Lama benar aku tak kongsikan kata-kata yang dicoretkan oleh Ibu Nora dari wall facebooknya. Sangat indah dan mempunyai makna yang sangat mendalam :
"Yang menghidupkan hati adalah iman dan yang mematikan hati adalah kufur.. Sedang yang menyihatkan hati adalah taat dan penyakitnya adalah terus menerus dalam kemaksiatan.. Yang membangunkan hati adalah zikrullah dan yang menidurkannya ialah lalai..."
"Bahagia itu letaknya di hati, erti bahagia itu apabila merasakan diri cukup tenang dan damai, untuk merangkulnya tak mudah namun tak juga susah andai istiqomah menjadi santapannya, koreksilah diri sendiri,layakkah kita untuk bertemu Bahagia milik kita, jalannya bermula dari kita, muhasabah diri dan istiqomahlah dalam setiap apa yang kita lakukan..."
"Tidak ada musibah yang lebih besar selain kemalasan dan hilangnya semangat dari hati seseorang untuk berbuat baik.. Maka ketahuilah, bahawa dia sedang tertimpa musibah yang paling besar yang tiada lagi musibah yang lebih besar dari itu..
- Al Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad -"
"Mana mungkin lahir bayang-bayang yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok..."
Terima kasih Ibu Nora yang tak jemu-jemu mengingatkan teman-teman tentang keindahan Islam..
Showing posts with label Bicara Ibu Nora. Show all posts
Showing posts with label Bicara Ibu Nora. Show all posts
Sunday, 13 November 2011
Tuesday, 27 September 2011
Jangan menunda syukur dan terima kasih

Bila tiba waktu kita pula tidak kita ketahui, maka jangan ditunda
Gambar dari SINI
Cadangan aku.... print kata-kata ini dan tampalkan dalam bilik. Sekali-sekala tukarkan kata-kata motivasi dari orang-orang terkenal dunia dengan kata-kata yang begini pula.
Peringatan dari Ibu Nora buat aku yang sering lupa dan lalai!
"Saya tidak akan pernah menunda mengucap syukur dan terima kasih..
Kerana kita tidak akan pernah tahu berapa lama lagi hidup di dunia ini..
Maka, sekarang juga saya ucapkan syukur atas segala nikmat yang telah saya rasakan..
Saya bersyukur bukan saja untuk segala hal yang telah saya miliki dan rasakan selama ini,
namun juga untuk segala hal negatif yang selama ini memang tidak pernah saya harapkan datang..
Saya percaya selalu ada harapan yang lebih baik di depan sana..
Asal kita tidak pernah berhenti untuk berusaha, bersyukur, dan dilandasi doa..."
... Ibu Nora ...
Thursday, 15 September 2011
Untuk Mu Yang Bergelar Sahabat

Gambar dari Google
Sahabat ku
Aku ingin menulis
Aku ingin memperkatakan
Aku ingin bicara
Sesuatu tentang diri mu
Mengapa memilih mu di antara sejumlah ramai
Untuk saling berkongsi rasa
Pahit dan manis
Susah dan senang
Sahabat ku
Aku memilih mu kerana Allah
Kerana diri mu memang sahabat
Di antara ramainya sahabat
Kerana aku memang senang pada kapan
Bila saat bersama mu
Sahabat ku
Aku memilih mu bersahabat
Bukan bukan menginginkan perhatian
Bukan kerana mencari sekelumit kasih sayang
Kerana nilai persahabatan kita lebih dari itu
Sebabnya.. Sahabat ku
Kita tidak perlu mencari ruang keterbukaan
Meraih perhatian dalam keterluangan
Kerana bersahabat jujur nilainya lebih dari itu
Sahabat ku
Kerana aku tidak belajar lebih dari menghargai erti bersahabat ini
Tidak ku fikirkan siapapun diri mu di luar sana
Tetapi jika diri mu memerlu apa pun jua dari sahabat kecil mu ini
Sesungguhnya...
Ia sangat sangat mengharapkan
Memenuhi setiap satu keperluan sahabatnya..
Untuk mu yg bergelar sahabat...
p/s : Terima kasih buat Ibu Nora
Akhirnya Ibu Nora ada blog juga sebagai tempat mengumpul bicara Ibu yang indah.
Tuesday, 6 September 2011
Jangan keterlaluan

Jika menyukai seseorang,
janganlah terlalu menyukai,
kelak tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi..
Jika membenci seseorang,
janganlah terlalu membenci,
kelak tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi..
Manusia menjadi buta tatkala terlalu menyukai,
terlalu meminati
dan terlalu mengagumi...
... Ibu Nora ...
Tuesday, 16 August 2011
Mana yang lebih?
Manusia wajib bertaubat
Tapi meninggalkan dosa itu lebih wajib.
Sabar dalam menangani musibah itu sulit.
Tapi hilangnya pahala sabar lebih sulit.
Perubahan zaman itu memang sesuatu yang aneh.
Tapi kelalaian manusia lebih aneh.
Peristiwa yang aneh akan datang terkadang terasa dekat.
Tapi kematian itu lebih dekat.
p/s : I'm back!
Sunday, 7 August 2011
Moga bertambah kematangan
Tidak ada manusia yang sempurna dan bersih dari kesilapan. Namun berusaha menuju kesempurnaan adalah satu usaha yang harus diteruskan selagi hayat di kandung badan.
Perbaikilah diri dengan menambahkan ilmu dan amalan. Kutiplah pesanan di sepanjang perjalanan hidup kerana setiap kali kita melalui lorong masa yang sehala, pasti ada rahsia ajaran yang mampu di jadikan panduan.
Semoga dengan itu akan bertambahlah kematangan. Sesungguhnya kita semua adalah hambaNya yang punya kelemahan dan kekurangan....
Dari : Ibu Nora
Monday, 4 July 2011
Nilai dari iman dan amalnya
Sekadar renungan kita bersama...
Suatu cerita penyakit jiwa...
Bukan sakit kat wad gila...
Zahir sihat, jiwa merana...
Pandanglah teman renungkan bersama...
Manusia di nilai dari iman dan amalnya..
Minta petunjuk moga tak di persia...
Selagi pintu taubat masih terbuka...
Isikan dada dengan ilmu agama....
Takkan merana dan rasa sengsara...
Kerana pasti kembali pada Nya....
Dari : Ibu Nora
Sunday, 3 July 2011
Thursday, 23 June 2011
Tidak semudah yang di sangka

Hidup ini tidak semudah yang di sangka..
Perjuangan mempertahankan kebenaran kadang kala amat pahit..
Namun kepahitan itu akan terubat apabila kita sentiasa yakin
bahawa Allah SWT sentiasa bersama orang orang yang benar..
Justeru sentiasalah meletakkan kepentingan Allah
di hadapan berbanding yang lain ..
Pesanan : Ibu Nora
Subscribe to:
Posts (Atom)

