iklan

Followers

Pages

Saturday 19 July 2014

Unifi buat hal lepas sahur!

Lepas sahur tadi Unifi aku buat hal. Puncanya aku nak betulkan soket power router dan modem. So aku OFF kan dulu suis utama yang kat dinding tu. Bila aku ON semula, router Unifi tak ada signal. Boleh nampaklah lampu  LED untuk signal unifi warna oren, bukan warna hijau seperti biasa.

Copy gambar dari blog SINI, boleh baca kelebihan Unifi kat link tu
Router Unifi yang tengah-tengah tu, warna oren putih. Sebelah kanan sekali tu modem dan yang kiri sekali tu kalau ada yang tak kenal kira memang melampaulah. Yang kiri tu cordless phone, bolehlah nak buat macam handphone tapi dalam rumah je la.

Ada empat lampu pada router tu. Kiri sekali lampu power, lampu kedua tu lah untuk signal unifi berfungsi atau tak. Ada satu kabel yang bersambung dari router ke modem. Wajib guna input LAN1 dari modem tu ke router. Lampu ketiga untuk Wifi dan lupa dah lampu  yang keempat tu untuk apa.

Jika lampu kedua tu berwarna oren bermakna tiada signal Unifi. Maka tak bolehlah nak berwifi dan berinternet. TV pun tak boleh nak tengok.

Aku check telefon OK, boleh buat call. Aku check bill online kat email aku pun belumlah sampai tarikh akhir pun lagi, manalah tau lupa nak bayar bil. Aku biasa bayar secara online je terus dari Maybank.

Lebih kurang pukul 6.40 pagi aku cuba call Unifi di 03-77225599 seperti yang aku simpan nombor dia dalam handphone ni. Melampaukan! Sapa yang nak angkat telefon awal pagi. Termenung sekejap.

Masa ON kan TV, ada nampak no tertera nombor 1300-88-1221 guna telefon rumah.

Copy gambar dari Cerita 7 hari
Alhamdulillah ada operator lelaki yang jawap. Aiiiiihhh... macam terlelap lepas sahur je... tapi pandai Encik operator control suara, tak ada la bunyi ngantuk sangat pun. He..he..

Dia suruh aku ON-OFF router, masih tak OK juga. Dia minta aku ON kan komputer yang ada sambungan terus kabel internet ke router.

Dalam google chrome, dia suruh aku taip link ni http://192.168.0.1/. Aku pernah guna link ni untuk tukar username dan password Wifi rumah aku. Aku search kat google sampai jumpa blog ni Cara Tukar Nama & Password Unifi. Biasalahkan... data hujung jari je.

Lepas taip link tu, muncul le rupa macam ni... link ke D-Link System.

Gambar dari SINI
Cuma perlu taip 'admin' sebagai username dan terus klik log in. Tapi gagal.

Taip pulak 'operator' sebagai username. Passwordnya 'h56hhUniFi', pun gagal. Hati risau dah takut kena tukar router pulak.

Operator suruh guna username 'Management' dan password 'TestingR2' pulak.

Seterusnya klik-klik je ikut arahan dia sampai jumpa bahagian SET USERNAME AND PASSWORD CONNECTION (PPPOE). Dia tanya password. Alahai, manalah aku ingat sebab sejak mula pakai 2 tahun lepas rasanya, mana pernah tukar password yang asal. Selepas dia pastikan nama, no IC dan alamat aku pun terima mesej username dan password. Patut le tak ingat, entah susunan huruf dan nombor apa-apa je.. ha..ha.. sabor je la.

Lepas tu ikut je la arahan klik-klik dia. Lega hati bila lampu hijau untuk internet dah menyala kat router. Kalau kena tukar routerkan susah. Leceh sungguh nak tunggu technician depa datang. Aku jenis malas nak menunggu.

Sekarang dah boleh bertenet dan berwifi semula. Tiba-tiba terdengar suara dari TV... Oooo.. dah ada signal, TV dah ok. Alhamdulillah!

Friday 11 July 2014

Karipap tiga segi Teras Jernang

Hampir setiap minggu aku akan beli karipap kat gerai kawan aku ni. Bukan sebab dia kawan aku tapi sebab sedap. Anak-anak paling suka karipap inti sardin. Nak harap buat sendiri memang malas le.


Ni dia karipap segi tiga sebab bentuk dia yang hampir begitu. Gerai dia kat jalan utama (Jalan Teras) Teras Jernang, Bandar Baru Bangi. Berdepan dengan restoran Haji Othman.

Kadang-kadang aku beli yang frozen je. Tapi yang frozen tu dia tak jual kat gerai ni. Saper nak yang frozen kena orderlah dulu.

Dia tak ada jual kuih lain, hanya karipap ini semata-mata. Sapa kata jual karipap saja kurang bagus berbanding orang yang jual pelbagai jenis kuih.

Hari-hari dia buat karipap dalam 300-400 biji dalam masa 2-3 jam. Buat kat gerai tu jugak, goreng kat situ jugak.. memang fresh dari kualilah.

