iklan

Followers

Pages

Monday 30 December 2013

Biar papa asal bergaya

Biasa dengar pepatah orang Perak? "Biar papa asal bergaya"... biar duit habis asal personaliti dan gaya tetap gah dan hebat. Baik lelaki mahu pun perempuan memang ada yang pegang prinsip ni.

Sanggup berhabis duit semata-mata kerana nak membeli pakaian, make-up, beg mahu pun kasut mahal-mahal. Padahal ada perkara lain yang lebih perlu diutamakan. Kadang membeli tak setara dengan pendapatan. Umpama kadar berbelanja lebih tinggi daripada pendapatan. Sebab tu ramai yang terjerat dengan terlebih menggunakan kad kredit kerana gagal mengawal nafsu.

Orang kata "ukur baju di badan sendiri". Berbelanja biarlah berpada dengan pendapatan. Dulukan yang penting dulu seperti bayar sewa beli rumah, kereta, bil-bil semasa, keperluan sekolah dan sebagainya. Ada lebih bolehlah nak berbelanja ikut kehendak pula.

Kadang gelihati juga bila ada kawan yang sanggup berhabis duit beli kereta mahal-mahal, lepas tu mengeluh kata duit tak cukup pulak. Dah tau gaji tak cukup, beli ajelah kereta yang lebih rendah harganya supaya sepadan dengan gaji. Ini tidak! Sanggup catu duit sekolah dan makan pakai anak-anak.

Kita kena ingat, apa nak takut dengan pandangan orang kalau kita guna barangan tak berjenama atau pandu kereta murah mahu pun rumah sederhana je. Ada orang yang mengata tu tolong bayarkan untuk kita ke? Tidak juga rasanya. Jadi belilah yang sepadan dengan gaji kita. Tak perlu nak menunjuk-nunjuk sampai sanggup mencatu belanja yang penting. Kadang tu tak ada pun orang mengata, kita saja yang risau sendiri.

Apa nak malu dengan barang yang murah? Kalau rajin mencari di internet tu, banyak barangan berkualiti dan berjenama yang boleh kita perolehi dengan harga yang murah. Trend paling mudah sekarang boleh juga cari pelbagai jenis barang di 'Carboot Sales'. Macam-macam ada....!

Carboot sales di Bandar Seri Putra

Monday 23 December 2013

2014 - Tahun 'Back to the future?'

Tahun 2013 dah nak sampai ke penghujung. Entah kenapa perasaan aku jadi rimas nak meniti tahun 2014. Sungguh-sungguh perasaan yang tak sepatutnya aku layan yakni perasaan negatif. Jadi kenalah fikir bagaimana nak menghadapi tahun 2014 yang mungkin menjadi 'kejutan' besar pada bajet peribadi kerana hampir segalanya menunjukkan kepada peningkatan. Orang kata peningkatan bermaksud kemajuan. Malangnya 'kemajuan' yang menanti ini tidak sama sekali ingin aku raikan.

Siapalah yang sudi nak raikan 'kemajuan' tarif elektrik, tol, barang-barang keperluan harian. Hampir mendadak rasanya seperti saham aggresif lagaknya. Terpaksa hadapi dengan perasaan yang positif  - sangat terpaksa.

Sila berjimat... wah! Terasa seperti back to the future. Zaman aku kecil dulu tiada lagi sumber elektrik di kampung. Entah tahun berapa pun aku tak ingat dapat kemudahan tu. Sekarang kena kurang-kurangkan penggunaan sumber elektrik. Malam-malam pasang pelita tidur macam ni baru jimat elektrik.

Copy gambar dari SINI
Tanah sekangkang kera belakang rumah tu elok juga aku guna buat tanam sayur. Jimat duit beli sayur, badan sihat dengan senaman cucuk tanam ni dan dapat pahala kalau berbudi pada tanah ni. Ramai kawan-kawan yang dah lama buat aktiviti ni. Aishhh... jenuhlah aku nak menanam, nak bekerja cari duit kat luar dan buat kerja-kerja rumahtangga. Kain dalam rumah tak sempat lipat, lagi mau bercucuk tanam.. he..he..

Masa dok kampung dulu aku merasa juga mandi air perigi yang sejuk dan jernih tu. Tapi kampung sekarang mana orang guna perigi dah, ramai yang guna paip belaka. Lainlah kat Kemboja tu, sumber air paip memang payah le nak dapat di kampung-kampung. Kalau ada perigi, jimat bil air kita kannn... Mimpi laaa...

Itulahkan, terkenang zaman-zaman dulu bila melihat perubahan mendadak yang bakal kita hadapi nanti. Sekarang pun dah terasa tempias-tempiasnya. Terasa macam balik ke zaman dulu pulak.

Apa pun hidup perlu diteruskan, lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan. Insyaallah ada hikmahNya.

Monday 4 November 2013

Jujur biarlah bertempat

Sikap jujur memang satu sikap yang terpuji dan dituntut dalam Islam. Jujur yang mendorong kepada kebaikan dan kesejahteraan sesama insan.


Tapi tidak perlulah nak jujur sangat jika ianya membawa kepada lebih banyak keburukan. Bukan suruh menipu tetapi berdiam diri itu lebih baik.


Entri ini bukan saja-saja aku nak taip tetapi tercetus dari kisah seorang rakan yang mengadu pada aku. Alkisahnya rakan aku ini berstatus isteri tetapi ada pula anak teruna yang menaruh hati padanya dengan mengirimkan mesej "Dah lama saya simpan rasa rindu pada awak, saya suka tengok awak dan saya jujur dengan kata-kata saya".

Ada dua andaian di sini sama ada si teruna ini sengaja ingin mempermainkan perasaan si wanita atau sememangnya dia jujur meluahkan apa yang dia rasa. Apa jua andaian sekali pun tentu tidak wajar bagi si wanita untuk menerimanya kerana statusnya sebagai isteri orang. Tiada pilihan di sini. Jawapannya tentulah "TIDAK" pada si teruna.

Wanita ini membalas mesej si teruna "Jujur itu bagus tetapi lupakan saja kejujuran awak itu jika ianya mendatangkan keburukan dan dosa. Jodoh itu ketentuan Allah maka belajarlah menerima ketentuanNya. Allah tahu apa yang baik untuk hambaNya".

Good anwer my friend!


Tidak kira apa jua status anda sama ada bujang atau pun sudah berkahwin ; jangan cetuskan kata-kata atau perbuatan yang boleh mengundang kepada kecurangan. Jangan jadi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran" pula. Setiap kekurangan yang sedang kita hadapi mungkin kerana kesilapan kita juga.

Dinner di D'One Steak Bangi sebelum SPM'13

Anak sulung, Aishah akan menghadapi exam SPM pada 6hb November 2013 nanti. Aku sebagai ibu rasa suspen juga tapi tetaplah control tenang (kononnya!).

