iklan

Followers

Pages

Friday 29 April 2011

Jumpa Nazrey Johani, Ex-Vokalis Raihan

Aku ke pasaraya Giant di Nilai petang tadi dengan anak sulung aku Aishah. Sedang aku mencedok 'onion ring' ke dalam plastik di bahagian barang basah, tiba-tiba datang seorang lelaki berkopiah putih dan kemas berjubah. Hati aku kuat berkata "aku kenal dia, tak salah lagi!". Terujalah pulak!

Lantas aku berikan salam yang dijawap dengan panjang dan jelas olehnya. Memang tak salah lagi sebab aku cam sangat suaranya. Aishah sendiri kelihatan buat selamba aje, tak campur hal orang tua. Hinggalah aku tanya Aishah "kakak kenal tak?" barulah dia seperti tersedar, "Ooo...".

Aku terjumpa Nazrey Johani, bekas vokalis utama kumpulan nasyid terkenal iaitu kumpulan Raihan di pasaraya Giant, Nilai. Tengah shopping barang-barang untuk masak dengan anak-anaknya yang comel. Orang rumahnya tak adalah pulak. He..he.. ingatkan nak salam tadi.

Lagu-lagu Raihan dari koleksi terbaiknya sekitar hujung tahun 1996 sudah hafal oleh aku dan Aishah. Aku mula pasangkan VCDnya untuk Aishah sejak dia berusia 3 bulan lagi (Disember 1996). Hingga semalam pun masih juga Aishah cari lagu-lagunya di Youtube untuk baby Arifdengar. Seperti Aishah, Arif juga sukakan lagu ini : 25 Rasul.




Lagu pembuka dari album sulung Raihan yang laris : Puji-pujian


Lagu Haji menuju Allah

Aku terjumpa entry tentangnya di sini : Sesuatu tentang Nazrey Johaney

Ini pula blognya aku jumpa melalui search google : http://nazreytahfizsyahadah.blogspot.com/

p/s : Aishah kata wajahnya sama seperti dulu... awet muda! Apa rahsia tu??

Solat jangan lupa, tiang ugama!

Kalau nak main game pun main le, atau nak mengadap facebook ke atau pun blog kalau tak ada kerja lain yang lagi penting. Tapi jangan lupa masa rehat untuk solatnya.



Tapi kalau solat begini, apa ke jadahnya pulak?

Pakai broadband apa tu bang?


Terjumpa gambar ni di google tadi.
Tersenyum aku sorang-sorang.
Hebat tu! Line ok ke tu bang?
Nampak kusyuk betul!

Setiap masalah adalah untuk menduga kita

Seminggu dua ni minda aku memang agak kalut dan serabut. Itu yang jarang sangat aku up-date blog ni. Apa yang ada pun kerana aku gagahi juga dek kerana sayangkan blog yang ada.

Teringat juga teman-teman yang datang berkunjung ke blog ini yang banyak memberikan aku nasihat, pendapat dan kata-kata yang menceriakan dan menenangkan hati aku. Terima kasih sangat-sangat!

Apa pun yang mengganggu, hidup mesti diteruskan. Jika tidak untuk diri sendiri, sudah tentu untuk mereka insan-insan yang kita sayang. Setiap masalah adalah untuk menduga kita. Bagaimana harus kita menerimanya dan menanganinya. Harus difikir sedalam-dalamnya agar tidak meninggalkan kesan yang buruk dan merosakkan.

Layan dengan penuh perasaan :

Thursday 28 April 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER



Ada yang berminat nak join juga segmen Ben Ashaari ni?
Jangan malu-malu... klik SINI untuk join segmennya.

Kenapa aku seorang blogger?

Aku memang suka mengadap komputer, suka menulis sama ada luahan hati atau kisah-kisah semasa. Bila bercerita guna komputer, haruslah aku menaip. Menaip guna komputer ni mudah. Boleh 'undo'! Tak perlu guna pemadam atau nak garis ayat yang tersilap.

