iklan

Followers

Pages

Wednesday 29 February 2012

Serious buyerlah sangat!

Agaknya apalah perasaan korang yang berniaga kecil-kecilan seperti buat kuih, kek, menjahit baju, menjahit langsir atau yang seumpamanya yang memerlukan buat ikut tempahan bila pelanggan yang buat tempahan tu tak nampak batang hidungnya hingga tempahan dah siap? Kalau kek dah tentu tak tahan lama, kuih tradisional boleh cepat rosak, baju dan langsir dah tentu ikut saiz.

Apalah agaknya yang difikir oleh pelanggan macam ni? Beriya-iya tempah "saya serious buyer!", ayat nak meyakinkan peniaga. Lepas tu diam je tak tuntut tempahan dan pastilah tak akan buat bayaran. Kalau peniaga tu sabar, dia redha ajelah. Kalau tak sabar, macam-macamlah sumpah seranah yang keluar.

Orang selalu suruh peniaga mesti bersikap jujur dengan pelanggan, betullah tu. Tak jujur nanti rezeki tu tak berkat kat tangan. Tetapi pelanggan juga perlu ada rasa bertanggungjawab dan jujur dengan perjanjian tempahan yang dibuat.

Janganlah menyusahkan peniaga yang telah bersusah payah berusaha memenuhi kehendak kita sebagai pelanggan. Itu penganiayaan namanya.

Dah tempah tu bayarlahkan. Dahlah peniaga kecil-kecilan berpendapatan pun ciput aje. Bagaimana dia nak pusing modalnya nanti.

"Alaaa... barang tu harga RM10 aje, itu pun nak berkira! Kalau aku kensel pun bukan muflis pun!", rungut si pelanggan. Mari sini aku nak tanya apa boleh buat dengan RM10 tu? Rasanya kalau anak hilangkan RM10, dia pun boleh naik angin agaknya! Kalau 10 orang tak tuntut tempahan, dah rugi RM100.

Tidak pun letakkan dirinya di tempat peniaga tu, baru tahu apa rasa bila dikhianati oleh pelanggan begini.

Ini hanya sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh peniaga dengan kerenah pelanggan yang tidak jujur. Banyak juga pelanggan yang terkena dengan penipuan peniaga. Maka tidak kiralah kita ini pelanggan atau pun peniaga hendaklah jujur dalam urusan jual beli.

Mungkin pengajaran bagi peniaga untuk ambil langkah-langkah keselamatan seperti ambil deposit dulu. Tapi aku rasa kalau kita tempah baju atau di kedai-kedai biasa tu selalunya mana ada peniaga mintak deposit punkan. Macam-macam!

Tuesday 28 February 2012

Lepak dengan jiran dan jiran lagi..

Ni kali kedua pergi sarapan dan bersantai dengan jiran rumah sebelah, pemilik blog Little Adaman. Jiran yang selalu bagi aku coklat sedap tu.. he..he.. sedap! Banyak kisah jiran-jiran aku kat SINI.

Kali ini kami pergi ke restoran jiran juga, rumahnya sebelah je rumah jiran aku ni. Maknanya rumah Little Adaman diapit oleh rumah aku dan pemilik restoran tu, Restoran D'Laden. Aku naik kereta sekali dengan dia je.

Biasalah sejam dua bertukar cerita pasal masalah anak-anak dan hal-hal sekolah hinggalah hal-hal niaga online. Pasal dok teringat nak pos barang customer, tak bolehlah nak berlama-lamakan borak kat situ.

Little Adaman ni ada jual baju budak pun juga. Barang import dengan jenama terkenal tapi harga memang murah sangatlah. Kenalah join facebook dia, ada link di blog dia tu.

Masa nak balik, tokey restoran pun nak tumpang. Penat dia datang ke restoran tadi dengan berjalan kaki. Terlewat sikit je, kalau tau tadi boleh tumpang sekali ke restoran.

"Senanglah hang park kereta kat parking lot rumah hang je, dah kat tengah-tengah!", kata aku pada Little Adaman. So aku buka pintu kereta bergerak ke rumah sebelah kanan, tokey restoran pulak buka pintu kereta hala ke rumah sebelah kiri... he..he.. senang gitukan.

Jaga-jaga....

Bersantai sekali-sekala dengan jiran...

Tak pandai nak ajar, hantarlah pada yang arif!

Gambar dari entry Si Dia Tidak Pandai Mengaji

Kelahiran seorang anak sering disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira. Hanya mereka yang tak waras dan tak berhati perut saja yang sanggup membuang anak hasil dari benih sendiri. Kalau bukan dari benih sendiri pun berdosa juga nak dibuang dan disakiti.

Sebagai ibu bapa sering kita berdoa moga anak kita nanti menjadi anak yang soleh dan solehah. Berdoa saja memang tak cukup jika tidak disertakan dengan usaha dan tindakan. Umpama menanti buah yang tak gugur atau mahukan bulan jatuh ke riba.

Anak yang soleh dan solehah tentulah yang baik budi bahasa, bijak mengaji dan tidak tinggal solatnya. Sangat mustahil anak itu akan jadi seperti yang kita impikan jika tidak diajar.

Tidak cukup juga ilmu yang mereka pelajari di sekolah ugama jika amalannya terabai semasa di rumah. Tiada tindakan susulan oleh ibu bapa di rumah untuk menjayakan impian. Syukur jika anak berdikari untuk mengamalkannya di rumah.

Tidak hantar ke sekolah ugama pun tidak mengapa jika kita sendiri mampu mengajar anak-anak mengaji dan bersolat. Diajar juga ilmu-ilmu agama yang lain seperti feqah, akhlak, sirah nabi dan sebagainya.

Jika kita tak pandai nak mengajar anak-anak hal-hal agama, janganlah berkira untuk menghantar mereka kepada mereka yang boleh dipercayai dan arif tentang agama. Kalau tidak impian kita mahukan anak yang soleh dan solehah hanyalah impian kosong semata-mata.

Monday 27 February 2012

Kerenah ibu bapa hantar anak ke taska



Gelagat manusia ni macam-macamkan. Yang aku nak cerita kisah menghantar anak ke taska. Jika pemilik taska yang buat silap memang teruklah kena kutuk dek ramai orang. Tapi pernahkah kita menyelami perasaan pemilik taska sendiri yang kadang terpaksa menelan kerenah ibu bapa yang sangat cerewet dan sangat tidak ambil peduli.

Boleh cerewet dan boleh juga tak ambil peduli tetapi tengok-tengok perkaralah jugakan.

Geleng kepala si penjaga anak di taska bila anak yang dihantar dalam keadaan :

1. Lampin pakai buangnya dah hampir tiris air kencing. Dah tebal sangat gelembung airnya. Apalah salahnya ditukar dulu lampinnya sebelum hantar ke taska. Silap-silap tiris air kencing si kecil di baju kerja, barulah rasa nak angin satu badan. Salah siapa, tanggunglah rasa. Tapi kalau tiris di baju pengasuh yang menyambut tu bukankah aniaya orang namanya. Agak-agaklahkan.

2. Malas tahap gaban atau bebalnya si ibu atau si ayah bila pakaikan dua lapis lampin pakai buang. Kononnya nak tampung air kencing yang banyak. Situasi ini aku memang sangat-sangat menghairankan aku. Teori mana yang dia guna pun entahlah. Kalau gitu pakaikan aje 3 ke 4 lapis biar tahan sehari sebab dah malas sangat nak tukarkan lampin anak. Ini ada berlaku ye.. memang aku gelak besarlah masa tu, sebab berlaku depan mata.

3. Ramai yang hantar dengan anak masih belum mandi termasuklah aku kadang-kadang tu. Oklah mungkin sebab tak sempat atau anak lena sangat tidurnya. Tapi tolonglah perkara 1 di atas tu jangan buat. Kalau dah belum mandi tentulah mulut pun ada air liur basi yang meleleh. Biasalahkan budak kecil. Apalah salahnya ambil sapu tangan lembab tu dan lapkan mulutnya biar bersih sikit dan cuit-cuit sikit jika ada taik mata melampau.