Saja-saja nak bagi dia relaks sikit, aku bawaklah dia dinner di restoran D'One Steak, Bandar Baru Bangi. Adik-adiknya lagilah suka. Ini memang antara restoran favorite Aishah selain daripada Sushi King dan Chicken Rice Shop.

Lamb chop kat sini memang sedap. Itulah menu yang Aishah pilih malam tadi. Dia selalu tukar-tukar pilih menu di sini. Aku selalu bawa dia makan kat sini untuk lunch dalam pukul 1-2 petang selepas dia balik sekolah. Jarang sangat dinner kat sini.

Si kecik ni memang suka sengih camni bila bergambar. Jenuh juga melayan kerenahnya yang riuh dan tak boleh duduk diam.

Aku yang tak order apa-apa pun kenyang sangat sebab menghabiskan roti garlic bersama sup si kecik ni. Hubby pulak nak berkongsi ikan grillnya dengan aku. Jimat satu pinggan order.

Aku cadangkan korang makan kat sini kalau nak cari western food yang sedap. Lagi pun restoran ni pernah juga masuk dalam JJCM kat TV3. Malam-malam agak penuh dan meriah juga restoran ni.

Lokasi depan Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.


View Larger Map

Ada satu lagi cawangan baru di Bukit Jalil, Puncak Steak House di Taman Puncak Jalil, Jalan PUJ 3/13 telah dibuka tahun ini. Insyaallah, jika ada peluang aku nak try lawat sana pulak.


Wednesday 2 October 2013

Kucing dan pokok bunga jiran

Terbaca status komen pasal kucing jiran buang bahan kumuhan merata dan daun-daun pokok yang berguguran masuk kawasan rumah orang lain..

Apa yang aku lakukan sekarang adalah bertolak ansur, hati pun jadi tak terasa masalah.

Jiran aku bela kucing, kadang ada juga buang bahan kumuhannya di depan atau belakang rumah. Kadang suka dia tidur kat parking area rumah aku. Aku biarkan je dia nak lepak, asal bukan dlm rumah aku.

Tidak pulak aku ketuk kucing tu atau mengomel kata "jiran tak reti jaga kucing".

Aku cuma pesan kat kucing tu "Carilah 'toilet' lain! Ini tempat aku nak jalan jugak yang kau buang!".

He..he.. faham pulak kucing tu. Tak ada dah dia 'membuang' kat atas rumput luar pagar depan tu.

Lagi pun aku selalu spray dengan air paip ke rumput di depan rumah tu. Itu yang buat dia cari 'port' lain agaknya.

Kalau tak silap aku, kita ni kena cakap elok-elok dengan kucing. Jangan hina-hina dia. Mana-mana area yang kita tak suka dia lepak tu halau dia supaya beredar elok-elok. Bersihkan selalu tempat yang dia lepak tu, biar tak ada kesan dia lagi.

Port kegemaran dia hari-hari
Kalau jiran aku tak bela, kesian jadi kucing terbiar. Banyak pahala bagi kucing makan ni. Aku tak bela kucing tapi layan seadanya je. Kadang-kadang anak-anak suka main dengan kucing tu. Tetapi tidak juga aku beri makan pun. Pandai kucing tu balik rumah jiran kalau dia lapar agaknya.

Kucing ni binatang kesayangan Nabi Muhammad saw. Aku rasa bersalah sangat kalau sesuka hati nak luku kucing. Kalau rasa tak selesa pun, aku renjis-renjis dengan air atau buat-buat gertak kaki ke lantai supaya dia beredar.

Jiran sebelah memang rajin tanam pokok. Cantik! Mana yang dalam pasu, atas tanah dan yang gantung. Sejuk dan teduh mata aku tengok. Nak harap aku tanam, memang lambat le pasal aku malas nak menyiram dan nak membaja. Mana yang ada ni pun siram sekali-sekala aje.

Dapat pahala berbudi kalau pada tanah ni.

Daun-daunnya memang masuk ke kawasan rumah aku. Aku dan hubby sapu je, tidaklah hari-hari sapu pun sebab kurang rajin. Rasanya masa aku tinggal kat kampung dulu lagi le teruk. Hari-hari kena menyapu daun-daun pokok mempelam yang gugur. Jadi, apalah sangat nak menyapu daun-daun kering yang tak selebat mana.

Bila dia tanam pokok-pokok kiranya terasa teduh juga mata memandang. Cuma aku tak berkenan kalau ada yang tanam pokok hingga menghalang pandangan lalu lintas pengguna jalan raya. Lain-lain tu tak jadi masalah sangat untuk aku.

Hidup berjiran kena bertolak-ansur, berbaik-baik dan saling menghormati. Syukur aku dapat jiran yang baik dan boleh 'ngam'. Jangan tunggu jiran senyum kat kita dulu baru kita nak senyum. Kita buat baik dulu, Insyaallah baiklah yang kita dapat.

Tapi kalau ada yang tak puas hati sangat-sangat, pergilah suarakan pada jiran secara baik-baik. Moga dia faham. Ye lah kan, minat orang lain-lain.

Monday 23 September 2013

Anak-anak ketagih gajet, mak ayah pun sama..

Anak saudara share gambar ni di facebook yang di ambil dari page Klinik Keluarga.com

Antara isinya :

":: Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak ::

Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. 

Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak.

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka."

Apa-apa sekali pun bila diguna secara berlebihan akan mendatangkan lebih keburukan dari kebaikan. Gajet ini tak salah untuk anak-anak. Ia salah apabila penggunaannya menjadi ketagihan melampau. Siang dan malam asyik 'berkepit' dengan gajet ni aje.

Ianya perlu seimbang dengan aktiviti luaran seperti berkelah, berenang, berjogging dan bersukan. Aktiviti bersama seperti menanam pokok atau memasak juga bagus untuk anak-anak. Anggota badan kita perlu bergerak untuk sihat dan tulang yang kuat. Umpama basikal yang terbiar lama tidak ditunggang akan menyebabkan tayarnya merekah dan besinya berkarat. Silap-silap ada bahagian basikal yang mudah patah akibat karat yang teruk.

Aktiviti si anak biasanya dipengaruhi oleh cara didikan ibu bapa. Jika kita biarkan maka mereka akan terus hanyut dengan gajet tersebut. Malah adakalanya ibu bapa pun turut 'hanyut'! Jadi, tak perlu berlebih-lebihan bila marahkan anak-anak. Marahkan diri sendiri dulu... he..he..

Sejak mereka kecil lagi janganlah malas untuk bawa mereka beriadah diluar. Tak perlu pergi ke tempat-tempat yang memerlukan belanja tambahan seperti taman tema atau melancong jauh-jauh. Beriadah bersama-sama di taman-taman permainan, berkelah di tepi sungai atau laut yang tak memerlukan kos penginapan, bermain badminton atau bola sepak dan sebagainya. Lagi seronok jika kita dapat serapkan budaya bermain sukan-sukan tradisional pada anak-anak dan juga anak-anak jiran seperti main lompat getah, galah panjang atau baling selipar.

