iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Friday, 30 September 2011

Doa antara dua sujud penuh bermakna

Kiriman teman facebook

Arwah ayah dulu berkali-kali pesan jangan lupa doa ni. Doa yang dibaca semasa duduk antara dua sujud. Doa yang ringkas tetapi penuh pengertian. Tapi kalau tak solat macam mana nak baca doa ni? Confirmlah tak baca.

Blog Syahirul.com memang banyak informasi tentang ugama Islam. Baca entry 'Adakah anda memahami bacaan dalam solat' untuk meneliti makna bacaan dalam solat kita dalam bahasa Melayu.

Seperti kata blogger Pembawa_Wacana "Pentingnya doa ni....sama macam mata pisau.... sentiasa berdoa ibarat korang selalu mengasah mata pisau..... lagi diasah...lagi tajam la pisau tu..." dalam entrynya INI.

Friday, 23 September 2011

Hilang rasa sakit kaki, pening kepala dan letih


Terasa mengah sangat hari ini. Rahim terus merebahkan diri di katil setelah penat berjalan kaki pulang dari sekolah. Cuaca agak terik juga tadi. Letihnya kerana terpaksa bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

Rahmah menggeleng kepala melihat gelagat anaknya itu. "Kau tak pergi solat Jumaat ke hari ni? Ada janji nak pergi sama dengan Aiman tak?", tanya Rahmah pada anaknya.

"Rahim rasa penat sangatlah mak! Tadi ada gotong-royong kat sekolah!", balas anaknya meminta simpati emaknya.

"Pergi je lah! Solat Jumaat kena pergi, mana ada alasan penat-penat ni!", tegas Rahmah.

"Penatlah mak! Kaki pun sakit!", Rahim berdegil.

Tiba-tiba kelihatan kelibat Aiman di depan rumah. Seperti selalu Aimanlah peneman Rahim sama-sama berjalan kaki untuk pergi solat Jumaat.

"Abang tak larat nak pergi masjidlah abang Aiman!", Ayu satu-satunya adik Rahim memberitahu Aiman. Bagai mendengar saja abangnya beralasan dengan maknya tadi.

"Pukul 5 nanti dia nak pergi tak raya rumah kawan?", tanya Aiman pada Ayu.

Terkedek-kedek pula Ayu berlari bertanyakan abangnya yang sudah pun berada dalam bilik air.

"Abang kata dia nak pergi." Ayu memberitahu Aiman jawapan abangnya.

"Masjid tak nak pergi, pergi beraya nak pulak!" rungut Aiman dan lansung berlalu ke masjid seorang diri.

Nampaknya Rahmah kena nasihatkan Rahim lagi ni. Tak pun, usulkan saja masalah pada ayah Rahim, baru nak mendengar nasihat agaknya. Tak boleh dibiarkan dia mula ponteng solat Jumaat, takut terbiasa pula nanti.

-------------------------------------------------------------------------------------

Cerita pendek rekaan semata dari aku je tu.

Betullah kata Aiman tu, ramai antara kita susahnya nak ke masjid tetapi kalau ada majlis makan-makan tu laju aje bergeraknya. Hilang sakit kaki, pening kepala dan segala alasan letih tadi.

Monday, 22 August 2011

Senaman fizikal dan minda yang lengkap!

Ramai orang tahu antara tips bila nak sihat kena juga bersenam. Macam-macam cara senaman yang kita pernah dengar dan mungkin pernah buat. Ada yang obses, malah ramai juga yang malas nak bersenam. Akulah tu jenis bersenam ikut mood.

Habis malas nak bersenam pun tentu yang rutin 5 kali sehari ini kena buat juga. Ada pula alarmnya yakni azan bila nak buat senaman tu. Setiap rentak dan gerak telah diatur dengan baik dan teliti untuk kesihatan kita jika kita kaji kebaikannya secara lebih mendalam.

Bukankah Islam itu indah? Solat setiap 5 waktu bukan sahaja senaman untuk kesihatan fizikal tetapi juga terapi minda yang sangat menenangkan jika dilakukan dengan tertib dan berhemah.

Wah! Solat boleh jadi terapi untuk elak mati pucuk. Simple je terapinyakan! Baca SINI.

Bak kata Tengku Nizam, inilah petua untuk Wajah dan hati yang cantik bersama 13 rahsia yang lain di SINI!

Betapa lengkapnya senaman yang diaturkan dalam Islam. Kelebihan solat bukan hanya diakui oleh kita sebagai umat Islam, malah kajian oleh mereka yang bukan beragama Islam juga turut bersetuju. Bacakan sedikit kupasannya di SINI oleh Ng Siew Chok.