4. Anak dah buang air besar masa kat rumah lagi. Basuhlah dulu sebelum hantar. Sempat-sempatkan ajelah basuh tu. Bukannya berlaku setiap hari pun. Lainlah kalau buangnya semasa dalam perjalanan ke taska. Terpaksalah dengan senyuman dan rendah suaranya meminta tolong pengasuh basuhkan. Jangan lupa "minta maaf ye kak!", berbahasa sikit bukannya mengarah. Barulah sejuk sikit hati pengasuh yang sedang menerima anak kita dalam keadaan yang sangatlah 'masam' tu.

5. Hantarnya paling awal pagi dan ambil semula anak paling lewat malam daripada orang lain. Tapi bila pengasuh caj OT, macam nak melompat bila mendengarnya. Perkataan mahal dan tak bertimbang rasa pasti muncul. Pengasuh pun bekerja nak cari duit juga. Sebelum hantar dah tentu pengasuh beritahu siap-siap caj OTnya begini, waktu hantar dan waktu ambil. Kadang-kadang taska dah nak tutup pukul 9 malam pun, mak ayah tak juga muncul hingga pukul 10 ke 11 malam. Kesian pengasuh dan kesian si anak.

6. Sudah diberitahu kepala anaknya berkutu dan mohon cuci kepala anak tu tapi tak ada tindakan lansung. Padahnya merebak ke kepala anak-anak orang lain di bawah jagaan pengasuh. Mulalah ibu bapa lain pun jadi marah juga.

7. Anak terkena penyakit berjangkit yang serius seperti 'chicken pox', sakit mata dan sebagainya tetapi masih juga nak hantar anak ke taska. Ambillah cuti demi anak dan tidak menyusahkan orang lain pula. Janganlah jadi hamba kerja sangat.

Ini hanya pengalaman aku yang sering mendengar keluhan pengasuh yang berbeza-beza bagi kelima-lima anak-anak aku. Dah 2-3 kali pindah memang le berbeza. Mereka rajin bercerita dengan aku sebab aku pun rajin menyapa bertanya khabar mereka.

Itu antara tips agar pengasuh sayangkan anak-anak kita yang mereka jaga. Kita kenalah jaga tertib dengan mereka juga. Fahami Do's and Don'ts nya. Jika kita rasa tak boleh nak 'ngam' dengan taska tu, cari saja taska lain yang sesuai.

Itulah cara aku kerana kebajikan dan kesihatan anak-anak sangat penting. Aku tidak akan hantar ke situ lagi jika ada yang tak kena dan sukar untuk aku berkompromi.

Kalau dah dapat pengasuh anak yang baik tu, jagalah hati mereka kerana anak kita di tangan mereka. Hormatilah hak-hak mereka jika kita nak 'demand' lebih dengan mereka. Barulah adilkan...

Bunuh lebah ada caranya! Salah cara jadi kes naya!


Itulah pasal lebah suka, manis dan comel. Risau benar anak saudara aku ni pasal sekumpulan lebah yang menyerangnya. Sebenarnya aku pun tak tahu pasal pantang bunuh lebah ni.


Aku rasa mungkin tak boleh cederakan lebah tu agaknya nanti ada keluar bau yang 'memanggil-manggil' gengnya yang lain. Itu andaian aku je.. jangan cepat percaya.

Sebenar aku memang tak berani nak pijak, picit, lempang atau lenyek lebah ni. Biasanya aku spray je dengan racun serangga macam Ridsect tu. Rupanya betul juga tindakan aku ni. Cuba baca 'Petua Orang Tua : Menghalau Lebah Bersarang di Rumah'.

Ini pula entry yang menyokong kata-kata As Comey tu ; 'Jangan bunuh lebah itu'.

Berhati-hati dengan lebah ni kerana anak sulung aku pernah terkena sengat lebah semasa dia berusia 21 hari hingga demam panas dibuatnya. Maksudnya aku masih lagi dalam tempoh berpantang.

Ini kisahnya :

Pagi itu Aishah asyik menangis saja. Jenuh sudah mak aku periksa apa yang tak kena. Kembung perutkah, laparkah dia. Tetapi tangisan seperti dalam kesakitan.

Mak aku bukakan baju dan seluar dia. Kemudian mak telungkupkan Aishah di riba sambil menepuk perlahan. Ingatkan nak redakan kalau-kalau perutnya sakit. Tiba-tiba mak aku nampak lebam merah yang kecil di bawah betis kakinya. Mak kata macam kena sengat aje ni.

Biasalah mak aku memang pantas bertindaknya. Terus dia telefon jiran sekampung minta sewakan kereta nak ke klinik. Hubby aku tak adalah masa tu sebab kerja di Bangi, aku pula berpantang di Jengka.

Mak saja yang hantar Aishah ke klinik dan aku menanti di rumah. Mak tak bagi pergi. Nak cepat katanya.

Sampai di klinik lansung doktor berikan suntikan dan ubat. Selepas tu barulah Aishah mula berhenti menangis.

Bila dah balik rumah tu, mak aku mencari-cari di sekitar dalam rumah dan terjumpa seekor lebah yang dah tergolek mati. Mak kata nyaris jugalah lebah yang kecil, kalau tebuan lagilah naya. Mana tak naya, bayi baru berusia 21 hari yang terkena sengatannya.

Itu dugaan semasa baru dapat anak sulung. Nasib juga ada mak yang membantu. Dah berusia 16 tahun pun sekarang anak dara tu. Kenangan tu memang tak pernah lupa dan parutnya masih kelihatan sedikit di kakinya.

Kasut comel dan kreatif

Alamak! Alas kaki siapa jadi mangsa ni? Kreatif pun agak-agak le kan.
Ini gambar yang aku jumpa di Google.


Ni kasut baby siapa pulak? Comel sangatkan... di jahit sendiri oleh tokey Amani Beg Kraf.
Setakat ni nampak ada tiga saja, jenguk SINI kalau nak tahu harganya... murah je!


Mode ceria dengan bersalam-salaman


"Selalu kalau pagi-pagi abang salam tak dengan Irfan dan kawan-kawan bila sampai sekolah?", tanya aku pada anak teruna aku yang baru berusia 14 tahun pagi tadi. Memang aku selalu panggil dia dengan panggilan 'abang'.

"Salam! Kenapa mama?", tanya Amirul kembali pada aku.

"Baguslah abang buat macam tu! Mama dulu pun selalu salam kawan-kawan di tempat kerja setiap kali sampai pagi-pagi tu! Mengeratkan lagi persahabatan!", balas aku.

Bagaimana dengan korang pulak. Aku yakin ramai di luar sana yang amalkan bersalam-salaman setiap kali berjumpa rakan-rakan sama ada awal pagi di tempat kerja atau pun di luar pejabat.

Apa bagusnya? Saja nak tunjuk baik? Itu tergantung niat di hati masing-masinglahkan.

Semasa aku bekerja tetap dulu, amalan ini memang telah dilaksanakan di dalam kumpulan aku yang kebanyakannya terdiri dari 90% lelaki (18 orang) semuanya sejak aku mula bekerja di situ pada tahun 1995 lagi.

Mereka salam sesama lelakilah. Aku pulak salam dengan seorang rakan perempuan aku je dan mengucapkan "Assalamualaikum!" pada rakan muslim dan "Good morning" pada seorang rakan berbangsa India.

Situasi ini aku tidak aku lihat tidak berlaku pada kumpulan yang lain dalam jabatan yang sama. Hanya rakan-rakan lelaki dalam kumpulan aku sahaja. Hasilnya hubungan mereka rapat dan saling bekerjasama dan bertolak ansur. Masing-masing saling menghormati dan boleh sama-sama bergurau walau pun berbeza pangkat kerana 18 orang lelaki ini terdiri daripada seorang pengurus kumpulan, jurutera dan juruteknik.

Apa kesan lain daripada bersalaman hari-hari ini?

Bila ianya menjadi kebiasaan setiap hari, maka sukar untuk kita mengelak dari tidak bersalam dengan rakan-rakan kerana ia mungkin menimbul rasa pelik di mata rakan-rakan yang lain. Tentu ada yang tak kena bila ada yang tak mahu bersalam. Adakah dia sedang mengalami masalah atau rasa marah pada rakannya yang lain?