Aku 'jeaolus' tengok adik aku, Ainul AB ada blog. Dia ajar aku cara nak buat blog. Mula-mula macam tepu idea. Tengoklah blog archive aku sejak mula, Februari 2010 hingga Disember 2010 seperti ketandusan idea. Sibuk dengan anak-anak pun iye juga. Bermula Januari 2011 aku mula meluahkan segala macam idea dalam blog ni. Seronok pulak. Dari facebook beralih ke blog.

Banyak kisah-kisah keluarga, aku sendiri dan masyarakat di sekeliling yang aku ungkapkan dalam blog ini. Aku kongsikan dengan semua yang mengunjungi blog ini.

Pengalaman setiap orang itu berbeza walaupun mungkin tujuannya sama. Mungkin ada perkara-perkara kecil yang aku alami tidak pula korang pernah tahu. Begitu juga sebaliknya. Umpama aku punya anak, antara kalian pun ada yang punya anak diusia sekian-sekian. Tapi adakah sikapnya sama? Adakah ketinggian dan beratnya sama walaupun mungkin usianya sama?

Bagaikan kisah derita insan lain yang mungkin tidak menimpa kita tetapi aku kongsikan sebagai pengajaran untuk diri aku sendiri dan untuk kalian juga menilainya. Cukup aku merasa insaf dan bersyukur dengan apa yang aku ada setiap kali aku kongsikan kisah-kisah itu. Mudah! Taip saja dalam blog yang akan tersimpan sebagai sejarah buat anak-anak dan cucu-cucu aku nanti dan boleh dibaca dari mana jua. Insyaallah!

SEGMEN 6 : Kata-kata yang mengubah diriku!



Lama juga rasanya tak buat segmen. Malam tadi terdetik pula satu tajuk yang sangat bermakna buat aku. Teringin juga aku nak tahu kisah dari korang semua. So.. ini segmen ke-6 dari aku. Ada ke yang sudi nak join ni?

Syarat-syarat mudah :

1. Copy gambar tulip merah kat atas tu dan masukkan dalam entry korang.
2. Link entry korang ke entry ini.
3. Tajuk entry "Kata-kata yang mengubah diriku"
4. Entry ringkas tentang apakah perkataan atau ayat seseorang yang pendek tetapi telah meningggalkan kesan yang sangat bermakna di hati korang. Kata-kata yang mungkin membuatkan korang berfikir dan tersedar dari sesuatu. Mungkin juga kata-kata itu telah mengubah hidup korang kepada sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.
5. Tinggalkan link entry korang di ruang komen entry ini.

TARIKH TUTUP : 06 May 2011 @ 10.00 pagi waktu Malaysia!
Bukan waktu UK atau Jepun ye!
Silakan join! Jangan malu-malu!

Yang! Dah vote mama belum?



Malam tadi aku tanya hubby... "Yang! Dah vote mama belum?". Hubby kata "abang tak pandai la...". Hishh... itu je le jawapannya, tak pandai! Kita ni kalau tak pandai tu belajar le. Kalau tak sampai bila pun tak pandai. Bila pulak korang pandai baca ABC kalau tak belajarkan.

Tak pandai, tak reti, tak sempat, lupa.... alasan orang nak mengelat tak nak buat le tu. Samalah aku pun kadang-kadang ada juga penyakit tu. Kalau agak brutal aku jawaplah.."Malas!".

"Login facebook tu macam biasa dulu yang!" gesa aku kat hubby. Klik SINI!

- Scroll cursor bawah sikit. Klik perkataan 'facebook' to vote... klik pulak 'allow'.
- Taip dua perkataan yang senget-senget tu.
- Klik 'Vote'

Haa..kan dah siap! Gitulah aku mengajar hubby aku vote blog aku malam tadi. Manja betul!

Hubby : Mama dapat nombor berapa?
Aku : Alaaa... nombor 57. Favorite number tu yang!
Hubby : Banyaknya?
Aku : Oklah tu. Macam le blog mama bagus sangat. Blog glamour Che Det pun rank 64.
Hubby : Saper nombor 1?
Aku : Ben Ashaari le, berlawan dengan blog Anwar Hadi. Blog Yuyu pun tak padan dengan kecik kuat sungguh mengejar.
Hubby : Oooo...
Aku : Bagi rank mama up sikit. Eh! Blog Eka pun rank 61 laa.. Eka ni kawan Waqi (anak saudara aku sebelah hubby). Mama kenal dia kat blog, lepas tu baru tau kawan Waqi. He..he.. terer gak mama ye yang? (perasan) Tak pe lah yang! Kalau mama menang nanti ramai pulak yang tersedak! Menangis Ben Ashaari tu nanti! Seronok tengok ada juga yang sudi vote blog mama ni.