Ramai antara kita yang terlalu sibuk dengan kerja. Tak cukup dengan hari Isnin hingga Jumaat, malah Sabtu dan Ahad juga bekerja. Adakalanya dari pagi hingga ke malam. Carilah rezeki sebanyak mana sekali pun tetapi seimbangkanlah dengan mengenali diri anak-anak kita. Bukan perlu riadah setiap hari bersama mereka, cukup seminggu sekali pun sudah buat hati anak-anak bahagia.

Sekali-sekala dapat bermain congkak atau 'carrom' dengan anak-anak pun seronok. Bergotong-royong membersihkan bilik masing-masing setiap hujung minggu.

Anak-anak aku cepat merasa lelah bila disuruh mencabut rumput di belakang rumah. Manja belaka! Nak salahkan siapa? Salahkan diri aku sendiri yang terlalu memanjakan mereka. Padahal ianya tidak sesusah mana bagi aku yang tak kisah jika mencuci longkang, mencabut atau mencangkul rumput, mop lantai, memanjat kerusi/tangga untuk cuci kipas atau tingkap dan sebagainya. Ini semua hasil didikan mak ayah dan warden asrama dulu.

Teringat masa kecil-kecil dulu bila mak marah aku yang besarkan longkang tepi rumah dengan cangkul dalam hujan lebat masa kat kampung (Jengka 16) dulu. Sebenarnya lebih pada nak main hujan.


Friday 6 September 2013

Nasi ayam lagi upgrade di restoran D' La Den


Status menggoda tokey restoran D'Laden kat wall facebbok dia. Amboiii.... selalu je ada idea baru untuk memajukan bisnesnya. Puan Siti yang rajin dan berjiwa kental. Suka sangat dengan masakan dia yang sedap belaka. Anak-anak pun suka dengan lauk-lauk ala kampung untuk makan tengahari.

Hang masak apa pun sedaplah Siti! Kuih raya yang hang buat tu kejap je habis sebalang.

Jom renung-renung gambar-gambar yang menggoda ni.




Lokasi kedai :

Restoran D'Laden
1-24 Jalan Seri Putra 3/13,
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor ‎


View Larger Map


Nasi ayam madu untuk tapau pun ada..

Wednesday 21 August 2013

Adzriel.com back to blogspot!

Mood ke laut aje.. begitu lama tak menaip apa jua kisah walau pun hanya sekeping gambar. Hampir 2 bulan lamanya. Macam perkara pahit dan manis berlaku tetapi satu pun aku tak ceritakan di blog ni. Bila penyakit 'Malas' melanda, memang susahlah. Semuanya tak jadi.

Hinggakan adzriel.com aku expired pertengahan Julai 2013 kelmarin pun aku dah tak ambil kisah. Aku mana pakai kad kredit untuk perbaharui bayaran. Selalu guna kad hubby atau adik ipar aku je. Aku bayar duit tunai kat depa. Lama-lama malas nak maintain.

Jadi apa yang korang nampak sekarang, tiada lagi adzriel.com. Hanya http://adzriel.blogspot.com/ seperti asal. Percuma tak perlu bayar.

Sibuk sebenarnya dengan kerja dan anak-anak yang bakal exam PMR dan SPM tahun ni. Bila dah sibuk dan penat, mood menaip pun hilang. Apa pun terima kasih pada mereka yang sudi baca kisah-kisah lama dalam blog ni. Terima kasih.. Liza @ Adzriel AB.

Thursday 4 July 2013

Kita saling memerlukan...senyum!

Kenapa ye kadang kita merasa hanya kerja kita yang mulia? Kita mungkin memandang rendah pada kerja-kerja si tukang sapu, pencuci pinggan, pemungut sampah, pelayan restoran dan sebagainya. Mungkin juga merasa sangat hebat berbanding mereka yang berpendapatan lebih rendah daripada kita?

Pernah tak kita terfikir jika tiada makcik cleaner, siapa pula yang nak mencuci tandas-tandas awam atau mengutip sampah di pejabat kita? Jika tiada pelayan restoran, tiada pula yang akan ambil pesanan.

Kita saling berkaitan dan memerlukan sesama insan dalam dunia ini. Usahlah kita merasa sombong dengan kedudukan kita yang mungkin hanya hebat pada material tetapi tidak pada budi bahasa. Mungkin hebat di mata manusia tetapi tidak di sisi Allah.

Bersabar dan berbudi bahasa tidak menjatuhkan martabat kita. Malah kita akan lebih dihormati dan disayangi. Dugaan sentiasa ada untuk semua manusia, tidak kiralah bagaimana taraf hidupnya sekali pun.

Kerani, setiausaha, mat despatch, pengurus, makcik buat teh dan ramai lagi ada peranan masing-masing untuk menaikkan sesebuah syarikat. Begitu juga jururawat dan doktor yang saling memerlukan untuk menjayakan tanggungjawap masing-masing.

Jadi... senyumlah dan bersabar! Insyaallah kita akan bahagia di hati.

Wednesday 3 July 2013

Penangan novel Melur Jelita menginsafkan aku!

Bagi sesetengah orang mungkin merasakan membaca novel ini boleh melalaikan, membuang masa dan wang. Samalah anggapan pada mereka yang bermain golf oleh mereka yang tak berminat dengan permainan ini. Tidak ketinggalan dengan pandangan menjengkelkan pada mereka yang giat dengan hobi memancing ikan.

Apa nak buat kerana sememangnya kita manusia dilahirkan dengan minat yang berbeza-beza, perlaksanaan sesuatu perkara juga berbeza dan pencapaiannya turut berbeza. Bagaimana agaknya jika semua orang hanya suka dengan warna merah atau mungkin hanya nak main bola sepak sahaja. Tidak mungkin!

Secara peribadi apa-apa hobi sekali pun tidaklah menjadi masalah bagi aku asalkan ianya tidak merosakkan diri dan orang lain. Hobi meminum arak, mencuri dan menghisap dadah yang dah tentunya banyak buruk dari baiknya.

Pun begitu hobi yang baik jika dilakukan berlebihan boleh juga mendatangkan keburukan. Bila terlalu fokus dan kusyuk hingga lupa tentang masa yang berlalu dan menyebabkan lupa pada tanggungjawap kita pada Allah dan manusia lain yang berhak. Ada batas-batasnya.

Apa yang nak aku cerita sebenarnya tentang minat aku membaca novel sejak zaman sekolah lagi. Itu pun aku hadkan membaca pada waktu cuti sekolah yang panjang. Kalau tidak takut tak siap kerja sekolah aku. Kelemahan aku bila sekali aku mula baca novel tu maka aku akan cuba habiskan secepat mungkin.