Jadi untuk mengelakkan timbul rasa pelik rakan-rakan, dia mungkin memaksa dirinya untuk bersalam. Bukankah ini dapat membuang keegoan dan kerasnya hati kita. Bersalaman umpama kita saling bermaafan, menghormati, merendah hati dan bertolak ansur dengan orang lain setiap hari. Kadang mampu memadamkan api kemarahan jika salam disertakan dengan senyuman.

Bak kata Encik Azfar Roslan dalam fbnya

Siapa yang dah terbiasa, teruskan amalan ini. Kalau yang belum, bolehlah mula bersalam dengan rakan sekerja setiap pagi. Mula-mula mungkin terasa segan, lama-lama tentu biasa. Pasti ianya akan menimbulkan suasana yang ceria. Insyaallah!!

p/s : Part paling best, setelah beberapa lama bersalaman ini menjadi amalan yang merebak ke semua kumpulan dalam jabatan itu. Terima kasih teman-teman!

Sunday 26 February 2012

Mana ada anak haram, semua anak yang lahir suci semuanya!

Gambar dari SINI, bincang perkara yang sama
Aku tertarik dengan artikel 'Aibkan bayi' di blog Borak Kosong. Setuju atau tidak dengan saranan yang terkandung dalam artikel itu memang secara peribadinya aku tak kisah pun dengan mereka yang berbin atau berbintikan Abdullah.

Seorang rakan aku semasa kerja dulu pun pernah jadi bahan lawak aku juga sebab nama bapanya Abdullah. Dia pun tahu gurauan aku tu bukan nak aibkan dia, sekadar mengenakan orang lain juga.

Bila ada pekerja baru yang masuk pasti akan bertanya pada aku "Dia tu cina ke?".

"Ha'ahh... dia tu mualaf!", jawab aku dengan nada serius.

Kadang-kadang begini pula jawapan aku "Nenek dia dulu cina...!".

Wajah rakan aku tu memang iras cina pun. Kebetulan pula dia lebih kerap berbahasa Inggeris semasa briefing  pukul 9 pagi. Jadi ramailah pekerja baru yang percaya dengan kelentong aku tu. Dan mereka pun tak berani nak bertanya dengan empunya badan kerana wajahnya kelihatan serius tapi baik sebenarnya.

Bila aku ceritakan apa yang kelentongkan pada rakan aku tu, dia cuma ketawa dan cuma berkata "You ni, kenakan orang je?". Apa nak buat, nama ayahnya kebetulan Abdullah juga.

Berbalik pada artikel Borak Kosong tadi, aku setuju dengan kata-kata  dalam dalam salah satu perenggan "Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku ialah kakitangan di JPN pula sibuk meminta pelbagai dokumen daripada ibu atau bapa, termasuk mempertikaikan taraf perkahwinan seseorang yang tidak sama mengikut waktu kelahiran anak".

Bila anak tak saf taraf nak kahwin, kenapa perlu banyak halangan. Rujuk saja ikut hukum syarak yang dah cukup garis panduannya. Selalu yang berlaku si anak pula yang menanggung azab daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh ibu dan lelaki yang menjadi penyumbangnya juga.

Baca 'Dilema Anak Luar Nikah : Apakah Dosa Mereka?'.

Saturday 25 February 2012

Dah duduk berjiran, bertegur sapa dan berbudi bahasalah kita!

Pagi-pagi dalam pukul 7.15 pagi aku hantar Asyikin,12 tahun pergi tusyen dan Azri,10 tahun pula ada aktiviti kokurikulum. Dua-dua ke lokasi yang sama iaitu di SK Bandar Seri Putra. Nanti pukul 11 pagi baru mereka akan balik.

Hubby pun cuti, aku pun ajak di sarapan bersama di kedai makan jiran aku ; Restoran D'Laden. Kami pergi bertiga je termasuk si kecil, Arif. Dua orang lagi anak aku, yang sulung dan kedua tidur semula selepas solat subuh tadi. Takpe, balik sarapan nanti mama kejutkan korang. Tak produktif kalau bangun lewat-lewat ni.

Sampai di restoran aku nampak cikgu Azlina dengan baby sulungnya. Baru berusia 3 bulan katanya. Comelnya! Aku dukung si comel. Arif memegang tangan ayahnya sambil menjeling aku. Jealouslah tu! Sempat bertanya khabar sekejap. Cikgu Azlina pernah mengajar anak aku yang sekarang sudah pun di tingkatan 2 dan kini sedang mengajar Asyikin dan Azri juga.

Sedang aku leka bersarapan, tiba-tiba bahu aku di sentuh oleh kak Roslimah. Dia bertanyakan sama ada aku hadir mesyuarat PIBG di SMK Bandar Seri Putra atau tidak. Nyaris dia ingatkan sebab aku benar-benar terlupa. Kak Roslimah dan suaminya jarang gagal menghadirinya setiap tahun sama ada di sekolah rendah atau pun di sekolah menengah anak-anaknya. Itu yang aku suka tu... memang mereka ibu bapa yang sangat perihatin.

Gambar dari blog suami kak Roslimah... comel je!

Kemudian ternampak pula rakan aku masuk restoran bersama ahli keluarganya. Rakan baik sejak sekolah menengah lagi. Selalu aku ceritakan tentang dia, antaranya dalam entri 'Baru teringat terus muncul depan mata'. Sempat bersalaman dan bertanya "bila kau nak dating dengan aku lagi?".


Seronok pulak rasanya bila pergi makan terjumpa dengan ramai insan yang aku kenali dalam satu masa. Masyarakat dalam Bandar Seri Putra ni agak rapat yang majoriti penduduknya Melayu. Aku mula mengenali mereka bila hadir ke sekolah anak-anak atau pun facebook. Berbeza jika di Bandar Baru Bangi pula ramai yang aku kenali kerana mereka teman-teman di tempat kerja dan juga jiran-jiran dekat-dekat rumah saja.

Meriahkan bila dapat tinggal dalam suasana masyarakat yang mesra. Sebab itulah aku ada rasa tak senang jika ada yang tidak menghormati semasa di jalan raya dalam kawasan Bandar Seri Putra ini. Apa yang sering terlintas di fikiran aku biasanya "kau nak sombong-sombong sangat kat jalan ni kenapa? Esok lusa terjumpa semula! Bandar Seri Putra ni kecik je pun!".

Manalah tahukan esok lusa entahkan aku ni yang pernah kurang sopan semasa di jalan raya di Bandar Seri Putra ni duduk sebelah aje dengan orang yang pernah terkena dengan aku tu. Pernah sama-sama menghadiri mesyuarat PIBG sekolah, sukan sekolah anak-anak dan pelbagai aktiviti masyarakat setempat. Tapi bila dia ternampak kereta aku mungkin dia ingat "kereta ni lah yang kurang ajar dengan aku kemarin!". Elok ke macam tu?

Friday 24 February 2012

Mai dari Siam, lalu ikut Penang...

Kak Dinas pun sayang kat aku jugak. 
Ingat Kak Dinas nak bagi kat hang sorang ke JeBateja?

Dua hari lepas aku terima fridge magnet comel ni daripada Kak Dinas.
Mai dari Siam... Tak dapat pi Siam, dapat ole-ole dari Siam pun jadilah.


Terima kasih Kak Dinas atas ingatanmu itu. Aku sangat terharu...

Aku tanya posmen "Apa pulak? Tak de order barang pun!".

"Jamu ke kak?", tanya posmen tu kat aku semula. Akukan biasa ambil stok jamu untuk blog Adzrien Shoppe, jadi posmen tu dah biasa sangat le.

"Ish... takkan kecik sangat..", La... dari Kak Dinas rupanya. Anak aku ambil terus di tampalnya ke peti sejuk.

Murah je nak banding dengan kualitinya yang bagus

Set make-up Farmasi Colour Cosmetics. Aku curi gambar ni dari facebook anak saudara sepupu aku. Maknanya anak saudara aku jugalahkan.

Kiri sekali ada 4 bulatan warna tu Soft Touch 4 Colors Eye Shadow, biji-biji bulat halus tu pula Pearl Blusher, bekas bulat ada warna biru tu pula Soft Touch Mono Eye Shadow dan ada berus disertakan.