Hebatnya solat itu wajib berwuduk sebelum menunaikannya. Setiap anggota wuduk itu antara celah-celahan yang sering culas untuk dicuci ketika mandi terutamanya di kalangan kanak-kanak. Kerana wuduklah belakang telinga kita bersih, hidung pun bersih, wajah terasa segar dan lembap, tangan dan kaki diyakini kerap di cuci dan sebagainya.

Luangkan masa membaca Ganjaran berwuduk dengan sempurna.

Inilah kehidupan sihat yang kita inginkan telah pun diatur oleh Allah sebaiknya. Hanya kita saja yang sering tidak ambil peduli dengan kasih sayang Allah pada kita. Ambillah sedikit masa untuk mendengar youtube tentang kelebihan solat ini untuk kesihatan sepanjang hayat sama ada dalaman mahu pun luaran.



Bagaimana solat pun, lakukan dengan tertib ye! Jangan laju sangat sampai macam dalam entry Solat jangan lupa, tiang agama!

Sunday, 1 May 2011

10 jenis manusia berkenaan solat

Menarik untuk dikongsi bersama kalian.

10 kategori solat yg aku dapat dari ehoza.com.

Firman Allah swt yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar" dan sekiranya solat yang kita kerjakan tidak mampu mencegah diri kita dari melakukan maksiat, maka rujuklah kembali solat kita akan kesempurnaannya.

1. Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku Islam tetapi engkar baginya bahkan langsung tidak pernah mendirikan Solat sepanjang hayat

2. Seseorang yang Solat bermusim 2 kali setahun iaitu Hari Raya Syawal dan Hari Raya Korban itupun kerana mengikut majoriti ramai orang pergi Solat di Masjid.Teramat besar kerugian bagi golongan ini meninggalkan yang fardu mengamalkan yang sunat.

3. Orang Islam yang Solat kadang-kadang atau sekali sekala ikut sedap sendiri sekadar mengikut hawa nafsu maka sentiasa kerugian bagi golongan ini.

4. Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah tanpa ilmu batiniah mengerjakan Solat tapi sayang kosong Solatnya seperti ada jasad tanpa roh.

5. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori lalai lahir dan batin.

6. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori khusyuk lahir tapi lalai batin.

7. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah khusyuk lahir batin akan tetapi masih belum berasa nikmat kesedapan beribadah.

8. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin.

9. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah.

10. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah. Dapat merasakan nikmat kehadiran Allah SWT dihadapan dirinya. Maka terbuka hijab dimulai dari takbiraul Ihram hingga selesai memberi salam.Subhanallah.

Wallua lam

## credit to fadhli ## edited by @mel84 ##

Friday, 29 April 2011

Solat jangan lupa, tiang ugama!

Kalau nak main game pun main le, atau nak mengadap facebook ke atau pun blog kalau tak ada kerja lain yang lagi penting. Tapi jangan lupa masa rehat untuk solatnya.



Tapi kalau solat begini, apa ke jadahnya pulak?

Sunday, 24 April 2011

Dalam kategori manakah solat kita?

Di manakah kategori kita sebagai ibu bapa dan anak-anak berkaitan dengan solat.

Antaranya menurut pemerhatian aku secara peribadi selama 38 tahun bernafas di dunia ini :

1. Ibu bapa dan anak-anak bersama-sama solat bila tiba waktunya.
2. Ibu bapa solat dan terpaksa ingatkan anak-anak setiap kali tiba waktunya.
3. Ibu bapa solat tanpa ingatkan anak-anak untuk turut serta bersolat.
4. Ibu solat dan terpaksa ingatkan bapa dan anak-anak setiap kali tiba waktunya.
5. Bapa solat dan terpaksa ingatkan ibu dan anak-anak setiap kali tiba waktunya.
6. Ibu solat tanpa ingatkan bapa dan anak-anak setiap kali tiba waktunya.
7. Bapa solat tanpa ingatkan ibu dan anak-anak setiap kali tiba waktunya.
8. Ibu dan anak-anak saja yang solat dan terpaksa ingatkan bapa setiap kali tiba waktunya.
9. Bapa dan anak-anak saja yang solat dan terpaksa ingatkan ibu setiap kali tiba waktunya.
10. Ibu dan anak-anak saja yang solat tanpa ingatkan bapa setiap kali tiba waktunya.
11. Bapa dan anak-anak saja yang solat tanpa ingatkan ibu setiap kali tiba waktunya.
12. Anak-anak saja yang solat dan terpaksa ingatkan ibu bapa setiap kali tiba waktunya.
13. Anak-anak saja yang solat dan tanpa ingatkan ibu bapa setiap kali tiba waktunya.
14. Ibu bapa dan anak-anak sentiasa mengabaikan solat.

Nombor yang manakah paling sesuai untuk menerangkan tentang keluarga kita?