Tersengih ajelah hubby aku dengan perangai gila-gila aku ni. Pagi tadi tengok ada 'UP' sikit rank jadi 49. Itu bukan tentu pun. Kejap naik kejap turun ranking tu. Syok tengok gara-gara suka tengok nomborlah ni. Korang dah undi aku ke belum? Belum? Klik SINI!

Wednesday 27 April 2011

Moga Pak Hassan cepat sembuh

Sejak arwah ayah meninggal, sensitif sangat aku bila dengar ada mak saudara atau ayah saudara yang sakit. Lebih-lebih lagi kalau mereka rapat dengan kami sekeluarga.

Baru ni, mak ndak demam sampai terpaksa masuk hospital. Tapi dah balik rumah katanya. Pada waktu yang sama berita ayah saudara pula masuk CCU di hospital Ipoh akibat serangan jantung. Ayah saudara yang menjadi abang kesayangan arwah ayah dan kesayangan kami sebagai anak-anak saudaranya juga. Aku panggil dia Pak Hassan aje. Sangat penyayang orangnya. Terlalu banyak jasanya pada arwah ayah aku. Kalau nak diingat, Pak Hassanlah dan isterinya yang menjaganya semasa kecil bila ayahnya meninggal sewaktu dia masih bersekolah.

Melihat Pak Hassan memang mengingatkan aku pada arwah ayah kerana wajah mereka yang hampir seiras. Kasihan juga kerana isterinya yang aku panggil Wan Cik pun sudah lama mengidap sakit buang pinggang yang perlukan rawatan rapi.

Kadang-kadang gelihati juga bila ingatkan mak ndak (kakak mak) dan Pak Hassan (abang ayah) ni. Kedua-dua mak saudara dan ayah saudara aku ni bila jumpa kami anak-anak saudaranya sangat mesra disalam dan dipeluk sambil bergurau. Lebih-lebih lagi Pak Hassan yang suka ketawa dan akan nampaklah gigi emasnya nan sebatang yang mahal katanya.

Pak Hassan tinggal di Kuala Kangsar berdekatan dengan Istana Bukit Chandan.

Moga Pak Hassan cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Kami semua sayangkan Pak Hassan.

Tuesday 26 April 2011

Bagaimana masyarakat lama mengalih tapak rumah


Gambar ini aku jumpa dalam facebook seorang senior aku semasa di sekolah rendah. Antara komen-komen mereka.

1. Muafakat membawa berkat

2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

3. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah

4. Bagai aur dengan tebing

5. Tegaknya rumah kerana pasak, kuatnya kita kerana muafakat

6. Tegak rumah kerana sendi, Runtuh sendi rumah binasa, Tegak bangsa kerana budi, Runtuh budi runtuhlah bangsa

7. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

8. Jangan jadi bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

p/s : Nilaikanlah sendiri

Taubat

Share dengan kalian, jom dengarkan dari kumpulan Raihan :

Blogger Famous join, tumpang!

Blogger yang dah famous ramai yang dah submit untuk contets Blogger Popular oleh Digi WWWOW Awards ni. Aku pulak baru aje submit hari ini.

Aku tak kisah walau pun aku cuma blogger serpihan aje, siapa pun tak kenal dan baru nak kenal dunia blog tapi aku suka nak join. Aku letak saja penyertaan walau pun rank aku di tahap ratus-ratus punya (adoi!) dan memang terlalu jauh untuk menang tapi aku suka juga nak masuk contest ni.

Kalau ada yang sudi tu bolehlah vote aku kat SINI, bagi comel sikit ranking aku.