Kos semua termasuk pos dalam RM110 je rasanya. Ikut kiraan akulah berdasar harga tertera pada link produk tu.

Hanya RM110 untuk dapatkan produk yang sama seperti artis-artis pakai dan mak andam gunakan untuk andaman pengantin.

Mengapa mereka memilih produk ini sebab ianya sangat berbaloi untuk poket kita. Murah dalam lingkungan saingannya dan berkualiti.

Jimat pulak tu, oles sedikit saja dah ada warnanya dikulit kita. Tak perlu nak oleskan banyak kali pulak. Harga murah, jimat penggunaan. Memang berbaloilah.

Perkara paling penting, produk dari Turki ini boleh digunakan tanpa was-was kerana ianya halal. Lihat SINI.
Halal Certificate for Farmasi Colour Cosmetics
Elemen Halal Farmasi Colour
Farmasi Colour Cosmetics

Dia ingat dia sorang je yang ada. Gurau je!

Aku pun ada juga set aku sendiri. Paling suka dengan foundationnya. Bukan mudah nak cari foudation yang sedap pakai tapi harga murah. Sekarang aku pakai High Performance Foundation, sesuailah untuk aku yang dah berusia lebih dari 30 tahun ni.

Kadang-kadang aku tak pakai pun foudation tu tapi aku lembapkan dulu muka aku dan terus sapu Silky Compact Powder tu. Buat macam foundation pulakkan. Tokey tak ajar, aku sendiri bikin je.


Ini aku punya set. Jangan terkejut tengok warna True Color Lipstick tu. Memang merah terang pun. Biasanya aku sapu sikit je dan campur sikit dengan Gleam Rouge Lip Gloss yang warnanya agak natural. Tak ada dalam gambar pun.

Tokey kedai suruh aku pakai Eye Pencil warna hijau. Cuba ajelahkan! Selalu pakai warna hitam atau coklat. Boleh juga lukiskan sebagai satu line atas mata, lagi kemas.

Paling best nak bawa ke mana-mana kalau nak cuci muka tentulah Wet Wipes dalam bekas plastik putih yang ada gambar awek kat depan tu. Lap je keliling muka tu, memang bersih dari segala kotoran terutama kalau nak hilangkan kesan-kesan eye shadow dan eye pencil tu.

Tak make-up? Tak mengapa, boleh juga gunakan warna-warna yang natural agar wajah nampak segar.

Kalau nak tengok real product, tanyalah tokeynya kalau-kalau dapat jenguk lokasinya di rumah je. Busy nak exam maka tak sempat nak jaga kedai pun. Tapi kalau nak order online pun tak jadi masalah juga.

Nak diskaun lebih? Jangan minta dengan aku. Korang bodek-bodeklah tokey tu sebab dialah tokey, dia jugalah kulinya... he..he..

Orang lelaki pun boleh beli, jangan korang pakai pulak. Boleh hadiahkan untuk teman wanita, ibu, isteri, kakak atau mana-mana wanita yang korang sayang. Tiada hydroquinone yang boleh merosakkan wajah tu ye!

Thursday 23 February 2012

Asyik mengutuk je! Pujilah sikit!

Selalulah orang pesan kat kita dan kita pun ada juga pesan pada orang lain 'bila buat sesuatu tu biarlah ikhlas tanpa mengharapkan balasan'. Kalau aku ni ikhlas cakaplah, tengok perkara juga. Kalau ikhlas membabi buta ni kira agak-agaklah logiknya ye!

Bila melibatkan urusan orang dewasa ni kadang aku kira biar dialah. Buruk dan baik nilailah sendiri. Masing-masing sudah dewasa untuk bertindak ikhlas atau sebaliknya. Bila macam tak ikhlas, kalau dinasihat nanti takut meroyan pulak. Eiii... ngeri aku tengok orang meroyan tak tentu pasal ni.

Tapi bila berurusan dengan anak-anak kecil dan remaja yang sedang mengenal erti hidup, kadangkala mereka sangat mengharapkan pujian sebagai tanda penghargaan. Bila mereka dah mengungkit nanti kita kata maknanya tak ikhlas pula.


Biasalah anak-anak yang sedang membesar, perlu ada bimbingan dan nasihat dari mereka yang dewasa. Jadi sebagai orang dewasa rasanya susah sangatkah kita nak beri pujian atas perkara baik yang telah mereka lakukan. Terutamanya anak-anak kita sendiri.

Ada orang mudah memberi pujian (compliments) dan ada juga yang hanya tahu mengutuk (condemns).

'Condemns' atau 'compliments' yang selalu kita berikan pada anak-anak?

Bila ada perkara baik yang dia buat, patutkah kita berikannya 'compliments'? Dan bila perkara tak bagus dia hasilkan, perlu jugakah kita berikannya 'condemns'? Mungkin patut dan mungkin juga tak patut. Lihat situasi dan penyebab juga. Pandai-pandailah kita menilai dan terus belajar bagaimana cara menilai sikap anak-anak.

Apa yang sering berlaku orang dewasa lebih kerap memberi 'condems' berbanding 'compliments'. Aku tersilapkah? Bagi yang dewasa, bayangkan situasi kalian semasa remaja dulu. Bila ada yang tersilap sikit saja, mudahnya orang dewasa seperti guru, warden, ibu bapa, driver bas, makcik kantin, polis dan siapa-siapa sahaja mereka yang dewasa mula menyalahkan dan lagi sakit bila mengutuk kita tanpa menyelidik situasi sebenar.

Bukan semua, tetapi memang ada orang yang suka menilai sesuatu dengan pantas dengan hanya melihatnya kali pertama.

Rasanya biarlah kita bertindak adil. Tidak perlu nak mencari anak remaja lain untuk kita meletakkan di mana kedudukan 'condemns' dan 'compliments', cukuplah bertindak wajar dengan anak remaja sendiri.

Hargai anak-anak bila mereka berbuat baik dengan meluahkannya secara lisan atau perbuatan yang kita maksudkan sebagai 'compliments'.

Tegur dengan baik dan adil bila ada kesilapan yang mereka lakukan. Bukan 'condemns' tetapi 'comments' yang membina.

Janganlah hanya 'condemns' saja yang anak-anak dapat tetapi susah benar dia nak mendengar 'compliments' dari ibu bapanya. Lagi bagus bila 'comments' diberi sekali dengan cadangan membina dan dapat membantu anak-anak berfikir dengan lebih baik.

Pernah dengar luahan hati ini? "Tau salahkan orang je, memang saja nak cari salah kita. Bila kita buat baik tak pernah puji pun!". Termenung sekejap nak memikirkan maksud ayat tu... he..he..

Bengkak kecil rupanya bernanah besar di dalamnya


Entry ni patut aku post 2 minggu lepas, tapi mencari usb kabel dari handphone ke laptopnya tak jumpa. Itulah kalau letak merata-rata. Lepas tu cepat lupa pulak tu.

Kisah ni tentang tokey kedai buku dan alat tulis di Bandar Seri Putra yang bersebelahan saja dengan Restoran Haji Tapah. Aku selalu beli surat khabar di kedainya.


Tetapi bulan lepas aku tengok kedainya kerap benar tutup. Tak pasti berapa lama tetapi rasa macam sebulan jugalah. Kadang aku suka juga top-up kad tol Touch n Go aku di kedainya. Bukan tak ada kedai lain tapi tolong kawan. Padahal aku tak tau pun nama tokey tu. Cuma bila membeli tu sempat juga menyapa.

Jadi bila suatu hari tu aku tengok kedainya dah buka lansunglah aku bertanya "lama tak buka kedai bang!".

"Haaaa... inilah nak ceritanya!", balas tokey kedai tu.

Lalu dia tunjukkan aku gambar dari handphonenya, "mula-mula dia jadi macam ni!".


Setompok lebam merah di belakang badannya. Bila ditekan-tekan terasa sakitnya. Lalu dia pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan.

Namun terkejut dia bila doktor kata ianya perlu dibedah kerana sudah ada nanah di dalamnya. Bila ditekan-tekan pun kelihatan lembik sedikit dan bergerak-gerak.

