iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Monday, 5 December 2011

Contest Anniversary Sinar Raudah - Hadiah menarik sangat!

Bulan Disember memang bulan yang ramai orang mengadakan kenduri kahwin. Maklumlah cuti sekolah yang panjang, maka peluang inilah diambil oleh ramai pasangan pengantin untuk diijabkabulkan. Bila dah nikah pada bulan Disember, maka sambutan ulang tahunnya juga pastilah bulan yang sama setiap tahun.

Unik nama pasangan ini, Amy dan Ami atau lebih glamour dengan panggilan Amy Syaquena dan Amirul Ridzuan. Mereka ingin meraikannya bersama-sama teman-teman blogger dengan mengadakan Contest Anniversary Sinar Raudah. Klik link tu kalau nak join.


Gambar dari entry Amy di 

Hadiahnya memang sangat menarik dan lumayan.... apa tunggu lagi? Ramai-ramai join contest Amy.

Wednesday, 22 June 2011

Contest mata menawan



Lulu tag aku untuk Contest mata menawan. Ambil gambar jauh sikitlah ye! Dah tualah Lulu, banyak kedut bawah mata ni. Jadi aku pilihlah gambar yang agak muda sikit.. he..he.. Aku pun dah lupa gambar ni tahun berapa. Ingatan dah kurang. Nampak sangat dah usia makin melewati angka 40. Yang pasti masa gambar ini diambil, anak dah 4 orang. Itu gambar aku dengan anak ketiga, Asyikin semasa menghadiri kenduri kahwin sepupu aku di resort dekat jambatan Iskandar, Kuala Kangsar.

Antara hadiahnya dapat contact lens dari Korean Lens... Masa kerja dulu adalah pakai contact lens. Pakai masa ke tempat kerja saja. Waktu biasa bagi mata lebih bernafas, guna cermin mata aje. Sekarang power mata turun, malas dah nak pakai cermin mata. Bila malam dan terpaksa memandu barulah pakai cermin mata. Contact lens pun tak sentuh dah.

Kena lengkapkan ayatnya :

"Saya suka pakai contact lens kerana mudah nak buat kerja dan tidaklah terasa ada benda bertenggek atas hidung ni"

Kena tag dua orang ni...best..best ni!
Siapa ye nak kena tag ni?
Aku pilih :


Klik link bawah ni untuk tengok syarat-syarat contest ye!

Monday, 13 June 2011

Alamak! Tersilap tarikh le pulak!


Masa ni Arif baru je berusia 5 bulan

Aku ni konon-kononnya menjenguk semula entry aku yang masih tengah 'draft' ni. Entry nak join contest baby comel. Dah lama aku dapat jemputan dari Sal Saari dari blog Teratak Kasihpada 6 June lalu. Tersilap baca rupanya kerana aku ingatkan tarikh tutup pada 30 June, rupanya pada 8 June. Maka... terlepaslahhh!!

Aku biarkan dulu dengan hajat nak jenguk-jenguklah mana-mana gambar Arif yang comel dan unik, tapi tak jumpa juga.

Bila aku jenguk semula link yang Sal Saari bagi ni :

http://mohintai.blogspot.com/2011/06/contest-baby-bajet-comel.html

Rupa-rupanya dia dah menang contest ni sebab terbaca komen dari penganjur. Tahniah!

Aku pun suka tengok si baby comelnya. Biar pun dah banyak kali dia tukar template blognya, tapi aku tetap ingat blognya kerana headernya tetap sama. Dihiasi gambar anak-anaknya yang comel termasuk dua keping gambar besar si baby Nur Alisha Qairina yang sangat cute. Jatuh cinta dengan matanya.

Lain kali aku kena baca betul-betul syarat-syaratnya... he..he.. Tahniah Sal!

Tolong VOTE untuk Arif!... Terima kasih banyak-banyak!

Saturday, 4 June 2011

Gambar korang cute tak?



Gambar manalah yang paling cute?



atau kalau pakai topi macam ni cute tak?



Ini kenapa pulak muka masam depan rezeki??

atau yang ini aku rasa cute dah gayanya!
boleh kot hantar untuk contest??
main-main ye! aku published gambar tu kat sini!

Comel tak muncungnya? Mamaaaaa!!!! (he..he..)

Sapa-sapa nak tau lebih lanjut tentang contest ni bolehlah klik link ini :


Good luck semua!! Jom mencipta gambar cute!

Thursday, 2 June 2011

Marilah mengundi depa ni!


Arif sedang sibuk baca cara-cara nak undi dirinya sendiri di SINI

Setiap hari aku kena menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Mengundi di pilihanraya anjuran Digi. He..he.. macam pilihanraya besar aje ye. Habis semua akaun facebook yang aku ada aku gunakan untuk mengundi depa berempat ni.

Aku sendiri ada submit kategori sama dengan Ben Ashaari, tetapi dek kerana kedudukan rank aku jauh dari nak menang maka undian aku tu beri pada Ben. Ye lah! Sapa lah yang nak kenal aku...perasan sungguh! Dia masih goyah antara rank 3 dan 4. Insyaallah! Digi nak pilih top 3, jadi sayang benar kalau kawan aku si Ben Ashaari ni tak menang. Alang-alang kata orang marilah sokong dia.