Mak Ndak pula demam

Sabtu baru ni mak aku call mengatakan kakaknya yang aku panggil Mak Ndak demam. Mak Ndak antara mak saudara yang sangat aku sayang. Asal jumpa je mesti dia nak peluk cium aku. Begitu juga dengan anak-anak saudaranya yang lain. Mesra sungguh dia dengan mulut pun riuh bertanya itu ini. Asal datang je, "kamu dah makan? Mana anak-anak kamu? Deme semua dah makan?Abang mana?". Macam-macamlah soalan yang ditanya yang buat aku tersenyum aje.

Sabtu baru ni, 16 April 2011 mak dan adik sekeluarga pergi menjenguk mak ndak di kampung kelahiran aku, Kampung Lasah, Sungai Siput, Perak. Aku tak dapat pergi kerana anak-anak bersekolah ganti. Walau pun cuma demam tapi hati sangat risau kerana Mak Ndak dah pun melewati usia 70 tahun. Ingin juga memberi semangat padanya. Pak Ndak dah lama meninggal. Aku lupa tahun bila tapi tak sampai 5 tahun pun rasanya.

Semalam terbaca 'chatting' dalam facebook antara sepupu yang melawatnya. Sepupu aku kata pada kakak aku "Kak na, td kat hosp mar tnjk gambo ni kat mak ndak..trus d ciumnya gambo nie..rindu dia pd kedua2 arwah bondanya & adindanya..sayu sungguh la td..".


Inilah gambar kenangan semasa sepupu aku tu masih baby lagi. Sebelah kanan tu arwah nenek aku yang dipanggil 'Embah' dan kirinya arwah mak saudara aku yang aku panggil Bik Sal. Sepupu aku adalah anak Mak Teh (adik Bik Sal) aku di bela sejak kecil oleh Bik Sal. Aku masih ingat dengan sarung kusyen kuning ni. Tahun 1979 agaknya.

Inilah gambar yang Mak Ndak aku cium tu seperti kata sepupu aku tadi. Rindu benar dia dengan arwah adiknya Bik Sal dan arwah ibunya itu. Bik Sal baru saja meninggal dunia 2 bulan lalu pada 25 Februari 2011. Embah pula meninggal dunia semasa aku berada di tingkatan 4 iaitu 10 Julai 1989, satu tarikh yang mak aku coretkan dengan pensil warna di almari baju di rumah Jengka 16. Kalau mak aku tengok gambar ni pun sudah tentu air matanya juga akan mengalir.

Inilah satu-satunya nenek yang dapat aku rasakan kasih sayangnya kerana kedua-dua datuk di sebelah mak dan ayah aku telah meninggal dunia sebelum aku dilahirkan. Lebih sedih lagi bila mengingatkan ibu kepada arwah ayah aku meninggal pada hari aku dilahirkan, 20 Januari 1973.

Alhamdulillah, semalam kakak aku kata Mak Ndak dah beransur pulih. Insyaallah, nanti aku nak call anak-anak Mak Ndak. Aku nak bercakap dengan Mak Ndak. Tak senang rasa hati! Rasa nak aje jumpa dia sekarang.

Monday 25 April 2011

Kau tegur aku, aku tegur kau!


Mana tudungnya nak oii? Mengaji pun terbalik tu! Aishah semasa 3 tahun, 1999

Entry aku sebelum ini mengenai kategori solat bukanlah hendak mengata siapa-siapa. Ia lebih kepada mengingatkan diri aku sendiri. Bila aku keluarkan entry itu bermakna aku juga harus berusaha untuk melakukan yang terbaik menurut entry itu juga. Dan perasaan itu ingin aku kongsikan dengan semua kerana aku yakin kerisauan itu mungkin ada juga terdetik di fikiran sebahagian daripada kalian.

Aku bukanlah manusia sempurna yang begitu sesuai menasihati orang lain. Tetapi jika masing-masing berdiam untuk tidak menegur orang lain kerana menyedari kekurangan diri, sampai bilakah teman kita akan sedar. Sampai bila jugakah aku sendiri akan sedar dari kesilapan? "Kau tegur kekurangan aku dan aku tegur kekurangan kau" agar ia dapat di perbetulkan. Tetapi teguran biarlah dengan cara yang baik. Bukan dengan cara yang menyakitkan hati. Apatah lagi bila ia melibatkan insan-insan yang kita sayang dan hormati.

