu. Kereta aku warna coklat yang berbaris belakang kereta purple dan ada kereta putih belakang aku. Semua nak masuk simpang ke restoran UK. Tapi ada pula van sekolah yang menyonsang nak belok ke kanan pada waktu yang tak sesuai ; kenderaan banyak masa ni bertali arus.

Kereta purple bagi jalan pada van sebab dah mengganggu dia nak masuk simpang. Tapi van tu gelojoh sangat terus memecut nak ke lorong sebelah kiri kitaorang. Kebetulan ada kereta pulak datang.... Bang! Bang! Boom laa..!

Kitaorang yang berbaris tadi tidaklah nak menunggu jadi pemerhati, takut jem pulak nanti. Maka masing-masing terus masuk simpang dekat restoran tu. Bertawaf juga aku mencari parking. Bila aku masuk restoran tu dengan anak aku si Aishah, aku nampak kedua-dua pemilik kenderaan sedang berbincang di tepi jalan.

Nampak tenang dan tak ada gaduh-gaduh. Tapi aku dapat rasakan betapa terkilan dan terkedunya pemandu van sekolah tu sebab memang salah dia pun. Keluar dari simpang ke arah kanan yang tidak dibenarkan dan melulu. Elok nak jalan pintas bagi cepat jadi terlewat pula dan pastilah nak kena bayar pula kerosakan pada pada pemilik kereta tu.

Van sendiri mungkinlah pecah lampu kiri dan kemek, kereta tu pun kemek juga di depan sebelah kanannya. Lebih malam tayar keretanya turut pancit. Nyaris juga banyak bengkel di kawasan tu. Tak perlu tunggu lori tunda pun boleh sampai dalam keadaan tayar pecah tu.

Apa pengajaran yang aku dapat dan memang selalu buat pun. Bila nak keluar dari simpang dalam keadaan tak berapa nampak kenderaan yang datang, perlulah main intai-intai perlahan-lahan supaya kenderaan yang datang tu dapat elak sebab mungkin ternampak hanya sedikit saja bahagian kereta kita yang keluar. Begitu juga bila undur nak keluar dari parking.

Kalau kita keluar melulu, orang lain nak elak pun dah tak ada ruang dan tak sempat.

Bayangkan kalau yang dilanggar van sekolah tu tadi pemandu motorsikal? Jangan tergolek atas jalan dan ada pula kereta dari belakang yang melanggarnya. Ngeri aku nak memikirkannya.

Monday, 5 September 2011

Kita sering terleka bila di jalan raya

Dah lama dan adalah dua tiga kali aku tengok youtube tentang kemalangan jalanraya ni. Kebanyakan kemalangan akibat kecuaian manusia, juga keegoan yang tinggi.

Agak lama youtube ni, lebih 7 minit untuk menontonnya. Ada kemalangan yang dilakonkan dan ada juga yang benar-benar berlaku. Menakutkan bagi aku yang menjadi peringatan agar lebih bersikap berhati-hati, kawal kemarahan dan jangan suka memperjudikan nasib.


Tidak kira anda pemandu kereta, motorsikal, van, bas, lori dan sebagainya perlu mengingatkan diri agar berhati-hati di jalanraya. Jaga emosi kita.

Tak perlu tergesa-gesa memotong kenderaan lain di selekoh dan pastinya bukan garisan jalan yang terputus-putus kerana ia bukan kawasan untuk memotong kenderaan lain. Jangan memperjudikan nasib dengan mengacah-acah hendak memotong hanya untuk mengejar cepatnya masa 10 minit yang akhirnya mungkin lewat dua tiga jam atau mungkin tak tiba lansung.

Malah pejalan kaki juga perlu ingat bahawa tubuh badan kita tidak sekuat besi untuk menahan hentaman kenderaan yang meluru jika kita melintas jalan sesuka hati. Seringkali aku lihat pejalan kaki yang gemar melintas jalan dengan berdiri di tengah-tengah garisan, umpama melintas separuh-separuh aje.

Orang dewasa perhatikan juga anak-anak kecil bila melintas atau berhampiran dengan jalanraya. Nyaris saja kawan ni tak melanggar anak orang dalam entrynya Nasib baik!..... Ngeri je!



