iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Banjar. Show all posts
Showing posts with label Banjar. Show all posts

Sunday, 11 September 2011

Mari mengenal sayur-sayuran

Aku jumpa di facebook cousin hubby aku. Maklumlah keluarga sebelah hubby orang Banjar Semanggol, Perak. Aku lebih banyak terpengaruh dengan bahasa Banjar berbanding Jawa sebelah mak aku. Bila mak aku tak amalkan, anak-anak pun memang tak reti le juga.

Jom kenal-kenal sayur dalam bahasa Banjar.


Kenal sticker ni. Dah bertahun-tahun hubby tampal kat kereta. Asal tukar kereta je, sticker ni tetap ditampalnya. Siapa yang tinggal sekitar Bagan Serai, Parit Buntar dan sekitarnya memang dah akan selalu nampak sticker ni. Lambang persaudaraan sesama orang Banjar. Kulaan niring!

Senang belajar bahasa Banjar ni sebenarnya sebab ada bunyi-bunyi Melayu juga sikit-sikit.

Friday, 22 April 2011

Ikan wadi dengan kari telur je


Ikan wadi

Hari ni aku masak simple ajelah. Goreng ikan wadi dengan kari telur aje. Ikan wadi ni hubby aku beli kat kampung dia kat Semanggol, Perak. Orang banjar memang panggil ikan wadi, yang lain panggil ikan pekasamlah gamaknya. Bukan aku reti sangat pun.

Biasanya aku goreng dan tumiskan dengan bawang besar je. Kalau ada cili kering lagi sedap. Ala-ala ikan masin juga rasanya. Makan saja dengan nasi panas pun memanglah sedap. Gambar ikan wadi kat atas tu aku ambil di blog adik ni : Blueberry Cheese... dia masak lagi hebat. Terliur aku dibuatnya.

Anak-anak memang suka makan kari. Sama macam arwah ayah aku. Tak kiralah kari ikan, kari ayam atau pun kari telur ayam. Aku buat pun tak pedas sangat, sesuailah untuk anak-anak aku. Teringat dulu mak marah aku sebab tak tumis kari tu sampai pecah minyak. Maknanya tak sampai masak betul. Hasilnya masakan kari jadi tak sedap le. Itu kisah nak mengelat masa kecik-kecik dulu. Kerana teguran maklah aku akan sentiasa terfikir tentang mak setiap kali masak kari.

Telitinya mak aku memasak. Bila karinya dah masak, mak aku akan alihkan periuk ke tempat yang sejuk. Begitu juga setiap kali mak masak lemak, mak akan alihkan juga periuk tu. Takut santan pecah katanya. Bila santan pecah tu memang masakan jadi tak cantik dan tak sedap. Itu mak aku kata kat aku le. Tak tau le apa yang pakar kata..he..he.. aku ni hentam aje.

Tuesday, 1 February 2011

Bapukung - Adat Banjar


Korang pernah tengok baby duduk dalam buai macam ni? Masa anak sulung aku masih baby dulu pernah la masuk buai duduk macam ni kat kampung suami aku. Kakak ipar akulah yg mengikatnya. Aku memang tak reti & malas nak meretikannya. Kena ada cara & tekniknya yg betul. Jangan jadi lain pulak nanti..he..he.. Takut? Rilek le... tak pernah lagi aku dengar baby mati sebab "bapukung" ni. Eh! Lupalak.. ni orang banjar panggil "bapukung". Sebut betul2 ye!

Inilah salah satu adat orang Banjar yg unik masa nak bagi baby tidur terutama bila selsema. He..he.. hidung tak le tersumbatkan. Kalau tak asyik meragam je susah nak tidur. Kedudukan sama seperti posisi janin dlm rahim ibu sangat menyelesakannya.

Idea orang dulu2 ni, kalau tak ikat takut jatuh pulak budak tu. Jadi diikat manja2 gitu. Baby tu rasa macam dipeluk je. Ibu duduk bersimpuh dan beri tepukan manja di punggung gebunya. Pasti dia tidur lena sambil tu zikir le dengan suara lemak2 merdu ala2 Siti ke.. *(^_^)* Memang boleh lama baby ni tidur.


Sekarang hanya segelintir sahaja orang Banjar yg mengamalkan "bapukung" ni. Generasi muda pun mungkin ada yg tak tahu, apatah lagi bila dah berkahwin dengan Jawa, Minang dan lain2lah lagi. Ha..ha.. macam kacukan pulak ye, kacukan rupa Melayu. Tak ada beza pun.

Mungkin orang luar (bukan Banjar) yg tak biasa rasa tak selesa buat macam ni, tapi aku orait je. Kalau tak, tak kahwin le aku dengan husband aku ni gamaknya. Dialah keturunan Banjarnya. Walau pun mak aku Jawa, tapi rasanya aku lebih faham Banjar daripada Jawa. Mmm...kadang2 terkebil juga nak faham. Aku senang je....tak faham bertanya!