iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

Monday, 28 April 2014

Seronoknya dapat handphone free!

Status awal pagi tadi.... thanks to hubby bagi hadiah handphone Lenovo model A889.


Macam ni le rupa handphonenya. Gambar aku ambil dari google je. Fungsi macam S4 lah jugak. Nak citer detail ni memang aku tak pandai.

Besar sikit daripada tapak tangan aku ni. Bagi aku berbaloi le dengan harga RM400++. Malah gambar hasil daripada kameranya pun cantik.


Sarapan roti canai dengan anak sulung sebelum dia nak pi kerja part time kat Speedmart sebelah restoran.

Teringat entry 3 tahun lalu tentang hajat nak blackberry 8520. Sampai la ni tak beli. Masa tu hubby bagi handphone Nokia dia, lepas Nokia dia bagi pulak aku Iphone dia. Lepas Iphone, hubby pass handphone HTC dia kat aku sebab dia nak beli Samsung S4. Hubby aku memang gila tukar handphone. Tak kisahlah asal jangan susahkan aku. Menyenangkan aku tu dialukan. He..he..

Nokia --> Iphone --> HTC --> Lenovo.... wah! Ada 4 handphone dah hubby bagi kat aku. Lenovo je yang baru, yang lain tu semua secondhand. Tak kisahlah janji best! Tak keluar modal sendiri.

HP Lenovo model A889 ni boleh letak 2 sim kad. Bila buat call boleh je dari mana-mana sim kad yang kita nak dengan segera. Tak perlu ubah kat setting. Cuma kalau nak guna internet perlu set pada 1 sim kad je. Tak tahulah pulak aku model yang lain.

Alhamdulillah ada rezeki lebih yang hubby dapat, so aku dapat handphone baru. Tapi anak sulung aku lagi best sebab dapat laptop Acer S3 yang ringan tu. Jeles aku dibuatnya... he..he.. hubby beli untuk persediaan anak aku sambung belajar kat IPT nanti. Tak lama dah nak daftar, 25 Mei 2014 ni je.

Antara benda penting yang dah lama aku tak beli sendiri ialah handphone dan jam tangan. TQ to hubby sebab selamatkan bajet aku. Ada jugak try usha hubby belikan laptop, handbag, kasut tapi tak dapat.

Baru-baru ni aku suruh dia belikan kereta Honda City baru, tak dapat juga. Amboi Lizaaaa... kau ingat laki kau cop duit? Ha..ha.. manalah taukan kot dapat.

Nampaknya kena keluar modal sendiri le kan untuk beli kereta. Kalau modal sendiri tu kenalah cari yang murah dan selesa nak bayar bulan-bulan. Aku ingat nak cari Myvi atau Persona je la.. itu pun dah cukup baik untuk ganti kereta Kelisa aku yang dah 11 tahun aku guna.

Aku bagi korang tengok iklan Honda City dari Siam je lah ye. Lagi best!


Tuesday, 8 May 2012

Durian runtuh FELDA hari ini untuk mak!

Patutnya aku pun berada di Jengka 8 pagi ni bersama dengan mak aku tapi dia tak jadi nak pergi sebab tak larat katanya. Tiba-tiba pulak sakit pinggang, tak larat nak jalan. Lagi pun dia risau kalau dah ramai yang datang situ nanti susah pulak aku nak melayan si kecil tu nanti.

Mak aku ada di rumah kakak aku di Subang Permai. Pelan asalnya mak nak balik hari Isnin, tidur di rumah di Jengka 16 dan pergi ke majlis pengumuman ni di Jengka 8. Tapi semua pelan dah tak jadi. Biasalah kadang apa yang kita rancang tak menjadi. Lagi pun abang sulung tak galakkan dia pergi sebab mak aku pun ada masalah sakit lutut. Aku ni menurut je kalau dia ok sebab tak sampai hati nak tengok dia merajuk. Kebetulan pula dia sendiri yang rela hati tak jadi pergi, kira oklahkan!

