iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Segmen Aku. Show all posts
Showing posts with label Segmen Aku. Show all posts

Monday, 1 August 2011

Harumnya nama pilihan Ms. Az



Dua nama yang cukup indah lalu digabungkan menjadi nama yang harum dan wangi. Aku suka dua nama yang asal ni ; Azzahra dan Azwan. Sedapkan nama ni... elok pulak dua-duanya bermula dengan AZ. Bukan senang nak dapat jumpa kekasih hati yang namanya iras-iras hampir sama.

Itulah nama milik Ms. Az dan tentunya buah hatinya Mr. Az. Bila nak jadi Mrs. Az ni?

Tengoklah kreatifnya nama yang menjadi pilihan Ms Az di SINI.

Moga nama itu menjadi satu nama yang dikenali ramai dan menjadi salah satu penyebab ikatan kasih kalian berdua kekal abadi. Tips ni! Kena wangi dan harum selalu. Jagalah nama dan pemilik nama itu elok-elok.

Wednesday, 27 July 2011

Segmen Adzriel AB : Nama pilihanku

Sticky Post hingga 26 Julai 2011
Lama sangat dah aku tak buat segmen. Macam-macam idea muncul, cuma mood yang kurang. Kali ni rasa macam nak buatlah pulak. Ada yang nak join ke? Aku bagi yang simple aje!

Segmen kali ni nak korang pilih satu nama orang yang korang suka.
Tak kiralah nama bakal anak, anak, awek, pakwe, mak, ayah, atuk, nenek atau kawan-kawan.
Yang penting korang memang suka sangat lagu tu.
Kalau ada makna, bagilah tau juga.
Nama tu lelaki atau perempuan.
Kalau sudi, sharelah kenapa suka nama tu?

Cara nak join segmen :
1) Mestilah nak kena ada blog/website.
2) Tajuk segmen : "Segmen Adzriel AB : Nama pilihanku"
3) Letak gambar header blog ni dalam entry
4) Entry siap, letak link dalam komen entry aku ni.

Dengan ucapan, Tarikh tutup : 27 Julai 2011 (Rabu) @ 10.00 pagi.

Tuesday, 26 July 2011

Nama yang menjadi ilham Alongxp

Alongxp pilih nama yang jarang aku jumpa. Pernah jumpa sekali je masa aku tinggal di Bandar Baru Bangi dulu.

Ilham datang buat alongxp dari teman kolejnya. Betapa istimewanya nama kawan alongxp ni. Kalau dia tahu alongxp sukakan nama tu dan mengabadikan pula nama itu pada anak-anak, tentu dia terharu dan gembira.

Lagu untuk alongxp yang begitu bermakna setiap bait kata nyanyian Man Bai :

Kau ilhamku...
Jom tengok apa nama pilihan Alongxp yang unik tu :

Penyejuk mataku, penghibur hatiku pilihan sitiebby

Sedapnya nama pilihan sitiebby (klik link!)

Makna di sebalik nama yang dipilih membuatkan aku
terus aku teringat lagu ini... cari punya cari inilah dia lagunya :


(Nyanyian : Zaini & Naazeri Raihan)

Isteri Solehah

( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa rahmat bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

( ulang 1 )
( ulang korus )

Sumbangan Hajar Aswad

Monday, 25 July 2011

Nama-nama pilihan Eyrique Ettiqazz



"Dah siap kerja sekolah cikgu. He..he.."... eceh! Banyaklah punya cikgu. Entah aku cikgu atau dia yang cikgu. Inilah komen murid cemerlang aku sebab orang pertama hantar entry untuk Segmen Adzriel AB : Nama pilihanku. Nak join boleh klik link tu... sampai 26 Julai 2011 (Rabu) @ 10.00 pagi segmen berakhir.

Agak tamak nampaknya..ha..ha.. jangan marah ye EE! Aku kata pilih satu nama je, dia bantai 6 nama. Ada juga tergeliat lidah nak menyebutnya tapi memang nama-nama yang unik. Sukalah satu nama ala kampung kejawaan tu...