Pembedahan memakan masa hampir 4 jam rasanya. Inilah rupanya.


Wow! Besarnya! Sebesar sebelah telapak tangan. Doktor membuang segala nanah di dalamnya. Siapa sangka keadaannya serius tahap begini. Ngeri aku tengok tapi nak tengok juga.

Selepas dua minggu, keadaan luka pembedahan mula beransur pulih dan mengering.


Setiap minggu sebanyak tiga kali dia perlu pergi check lukanya di Hospital Putrajaya. Biasanya awal pagi dia akan ambil dulu semua surat khabar yang ditinggalkan oleh pengedar di depan kedainya ke dalam kereta anaknya. Kemudian barulah anak perempuannya akan menghantarnya ke hospital.

"Kesian abang ye, kalau saya free boleh juga saya tolong jaga kedai!", gurau aku. Dia ketawa saja.

Doktor kata mungkin kerana duduk terlalu lama dan peluh terperangkap di belakang badannya. Siapa sangkakan. Tapi itulah yang telah dia alami. Badannya memang gempal. Katanya dulu dia kurus saja semasa zaman mudanya. Peminat lumba kereta ni. Kalau ke kedainya adalah terpampang gambarnya di dinding bersama pelumba-pelumba kereta F1 dunia. Nak sebut nama pun aku tak tau. Lain kalilah agaknya aku sharekan gambarnya.

Entri ini pun aku buat atas izinnya untuk jadi peringatan buat kita semua. Sebab tulah dia sudi kongsikan gambar-gambar ni dengan aku.

Wednesday 22 February 2012

SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi terbakar

"Mama! Tadi ada kebakaran kat sekolah! Pukul 4 pagi! Ayah kawan akak yang kerja jadi bomba ada datang!", pantas saja anak dara aku yang sulung bercerita sebaik melangkah masuk ke dalam kereta. Anak maklah katakan, mulut peramah nak bercerita.

"Kat area mana yang terbakar?", aku pun nak tahu juga.

"Koperasi sekolah!", jawab Aishah.

"Dah la banyak buku dengan kertas-kertas kat situ, lagi cepatlah terbakar! Cikgu pesan jangan ada yang nak ambil gambar pulak!", tambahnya lagi.

He.he.. macam mana nak ambil gambar ye, kamera tak ada dan hanphone pun tak ada. Tapi manalah tahu kalau ada murid yang seludup handphone ke sekolah.

Ini laporan di Portal Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, klik SINI.

Syukur tiada siapa yang tercedera. Anak aku kata surau lelaki pun terkena sikit. Nyaris jugalah kedai koperasi ni dibina berasingan dari bangunan sekolah di tepi pagar. Kalau tidak tentu merebak lebih teruk lagi.

Tuesday 21 February 2012

Kemalangan di lorong Smart Tag Tol Bandar Baru Bangi


Eh! kenapa teruk sangat jem kat tol ni? Jam pukul 2.20 petang, 21 Februari 2012.


Ada kereta model Gen 2 warna oren terbalik dalam lorong Smart Tag. Macam biasa nampak je plet kereta ni. Suspen aku!


Satu persatu kelihatan mereka megeluarkan mangsa. Nampak ada 2 kanak-kanak perempuan usia lingkungan 6 ke 7 tahun bertukar ke kereta kancil putih di sebelah kiri.


Ada baby dalam pelukan si ibu. Meleleh darah dari dahi si ibu di kiri dan kanannya. Masih gagah bercakap dengan lelaki di depannya dengan riak muka yang kelihatan sebak.


Ngeri aku tengok! Nampak seperti baby ok saja. Sebaik aku melepasi bayaran tol tunai, ada sebuah lagi kereta berwarna hitam di atas trak tunda yang remuk sepanjang pintu depan dan belakang sebelah kanan. Tak sempat nak ambil gambar pun sebab aku sedang memandu kereta gear manual sendirian pula.

Apa sudah jadi? Berebut lorong ke? Biasanya aku selalu guna lorong Smart Tag, tapi sebab kredit dalam kad belum top-up, bayar tunai sajalah.

Aku dalam perjalanan nak ambil anak sulung balik dari sekolah. Bila aku pusing untuk balik semula nampaknya semuanya dah bersih. Baguslah! Cepat pihak Plus buat kerja. Bila aku tanya awek jaga tol, accident sendiri katanya. Eh! boleh macam tu ye? Macam mana ada 2 buah kereta yang terlibat. Nyaris tak dilanggarnya pondok tol yang ada pekerja.

Hati-hatilah memandu dan beralahlah jika perlu untuk elak kemalangan. Lebih-lebih lagi bila ahli keluarga turut bersama ada dalam kereta, perlu lebih cermat memandu.

Aku pun nyaris nak kemalangan juga semalam bila tiba-tiba tayar kereta membuang ke kiri sedikit akibat jalan berair. Nyaris kereta di sebelah kiri agak jauh sedikit di belakang. Kalau tidak memang aku hentamlah keretanya di bahagian pemandu. Seriau sekejap aku dibuatnya. Amaran untuk diri sendirilah tu!

Kenangan indah melayan si comel



Hampir setiap hari Yana dan Ujang menghantar status comel tengah budak kecik yang memanglah sangat comel di wall facebook mereka. Tapi status yang kat atas ni paling menggoda aku. Terbayang-bayang bagaimana comelnya si kecil tu  menggeletik manja. Geramnyaaa....

Itulah berbunganya hati si ayah bila mendapat anugerah dari Allah yang tiada tara nilai bandingannya.


Tidak kiralah lahirnya anak yang ke berapa pun tetapi ianya adalah satu perasaan yang sangat indah bila melihat keletahnya. Apatah lagi bila mendapat cahaya mata yang pertama. Sangat indah bagi mereka yang benar-benar menghargainya.


Biasalah tu Ujang, baby memang kerap berak awal-awal kelahirannya.


He..he.. ada teknik juga masa nak tukarkan diapers baby ni. Jangan biarkan terbuka walau pun untuk seketika, mungkin nak ambilkan minyak atau ubat sapunya ke. Dia boleh 'buang bila-bila masa saja. Pastikan ada pelapik getah atau plastik di bawah punggungnya. Lakukan penukaran diapers dengan pantas tetapi lembut ye.

Komen sikit di wall facebook Yana..

Setakat ni cukup dulu kot dengan 5 orang baby kat rumah aku ni. Baby-baby aku dah pun berusia 16 tahun, 14 tahun, 12 tahun, 10 tahun dan 3 tahun. Tak tahulah kalau tiba-tiba teringin nak menambah yang ke-6. Usia pun dah 39 tahun. Apa pun rezeki Allah yang tentukan.

Ini gambar yang aku edit tahun 2011, umur kurang setahunlah tu... dari entry INI.

Terima kasih Yana dan Ujang yang berkongsi pengalaman melayan baby di facebook masing-masing. Bagi aku ianya sesuatu yang sangat bermakna dan indah untuk dikongsikan. Sama-sama bertukar rasa dan pandangan sesama teman.

Jika nak menambah lagi ilmu tentang si comel, boleh jenguk dan like terus page facebook Huggies. Boleh juga suarakan pendapat dan pertanyaan di situ.

Cara letak motorsikal yang betul, wajib ikut!


Kaizen/improvement/baikpulih yang menarik perhatian aku semasa pergi ke pejabat hubby.

Kelihatan simple tapi menarik bagi aku kerana sudah menjadi habit biasanya kita suka park motor guna tongkat satu. Ini menyebabkan motorsikal menjadi senget sedikit.


Bila senget maka susah sikit orang lain nak parking di sebelahnya dengan susunan yang teratur. Adakalanya susah pula orang lain nak keluar parking, terpaksalah badan pun ikut menyenget.

Rakan hubby, JeBateja mungkin amalkan ni sebab kadang-kadang tu dia merempit dengan motor juga bila ke tempat kerja. Kalau tidak, dengan MyVi comelnya yang berbunyi hon kapal laut itulah.

Ini pulak cara parking yang betul di tempat kerja JeBateja. Wajib follow, kalau tidak nahaslah diaorang tu... he..he..