Mak aku 'excited' sebenarnya nak mendengar sendiri pengumuman ni. Maklum saja dia generasi pertama Jengka 16 sejak tahun 1978 lagi yang telah bersusah payah membina hidup bersama-sama arwah ayah dulu. Sekarang mak dah tak susah sebab bulan-bulan dapat juga 'gaji' Felda bagi walau pun dah tak bekerja. Macam wang pencen pulak.

Aku tak kisah apa orang nak kata yang bukan-bukan tentang Felda asalkan mak aku bahagia. Anak-anak mak ikut saja kehendak mak nak beli saham Felda Global walau pun ada bunyi-bunyi negatif di sebaliknya. Tak mengapa sebab anak-anak mak sentiasa memerhati, mendengar dan bertindak bila perlu. Anak-anak mak dan menantu-menantu mak pun ada juga yang biasa dengan saham-saham begini.

Bulan lepas aku turutkan saja kehendak mak nak balik ke Jengka 16 untuk tandatangan borang 'Durian Runtuh' ni, dapatkan cop untuk surat sumpah, buka akaun baru Maybank untuk saham Felda Global dan sebagainya. Seharian jugalah menguruskannya kerana kami berdua balik pagi dan lewat petang baru dapat gerak balik semula ke Subang.

Syukurlah banyak rezeki untuk mak. Kadang hati mak tersentuh bila teringat arwah ayah yang sudah tiada untuk sama-sama menikmati hasil susah payah mereka berdua dulu. Aku pun turut sedih, apatah lagi hari tu sempat singgah jenguk dan solat di rumah mak yang dah berbulan-bulan ditinggalkan. Setiap bulan mak dan kakak aku akan balik sekejap untuk cuci seadanya rumah ni. Lama dah kami adik-beradik tak balik beramai-ramai bergotong-royong macam kelmarin dalam entry 'Kisah di sebalik background blog aku'.

Mak tak kedekut dengan anak-anak dan cucu-cucu. Kami tidak meminta tetapi mak suka memberi bila mak dapat rezeki lebih. Cucu-cucunyalah yang paling beruntung kerana selalu dapat 'extra money' dari nenek mereka ini. Bagi mak, bila kita dapat lebih rezeki janganlah kita kedekut nak berkongsi dengan ahli keluarga yang sama-sama menyokong kehidupan kita. Insyaallah! Tak akan luak apa yang kita ada, malah mampu bertambah lagi. Kadang terkejut juga bila tiba-tiba ada 'bonus' mak bagi, rupa-rupanya ada rezeki tak diduga yang mak dapat.

Sumber berita berikut dari SINI.

Durian runtuh FELDA hari ini
Oleh Hassan Omar, Ahmad Farizal Hajat dan Shaarani Ismail
bhnews@bharian.com.my
2012/05/08

Perdana Menteri buat pengumuman ganjaran tanda penghargaan kepada peneroka setia memajukan ladang


JERANTUT: Hari ini peneroka FELDA akan menerima berita gembira mengenai jumlah ‘durian runtuh’ yang dijanjikan kerajaan sebagai tanda penghargaan kepada mereka mengusahakan ladang sawit dan getah sejak 40 tahun lalu.
Difahamkan, jumlah yang bakal diterima 112,635 peneroka berlipat kali ganda lebih tinggi daripada wang Bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) dan menyamai kadar menunaikan umrah di Makkah sebanyak dua kali.
Ia akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan lebih 30,000 warga FELDA dari seluruh negara sempena perhimpunan raksasa warga FELDA, di FELDA Jengka 8, di sini pagi ini.


Pemberian durian runtuh secara tunai itu bagi memenuhi janji kerajaan ketika pengumuman Bajet 2012 dan sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, bulan depan.


“Ia sudah semestinya akan lebih daripada wang BR1M sebanyak RM500,” kata sumber dalaman FELDA sambil memberi jaminan bahawa walaupun mendapat durian runtuh, semua insentif yang dinikmati selama ini seperti duit raya, bonus, pinjaman membesarkan rumah dan perumahan generasi kedua akan diteruskan.