Masuk saja alam bekerja, novel hampir aku lupakan. Tak sempat rasanya nak baca kerana sibuk. Namun sejak setahun dua ni, aku mula galak membaca novel. Itu pun aku cuba hadkan sebulan untuk satu ke dua buah novel saja dan bila aku rasa agak bosan.

Membaca novel hasil tulisan kak Melur Jelita memang membuai perasaan. Sambil membaca terasa bagai terbayang-bayang akan babak-babaknya bagai filem dalam minda aku. Habis aku baca ketiga-tiga novelnya dalam masa 2 minggu. Semua novelnya tebal hampir 3 inci.

Aku mulakan dengan novel Awak Suka Saya Tak? (ASST) yang dah lama aku peratikan di facebook kak Melur Jelita sejak tahun lepas lagi. Aku sering membaca komen-komen para peminatnya yang sangat setia. Novel hot sale yang kalau tak silap aku ulang cetaknya hingga 11 kali. Tabik spring pada penulis!


Kemudian aku baca pula dengan novel I Love You Stupid, novel yang paling akhir aku beli dari 3 novelnya. Novel ni ada sambungannya yang kedua pada novel My Precious Iris (MyPI) yang aku beli di PWTC bulan April lalu. Dua bulan menanti untuk dapatkan ILUS, barulah aku mula membaca ASST. Kemudian diikuti dengan ILUS dan akhirnya MyPI.

ILUS di Pustaka Rakyat, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi

MyPI pun ada di Pustaka Rakyat

Aku suka ketiga-tiganya, terutama sekali ILUS dan MyPI kerana ianya seperti sehaluan dengan blog rakan aku, Sokha Sands Collection yang sentiasa berusaha membantu masyarakat Islam di Kemboja.

Novel-novelnya bukanlah kisah cinta semata-mata yang menjadi daya penarik utama pembaca, tetapi juga banyak nilai-nilai agama dan kemasyarakatan. Penulis hampir begitu teliti dengan setiap telahan perasaan seorang anak, ibu, ayah, orang tua, orang muda, guru, anak murid, orang kaya, orang miskin, orang awam, anggota polis, orang baik orang jahat dan sebagainya.

Bacalah dengan mata hati dan ambillah pengajaran daripadanya. Novel ini mampu menjadi motivasi pada ramai orang, mensyukuri nikmat Allah dan muhasabah kembali kekurangan diri. Ia bukanlah sia-sia bagi mereka yang tahu mencari kebaikan di dalamnya.

Monday 10 June 2013

Layan drama dan novel Teduhan Kasih

Lambat sangat habis episod drama Teduhan Kasih di TV3 buat aku tak boleh tunggu. Jadi tak penyabar pulak ye!

Jadi aku beli novel ni di MPH Alamanda. Ada yang kata best dan ada yang tak suka cerita ni. Adatlah apa-apa pun bukan boleh buat semua orang suka dan bukan semua orang benci pun.

Bila tak sempat nak tengok di TV3, aku layan videonya di SINI. Ada macam-macam lagi drama dan filem yang korang boleh tengok kat situ.

Kadang kita melihat watak-watak dalam kisah ini seperti berlebihan. Tapi bagi aku semua tu tak mustahil berlaku dalam masyarakat kita. Kita maklum watak manusia ini berbeza-beza.

Ambil ikhtibar darinya.

Aku suka melihat watak heroin Iffa yang lemah lembut. Bahagianya lelaki yang beristerikan wanita yang sifatnya seperti Iffa. Sukar untuk menjadi sepertinya tetapi ianya tak mustahil. Kita ambil yang baik. Jangan pula kita ikut sifatnya yang sentiasa beralah dalam banyak situasi. Nada suaranya tenang dan lemah lembut. Jauh benar bezanya dengan aku... haa..ha... teringin nak jadi macam tu kan! Aminnn...

Watak bekas suami Iffa yang melepaskan seorang isteri yang baik itu banyak berlaku. Sahabat yang berpura-pura baik di depan Iffa tetapi penuh dengan hasad dengki di belakang mengingatkan kita agar berhati-hati. Buat baik berpada-pada. Jangan biarkan suami terlalu baik dengan sahabat perempuan kita kerana bila lelaki dan wanita terlalu akrab maka khuatir syaitan mula menyuntik jarum hasutan.

Kadang ada rasa simpati melihat watak-watak jahat seperti ibu tiri dan kakak tiri Iffa serta sahabatnya Ayu. Simpati kerana mereka bersusah-payah nak menyusahkan hidup Iffa. Jiwa mereka resah gelisah dan stress hanya kerana mencari pelbagai cara dan idea untuk menyusahkan hidup insan lain.

Rasa gelihati pun ada. Kan baik kalau layan hidup sendiri je daripada berfikir nak bagi orang lain derita. Ini yang dikatakan dah tak ada kerja nak buat. Maka buat pulak kerja yang sia-sia. Hidup kita takkan gembira jika sentiasa ada hasad dengki.

Watak-watak lain aku tak ambil kisah sangat. Melihat jejaka hensem si Ehsan mungkin buat ramai yang terigau-igau. Romantisnyaaa... He..he.. Sesetengah wanita mungkin rasa suaminya kurang romantis. Tak mengapalahkan. Ada yang kurang romantis tapi bagus bab lain pulakkan!

Cubalah layan suami sebaik mungkin. Ikut yang baik seperti watak Iffa tu. Siapa tahu suami yang di rumah berubah jadi romantis! Pahala tu! Bukankah syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami.

Bukan tak pernah terjadi pun watak buruk yang ada pada Ehsan seperti minum arak, tak puasa, tak solat dan berpoya-poya dengan ramai wanita boleh berubah menjadi baik. Malah mungkin lebih baik daripada mereka  Ikutlah sifatnya yang baik, jangan buat sikapnya yang buruk.

Jangan kita lupa bahawa "Rahmat dan kasih sayang Allah SWT tidak mengenal hambaNya".

Thursday 16 May 2013

Rosyam Noor nikah lagi? Biar betul gambar ni!


Confused kejap aku masa tatap gambar ni. Siapa yang nak nikah ni? Rosyam Noor nak nikah lagi ke? Teruja dengan gambar ni.. serius teruja!

Inilah gambar Rosyam Noor yang nak nikahkan menantu dia sendiri. Alahai awet mudanya kau! Aku tengok dah macam sebaya je dengan menantu. Setuju dengan aku?

Selamat pengantin baru kepada kedua-dua mempelai ; Hafiz dan Arniesha Azureen.

Selamat menerima menantu pada Rosyam Noor dan isteri. Syukur alhamdulillah, terbina lagi sebuah masjid. Moga kebahagiaan semakin mewarnai hidup kalian sekeluarga. Amin!