Monday 20 February 2012

Tolonglah jangan saman..

 Laju sangat ke aku bawak? Tolonglah jangan saman!

Maaf! Pinangan kamu tak diterima!

Ini kata-kata yang aku kongsikan dari sumber facebook dengan korang semua tentang merokok :

"Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?


Sebabnya :
✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!"

Betul ke tidak sebab-sebabnya tu aku tak berapa pasti pulak. Cuma yang aku pasti merokok ni merbahaya untuk jangkamasa panjang umpama mengumpul penyakit atau mengumpul nahas dalam hidup.
Benarlah peribahasa yang mengatakan 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit' iaitu mengumpul sesuatu sedikit demi-sedikit lama-lama ia akan menjadi banyak.

Baguslah kalau yang dikumpul tu sesuatu yang berharga dan bernilai seperti duit, harta, ilmu yang bermunafaat atau pun amal ibadat. Dapat juga menjadi bantuan untuk kita di masa susah nanti.

Tapi kalau mengumpul asap rokok setiap hari di dalam dalam paru-paru kita, maka beginilah jadinya. Gelinya aku tengok... hitam je! Bagaimana pula paru-paru kita nak berfungsi dengan baik. Kena pulak yang mengumpulnya sejak zaman sekolah hinggalah dewasa dan bersambung hingga semakin tua. Memang lumayan hasilnya.

Gambar sumber facebook
Setahun ada 365 hari, takkanlah sehari hisap sebatang rokok sahaja. Tentulah bilangannya berganda-ganda lagi.

Setiap sedutan rokok memusnahkan anda :


Don't break my heart!

Bilakah agaknya remaja yang aku lihat kelmarin akan berhenti merokok?

Antara ciri utama aku sewaktu memilih suami dulu adalah seorang yang tidak merokok. Itu adalah ciri yang patut ada selain daripada berugama, bertanggungjawab dan comel (ops!).

Pernah seorang rakan aku bercerita bagaimana ayahnya menolak pinangan seorang lelaki untuk adiknya dengan hanya kerana satu soalan ini "Awak merokok?". Dan lelaki itu menjawab "Ya!".Akibat jawapan 'Ya' itu, lelaki itu tidak diterima menjadi menantunya. Itu bagi yang benar-benar tegas dalam memerangi rokok. 

Syukurlah menantu mak dan arwah ayah aku yang lelaki tidak merokok semuanya. Bukan sebab terpaksa melalui soalan seperti rakan tadi, tetapi sememangnya kami 3 beradik perempuan tidak memilih lelaki yang merokok.

Aku tak suka asap rokok kerana boleh buat aku lemas, sakit kepala dan baunya yang merimaskan boleh melekat pada baju aku juga. Persekitaran menjadi tidak sihat untuk bernafas.

Saturday 18 February 2012

Rokok dan cengkerama dalam uniform sekolah di restoran mamak

Gambar dari SINI
Agak menyakitkan mata bila melihat sepasang kekasih yang sedang bermain lawan gusti tangan di satu sudut restoran bahagian berhawa dingin. Pasangan perempuan masih lagi bertudung sekolah... alahai gedik je aku tengok. Sajalah tu trick nak pegang tangan lalu main-main gusti tanganlah konon.

Rakan anak aku kata "budak perempuan tu budak form 4". Apalah perasaan ibu ayahnya melihat anaknya balik lewat yang disangka ada aktiviti di sekolah, rupanya bercengkerama dengan pakwe di restoran mamak. Restoran tu ada bahagian yang terbuka dan juga ruang yang berhawa dingin.

Bila dah nak balik dan masuk kereta, rakan anak lelaki aku kata "tadi diaorang macam nak cium je!".

"Laaa... kenapa tak bagitahu acik tadi? Nak je acik sergah!", balas aku.

Itu kejadian pada 14 Februari baru ini, lupa aku nak ceritakan kelmarin. Meraikan Valentine's Day agaknya... Ishh.. tak sukanya aku.

Situasi ini pula dah 2 kali aku melihatnya di mana sekelompok pelajar lelaki yang masih beruniform baru saja selesai bersarapan di retoran mamak yang sama. Berkepul-kepul asap rokok dihembus. Sakitnya mata aku melihatnya. Jam sudah pun pukul 7.30 pagi sedangkan loceng berbunyi pada pukul 7.20 pagi.

Selepas itu barulah mereka bergegas menaiki motorsikal masing bergerak ke sekolah. Harap mereka memanglah ke sekolah.

Hal ini berlaku di restoran mamak yang satu ini saja. Seingat aku tak nampak pula keadaan yang sama di restoran-restoran lain sekitar taman perumahan di tempat aku ini.

Bila aku tanya pada pekerja di situ "Kenapa tak tegur?".

"Tak boleh tegur! Hal diaorang kita tak boleh campur!", kata pekerja yang memang biasa juga menegur aku setiap kali aku ke restorannya.

"Oooo... kau bersubahatlah ye!", komen aku. Tersengih saja dia.

Risau aku tengok anak-anak remaja yang bukan saja tak sayangkan diri sendiri tetapi sudah tiada rasa malu lansung dengan masyarakat sekeliling. Terang-terangan begitu bangga melakukannya. Mungkin sebab masyarakat tidak sepakat untuk menegur.

Kita nak menegur anak orang mungkin susah. Jadi pakat-pakatlah kita mengawal dan perihatin dengan aktiviti anak-anak kita. Insyaallah jika semuanya sepakat, dapatlah kita kurangkan gejala sosial yang tidak sihat ini.

Aku risau kerana aku ada 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan yang sedang membesar. Sikap masyarakat sekeliling juga punya potensi untuk mempengaruhi kehidupan kita.

p/s : Restoran depan tangki air di Bandar Seri Putra... 24 jam dibuka.

Tiada guru siapalah kita.. terima kasih yang tak terhingga!


Pagi Sabtu ini kena hantar anak ke sekolah seperti biasa. Hantar seorang saja pun kerana ada kelas tambahan bagi murid tahun 6 di sekolah. Asyikin bakal menghadapi UPSR tahun ini.

Tahun ini pihak sekolah mengadakan tusyen awal pagi Sabtu, 7.20 pagi sama seperti hari-hari persekolahan biasa hingga ke pukul 12.30 tengahari. Aku setujulah awal-awal begini. Kalau lewat-lewat pun nanti rajin bangun lambat pula. Lagi pun jika ada agenda keluarga seperti nak balik kampung ke, tak perlulah nak tunggu lama untuk mula atau terpaksa ponteng tusyen.


Semalam Cikgu G atau ringkasannya CG dah bagi peringatan awal-awal tentang adanya tusyen pagi ini. Inilah yang dikatakan facebook digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah.

Syukur atas keperihatinan dan usaha para guru di sekolah tempat anak-anak aku belajar yang begitu aktif berkomunikasi dengan para ibu bapa melalui facebook. Kedua-dua pihak memang patut terlibat dalam usaha mencapai target keputusan UPSR yang cemerlang.

Terima kasih cikgu.... teringat cikgu-cikgu zaman aku di sekolah rendah dulu.


Inilah respon guru-guru aku semasa di sekolah rendah dulu. Memang hubungan kami anak-anak murid dengan para guru rapat. Hingga kini pun mereka masih sudi datang ke Jengka 16 jika ada menerima jemputan majlis-majlis perkahwinan dari peneroka di sana. Itulahkan, bukan dengan murid-murid saja tetapi para ibu bapa pun tak lupa dengan mereka. Masih ada lagi beberapa guru yang aku sedang jejak kasih.


Ish... perasan lebih pulak aku cikgu dok puji aku murid baik... kononnya. Padahal nakal dan banyak loyar buruk juga. Itulah cikgu Khalib guru kelas darjah 6 yang sangat sempoi. Pasangan suami isteri yang galamour, kacak dan jelita, Cikgu Latifei dan Cikgu Fausiah yang juga guru disiplin yang banyak beri aku dorongan dan tunjuk ajar semasa aku jadi Ketua Pengawas dulu. Macam ketua budak nakal pun ada, itu yang Cikgu Latifei selalu sergah aku..he..he.. Sergah cikgu Latifei yang sangat berhemah, ingat sampai sekarang.