Sumber itu berkata, ia bukan setakat memberi manfaat kepada peneroka, malah isteri, anak dan cucu, termasuk generasi kedua, ketiga dan keempat peneroka FELDA serta pekerja dalam sektor perladangan kelapa sawit yang dianggarkan berjumlah dua juta orang.
“Ia akan dibayar lebih daripada dua kali kerana jumlahnya yang besar. Terpulanglah kepada peneroka bagaimana mereka mahu menggunakannya untuk keluarga dan masa depan,” katanya.


Sumber itu juga menjelaskan wang durian runtuh itu diperoleh menerusi pelbagai sumber dana dalaman FELDA yang akan diperoleh semula apabila proses penyenaraian FGVH selesai.


“Masyarakat luar FELDA mungkin bertanya mengapa peneroka FELDA menerima pelbagai sumbangan. Hakikatnya, dana itu bukan daripada kerajaan, sebaliknya dana dalaman FELDA sendiri,” katanya.


Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad, berkata ia adalah pengiktirafan kerajaan atas ketabahan warga FELDA menempuh pelbagai dugaan dan ranjau terutama kekurangan kemudahan asas di tanah rancangan itu suatu masa dulu.


“Ia bagi mengiktiraf penat lelah peneroka memajukan tanah yang pada masa itu tidak memiliki bekalan elektrik dan sistem jalan raya yang baik. Nilai pemberian itu dijamin menyamai maksud ‘durian runtuh’ kerana ia dibuat sebagai satu lonjakan berganda kepada bonus peneroka,” katanya.


Sehubungan itu, beliau berkata, semua warga FELDA akan meraih pelbagai manfaat dan faedah ketara hasil pemberian wang berkenaan.


“Saya pasti wang yang akan diterima nanti dapat merangsang lagi aktiviti ekonomi warga FELDA di pedalaman,” katanya.


Dalam pada itu, seorang pemerhati pasaran, berkata semua 112,635 warga FELDA bakal meraih sekurang-kurangnya empat manfaat daripada penyenaraian FGVH.


Sebagai permulaan, mereka ditawarkan borang biru dalam tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraian yang melayakkan mereka melanggan sejumlah saham dalam FGVH. Mereka juga mendapat dividen tambahan menerusi sebuah tabung amanah berdaftar yang memegang 20 peratus kepentingan peneroka dalam FGVH, dianggarkan bernilai RM3.7 bilion.


Selain itu, walaupun Koperasi Permodalan FELDA Bhd (KPF) tidak menjadi sebahagian daripada pelan penyenaraian FGVH, peneroka masih mendapat dividen daripada KPF menerusi pelaburannya dalam Felda Holdings Bhd (FHB).


Manfaat keempat pula adalah penyenaraian FGVH tidak membabitkan pindah milik tanah peneroka dan mereka akan terus menikmati hasil daripada ladang yang mereka uruskan. Penyenaraian hanya membabitkan sejumlah 355,846 hektar tanah milik FELDA yang akan dipajak oleh FGVH.


Ia tidak menyentuh walau seinci pun tanah milik peneroka dan lebih 1.6 juta ahli keluarga mereka yang berjumlah 500,000 hektar. FGVH yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan menerusi FELDA dianggarkan memilik modal pasaran berjumlah RM18 bilion apabila disenaraikan.

Friday, 6 January 2012

Dapat juga ole-ole dari Penang

Hubby : Siapa bagi tu mama? (Macam jeles je.. he..he..)
Aku : Kawan blogger mama kasi, Kak Dinas!
Hubby : (Angguk je!)
Aku : Cantikkan! Jadi le.. tak dapat pegi Penang pun dapat juga FM dari Penang.. 
           (ehem.. nada nak mengena hubby)
Hubby : Mmmm.... (sengih selamba je..)


Aku terima FM ni pada hari Selasa, 4 Januari 2012 baru ni. Tapi tak sempat nak buat entri dek kerana busy dengan urusan anak-anak mula sekolah.

Terima kasih banyak kak Dinas sebab sudi bagi Liza FM yang comel ni.