Ben Ashaari Dot Com (Ben Ashaari)
Category : Blogger Of The Year



Gambar budak kecil ni dah tentulah blog anak sulung aku. Gambar masa dia baby sedang sibuk nak menolong aku di dapur. Baju yang dia pakai tu dah jadi kain buruk pun.. ha..ha.. kejam betul. Tapi bekas penapis yang di kepalanya masih elok lagi aku guna hingga kini. Saja suka-suka hantar penyertaannya. Doakan dia untuk PMR tahun ini ye!

Love The Art (Aishah Faisal)
Category : Fav Person Under 15



Ini pula undian aku berikan untuk adik aku yang baru setahun jagung dalam arena perniagaan Online. Alhamdulillah! Semasa entry ni aku published, rank blog dia ni dah berada di angka 17 walaupun baru 2 minggu hantar penyertaan. Insyaallah! Banyak sokongan untuknya dari pelanggan-pelanggan yang berpuas hati dengan kualiti barang dan perkhidmatannya.

Asterisk Boutique (Ainul Azlinda Abu Bakar)
Category : Online Shop Of The Year



Blog Mak Dara dalam kategori Kay Poh berada di rank 6. Aduhai! Sikit je lagi nak masuk top 3. Sokongan dari teman-teman blogger yang berterusan vote setiap hari mungkin dapat menaikkan lagi ranknya ke angka dalam lingkungan top 3. Sudi-sudilah vote Mak Dara.

Mak Dara (Adza Irdawati)
Category : Top Kay poh


Ops! Semua undian hanya melalui akaun facebook.
Sudi-sudilah undi baby aku sekali kat SINI!

Sunday, 22 May 2011

More vote for Arif



12 Mei 2011 kelmarin aku letakkan gambar Arif dalam "Smart Photo Contest 2011". Saja suka-suka join. Manalah tahu kalau ada rezeki buat Arif yang bakal menyambut hari lahir keduanya pada 28 Mei 2011 nanti. Gambar ini aku pertaruhkan dalam contest tersebut. Kalau ramai yang 'like' pada gambarnya dalam facebook, maka rezeki dialah.

CARA-CARANYA :

Mula-mula kenalah klik 'like' facebook Smart Photo Contest 2011 dulu.
Kemudian barulah klik 'like' gambar Arif ni
Tinggalkanlah apa-apa komen ringkas di situ.

p/s : Terima kasih aku ucapkan pada korang yang sudi vote Arif.

Wednesday, 18 May 2011

Ada 5 Voucher telah di menangi!

Nama pemenang bagi
telah aku umumkan di blog Adzrien Shoppe

Ada 3 pemenang Voucher RM30 dan 2 pemenang Voucher RM10.

Tahniah kepada semua pemenang.
Terima kasih aku ucapkan pada semua peserta.

Sudi-sudilah menjenguk

Wednesday, 20 April 2011

Contest Ben lebih 5K join ni!



Eh... baru dua orang je yang menyahut cabaran contest INI? Agaknya kalau Ben Ashaari yang buat, maunya dah cecah 5,000 penyertaan ni.

Hadiah ada 3, peserta baru ada dua...he..he..!!

Ada lagi yang berminat...silakanlah. Tarikh tutup 30 April 2011 nanti.

Friday, 15 April 2011

Monday, 11 April 2011

Rezeki! Ada orang offer nak sponsor!

Jumaat lepas Asterisk Boutique cadangkan aku buat contest untuk kalian yang datang ke blog aku. Wah! Nak sponsor la.... Aku masih lagi dalam mood berfikir nak buat contest apa ye? Lepas tu ingat-ingat lupalah pulak. Dia komen dalam entry aku INI yang menang empat contest blog lain dalam tempoh tiga bulan aku aktif semula menulis dalam blog.

Jangan pelik pulak, Kak Ija tu akulah. Dialah satu-satunya insan yang panggil aku Kak Ija. Kecil-kecil dulu jenuh juga aku mengajarnya panggil Kak Liza tapi pelatnya tak boleh nak ubah. Mak aku pun letih suruh menyebut Kak Liza, bunyinya tetap Kak Ija. Akhirnya adik-beradik lain pun menyebut Kak Ija bila bercerita tentang aku kat tokey Asterisk Boutique ni. Tak pe..pelat-pelat pun masuk U juga. Okeylah tu!



Eh! Kali ni tokey tunjuk muka pulak suruh aku buat contest. Wah! Serius nampaknya! Ha..ha.. untung korangkan sebab ada orang sudi nak bagi hadiah ni. Memang nak buat cuma ingat nak bincang hadiahnya macam mana dan berapa banyak bilangannya. Idea dah ada ni. Jeng..jeng..