Cikgu Hairanah tak respon pula, sibuk agaknya. Cikgu Hairanah mengajar aku semasa di darjah 1 yang mula kenalkan aku dengan huruf A hingga Z, nombor 1 dan seterusnya hingga aku pandai mengira. Love you cikgu Hairanah!

Benarlah bak kata rakan blogger aku tu "Tiada guru siapalah kita :(".

Friday 17 February 2012

Senyum! Jangan tak senyum!


Kadang senyuman kita dapat menceriakan hati orang lain yang mungkin tak berkenaan dengan kita.
Senyum buat wajah berseri, senyum sorang-sorang... he..he..





Diana ada jual ikan segar di blog senyum-senyum... jom pilih!

Henry Ford cipta kereta masa nenek baru lahir !


Gambar dari SINI

Dah baca entry 'Kusangkakan anak dara sunti, rupanya nenek dah bercicit.. Alahai!'?

Istimewanya nenek ini kerana dia sebenarnya merupakan insan tertua di negeri Perlis seperti yang tercatit dalam rekod JPN. Alhamdulillah, panjang umur nenek ni. Moga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya. Besarnya pahala anak-anak dan pewarisnya yang sentiasa mengambil berat akan dirinya.

Dan hal lain yang istimewanya juga, kalau korang perasanlah dalam entry sebelum tu ; sejak dia kecil lagi semua orang akan memanggilnya 'Puan'. Semasa dia masih bujang pun memang kena panggil 'Puan' jugalah.

Kalau dilihat pada nombor kad pengenalannya ada tanda asterisk,* di hujungnya ; 960412-02-0058* kerana dia bukanlah lahir pada 1996 seperti yang disangka tetapi 1896. Anak aku pun lahir tahun 1996 juga tapi tak adalah tanda asterisk,* tu. Bukan Asterisk Boutique tau!

Kereta pertama oleh Henry Ford tahun 1896, sumber SINI

Kereta keluaran Ford tahun 2012, sumber SINI
Maknanya bukan juga kesilapan pegawai yang menaipnya, sistem dah begitu mengambil dua digit tahun terakhir. Maafkan aku dan ramai lagi yang tersalah sangka. Tapi kesusahan tertanggung pada nenek tu. Pihak JPN tak terangkan ke masa kad pengenalan tu diambil kelmarin. Buat keterangan bertulis pun ok juga.

Cadangan aku, lepas ni nombor kad pengenalan taip panjang teruslah agar lebih jelas lagi seperti 1896020058 dan abaikan tanda sengkang tu. Panjang ke? Tak panjang mana pun aku rasa. Nombor kad kredit atau nombor akaun bank lagilah panjang namun tetap unik pada orang tertentu juga. Sama banyak dengan bilangan digit nombor handphone.

Inilah berita dari mStar Online :

Khamis Februari 16, 2012 

Puan Binti Ahmad Sebenarnya Warga Paling Tua Di Perlis

KANGARBukan 15, tetapi 115 tahun. Itulah usia sebenar warga emas Puan binti Ahmad, yang bacaan tarikh lahir pada MyKadnya menggambarkan beliau dilahirkan pada 12 April 1996. 


Hakikatnya, pemilik MyKad bernombor 960412-02-0058* itu dilahirkan pada 1896 dan disahkan sebagai penduduk paling tua di Perlis berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 


Menjelaskan perkara itu kepada media di sini Khamis, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, nombor yang tertera pada MyKad warga emas berkenaan adalah berasaskan rekod sebenar JPN. 


Disebabkan beliau lahir pada 1896, maka nombor pada MyKadnya juga bermula dengan 96 seperti kesemua pemegang MyKad yang lahir pada 1996, kata Md Isa yang mengunjungi warga emas itu pada Khamis. 


Katanya, beliau mendapatkan penjelasan itu daripada JPN selepas mendapat tahu mengenai Puan yang menghadapi pelbagai masalah ekoran kekeliruan nombor MyKad tersebut, termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). 


Susulan itu juga kata Md Isa, warga emas berkenaan telah disenaraikan sebagai penerima BR1M pada Sabtu ini. 


Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilapor bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-16 pada 12 April ini ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu. - BERNAMA


Thursday 16 February 2012

Dari Deutschland ke Bandar Baru Bangi

Dua hari lepas aku berjumpa dengan seorang blogger comel di Bandar Baru Bangi. Blogger yang merupakan rakan sekolah adik aku, Asterisk Boutique sejak zaman sekolah rendah lagi.

Catatan dari Deutschland, itulah nama blognya. Dia menetap di German dan balik bercuti ke Malaysia untuk sebulan dua saja rasanya. Bila dah balik tu memang sibuklah dia ke sana ke mari melawat teman-teman dan saudara mara.

Walau pun kami dulu pernah menetap di kampung yang sama di Jengka 16, Pahang di zaman kanak-kanak tetapi inilah kali pertama aku berjumpa dia. Selama ini hanya mendengar namanya saja dari mulut adik aku. Rakan baik tentulah selalu disebut-sebutkan.

Bila melawat adik aku, sempatlah memborong tudung-tudung jualan Asterisk Boutique. Cadangnya nak beli sehelai dua, jadi rambang mata terlebih memilih katanya. Berjumpa dengannya pun kerana ada barang yang di beli dari kedai online aku, Adzrien Shoppe.

Kebetulan dia baru saja mengambil ibunya yang tiba dari Jengka di hentian Pekeliling, KL. Maka dapatlah aku bersalaman dengan ibunya yang pasti mak aku pun mengenalinya. Rumah kami bukanlah dekat sangat semasa di Jengka tetapi adat tinggal di kampung, walau pun jumlah penduduk mencecah angka 400 buah rumah (kalau tak silap akulah)  masing-masing masih dapat mengenali antara satu sama lain.

Terlihat kedutan di wajah ibunya yang menandakan usia semakin lanjut. Tetapi masih gagah datang ke KL dengan menaiki bas seorang diri. Samalah macam mak aku dulu. Aku pun dah lupa benar bila kali terakhir pernah terserempak ibunya tetapi aku cam benarlah wajahnya tu. Usia aku pun dah 39 tahun, bayangkanlah dah berapa tahun beza dengan usia zaman sekolah dulu. Aku pun jarang berada di Jengka sejak masuk ke sekolah menengah kerana tinggal di asrama.

Siti Hajar namanya, aku panggil Hajar tetapi adik aku panggil dia Siti. Kecil molek orangnya tetapi berjiwa kental. Balik negara sendiri macam terkena kejutan budaya pulak dia.. he..he.. korang baca sendirilah entrynya Hujan Batu di Negara sendiri.

Terlupa nak ambil gambar bersamanya. Leka berbual dengannya dan ibunya juga.

Kalau nak mencari resepi sedap-sedap, bolehlah jenguk blognya. Memang hebat tentang memasak.

Kusangkakan anak dara sunti, rupanya nenek dah bercicit.. Alahai!

Ditegur marah, tak ditegur salah. Kesilapan yang buat aku nak tergelak pun ada. Agak-agaklah nak buat silap pun. Mykad, benda penting ni. Apa tidaknya, tengok nombor kad pengenalan usianya sebaya anak sulung aku je. Baru 16 tahun, tapi bila dilihat rupa lebih berusia dari mak aku yang baru menyambut hari lahirnya ke-70 semalam.


Kes ni dah rujuk ke JPN, tapi tak tahulah berapa lama baru nak betulkan. Kalau ikutkan Piagam Pelanggan Bahagian Kad Pengenalan yang bermasalah dalam link JPN ini kata masalah selesai dalam masa 4 bulan. Dah sampai 4 bulan ke belum dari tarikh buat laopran. Lihat piagam nombor 2.


Baca berita penuh dari mStar Online :

Gara-Gara Kesilapan MyKad, Warga Emas Jadi Gadis Sunti


KANGAR: Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.


Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di sini.


"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.


Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).


Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas.


Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya.


Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan, kata Noratikah. - BERNAMA

Dapat Samsung Galaxy Tab, lagi senang nak berblog!