Ada banyak lagi gambar-gambar cun dalam entry 

Macam ada dua pasang pengantin je kat sini..
Ni kakak dan abang pengantin atau mak dan ayah pengantin ni? Bila mak dan ayah pun awet muda, mata pun dah tertipu... he..he.. suka aku tengok gambar ni!

Selamat Hari Guru - 16 Mei 2013... Terima kasih cikgu!

16 Mei... Hari istimewa untuk semua para guru yang diraikan oleh anak-anak didik. Dalam facebook juga berlumba-lumba ucapan 'Selamat Hari Guru' denagn pelbagai cara diluahkan dari pelbagai peringkat.



Ada satu kisah yang menarik perhatian aku yang dikongsi oleh salah seorang rakan senior aku masa di ASBTAR (Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak, Kuantan) dulu :

Kisah yang buat air mata aku terasa nak menitis je yang dipetik dari page facebook milik Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

-------------------------------------------------
Alkisah Cikgu Ibrahim…

Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru.

Senyum.

Jangan baca saja jika suka. Sharelah juga ya.
--------------------------------------------------
Barisan para guruku di SK Jengka 16, Pahang tahun 80-an
Gambar nostalgia ni aku curi dari fb cikgu aku, Cikgu Razali (4 yg berdiri dari kanan).. jangan marah cikgu ye! He..he.. kerana fb aku masih dapat hubungi dan bertanya khabar cikgu-cikgu aku ni. Masih lagi mencari beberapa orang guru yang lain.

Ada juga tak ada fb tetapi dapat aku hubungi melalui panggilan telefon iaitu cikgu Sani (duduk paling kanan) ; cikgu disiplin paling glamour sebab garang, tapi aku tak takut pun. Masa tu aku berpeluang berkunjung ke rumahnya di kuarters guru SK Bandar Pusat, Jengka kerana isterinya juga seorag guru. Beliau juga mengajar aku Bahasa Inggeris semasa dalam darjah 5, merangkap guru kelas juga.

Sayangnya pada cikgu-cikgu ni. Kalau jumpa rasa nak peluk cium.. sebak wehhh... peluk cium cikgu-cikgu pompuan ajelah wehhh.. yang lelaki tetap le haram. Jangan dibuat!

Selamat hari guru kepada semua para guru. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian bagi pihak kami. Terima kasih atas segala-galanya!

Wednesday 15 May 2013

Buka kedai memang untuk bagi servis! Banyaknya tax!

Anak sulung aku mengomel "Kenapa kedai makan nak kenakan SERVICE CHARGE? Kan diaorang ni buka kedai memang utk bagi service? Siapa yg buka kedai tak nak bagi servis?".

Mmmm... itu pandangan budak form 5!

Gambar ni aku copy dari SINI

Islamic Steakhouse ni terletak di Bandar Baru Bangi. Sederet dengan restoran Mohd Chan Abdullah.

Melihat caj yang dikenakan seperti 'Service Charge' - 10% dan 'GST' - 6% dan berjumlah 16% buat aku rasa caj ini sangat tinggi. Bayangkan dari bil ini, jumlah caj tambahan bernilai RM25.02. 

Apa boleh buat dengan nilai RM25? Tambah RM25 dah selesai bayar duit PIBG sekolah anak. Ada orang rasa nilai RM25 ni sikit je tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah malah yang sederhana sekali pun tetap merasakan ianya satu nilai yang tinggi.

Tertanya-tanya juga aku, service charge yg mana ye? Adakah caj untuk memasak, ambil/bayar order, hantar makanan? Caj yang mana satu? Harga makanan dah tentu harga mark-up. Makan kat 'fast food' yang layan diri pun ada service charge (ke takde? lama tak pegi! lupa dah!).

GST - Goverment Service Tax!

Kita kena bayar cukai pendapatan yang mana sedikit daripada pendapatan kita telah diambil. Kemudian baki pendapatan ni perlu pula bayar GST masa nak makan/minum pada pihak yang sama. Beribu-ribu duit kita keluar untuk beli rumah dan kereta yang pastinya ada pula interest yang kita kena bayar tapi setiap tahun jangan lupa bayar cukai pintu untuk rumah dan cukai jalan untuk kereta kita.

Ada yang kata aku cuba nak bantah kerajaan? Aku bukan jenis yang suka nak bantah aje kerjanya. Tengok topik jugalah. Pilih yang terbaik untuk anak cucu aku yang bukan hanya fokus pada kebendaan tetapi kehidupan sosial juga.

Biasalah demam PRU13 ni memang hangat! Bukan nak bantah, cuma nak mohon simpati je. Samalah macam kita minta diskaun bila nak beli baju, kasut, tayar kereta, emas dan sebagainya. Alhamdulillah kalau dapat diskaun. Kalau tak dapat tu kita ada hak untuk tak belikan. Tapi kalau cukai makan kat restoran ni boleh juga nak elak, jangan pergi makan kat luar.

Aku cuma mohon budi bicara mereka yang berkuasa untuk dapat diskaun. Kalau dibatalkan terus caj tu lagilah aku gembira. Terima kasih aku dahulukan. Bermimpi? Tak pe... setiap kejayaan bermula dengan mengimpikannya. Aku pun faham, mana ada benda percumakan! Setiap langkah kita semuanya duit!

Kesimpulannya, kita makan kat rumah ajelah. Bawa bekal bila pergi sekolah atau pergi kerja. Boleh juga cari restoran-restoran biasa yang tak kenakan caj dan harga makanan dan minuman masih dalam lingkungan berpatutan.

Bantulah restoran-restoran dari golongan bawah ni. Aku tak kisah makan kat warung tepi jalan, lebih-lebih lagi makan laksa di warung Kak Pah yang berdepan dengan kilang Sony di Bandar Baru Bangi ni. Harga cendol baru RM1.30 dan RM1.50. Laksa RM3.50 dan mee rebusnya RM3.00. Nikmatttt!!

Quotation warung kak Pah
Ini pula warung berdekatan rumah aku. Berdepan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN), Bandar Seri Putra. Jalan nak ke KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) juga.


Banyaknya makan!
Anak aku yang kedua, baru 15 tahun. Pemalu bila nak diambil gambar. Habis kitaorang longgokkan bekas makanan kitaorang depan dia. Semua bersih kecuali dah tak larat nak hirup supya. Ada mee/bihun sup, mee kari, laksa, cendol, ABC... memang sedap!

Wednesday 8 May 2013

Makan guna chopstik atau sudu garfu?

Masa bujang dulu aku suka makan mee guna chop stick. Aku ada chopstick sendiri kat rumah yang mana aku lebih suka chopstick cara Jepun. Lebih pendek, runcing di hujung dengan hiasan corak yang comel.

Gambar dari koleksi SINI
Malah ada rakan aku yang berbangsa Cina memberi nasihat akan cara memegang chopstick dengan betul. Terima kasih Ms. Lee, masih aku ingat namanya sejak tahun 1994 yang lalu.