Sunday, 4 September 2011

Hujan, jerebu, kabus, senja, subuh dan malam yang gelap

Lebatnya hujan! Nampak ke kenderaan di hadapan? Kelihatan samar-samar lampu merah sebuah motorsikal. Ada juga kereta di hadapan tapi tak berlampu. Jimat bateri agaknya.

Bagus kereta yang di sebelah kirinya. Tak perlu risau bateri keretanya habis atau sekadar hiasan atau memberatkan kereta. Lampu kecemasan turut dipasang dalam suasana hujan lebat di jalanraya. Keselamatan lebih penting agar pemandu kereta lain nampak kedudukan keretanya. Tidaklah terlanggar pulak seperti kereta di sebelah kanannya yang tak berlampu. Kena perhati dengan betul-betul barulah nampak.

Walaupun hujan lebat dah berkurang, jangan tak berlampu semasa memandu. Lebih-lebih lagi bila berada di lebuh raya. Keselamatan lebih penting.

Lori pun tak berlampu juga. Janganlah kita jadi penyebab yang remeh kerana tak berlampu bila orang lain terlanggar di belakang kenderaan kita.

Seringkali situasi tak memasang lampu kenderaan berlaku semasa memandu dalam hujan. Dia perasan semua orang nampak kenderaannya. Tahukah dia bahawa hujan telah menghadkan jarak penglihatan kita di hadapan, di cermin sisi dan pandang belakang sama seperti diwaktu malam dan juga jerebu atau pun kabus.

Pasanglah lampu ketika situasi HUJAN, JEREBU, KABUS dan SENJA/SUBUH. Kalau tak pasang lampu pada waktu MALAM tandanya pelupa atau mungkin juga ada niat tak baik.

Bukan mahal mana pun kos nak pasang lampu kenderaan pada waktu-waktu tadi. Ada juga yang malas. Bagi aku nilai keselamatan diri lebih penting. Kita perlu berusaha untuk yang terbaik, bukan hanya berserah pada takdir semata.

Kita perlu ingat bahawa ketajaman pandangan mata dan kepekaan seseorang tidak sama. Ramai antara kita yang rabun tetapi tak mahu memakai cermin mata semasa memandu. Redah ikut suka dia je. Aku berkata kerana ada antara rakan-rakan aku yang begitu. Kalau ada lubang di jalanan pun di langgarnya. Baginya asal sampai ke destinasi tanpa hiraukan kalau-kalau ada yang melintas, dah dekat barulah nampak dan terlanggar.

Memasang lampu adalah antara usaha untuk keselamatan bagi situasi-situasi yang telah aku sebutkan tadi. Mudah je! Hati-hati memandu dengan jiwa yang tenang. Jaga keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Monday, 27 June 2011

Harap cepat seminit, tapi terbabas ke kubur!

Banyaknya kemalangan berlaku sampai tujuh kejadian sepanjang perjalanan dari Kuantan ke KL seperti yang Mas Saari ceritakan di SINI. Alhamdulillah, Mas sekeluarga selamat tiba ke lokasi yang dituju. Aku pun risau juga dengan jalan Karak ni.

Ramai pemandu lupa tentang langkah-langkah keselamatan hanya kerana ego, nak cepat dan sebagainya semasa memandu. Akibatnya nyawa sendiri terancam dan juga boleh melibatkan nyawa orang lain juga.

Abang kandung aku pernah bercerita semasa aku sedang memandu kereta Persona miliknya yang baru dibelinya pada April 2011 lalu. Saja nak cuba, best ke tidakkan Persona gear manual ni. Pick-upnya baik atau tidak terutama semasa memotong kenderaan lain. Maka timbullah cerita bagaimana kemalangan berlaku akibat memotong kereta lain yang tak lepas.