Ini hadis yang aku petik dari SINI :

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;

“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”

Moga setiap hari yang kita lalui adalah hari yang semakin baik.

Sunday 24 April 2011

Dalam kategori manakah solat kita?

Di manakah kategori kita sebagai ibu bapa dan anak-anak berkaitan dengan solat.

Antaranya menurut pemerhatian aku secara peribadi selama 38 tahun bernafas di dunia ini :

1. Ibu bapa dan anak-anak bersama-sama solat bila tiba waktunya.
2. Ibu bapa solat dan terpaksa ingatkan anak-anak setiap kali tiba waktunya.
3. Ibu bapa solat tanpa ingatkan anak-anak untuk turut serta bersolat.
4. Ibu solat dan terpaksa ingatkan bapa dan anak-anak setiap kali tiba waktunya.
5. Bapa solat dan terpaksa ingatkan ibu dan anak-anak setiap kali tiba waktunya.
6. Ibu solat tanpa ingatkan bapa dan anak-anak setiap kali tiba waktunya.
7. Bapa solat tanpa ingatkan ibu dan anak-anak setiap kali tiba waktunya.
8. Ibu dan anak-anak saja yang solat dan terpaksa ingatkan bapa setiap kali tiba waktunya.
9. Bapa dan anak-anak saja yang solat dan terpaksa ingatkan ibu setiap kali tiba waktunya.
10. Ibu dan anak-anak saja yang solat tanpa ingatkan bapa setiap kali tiba waktunya.
11. Bapa dan anak-anak saja yang solat tanpa ingatkan ibu setiap kali tiba waktunya.
12. Anak-anak saja yang solat dan terpaksa ingatkan ibu bapa setiap kali tiba waktunya.
13. Anak-anak saja yang solat dan tanpa ingatkan ibu bapa setiap kali tiba waktunya.
14. Ibu bapa dan anak-anak sentiasa mengabaikan solat.

Nombor yang manakah paling sesuai untuk menerangkan tentang keluarga kita?

Budi bahasa yang baik dikenang jua!


Petang semalam dalam hujan-hujan aku redah juga mengunjungi rumah teman kerana menyambut hari ulang tahun anak sulungnya yang ke-12. Birthdaynya Jumaat tapi biasalah tentu celebrate pada hari cuti iaitu hari Sabtu. Terima kasih teman kerana sudi menjemput kak Liza turut meraikannya. Elok pulak aku sampai depa baru nak start nyanyi 'Selamat hari jadi Han!'.

Seronoknya bila aku sampai saja dah ada yang menegur, "Eh! Macam kenal je!". Aku pun dengan mulut peramah semulajadi ni "Samalah! Macam kenal juga! Jap ye! Bagi akak duduk dulu". Rupa-rupanya dulu sama department dengan aku masa kerja di Sony Bangi dulu. Selalu tu senyum dari jauh aje, tak ada bertegur-sapa sangat. Berborak sakanlah kejap.

Sukanya baby aku si Arif dengan kek Birthday girl. Ada perisa coklat dengan cheese. Boleh habis si kecil tu makan sepotong kek. Aku makan bahagian krimnya aje. Sedap!

Ramai ahli keluarganya yang turut hadir termasuklah ibu dan ibu mertuanya. Seronok pula aku melayan berborak dengan mereka. Tak sedar jam dah hampir pukul 7 petang. Nak maghrib! balik le... he..he.. teringat masa kecik-kecik dulu. Mak selalu sangat marah kalau balik main bila dah nak maghrib. sakitlah telinga dengar leteran mak.

Terima kasih atas layanan istimewa tuan rumah. Ini baru kali kedua aku berjumpa dia. Masa nak balik pun hantar sampai ke kereta. Terharunya aku. Itulah orang kata, orang berbudi kita berbahasa. Itu jugalah yang aku pelajari darinya secara tak lansung. Jangan jeles pada siapa yang kenal? Hanis Azla yang layan aku ye! Sorry! Tak de gambar.... he..he..