Katanya kedua-dua chopstick mestilah dalam aras yang sama. Tak boleh senget satu tinggi dan satu rendah. Hasilnya memang dapat 'menangkap' makanan dengan kemas. Tiada masalah untuk aku ambil kacang menggunakan chopstick.

Gambar copy dari SINI

Alkisahnya tabiat aku ni tidak disenangi oleh seseorang di dalam rumah.

Pernah sekali dia bertanya dengan nada seakan marah pada aku "Kenapa makan pakai chopstick? Macam cina je!".

Dengan perasaan jengkel ku tanya dia semula "Apa masalah dengan Cina?".

"Cina tu kan kapir (kafir)!", balasnya.

Pada pandangan dia aku telah ikut cara bagaimana orang kafir makan. Panas juga hati aku mendengarnya. Muda lagi masa tu, baru 21 tahun... pergh.. kisah 19 tahun yang lalu ni! Darah muda!

"Eh! Bukan negara China lebih dulu Islam dari Tanah Melayu ke?", tanya aku padanya.

"Kat sini (Malaysia) orang Cina bukannya Islam", dia mempertahankan hujah.

Kesian kawan-kawan aku yang Islam tetapi berbangsa Cina di Malaysia ni. Mana punya faktalah dia ambil ni kata orang Cina di Malaysia bukan Islam. Memanglah majoritinya bukan Islam tetapi ramai juga Cina muslim di Malaysia. Kalau Melayu sekali pun ada juga hanya pada nama tetapi cara hidup ada juga yang kalah jahil mereka yang bukan Islam.

"Habis tu orang Cina Muslim kat negara China tu makan pakai apa? Kan diaorang pun pakai chopstick jugak!", bibit-bibit panas mula terlontar dari mulut aku.

"Apa beza dengan makan pakai sudu garfu? Itu budaya Melayu ke? Itukan budaya Mat Saleh (nama Mat Saleh juga yang disebut!). Diaorang pun kapir jugakkan?", geram le pulak!

Akhirnya dia terdiam dan aku pun tak sambung hujah lagi. Masing-masing tak mau gaduh dah. Sama-sama tak mau minta maaf pulak tu (ego manusia yang patut dikikis!). Tapi lepas tu baik dan borak macam biasa je. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dia pun tak tegur dah bila ternampak aku guna chopstick. Aku pulak cuba elak guna chopstick kalau dia ada bersama.

Cara makan terbaik bagi aku ikut sunnah Nabi Muhammad saw. Gunakan tangan je! Ada banyak hikmah di sebaliknya untuk rohani dan jasmani kita. Baca 'Adab Makan Menurut Islam'. Lengkap!

Saturday 4 May 2013

Akhirnya berjaya aku ke kelas Fiqh di Bukit Mahkota!

Sejak tahun lepas lagi aku selalu nampak kenalan fb aku, kak Noraini dari Bandar Bukit Mahkota (sebelah dah dengan Nilai 3) rajin iklankan kelas-kelas agama yang diadakan untuk para muslimah di situ. Beliau turut mengajak rakan-rakan lain tak kira dari mana sekali pun untuk menyertainya.

Bila ternampak posting tentang kelas agama di fbnya, terdetik di hati aku nak turut serta. Malangnya minda aku mungkin tak ambil serius sangat maka aku sering terlupa bila harinya tiba. Entah berapa banyak dah kelas yang aku terlepas. Teruknya!

Minggu lepas ternampak lagi kelas yang nak diadakan pada 4 Mei 2013, Sabtu pada pukul 9.30 pagi. Aku lansung hantar message ke inbox Kak Noraini bertanyakan jika aku boleh turut serta. Alhamdulillah, Kak Noraini sambut baik permintaan aku.

Share status kak Ani

Hari demi hari aku selalu saja ingatkan 'esoknya' hari Sabtu... Oh! Esok Khamis, Oh! Esok Jumaat... macam excited pulak ye!

Sabtu yang dinanti tiba. Selepas selesai siapkan sarapan anak-anak dan menyidai kain, aku bersiap-siap nak pergi. Hubby pun ada belikan roti canai untuk sarapan. Aku tambah buat cucur bawang je. Tapi kalau makan cucur bawang aku memang kenyang sebab ada letak nasi yang lebih malam tadi.

Baru nak melangkah pergi, anak bongsu aku si Arif (4 tahun) terjaga dari tidur dan merengek nak ikut. Ingatkan nak tinggalkan dia dalam jagaan kakak-kakaknya. Hubby dah pun keluar dengan urusan bersih rumah lelong yang baru dibelinya di Mantin bersama seorang anak lelaki aku.

Malas nak dengar dia merengek, terpaksalah mandikan dia cepat-cepat dan bersiap. Aku bancuhkan susu botol untuk dia minum dalam kereta nanti. Minum susu botol lagi tu!

Masa nak naik kereta, Arif terpijak pulak najis kucing yang ada dekat dengan kereta aku. Alahaii... menggugat kesabaran betullah. Jam dah pukul 9.30 pagi, lambatlah aku nampaknya. Seluar yang dia pakai pun terkena sikit. Terpaksalah mencuci kaki, selipar dan seluarnya pula. Ambil pula seluar ganti untuknya.

Dugaan betul bila nak buat benda baik ni. Tapi apalah sangat dugaan sebegini untuk aku berbanding insan lain yang mungkin terpaksa bertarung nyawa untuk mendapatkan sedikit ilmu Allah.

Jadi aku berpegang pada pesanan Profesor Muhaya, buang yang negatif. So aku positif teruskan je perjalanan ke lokasi.

Nah! Terapi minda Prof. Muhaya untuk para isteri, 24 minit ;



Yang lawaknya aku tak pernah ke surau di Seksyen 5, Bukit Mahkota tu tapi tak de pulak nak bertanya macam mana nak ke sana. Makanya aku redah aje! Nyaris juga pencarian tu tak lama mana pun.

Alhamdulillah sampai juga aku walau pun dah lewat sampai pukul 9.50 pagi. Dapat juga sikit 'brainwash' minda aku ni dengan ilmu agama. Moga lepas ni akan dapat lebih lagi ilmu dan lebih diamalkan.

Kelas habis lebih kurang pukul 12 tengahari. Ada kuih-muih dan makaroni goreng disediakan. Rezeki aku murah betul. Alhamdulillah! Dapat makan sambil berkenalan dengan para muslimah yang hadir. Buat pertama kalinya aku bertemu Kak Ani secara bersemuka... he..he..

Terasa sedap pula dengan agar-agar gula merah yang disediakan. Jadi dalam perjalanan balik, aku singgah kedai dan beli bahan-bahan yang perlu untuk buat agar-agar santan gula merah. Lagi pun hubby suka agar-agar ni.