EE (panggilan manja blogger ni...!) ada dua blog sebenarnya. Blog penulisannya yang terkini agak Hitam Putih juga. Cuma segmen ini dia letak di rumah dinding papan lama dia. Jom baca 6 nama-nama yang menjadi pilihan EE di rumah lamanya tu :

Sunday, 8 May 2011

Aku terima kata-kata itu untuk kuatkan semangat juangku



Seorang kawan menegurku supaya jangan berkawan dengan RS
sebab dia tu kerja pun tak tetap nanti nak makan apa?
Takkan nak makan pasir plak.

Seorang lagi kenalan tegurku supaya jangan berkawan dengan RS
Sebab dia loklaq dan takut2 nanti pisang berbuah 2 kali

Friday, 6 May 2011

'Reverse psychology' seorang guru



Ada orang boleh merasa lemah semangat atau tak jadi nak buat bila mendengar kata-kata yang berunsur negatif yang dilontarkan padanya. Apatah lagi bila ianya diucap oleh seorang guru yang sepatutnya memberi kata-kata peransang pada anak muridnya untuk terus melangkah menggapai kejayaan.

Aku juga antara insan yang adakalanya tidak dapat menerima kata-kata yang merendahkan kemampuan aku. Boleh juga aku cepat melenting dan marah bila ada yang mengutuk atau menghina aku melainkan aku harus berdiam diri dahulu. Terpulanglah jika nak respon selepas itu atau buat tak tahu saja. Yang pasti jika aku respon segera biasanya respon yang negatif juga kerana tahap kesabaran aku sangat nipis. Itulah yang aku sentiasa cuba perbaiki.

Berbeza dengan Aisah Yusuf, namanya sama pula dengan anak sulung aku. Kata-kata gurunya yang berbau negatif itu telah meninggalkan kesan hebat kotak pemikirannya. Mari kita baca apakah kata-kata yang negatif itu :

Thursday, 5 May 2011

Harus ada noktahnya



'not irene' yang pertama join SEGMEN 6 aku.
Ada yang nak join lagi? Klik SINI.

Apakah kisah 'not irene' dengan KATA-KATA YANG MENGUBAH DIRIKU? Adakalanya teguran seseorang yang kita hormati dan jarang pula menegur kita selama ini mampu mengejutkan kita dari leka yang panjang. Kita terleka dengan kebiasaan yang tidak manis untuk kita teruskan. Harus ada noktahnya.

Bacakan kisah 'not irene' yang ringkas tetapi punya maksud yang mendalam.
Hayati entrynya :

Tuesday, 3 May 2011

Segmen 6 aku dilanjutkan.. Sudi-sudilah join!

Dengan Asyikin di Kopitiam Bangi

Sebagai pengubat kesedihan sendiri, maka dengan ini aku lanjutkan SEGMEN 6 aku hingga Jumaat ni - 6 May 2011 @ 10.00 pagi.

He..he.. macam sedih bebeno... adoiii tak larat dengor le.

Aku suka tajuk tu dan aku tahu ianya tentunya memberi makna yang hebat dalam diri korang juga. So jangan malu-malu share dengan kawan-kawan sebagai pendorong buat diri sendiri dan juga teman-teman.

Kalau nak bagi tajuk mudah tu boleh aje cuma minat aku lebih kepada sesuatu yang sangat dekat di hati dan punya nilai sentimental... ecehhhh...

So..apa tajuk segmen? Jenguk SINI.

Lain kali tentu ramai yang nak join


Sedih ke? Adalah sikit agaknya. Masing-masing sibuk, tentu tak sempat nak join. Macam aku juga yang kadang dah nampak lepas tu terlupa pula.


Tak pelah... Insyaallah! Lain kali tentu ramai yang nak join. Kesimpulannya SEGMEN 6 aku kali ni gagal kerana tiada lansung penyertaan. Adalah yang aku kena perbetulkankan tu.



Tapi aku tetap tak lupa pada korang yang sering dan sudi jenguk dan baca entry-entry aku di blog ini. Terima kasih banyak-banyak.

Thursday, 28 April 2011

SEGMEN 6 : Kata-kata yang mengubah diriku!



Lama juga rasanya tak buat segmen. Malam tadi terdetik pula satu tajuk yang sangat bermakna buat aku. Teringin juga aku nak tahu kisah dari korang semua. So.. ini segmen ke-6 dari aku. Ada ke yang sudi nak join ni?