Saturday 23 April 2011

Anak-anak sekolah hari ni

Gambar sedap aku cilok dari blog adik NI! Ada resepi sekali

Pagi sabtu ni aku berdua dengan Arif je di rumah. Kakak-kakak dan abang-abangnya semua ada sekolah ganti hari ni. Aishah yang sulung ada rombongan kelab ke PWTC. Kelab mana pun aku tak ingat. Harap-harap dapatlah dia share gambar-gambarnya di blog dia nanti.

Amirul, anak kedua bersekolah dan akan belajar seperti biasa. Pagi tadi dah pesan dengan aku minta aku ambil dia semasa pulang dari sekolah nanti. Teringat kadang-kadang aku pesan dengan arwah ayah dengan pesanan yang sama semasa aku bersekolah rendah dulu. Itu sebelum mak belikan basikal. Penat gamaknya Amirul nak jalan kaki panas-panas balik dari sekolah. 10 minit je...dah form 1 pun. Exercise!!

Azri pula beriya-iya pesan dengan aku kata hari ni pakai baju sukan tetapi belajar juga ikut jadual hari Khamis. Ada aktiviti lain agaknya nanti. Tapi aku sterikakan juga baju sekolahnya. Bolehlah guna untuk hari Isnin nanti. Kadang tu dua tiga kali aku mengiyakan kata-katanya, geram pulak dibuatnya. Apa nak buat, dah mulut banyak macam aku juga.

Asyikin kata dia kena pakai uniform sekolah biasa dan mesti bertudung. Ada kelas fardhu ain agaknya yang selalunya ada ustazah yang akan ajar tentang solat secara teori dan praktikal. Bila sampai di sekolah dia jadi cuak bila tengok kawan-kawannya pakai baju sukan. Aku nak balik rumah ambil baju sukan, alamak lecehlah pulak dengan nak mendukung Arif ni. Pengajaran buatAsyikin, kalau memang dia tersilap tu kenalah dengar betul-betul arahan cikgu. Dia balik sekolah nanti aku akan follow-up kisah sebenar. Sekali-sekala nak kena ajar juga.

Selepas hantar anak-anak ke sekolah di kawasan perumahan aku, Bandar Seri Putra, aku lansung balik ke rumah. Cuma Aishah saja yang ayahnya hantar ke sekolah di Bandar Baru Bangi.

Aku mandikan dulu si Arif dan bagi dia sebotol susu. Elok pulak dia diam-diam baring depan TV. Sementara tu aku masakkan bubur nasi. Pagi ni kita makan bubur nasilah ye Arif. Tengahari nanti nak buat spaghetti bolognese dan nasi goreng je. Hubby dah bagi 'hint' beli sosnya dan spaghetti mentah. Tinggal aku nak memotong bahan-bahannya ajelah nanti.

Kemudian aku beri Arif roti yang aku sapukan majerin dengan sedikit kaya sementara menunggukan bubur masak. Takut pula nanti dia kelaparan. Elok pula dia diam-diam je makan di sofa sambil menonton cerita kartun di TV.

Lewat petang semalam dia tak buang air besar lagi. Sajalah aku nak 'mendorong' biar proses tu cepat sikit pagi ni. Kebiasaan Arif membuang sebanyak dua kali iaitu pagi dan petang. Jika terlewat dari biasa, aku akan lebih kerap periksa. Risau juga kalau tak perasan nanti dalam tempoh yang agak lama akan menyebabkan punggungnya merah. Senang bila kita dah faham rutin baby kita. Aku memang tak tunggu lama untuk membasuhnya. Kesian kalau baby sakit dan tak selesa. Jangan amalkan "nanti kejap mama basuh" bila baby selesai membuang. Kita yang dewasa faham pula tidak selesa, jadi cubalah memahami si kecil kita.