Untuk rujukan resepi, aku jadikan resepi sahabat blogger ni sebagai panduan :

Sekejap je membuatnya. Insyaallah kalau tiap-tiap minggu aku dapat sertai kelas-kelas begini tentu terbaik untuk terapi minda yang lemah dan muram.

Semak ativiti kelas-kelas agama di kawasan kalian dan boleh join sama, tentu seronok!

Friday 3 May 2013

Lagu pilhanraya lama juga yang best di telinga ni - PRU13!!

Macam-macam lagu pilihanraya sempena PRU13 pada 5 Mei 2013.

Ini lagu pertama tahun 1955... dah 3 kali aku mengundi, baru tahun ni aku pernah dengar lagu ni. Panjang le pulak lagunya.



Ini pulak lagu baru yang menarik perhatian aku untuk PRU13. Sedap juga di telinga ni mendengarnya.



Tapi macam lagu Hari Raya Aidilfitri juga tentu ada satu lagu lama yang best... Bagi aku lagu pilihanraya ini juga yang terbaik.. he..he.. Ada lirik lagi. Jom nyanyi sama-sama!!



Pesanan penting semasa hari mengundi :

1. Elakkan pakaian yang ada lambang parti
    (Ops! tak boleh le pakai shawl INI!)
    - untuk elak provokasi... kita bukan tau jiwa manusia ni.

2. Pakai pakaian yang sopan 
    - kawan aku kata lagi cantik kalau menutup aurat... mmm betul tu!

3. Kad pengenalan jangan lupa dibawa 
    - syarat sah pertama nak mengundi ni!

4. Pastikan lokasi undi betul 
    - Jangan salah tempat ye! Nama anda ada di satu lokasi je (kecuali hantu kot!)

Seterusnya boleh tengok cara-cara nak mengundi dan hak kita sebagai pengundi dalam youtube berikut :


Undilah dengan tenang dan sabar. Bertolak-ansur dalam apa-apa situasi yang tak rugi pun kalau kita berbuat demikian. Jangan cetuskan pertelingkahan. Tarik nafas, istighfar banyak-banyak pada Allah dan berlapang dada. Jika tidak mahu pada sesuatu, katakan 'tidak' dan 'terima kasih' dengan senyuman.

Pilihanraya kali ini yang ke-13 kelihatan lebih hangat dari yang sebelumnya! Undilah dengan bijaksana!

Thursday 2 May 2013

Rohingya 1 May 2013 - Pembunuhan berterusan ; Alasan Muslim nikah Buddha

Berita malam tadi yang tengok di TV9 tentang nasib Muslim Rohingya yang rumah mereka dibakar kesemuanya. Terasa air mata aku nak gugur sama melihat tangisan mereka.

Semua kediaman mereka musnah menjadi abu dijilat api yang menggila. Mereka hanya mampu cuba memadamkannya dengan mengisi air ke dalam baldi dan mencurahkan ke api yang marak.

Tidak ada apa yang tinggal untuk mereka. Malah tidak tahu ke mana hala hendak dituju untuk menyelamatkan diri. Betapa kejamnya manusia yang berterusan menindas dan menyiksa mereka ini. Kekejaman yang tak mampu di terima dek akal aku ini.

Berita penuh peristiwa berdarah 1 May 2013 di SINI... dalam Bahasa Inggeris.



Boleh juga jenguk facebook 'Rakyat Muslim Bersama Muslim Rohingya' untuk membaca berita-berita kekejaman yang berlaku di sana.

Mari kita sama-sama berdoa dan bantu mereka.

Tawaran 'Bonus Link' sempena cuti sekolah May 2013

Aku rasa ramai yang menjadi pemegang kad Bonus Link yang warna biru ni. Dah banyak tahun aku guna dan dah macam-macam benda yang aku claim dari Bonus Link. Antaranya yang INI (klik link) le!

Yang ini pulak offer yang aku terima di email sempena cuti sekolah yang bakal tiba pada 25 May 2013 nanti. Tapi tarikh tawaran ni antara 3 hingga 15 May 2013. Maknanya kena redeem tiket antara tarikh itulah. Tiket akan di pos selepas 15 May 2013 dan tarikh luput tiket hingga 30 June 2013.

Cuba check point dalam kad Bonus Link masing-masing, cukup tak? Kalau cukup, jimattttt duit!



Tuesday 30 April 2013

Ronda-ronda PWTC mencari buku!

Dengan Kak Wa (kanan)
Mastika favoriteku dari Utusan Karya
Masuk aje selangkah dua melepasi pintu masuk PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di situ yang bermula 26 April hingga 5 Mei 2013, terserempak dengan booth Utusan Karya.

Siapa lagi yang aku nak cari kalau tidak kakak angkat kesayanganku Kak Salwa ini. Aku panggil Kak Wa je! Awet muda tu, macam bondanya juga.

Seluruh ahli keluarganya pun aku anggap macam ahli keluarga sendiri yang aku kenal sejak bujang lagi, malah sejak aku habis SPM tahun1990 lagi. Lamakan! Hubungan yang kekal hingga kini, Alhamdulillah.

Inilah anak Opah Umie yang aku kagumi dalam entry lama ini :
Rindukan Opah Umie

Lepas tu bergegas cari Karangkraf pulak. Biasalahkan anak-anak aku ni gila novel.

Tadaaaa... hari ini (30 April 2013) novelis yang bertugas (ecehh... bertugas tu!) adalah Nurul Syahida Kamarudin.

 Senyummm! Ceria orangnya. Selamba aku tanya usianya. Dah 30 katanya, muda 10 tahun dari aku. Biar betul?? Nyaris aku nak bahasakan diri ini 'Makcik' sebab nampak macam muda 20 tahun aje. Anak aku sendiri kata "Ingatkan student U lagi!".
Usianya baru je genap 30 tahun pada 27 April 2013 lalu.

Lebih gemar di panggil 'Shai'... Eh! 'Syai' atau 'Shy'? He..he.. Aku mencari novel citer hantu. Aku pernah baca sedikit daripada kisah novel ni dalam blognya dulu. Boleh dapatkan terus novelnya ni di SINI (klik) juga.

Novel bertajuk 'Sekolah Banyak Penunggu' atau singkatannya SBP. Hampir-hampir je sama singkatan dengan SMK BSP (Sekolah Menengah Bandar Seri Putra) yang hangat dengan kejadian histeria beramai-ramai baru-baru ini. Opss!

Novel ni aku belikan untuk anak aku yang ke-3, Asyikin. Kebetulan pulak ada watak 'Shikin' dalam novel ni. Dapat badge percuma lagi!

Mmm... Sebenarnya aku pun tentulah nak baca sama. Teringat zaman sekolah dulu.. he..he..!


Bukan satu novel yang telah Shai hasilkan tetapi ada juga novel-novel yang lain seperti 'Aku Kan Novel', 'Plain Jane', 'Soalnya Hati', dan 'Valentina Nervosa'. Rajin betul dia menulis!