Bak kata anak aku, Asyikin "Eeee... comelnya, bak sini Ikin letak kat peti sejuk!"

"Jap aaa... mama nak amik gambar dulu ni!", mama nak buat post entry ni buat kenangan dari kak Dinas, blogger 'Dari Penjuru Ini'.

"Ini kawan blogger mama bagi, cikgu Bahasa Inggeris yang ada komen kat blog kakak tu!", aku bagitau pada anak sulung aku pula si Aishah.

Eh! Ye ke kak Dinas cikgu Bahasa Inggeris? Suka hati aku je kan menyebutnya... Jangan marah kak Dinas.

"Tak aci la asyik mama je selalu dapat hadiah!", komen Asyikin dengan nada jelesnya.

"Biasalahkan kalau kita baik ramai orang sayang", agak perasan bagus pada diri aku sendiri... he..he..

I love you kak Dinas, blogger yang suka buat aku tersenyum dan kadang ketawa bila baca entry-entrynya. Cukup sinis dan sempoi.

Thursday, 21 July 2011

Order barang percuma, mudahnya!

Wah! Ada bungkusan dari City-Link Express! Siapa hantar? Aku macam tahu aje.... tentu bungkusan yang hubby aku nantikan.


Memang tak silap lagi bungkusan berisi 'hair dryer'. Bestnya! Berganti juga 'hair dryer' aku yang rosak selepas 15 tahun guna. Dah aku campakkan dalam tong sampah sebab pecah. Macam manalah boleh pecah! Ganas betul guna..

Inilah 'hair dryer' yang hubby aku suruh order secara 'online', seminggu selepas order dah pun sampai. Bukan bayar pun.... percuma aje. Bestkan!

Sebenarnya hubby suruh aku redeem point dari kad Bonus Link. Kad warna biru tu? Selalu kami guna untuk kumpul point semasa mengisi minyak di Shell. Banyak juga tempat lain yang boleh kumpul point, tapi aku tak berapa pasti.

Hubby ada satu kad, aku pun jadi supplementary juga dapat satu kad Bonus Link. Lupa dah sejak tahun bila sebab dah lama sangat. Lebih dari 10 tahun dah rasanya.

Banyak juga dah barang yang hubby aku redeem guna kad ini ; Rice cooker, tuala, beg sekolah dan entah apa-apa lagilah. Rice cooker pun masih bertahan lagi sejak 5 tahun yang lalu.

Dulu-dulu bila nak redeem kenalah isi borang yang depa pos ke rumah tapi sekarang redeem online je. Ada yang nak redeem, bolehlah jenguk website dia : Bonus Link.

Kalau beli dah berapa ringgit tu... jimat sikit duitkan!

Tuesday, 19 April 2011

Liza burung hantu?

Kalau ArdiniHumaira dapat crochet biru yang comel dan Yuyu Zulaikha dapat bunga dan lukisan yang comel juga... aku dapat ini!

Tengahari semalam van pos laju datang mengirim barang. Melihat bungkusan pun aku dah tahu isinya ; Sebiji bantal merah kecil yang comel kiriman Sweet Cottage gara-gara menang contest INI. Berebut anak-anak aku nak peluk. Lembut sangat! Baby Arif pun ketawa tengok burung comel tu. Inilah hadiah yang sangat berharga bagi aku, punya nilai tinggi yang mengeratkan persahabatan.

Tak jauh mana pun dari rumah aku. Sweet Cottage berada di Presint 9, Putrajaya je. Saper nak order coklat sedap-sedap boleh le contact Sweet Cottage.

Bantal ni buat sendiri ke? Semua gambar pada bantal tu dijahit bertampal. Bukan dilukis atau gambar siap pada kain. Mata hitam dan riben hijau tu dibuat dari butang baju. Kreatifkan! Melihat bantal ni membuatkan aku teringat pada cerita ini...


dan ini....


p/s : Teringat dulu ada kawan-kawan panggil aku Liza burung hantu. Sabor je la.. he..he..