Tuesday, 15 March 2011

Petua mudah awet muda

Solat bukan sekadar perkara yang wajib dilaksanakan sebanyak 5 kali sehari tetapi punya banyak kelebihan-kelebihan disebaliknya. Ia merangkumi senaman fizikal yang sangat bersistematik dan senaman minda yang sangat menenangkan jiwa jika dilakukan dengan penuh kusyuk dan ikhlas. Kerana itulah solat itu juga menjadi petua awet muda yang sangat semulajadi.

Sebelum solat wajib kita mengambil wudhuk mengikut tertibnya. Wajah kita dibersihkan dari kotoran dengan air yang bersih dan segar. Ia menjadi minuman buat kulit wajah agar lembap dan segar. Begitu juga anggota-anggota yang lain seperti tangan, telinga dan kaki. Semuanya menjadi bersih dan segar setiap 5 kali sehari.

Badan juga sihat bila bersenam. Begitu juga bila kita bersolat yang ada pergerakan seperti rukuk, sujud dan duduk. Semuanya ada tertib dan caranya yang tersendiri. Aku pernah terbaca dalam akhbar tak lama dulu tentang bagaimana orang Korea setuju dengan pergerakan seperti solat orang Islam itu menyihatkan otak dan badan.

Setiap bacaan dalam solat yang dibaca dengan penuh kusyuk juga mempengaruhi minda kita agar bersyukur dan merendah diri kepada Allah. Yang menjadi masalah bila dibaca seperti ingin habis cepat saja.

Jadi, tunggu apa lagi... jom solat! Banyak faedahnya!

Thursday, 9 December 2010

Solat aku, solatkah dia?



Ramai ibu bapa yg terpaksa mengingatkan anak2 mereka berkali-kali supaya bersolat bila tiba waktunya. Tapi ramai juga ibu bapa yg hanya mereka saja yg bersolat, anak2 tidak ditegur lansung. Tak kurang juga yg semuanya pun tak bersolat.

Masalah2 begini adalah realiti yg berlaku di dlm sesebuah keluarga. Ada banyak kategori berkenaan solat ini. Ada hal mengingatkan agar solat namun dilewat2kan malah ada juga diengkari. Tidak kurang yg 'mengelat' atau menipu dlm solat, menipu dgn solat tanpa berwudhuk terlebih dahulu atau pun solat tak cukup rakaatnya dan macam2 hal lagi. Bagaimana pula dgn bacaan dlm solat?

Alhamdulillah bagi ibu bapa yg meluangkan masa selalu 'spotcheck' solat anak2 mereka yg bukan hanya pada perbuatan malah pada perincian bacaan juga. Masalah 'tak sempurna' ini sering berlaku di kalangan kanak2 namun ramai juga di kalangan dewasa dan warga emas.

Tidak kira diperingkat mana pun umur kita, bertanyalah jika tidak tahu atau tidak pasti tentang solat. Jangan malu bertanya yg mengakibatkan solat kita menjadi tidak sempurna. Perbaiki kekurangan sedikit demi sedikit dari hari ke hari kerana itu lebih baik drp tidak bersolat lansung hanya kerana tidak mahu belajar.

Pendapat yg aku berikan ini hanya secara umum berdasarkan apa yg aku perhatikan disekeliling kita. Kepentingan solat itu banyak disebutkan dalam Al-Quran dan hadis. Antaranya solat sebagai tiang agama, merotan bagi anak yg engkar solat diusia 10 tahun, akibat dari mereka yg melewatkan solat apatah lagi meninggalkan solat, akibat drp mereka yg tidak menjaga adab2 dlm solat, yg membiarkan keluarganya tidak solat, bagaimana solat ketika uzur, ketika bermusafir dan sebagainya.

Banyak buku2 yg menceritakan tentang solat 5 waktu ini, termasuk solat2 sunat juga. Ramai juga para alim yg sudi mengajar. Hanya kita yg perlu menggerakkan diri sendiri untuk mencari ilmu solat dan mengubah diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Tidak perlu lagi kita menyalahkan ibu bapa kita dulu yg tidak memberikan ilmu yg secukupnya semasa kecil. Jangan pula kita menambah kesilapan mereka dan menjadi seperti mereka.

Ada juga yg cukup didikan ugama diberi pun masih juga hanyut mengikut nafsu. Semuanya atas diri kita untuk berubah. Tepuk dada tanyalah iman masing2. Perbetulkan yg tersilap, tambahkan kebaikan pada yg kurang.

Jangan jemu mengingatkan insan2 yg anda sayang utk turut sama bersolat walau pun setiap waktu dan setiap hari. Insyaallah, keikhlasan & kebiasaan itu akan datang dengan sendiri tanpa perlu disuruh2 lagi suatu hari nanti. Jangan putus asa dengan sentiasa memohon petunjuk & hidayah dari Allah s.w.t. Amiinn..