Jangan risau Puan Ainul AB, Puan Liza AB akan usahakan apa jenis contest nak buat. Puan Liza AB kena usaha lebih le buat promosi nanti. Puan Ainul AB happy aku pun happy dan korang pun happy. Win-win situation...ecehhh... Insyaallah! Nantikanlah dalam waktu terdekat ni!

p/s : He..he.. bunyi macam bagus je ye! Moga makin murahlah rezeki kau Ainul! Anak-anak akulah paling happy... duit raya lebih mak cu!

Friday, 8 April 2011

Hadiah yang sangat berharga!



Ini kisah 3 hari lepas.... Puan Kutu tiba-tiba bagitau kata aku menang contest. Dia yang tag akuuntuk contest tu dulu. Kiranya ini kali ke-4 lah aku menang ye. Alhamdulillah!

1. Sebab aku rajin mengomel kat blog Dunia Aku Ibu Muda
Hadiahnya : RM30 tunai masuk dalam akaun Maybank aku!

2. Aku mengarut dalam GiveAway blog Eqbal Zack
Hadiahnya : Voucher coklat RM10 si hensem Eqbal pos kat aku.

3. Puisi untuk Ibu yang melahirkan dalam contest AyuRashidah
Hadiahnya : Dapat bekas kaca kecil segi empat dengan ukiran yang cantik.

Kali ini aku menang..... BANTAL dari Sweet Cottage! Nak peluk kemas-kemas!

Aku join segmen-segmen orang lain dan orang lain pun join segmen aku juga.
Hadiahnya : Kawan-kawan baru aku bertambah, kemesraan antara blogger sedia ada pun semakin baik dan masing-masing dapat kembangkan link blog antara kita merata-rata. Terima kasihlah sangat-sangat.

Friday, 1 April 2011

Untung juga rajin mengomel ni!

Syukur alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah. Ada orang nak bagi rezeki kat aku pagi ni.. Kejutan dari Wani @ Aku Ibu Muda :


Happynya aku bila tiba-tiba ada yang nak memberi sesuatu hasil sikap aku yang suka mengomel di blog Aku Ibu Muda. Bak kata Diana : wanita dah kawen paling rajin mengomen!

Wednesday, 30 March 2011

Contest Photo Anakku Ceria

Teruja pulak aku nak join contest ni.
Syarat-syarat contest boleh baca di blog penganjur : Living Our Dreams

Kalau nak join sebelum 10 April 2011 ni....

DOB : 28 May 2009 (1 yr 10 mth)
Mama & Ayah : Liza & Faizal

Emailku di sini : adzriel573@gmail.com


Nak tag 3 orang.. siapa ye??

Deelaku sayang... anak sedara baru tu ada!
Wani brutal... takkan tak ada baby?
Sara romantik... hero syakir pun orait!

Tuesday, 15 March 2011

Kontest Dua Dalam Satu


Bukanlah tautan 2 hati tetapi contest dari 2 blog iaitu blog Syurga Itu Indah yang bekerjasama dengan blog A Geekz Life.
- Ada 2 hadiah
- Selama 2 bulan

Nak tau syarat-syarat extra? Jenguk entri Kontest Dua Dalam Satu.

Terima kasih Muhammad Burn dari Syurga Itu Indah kerana sudi jemput akak ni join contest dua jiwa satu hati... bukan ye! Kontest Dua Dalam Satu.

Aku kena tag 2 orang je... siapa pulak ye?

Monday, 14 March 2011

CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL

Aku jumpa contest ni di blog mama tims & kids story mory
minat le pulak nak join...comel je tengok gambar penganjurnya.

Jangan lupa jenguk blog penganjur contest : KHUMAERA ISMAIL.

1) Mestila folower sy , yg blom jd folower-sila folow sy ea.
I follow...*(^_^)*

2) Wat entry bertajuk “CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL"
Dah letak tajuknya

3) Letak banner spt diatas dalam entry itu dan link twos ke entry ini.
Dah letak banner comelnya


4) Letak pic anda memakai tudung; TAK KISAH..PAKAI TDG BAWAL PUN OK..janji kemas, simple, dan tudung yang korang suke pakai. =)
ni dia! boleh la kot... gambar blur guna kamera handphone je!


5) Bagitau serba sedikit nape anda suke pakai tudung spt dalam gambar.
Tudung ni agak unik designnya. Sangat mudah dipakai dan labuh menutup dada dengan corak chiffonnya yang sangat selesa dan ringan. Kain plain yang menutupi kepala hingga leher diperbuat daripada kain jenis spandex yang strechable. Tak perlu memakai anak tudung pun. Sesuai juga jika digantikan dengan kain lycra juga. Ramai yang menegur tudung ni cantik. Tak perlu memakai keronsang.

6) Second last, tag at least 2 kwn anda
Siapa ye yang nak aku tag ni :
Azza Firza
Blog Hafzan Sarah


7) Lastly, tinggalkan link entry anda di comment entry ini ok..senang sy nk terjah.
Dah letak kat blog KHUMAERA ISMAIL.
 
Ada yang nak join sama jangan lupa
Tarikh Luput :: 1ST APRIL 2011

p/s : Hadiah lumayan menanti anda