Lepas tu dia minta sebotol lagi susu dengan aku. Dia bagi botol yang dah kosong tadi dan bagitau aku "mama! Fufu!". "Ooooo... adik nak susu?" aku tanya dia semula. Arif menganggukkan kepalanya. Dia dah pandai mengangguk tanda 'YA' dan menggeleng tanda 'TIDAK'. Dah mudah nak berkomunikasi dengannya. Beberapa minit selepas dia selesai menyusu, dia datang pada aku dan tunjukkan punggungnya. "Adik yak ye?"... Arif angguk saja! Lega! Lepas dah cuci ni boleh masuk buai dan tidur pagi dalam dua jam. So aku bolehlah mula masak.

Friday 22 April 2011

Ikan wadi dengan kari telur je


Ikan wadi

Hari ni aku masak simple ajelah. Goreng ikan wadi dengan kari telur aje. Ikan wadi ni hubby aku beli kat kampung dia kat Semanggol, Perak. Orang banjar memang panggil ikan wadi, yang lain panggil ikan pekasamlah gamaknya. Bukan aku reti sangat pun.

Biasanya aku goreng dan tumiskan dengan bawang besar je. Kalau ada cili kering lagi sedap. Ala-ala ikan masin juga rasanya. Makan saja dengan nasi panas pun memanglah sedap. Gambar ikan wadi kat atas tu aku ambil di blog adik ni : Blueberry Cheese... dia masak lagi hebat. Terliur aku dibuatnya.

Anak-anak memang suka makan kari. Sama macam arwah ayah aku. Tak kiralah kari ikan, kari ayam atau pun kari telur ayam. Aku buat pun tak pedas sangat, sesuailah untuk anak-anak aku. Teringat dulu mak marah aku sebab tak tumis kari tu sampai pecah minyak. Maknanya tak sampai masak betul. Hasilnya masakan kari jadi tak sedap le. Itu kisah nak mengelat masa kecik-kecik dulu. Kerana teguran maklah aku akan sentiasa terfikir tentang mak setiap kali masak kari.

Telitinya mak aku memasak. Bila karinya dah masak, mak aku akan alihkan periuk ke tempat yang sejuk. Begitu juga setiap kali mak masak lemak, mak akan alihkan juga periuk tu. Takut santan pecah katanya. Bila santan pecah tu memang masakan jadi tak cantik dan tak sedap. Itu mak aku kata kat aku le. Tak tau le apa yang pakar kata..he..he.. aku ni hentam aje.

Kerana mulut boleh rosak maruah sendiri

Sedih bila ada seorang guru ini suka benar mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat bila marahkan anak-anak muridnya. Nampaknya para ibu-bapa pun dah naik angin. Saksi pun sudah tentulah murid-murid kelas yang diajarnya.

Bila balik dari sekolah aje anak-anak bertanya dengan si ibu apa maksud p*****k, apa pula p****t. Hishh... aku yang dengar si ibu bercerita pun geli. Mulut aku memang tak suka nak menyebut perkataan-perkataan tu. Bagaimanalah kalau ada pulak si ibu yang bagi penampar satu pada si anak yang dengan jujur hanya ingin bertanya? Penampar sebelum soal selidik. Tak ke naya si anak?

Hal ni pun katanya dah sampai ke pihak guru besar. Itulah... kerana mulut badan binasa. Kawan-kawan pun malu agaknya nak mengaku kawan. Merosakkan nama rakan sejawatan juga. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Korang percaya ke?

Suami jarang nak makan kat rumah? Kenapa pula? Mungkin sebab sibuk bekerja sampai tak boleh nak colek sikit masakan isteri. Mungkin juga sebab isteri masak tak sedap. Tak macam masakan mak di kampung. Suruhlah isteri belajar memasak dengan mak. Tak pun buku resepi berlambak di pasaran sekarang ni. Pilih saja nak masak apa.

Orang kata nak pikat suami dengan masakan isteri. Mmm... sampai ada yang perut suami ke depan mengalahkan mengandung 5 bulan. Eh! Ada juga yang maintain aje kempisnya. Apa petuanya tu? Kongsikanlah!

Macam mana nak masak kalau bahan tak ada? Jenuh pulak le si isteri mencari bahan apalah nak di masak untuk hari ini. Syukur ada ikan bilis. Bolehlah dibuat sambal ikan bilis. Cukup ke? Nak masak apa lagi? Ikan tak ada, ayam pun tak ada, sayur apa pun tak ada. Apalah kreativiti si isteri ni agaknya. Ada sosej ayam sikit. Ada ke orang makan sosej buat lauk dengan nasi? Eh! Hentam ajelahkan. Itu aje yang ada pun. Nak masak telur pun tak ada.