Saksi bercerita bagaimana ada kereta yang memotongnya dan masuk di depan keretanya setelah saksi memperlahankan keretanya untuk memberikan sedikit ruang. Kereta tersebut masuk sekejap saja di depannya dan cuba lagi memotong kenderaan di hadapan. Tapi malangnya ada lori yang datang menghentamnya dari arah bertentangan. Tak tahulah sama ada dia tak nampak lori yang datang itu atau tersilap jangkaan. Saksi yang merupakan kawan abang aku terasa agak trauma juga. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Pemandu kereta berkenaan terbunuh akibat kecederaan parah.

Janganlah memperjudikan nasib nak memotong di tempat-tempat yang dilarang. Harap nak cepat seminit, lansung ke mana jadinya. Bersabarlah sedikit asalkan selamat nyawa kita dan orang lain. Tiada siapa nak pujipun kalau kita berjaya memotong dengan selamat di tempat-tempat yang dilarang. Mengutuk dan menyumpah seranah lagi adalah agaknya!

Wednesday, 22 June 2011

Kemalangan nak masuk simpang Intana Ria

Kisah 5 tahun lalu memandu kereta Kelisa nak balik ke rumah di Taman Seri Melor yang dekat juga dengan seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kemalangan kecil semasa nak masuk simpang.

Seperti biasa aku memberi signal ke kanan untuk masuk ke simpang yang berdepan dengan apartment Intana Ria. Elok aku nak membelok aje aku ternampak ada satu motorsikal meluru dari dari belakang di sebelah kanan aku. Kalut aku pulas stereng ke kiri semula tapi dah terlambat kerana motorsikal tu sempat bergesel sedikit di pintu kanan depan kereta aku.

Kemek kereta aku di bahagian bawah pintu. Motorsikal tu tumbang di atas jalan bersama dengan penumpangnya sekali. Dua-dua tak pakai helmet. Aku alihkan kereta aku ke tepi dulu dan kemudian keluar dari kereta. Nasib baik mereka luka sikit aje.

Remaja lagi yang lelakinya di depan, yang perempuannya menumpang di belakang. Sepupu katanya. Kalut nak hantar sepupu perempuannya ke klinik sebab bekerja di situ. Si lelaki pun sedang belajar lagi di Uniten. Helah nak elak kena bayarlah gamaknya.

Aku tak kira walau pun dia yang tergolek. Memang kena marah jugalah dengan aku budak dua orang tu. Aku sebut kesalahan-kesalahan diaorang, aku tak nampak dah kesalahan aku. Biasalahkan! Kita ni mana perasan kesalahan sendirikan!

1) Dua-dua tak pakai helmet.
2) Memotong dekat simpang.
3) Standard langgar dari belakang memang salah.
4) Memotong dekat dengan bonggol jalan pulak tu.

Tak sayang nyawa gamaknya nak merempit pagi-pagi ni. Aku kata "kalau ada kereta datang dari depan langgar korang, macam mana?". Tak sampai separuh badan kereta aku pun beralih lorong. Kalaulah aku tak pandang cermin sisi kanan tadi memang sah momentum langgar lebih kuat. Silap-silap aku pun teruk kena. Manalah tahu dia pulak terbang masuk dalam kereta aku.

Kesian punya pasal, aku pau diaorang RM100 aje. Itu pun dia bagi RM50, lepas tu aku turut sampai ke klinik dan doktor yang menjadi majikan budak perempuan tu tambah RM50.

Masa kecoh kat jalan tadi ada juga seorang lelaki yang datang bertanya. Dia takut juga aku pulak kena buli nanti. Aku kan perempuan, dua orang tu pulak kan ada pepatah "kalau jumpa ular dengan orang 'itu' korang bunuhlah orang 'itu' dulu". Takut dengan belitnya yang lebih hebat. Tak semualah macam tu, tapi dah persepsi orang macam tu.

Syukurlah tak ada berlaku masalah serius. Risau juga aku masa tu. Pengajaran juga buat aku walaupun dah bagi signal awal, pandanglah cermin sisi lebih awal untuk pastikan betul-betul selamat. Itu kalau bagi signal, bagaimana yang perasan dan syok sendiri masuk simpang tanpa signal? Dia ingat orang lain boleh baca isihatinya gamaknya. Jangan buat macam tu ye!

p/s : sampai sekarang aku tak repair pun kemek tu... sikit je sebab sempat elak!