Syarat-syarat mudah :

1. Copy gambar tulip merah kat atas tu dan masukkan dalam entry korang.
2. Link entry korang ke entry ini.
3. Tajuk entry "Kata-kata yang mengubah diriku"
4. Entry ringkas tentang apakah perkataan atau ayat seseorang yang pendek tetapi telah meningggalkan kesan yang sangat bermakna di hati korang. Kata-kata yang mungkin membuatkan korang berfikir dan tersedar dari sesuatu. Mungkin juga kata-kata itu telah mengubah hidup korang kepada sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.
5. Tinggalkan link entry korang di ruang komen entry ini.

TARIKH TUTUP : 06 May 2011 @ 10.00 pagi waktu Malaysia!
Bukan waktu UK atau Jepun ye!
Silakan join! Jangan malu-malu!

Thursday, 14 April 2011

Lens@ Jingg@ : Dari penjuru ini



Anak muda ni pun dah terjah blog kak Dinas untuk menyertai segmen kelima aku. Tersengih katanya bila baca entry kak Dinas yang satu tu. Kak Dinas memang cikgu yang sempoi tapi tegas tu tetaplah ada.

Dalam lambat-lambat pun sempat dia siapkan entry untuk segmen tu, sampai mendorong aku mengadakan contest yang tak sampai 10 minit dah ada pemenangnya. Hadiah pun dengan pantasnya dah masuk ke akaun pemenang. Hafzan Sarah cuma lewat 15 minit aje dari LilyGrynnyang menang.

Aduhai! Tergelak aku sorang-sorang! Itulah seronok bila berblog ni. Ramai kawan-kawan yang boleh nak share kegembiraan, ilmu tentang kehidupan dan sebagainya.

Okeh! Balik pada entry anak muda nan hensem ni. Pun lawak juga entry kak Dinas yang jadi pilihannya... Jom terjah link :

Mak buyung juga yang menang!



Sempat beberapa minit je aku tanya soalan ni kat entry INI, mak buyung ni jugak la yang jawab dengan pantas dan tepat sekali! Jawapannya : Manueng!!

Tahniah LilyGrynn...

Nah! Ambil duit buat isi minyak kereta. Lepaslah untuk sehari kot! Seronok-seronok je! He..he..!

Tak padan dengan mabuk loya ye! Semangat betul dia nak menjawab! Mesti baby nanti bijak macam mak dia. Aminnnnn!

Meh la Lily! Tinggalkan no akaun dengan nama penuh kat ruang komen ni. Jangan risau! Kak Liza tak akan publish komen tu!

Siapalah yang selalu lambat hantar segmen ni?

Ini kali kedua dia lambat hantar entry untuk segmen KELIMA aku.
Tak pe lah, aku maafkan dia. Kenapa special sangat aku maafkan dia?

1. Dia satu-satunya yang tak pernah miss join segmen aku dari 1 hingga 5.
2. Semangat nak join tu aku puji sebab aku boleh rasa ianya datang dari hati yang ikhlas.
3. Dia tak dapat buka blog dia untuk beberapa hari sebab outstation, jadi kalut sikit.
4. Jauh nak terbang datang ke blog aku. Nun dari UK! Konon!..he..he..!
5. Segmen suka-suka je... aku yang buat rules. Tak beri kesan yang merosakkan apa-apa pun.

Soalannya : Siapakah dia?

Insan yang dimaksudkan tu jangan nak jawab pulak! Tentu tau diri sendirikan. Klu baik punya aku bagi tu. Sapa jawab dengan tepat dan pantas aku bagi hadiah RM10 tunai terus masuk bank. Public Bank dan Maybank sahaja. Kalau bank lain aku bagi RM8 je..he..he.. sebab bank caj aku jugakan.

Wednesday, 13 April 2011

Ada yang nak join lagi?

Arif pun tengah menunggu ni!

Lagi beberapa minit saja Segmen 5 nak habis... ada yang nak join?? Pukul 10.00 pagi ni habis.