Dia boleh buat satu karipap dalam masa 12 saat. Laju jugak... kejap je aku tengok dia klim tepi karipap tu.

Sibuk menggoreng karipap, nak standby untuk orang balik kerja katanya. Takut nanti tak menang tangan nak melayannya nanti.


Saper belum try rasa boleh singgah kejap bila datang ke Bangi. Karipap ada inti perisa daging, sardin, kentang dan ayam. Yang paling laris tentunya sardin.


Nah aku bagi map lokasi gerai. Lebih kurang kat situlah. Kalau datang Bandar Baru Bangi, jangan lupa cuba karipap Aleya Frozen. Dekat dah dengan Akademi Percukaian Malaysia, GMI, UniKL MFI dan Kolej Polytech Mara.


Cara mudah panaskan lauk sahur

Setiap kali Ramadhan, aku memang tak miss bersahur walau pun pada hari-hari yang aku terpaksa ber'cuti'. Dah tentulah nak kena siapkan sahur untuk seisi keluarga.

Ada orang akan masak nasi dan lauk baru setiap kali sahur. Tapi aku lebih suka panaskan lauk je. Nasi pun dah masak malam. Kemudian cuma perlukan panaskan untuk sahur.

Lauk untuk sahur pun aku tak masak. Biasa hubby beli siap-siap kat bazar Ramadhan ikut selera dia. Kalau aku yang masak memang tak adalah lauk-lauk yang bersantan untuk sahur.

Ini cara panaskan lauk yang hubby ajar sejak mula kahwin 19 tahun yang lalu. Panaskan 3 jenis lauk dalam satu masa. Jimat masa, jimat gas dan hati pun senang. Maklum saja bila awal pagi dalam pukul 4 camtu, rasa mengantuk dan malas tu ada je.

Cuma perlu isi air dalam periuk dan rendam lauk-lauk yang masih dalam plastik ke dalam periuk tu. Hidupkan api dapur dan biarkan air tu menggelegak lama sikit supaya lauk yang asalnya simpan di peti sejuk tu cukup panas. Tak perlu guna microwave pun. Senangkan?


 Alhamdulillah, dah siap. Sekejap aje. Alahai Encik Hubby, semuanya berlemak. Mana sayurnya?


Nampaknya nanti kenalah aku ke kedai cari sayur untuk sahur esok pulak. Makan jangan ikut nafsu sangat.

Sila faham kata-kata dalam gambar ni.. source: Here

Thursday 10 July 2014

Petua nampak muda untuk Raya

Last aku tak ke Riani Beauty & Spa. Bukan jauh pun, cuma tak berkesempatan aje. Lama tak lama baru hujung bulan May kelmarin. Alaa.. baru 1 bulan lebih sikit je pun.

Semalam ke sini, ada rawatan baru, nak sebut pun tak pandai, tergeliat lidah ; Depileve Milk Honey Facial Paraffin. Tapi aku datang bukan untuk rawatan yang ini. Nanti-nanti boleh cuba.


Aku datang sebab nak buat ulangan untuk Oxygen Facial. First time buat dalam entry yang lepas kat link SINI. Klik je kalau nak baca.

SEBELUM rawatan

SELEPAS rawatan
Kawan aku kata nampak muka makin cerah. Yang itu tidak aku perasan sangat. Cuma bila renung gambar atas tu garisan lingkaran bawah mata dan antara hidung dan tulang pipi dah kurang jelas. Berkesan untuk kurangkan kedutan. Kalau ambil pakej rawatan 10 kali ni maunya tak de garisan halus kedut kat muka ni. Perghhh... perasan muda pulak nanti.

Abaikan kulit muka yang tak licin bak telur dikupas tu. Aku ada satu habit yang beautician situ selalu marah. Suka bebenor picit jerawat-jerawat halus. Lepas tu berparut hitam.

Ini rawatan luaran untuk wajah. Jika boleh kenalah kenalah buat rawatan badan juga. Antara favorite aku kat Riani Spa ni tentunya urutan tradisionalnya yang power, mandi sauna dan body scrub. Suka sangat manja-manjakan diri sekali-sekala. Hubby tak kisah pun sebab bukan minta duit dia pun... he..he..

Tapi aku tak lupa kesihatan dalaman pun kena ambil kira. Pemakanan kena jaga. Pun begitu kadang aku 'belasah' juga makan macam-macam. Cuma aku kurangkan minum air bergas, air yang berais dan makanan laut. Ulaman paling aku suka. Paling penting aku tak lupa makan jamu T.Warisan Anggun. Sesiapa nak beli boleh jenguk di Adzrien Shoppe.

Arwah ayah dan mak aku kata tambahkan awet muda dengan jangan tinggal solat dan mengaji untuk maintain daya ingatan yang kuat. Sahabat aku sejak zaman sekolah yang kini tinggal setaman pesan jiwa kena redha, bertolak ansur dan mudah memaafkan.

Bagi aku Oxygen Facial memang best.