Melayan kehendak anak dara sulung, Aishah (16 tahun) ke kedai buku Popular di Nilai berdepan dengan pasaraya Giant, aku pun singgah sekejap di kedai Samsung di tingkat bawahnya untuk cuci mata. Bukan cuci beg duit ye.

Kalau hubby dah dapat handphone Samsung Galaxy S nya, aku suka Samsung Galaxy tab je. Handphone aku tak kisah, asal mudah buat call pun dah ok. Maksud aku mudah nak buat call semasa sedang memandu. Hati-hati memandu ye! Kalau pakai touch screen ni payah juga macam handphone Nokia express music 5880 aku ni. Suka lagi brand Sony Ericsson, mudah dan praktikal fungsinya. Cuma buttonnya mudah juga rosak.

Jika dulu teringin nak handphone Blackberry, kemudian impikan Ipad tapi kini cinta dah beralih arah ke Samsung Galaxy Tab. Mudahnya beralih arah cinta ye! Ini gara-gara pengaruh rakan blogger Amy Syaquena yang gilakan Samsung.

Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus - budget dalam RM1.5K ++


Samsung Galaxy tab 10.1 - budget RM1.8K ++

Gambar-gambar copy dari facebook Amy je!

Aku tengok kat kedai tu dia letak harga untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 pada harga RM1899. Kalau nak lagi murah, tanya-tanyalah dengan Amy Syaquena. Penjual gajet yang boleh kita percaya... ramai blogger yang kenal. Bukan macam kisah dalam entry Lulu Caldina ni 'Saya nak iphone 4S' di mana customer tertipu dan rugi duit beribu-ribu ringgit.

Cuba banding harga yang aku sebutkan dengan harga yang Amy Syaquena offer kat SINI. Warranty tetap ada dan original lagi.

Bermakna aku ada pilihan untuk mendapatkan harga yang lebih murah dengan barangan yang berkualiti. Eceh... berangan dulu! Impian ingin ditunaikan, senang nak berblogkan dan untuk bekerja juga. Saiz mudah masuk handbag je.

  
Berusahalah *(^_^)*... "Fight-Oh!"

Wednesday 15 February 2012

7-Series dah usia mak, banyak pengalamannya


Wah! Cantiknya BMW 7 Series ni. Tengoklah ciri-cirinya di SINI memang mengujakan.


Gambar-gambar dari SINI

Tapi kalau tengok harganya, tak laratlah aku. Berganda-ganda mahalnya berbanding rumah yang duduki sekarang. Kalau buang satu angka di depan pun berganda-ganda murah lagi kereta Kelisa aku.. he..he..


Apalah istimewa sangat BMW 7-series ni sampai harga dah cecah sejuta lebih tu. Hanya mereka yang menggunakannya tahu akan keistimewaannya. Sentuh pun aku tak pernah lagi ni.

Semakin banyak seriesnya, makin canggih dan mahallah keretanya. Begitulah dengan usia kita ini, semakin banyaklah pengalaman dalam hidup kita ini. Tetapi tidaklah semakin gagah seperti BMW ni, semakin lemahlah kita.

Aku tak pernah lupa setakat ini tarikh 15 Februari merupakan hari lahir bonda tercinta. Tahun ini, 2012 maka genaplahlah usia mak mencecah angka 70 tahun. Masuk ke era 7-series dah. Mak dikirakan dalam kategori yang sihat berbanding rakan-rakan seusianya. Syukur kerana mak tiada sakit-sakit yang mahal-mahal seperti jantung, kecing manis dan sebagainya. Ingatan mak pun masih elok. Cuma mak ada masalah sakit lutut saja yang memerlukan rawatan susulan.

Tadi aku cuba nak call mak yang sedang berada di rumah abang sulung di Ipoh, Perak. Tapi kakak ipar kata sedang 'engange' di handphone. Mak sibuk hari ini. Tentu kakak aku yang call nak ucap selamat hari jadi. Tak pe.. kita ikut giliran 5 beradik ucap selamat pada mak.

Macam dijanji-janji pulak ye. Setiap kali birthday mak tentunya mak sedang berada di rumah abang sulung. Macam tahun lepas dalam entry 'Kak Bot naik motor bot'.

Minggu lepas kakak ipar dah tanya sama ada nak berkumpul di Ipoh ke hujung minggu ni. Boleh raikan mak. Aku dah call adik aku, Asterisk Boutique untuk turut serta. Akan diusahakan katanya kerana sibuk bekerja. Sibuk packing tudung customerlah tu. Apa nak buat, dialah tokey, dialah kerani, dialah akauntan dan dialah kuli. Rezeki untuk keluarga, Syukur alhamdulillah.

Kalau dapat kumpul ramai-ramai ni di Ipoh, tentu seronok. Anak-anak aku pun suka sangat dapat jumpa sepupu-sepupu mereka. Memang meriahlah jadinya rumah abang sulung aku tu.

Selamat hari jadi mak... tahun depan aku pulak masuk 4 series... opss!

Tahniah buat Sweet Mommy dan Encem Daddy!


Rupanya semasa aku dok mamai nak tidur malam tadi, ada insan yang sedang bertarung nyawa untuk menyelamatkan nyawa insan lain. Nyawa seorang insan kerdil yang tentunya sangat comel, bak kata anak aku "Mama! Semua baby dalam dunia ni comelkan!". Betul tu! Bila tengok je wajah comel seorang bayi kecil, hati aku pun jadi tertawan, sejuk aje.

Syukur Alhamdulillah! Bayi pertama bagi kedua blogger ini Yana dan Ujang telah selamat dilahirkan pada jam 11 malam tadi di Hospital Putrajaya seperti yang Ben Ashaari maklumkan dalam blognya. Kisah perkahwinan mereka yang gemilang pernah aku ceritakan di entry 'Kenduri kahwin Ujang dan Yana dah macam artis'.

Benar setiap tahun selepas ni mereka berdua akan meraikan tarikh 14 Feruari ini tetapi bukanlah meraikan Valentine's Day. Mereka meraikan kelahiran puteri pertama mereka pada tarikh yang sama. Tak de maknanya nak raikan Valentine's Day tu. Baca fakta di entry Yana sendiri ; Valentine's Day itu Haram.

Aksi lucu di hari perkahwinan dulu

Nak melawatnya di hospital Putrajaya hari ini? Tak mengapalah! Biarlah Yana berehat dan tidur dulu. Letih dan tak bermaya dia. Pengalaman aku 5 kali melahirkan anak memang dah sedia maklum akan keletihannya. Sekurang-kurangnya rehat aku lebih sikit agaknya kerana melahirkan di klinik dan hospital swasta yang sangat perihatin.


Eh! Baby girl dah besar? Bukanlah, ini girl comel pelakon Mia Sara tu... So sweet!
Girl dah besar nanti bolehlah ambil gambar macam ni lagi, kali ni dengan anak kandung.

Aku tak susukan baby selepas aku bersalin. Tak ada susu pun lagi. Maka aku biasanya ambil peluang tidur dulu dengan lena. Esok pagi baru aku usahakan menyusukan si kecil tapi selang seli dengan susu botol oleh nurse di hospital. Saja nak berehat sikit sebab bila dah balik rumah nanti memang tak ada peluanglah aku nak berehat sangat. Itu cara aku, ikut masing-masinglah mana yang terdaya.

So pada Yana dan Ujang, syukur dan tahniah. Banyak-banyak bersabar dengan pelbagai ilmu baru yang bakal korang berdua harungi dan pelajari. Ianya sangat indah jika dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Insyaallah! Moga si comel menjadi anak yang solehah.

Pada Ben Ashaari yang berbadan kental, harap semangat pun kena kental juga menanti saat kelahiran baby pertama juga nanti. Jangan pengsan-pengsan ye.. he..he.. Banyakkan berdoa juga.

Kalau ada yang tak cukup jamu untuk selepas bersalin, boleh contact aku di Adzrien Shoppe untuk stok jamu. Free delivery untuk area Bangi dan Putrajaya. Harga jamu tu kena bayar le.

Diana pun ada berkongsi kisah Pengalaman berpantang selepas bersalin. Pun sedang membawa perut besar juga..

Tahniah buat Zabid dan Yien sebab dapat anak saudara baru yang comel dan cute sokmo.