Tuesday, 12 April 2011

Dari Penjuru Ini oleh LilyGrynn




Tu dia... mula-mula dialah yang paling pening sebab confuse nak join segmen kelima aku. First time join segmen. Tapi dia jugalah orang pertama yang hantar penyertaan. Yes Lily! You can do it!.. aku lak yang excited.

"LilyGrynn said...Hari-hari try terjah blog ni sebab nak join segmen tapi kan....confusedlah sikit part yang ni..Nak buat apa sebenarnya? Tulis entry tentang blog dinas yang menarik and letak linknya kat entry kita and comment kat sini ke? Eh, eh, eh....sendiri tulis sendiri pun confused nih!"

Mana tak pening, mual pun ada tu sebab tengah pregnant tu. Alhamdulillah! Jangan gelak lebih-lebih pulak Lily. Aku pun gelihati bila baca entry dia tentang kak Dinas ni. Jomlah baca apa bendalah yang dingomel dek Lily ni.

http://lilygrynn.com/wp/?p=2056

Jangan pening-pening!

Confused??

Ha...ha.. ada yang pelik dan confuse bila segmen kali ini yakni segmen kelima nak kena terjah blog kak Dinas? Segmen aku atau kak Dinas? Tak pelah..terjah blog Kak Dinas aje. Bukan apa-apa pun.

Aku suka blog kak Dinas, jadi seronok nak share kesukaan aku tu. Manalah tahu ada yang sama macam aku terjatuh cinta pula dengan blog kak Dinas. Esok lusa kalau umur panjang, boleh le kita jengah-jengah blog orang lain pulakkan. Meriah le sikit hidup berjiran dalam blog ni.

Jangan pening-pening! Silalah join kalau sudi. Kita hapy-happy aje...
Ada masa lagi ni. Klik le link bawah ni kalau nak tau detail.

Monday, 11 April 2011

SEGMEN 5 : Dari Penjuru Ini



Segmen kelima nak meronda ke blog pilihanku iaitu blog Dari Penjuru Ini oleh Dinas Aldi. Aku suka baca entry-entry kak Dinas ni. Tak taulah taste korang macam mana pulakkan.
Apa yang nak dibuat ni? Mudah aje!

1. Copy header Dinas Aldi tu (gambar tepi pantai tu le) letak dalam entry korang.
2. Letak link entry aku ni ni dalam entry korang.
3. Tajuk entry : Dari Penjuru Ini
4. Pergilah ronda-ronda blog kak Dinas tu. Dia tak marah pun!
5. Jumpa tak entry menyentuh hati? Sedih? Gembira? Kelakar? Menarik?
6. Letak link yang korang jumpa tu dalam entry korang.
7. Tinggalkan link entry korang kat ruang komen entry aku ni.

Mudah aje... penerangan aku berbelit-belit ke? Boleh tanya! Jangan risau. Hadiah? Persahabatan yang semakin kukuh antara kita dan tukar-tukar backlink itu yang berbaloi.

Bila tutup? Rabu, 13 April 2011 @ 10.00 pagi.... Silalah join!

Baru empat je!

Terima kasih kat depa ni yang sudi join mana-mana SEGMEN AKU dari 1 hingga 4. Terutama manueng lah, belum miss mana-mana segmen lagi setakat ni. So kalau ada antara korang yang nak buat segmen, boleh ajak diaorang ni join sama.


Lepas ni ada nak buat Segmen ke 5, ada yang nak join tak?

Friday, 8 April 2011

Sedap di lidah, dekat di hati haruslah dikongsi

amboi...romantisnya gambar berdua. Pokok tulip tu tak ada ke?

Pertama kali penyertaan sitiezahim dalam segmen aku. Masih dalam segmen keempat. Jauh datangnya namun dekat di hati. Jika dulu selalu aje dia jadi silent reader blog ini, sekarang dah peramah sikit. Pemalu orangnya... dengan Kak Liza memanglah kena usik siapa yang pemalu ni.

Sangat menarik akan ketiga-tiga entry yang ingin dikongsinya. Ada rasa yang sedap, persahabatan yang terpahat di hati dan perkongsian yang seharusnya di beri.

Jom... jenguk-jenguk apa yang syahdu tu?? Harus korang terjah!