Kalau anak perempuan dengan novelnya, anak lelaki pulak memilih booth Gempak Starz yang sarat dengan cerita kartun.


Anak sulung, Aishah bakal SPM tahun ini mencari buku rujukan SPM untuk Biologi di Sasbadi. Ada diskaun !0% pulak tu. Sebenarnya buku yang dicari dah jumpa, apalagi... sambar le. Kelmarin dapat yang subjek Bahasa Melayu je di Kedai Buku Syabab di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi.




Panjangnya barisan nak bayar buku di Sasbadi. Jangan salah faham ye! Bukan aku yang pakai tudung polkadot tu walau pun sama seperti yang aku pakai seperti dalam kisah di entry yang INI. Biasalah! Sharing is caring... share tudung dengan anak-anak perempuan.


Amboi! Adik-adik baju oren ni beli banyak benar buku rujukan. Aku intai-intai semuanya buku rujukan untuk SPM. Ooohhh... sebaya anak aku le!

Masa aku tegur diaorang ni boleh pulak depa panggil aku cikgu? Eh! Ada gaya cikgu ke? Sebab korang panggil 'makcik' ni 'cikgu', jom kita bergambar.


Jauh mereka datang dari SMK Seri Tanjong, Kuala Selangor. Dari kiri ; Fatin, Farah dan Atikah. Fatin dan Farah ambil aliran Sains Tulin manakala Atikah pula aliran Akaun. Tabik hormat aku tengok semangat belajar diaorang ni. Acik doakan kalian berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2013 nanti. Amin!

Ronda-ronda terserempak pula dengan booth tempat kenalanku mengajar ; Datin Sapora Sipon.

USIM



Antara buku hasil tulisan Datin Sapora Sipon yang sempat aku ambil gambarnya. Beliau sering menulis dalam ruang Kaunseling Remaja di Harian Metro keluaran setiap hari Isnin.

Masuk ke Karya Seni, konon-konon nak jumpa kak Melur Jelita. Tapi tak adalah pulak! Padan muka aku sebab tak tengok jadual dia dulu sebelum datang.


Kak Melur Jelita ada pada 27 April 2013, aku datang pada 30 April 2013. Memang tak berjumpalahkan. Insyaallah! Kalau ada rezeki tu pasti dapat jumpa juga suatu hari nanti.

Kak Melur Jelita memang hebat dengan peminat novelnya yang tersendiri. Masa aku datang tu nampak novelnya yang pertama 'Awak Suka Saya Tak (ASST)' tinggal dalam 6-7 buah je rasanya (lupa nak kira dengan tepat). Novel keduanya 'I Love You, Stupid (ILUS)' pun cuma tinggal 1 buah dan yang terbaru 'My Precious Iris (MyPi)' pun ada 2 buah saja.


Apa pun semua MyPi dan ILUS habis setelah aku dan kenalan baru aku iaitu Puan Rohani dah sambar ketiga-tiganya. Laris wa cakap lu kak Melur Jelita!! Terbaik!

Aku dan anak-anak dah kepenatan. Kaki pun dah lenguh dan perut pun turut lapar. Walau pun dah sampai KL tapi kami tetap balik makan di Bandar Baru Bangi juga. Nak lari dari kesesakan orang ramai dan jalan raya.

Friday 26 April 2013

Shawl musim raya.... Pilihan Raya 13 (PRU13)

5 Mei 2013 nanti InsyaAllah aku bakal mengundi untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) buat kali ke-4. Tempat mengundi masih di lokasi yang sama di SK Leftenan Adnan, Sungai Ramal, Kajang. Hubby dah tukar ke Bandar Baru Bangi, aku je yang malas nak tukar alamat.

Malam tadi aku tanya hubby "dah tengok lokasi mengundi?".

Hubby jawap malas je "belum sempat nak check!".

Tu diaaa.... busy bebenor Encik hubby aku sampai tak sempat nak check lokasi mengundi. Nasib baiklah bini dia dah check. Alaa... nombor kad pengenalan lama dan baru dia masih kekal dalam ingatan aku. Birthday aku je yang hubby tak pernah ingat.. he..he..

Rasanya demam PRU13 memang hebat. Elok pulak angka 13 sama dengan tahun 2013, senang nak ingat dalam lipatan sejarah.  Nombor cun!

Terasa lain sangat aku akan PRU kali ini. Lebih meriah dan lebih hangat. Rata-rata lebih bersemangat. Auranya tersebar merata-rata kerana keyakinan untuk menang atau kalah sama ada pada pihak BN (Barisan Nasional) dan PR (Pakatan Rakyat) hampir tak dapat nak kita jangka. Kalau dulu-dulu berani juga aku kata majoriti kemenangan pada pihak BN. PRU13? No komen... kita tengok ajelah pada 5 Mei nanti.

Anak-anak kata aku ni gila-gila! Mana tidaknya, bila aku tengok poster-poster yang memenuhi tepi jalan raya buat aku terfikir kalau buat shawl ni mesti gempaklah. Bila melawak kat fb, ada juga kawan yang menempah beli. Eh! Dia pun melawak jugak.

Sempat juga buang masa mengedit corak-corak pilihan shawl. Agak-agak mana satulah yang korang berkenan untuk dijadikan shawl. Ada berani nak pakai masa hari mengundi nanti? Aku tak berani... he..he..!

Siapa berani nak cuba? Glamour tu sudah pasti... kalau tak masuk di kaca TV pun tentunya dalam youtube dan tersebar merata dalam internet. Kalau tanya aku... memang aku tak buatlah! Saja gurau2 pilihan raya.

Mari kita timbang-timbangkan corak yang ini ;
Kod 01


Ramai kot suka corak polkadot ni?
Kod 02


Atau yang tajam-tajam ni menusuk jiwa?
Kod 03


Woohhh... sapa peminat warna turquoise?
Kod 04

Yang ini campuran semua design... meriah!
Kod 05

Atau yang ini tanpa warna biru tua..;
Kod 06

Aku rasa suka yang ni.... boleh padan dengan semua jenis baju, macam-macam warna ada ;
Kod 07
Melihat poster-poster yang ada, elok lagi yang dibuat dari kain. Tak mudah rosak. Boleh juga guna untuk perkara lain bila dah habis PRU. Tak pun simpan untuk PRU akan datang... jangan membazir.

Kalau yang dibuat daripada plastik tu tak mesra alam, mudah rosak bila tertarik sikit.

Pada rakan-rakan aku ucapkan selamat mengundi dengan berhemah. Masing-masing dah cukup dewasa nak menilai mana yang terbaik. Elak gaduh-gaduh sesama kita. Yang menang nanti pikullah tanggungjawap dengan amanah dan yang kalah terus menyokong tindakan yang benar. Mana yang salah segera perbetulkan.

Moga Allah bersama orang-orang yang benar! Amin!