Si isteri nak ke pasar pun tak boleh. Nak beli dengan apa? Duit pun suami tak bagi. Semua bahan mentah suami je yang nak beli. Jadi itu jugalah yang si isteri masak. Nak mintak beli lebih-lebih pun ada aje jawap si suami nanti. Tak payahlah! Membazirlah! Anak-anak tak makan lah! Mmm...suka hati abanglah nak beli apa. Saya masak je. Malas nak gaduh.

Tengahari nanti anak-anak nak makan balik dari sekolah. Bila balik aje mesti tanya "mak masak apa?". Lauk sambal ikan bilis dengan sosej masak kicap aje nak oii! Makan je lah asal kenyang. Ada orang lain tu nak makan pun susah. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Fikir-fikirlah pulak nak masak apa untuk malam nanti. Buat bubur nasi pun boleh juga. Ikan bilis pun ada lebih lagi. Buat kuah sup saja pun sedap juga. Janji dapat makan.

Isteri pun kadang-kadang pening. Bila pasal makan bukan main bercatu. Siapa nak percaya peti sejuk tak ada makanan kalau dah tinggal di rumah dua tingkat dengan kereta besar lagi. Habis macam mana nak masak sedap-sedap nak pikat suami? Korang percaya?

Dengarkan ayat suci Al-Quran Jumaat ini


Pagi ini aku terjumpa satu blog yang menarik perhatian aku. Leka seketika aku membaca entry-entrynya. Aku paling suka mendengar ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh di klik bila-bila aje di sidebarnya.

Aku share linknya : I am me, one more

Tak banyak sangat entrynya mungkin kerana sibuk dengan tugas harian. Walau pun sedikit tetapi entrynya ada isi. Itu penilaian peribadi aku untuk melihat ilmu tentang kebaikan elok dikongsi bersama.

Thursday 21 April 2011

Gila nombor plet kereta

Cantik kereta tu. Toyota Vios warna putih. Ternampak semasa berhenti di lampu trafik. Mmmm... plet kereta lama dan seperti biasa aku nampak. Tapi dulu plet tu milik Proton aeroback. Sudah jadi Vios pulak ye. Aku cuba perhatikan pemandunya..... oooo... betullah orangnya tetap wanita yang sama. Jiran lama aku semasa aku tinggal di Bandar Baru Bangi. Maknanya aku tak salah plet keretalah tu.

Aku memang agak gila dengan nombor. Tak banyak, sikit aje. Bukan ada apa pun. Saja suka-suka. Tidak juga aku hafal sangat tapi bila ternampak di mana-mana aku boleh cam "Oh! Ini orang Bangi atau ni jiran aku!".

Kalau ada yang buat pasal kat jalan memang aku catitlah nombornya. Kalau tak sempat nak hafal nombor, aku ingat hurufnya, warna dan jenis kereta. Teringat-ingat lagi kereta kereta Kia spectra hitam plet WLL yang sungguh kurang sopan menghimpit kereta aku. Malu aku nak kata drivernya berbangsa Melayu yang dah tentu muslim kerana nampak isterinya bertudung di sebelah. Pernah sekali aku nampak dia ambil anaknya dari sekolah ugama yang sama dengan anak aku. Tak adalah aku nak menyerang pun tapi sakit hati jugalah.

Bayangkan kalau kita buat kurang sopan di jalan raya hingga orang ingat kereta kita yang boleh membawa kepada kesan buruk. Balas dendam umpamanya hingga kepada kes pukul. Lebih parah sampai mati pulak tu.

Bertolak ansurlah di jalan raya. Entahkan orang yang anda dok maki-maki sampai nak tunjuk tangan dengan isyarat tak baik tu bakal jiran baru anda. Mungkin juga bakal mertua anda (macam dalam iklan TV tu). Mungkin juga bini bos anda atau pakwe kawan anda. Sakitlah kalau dia bakal bos anda (nak pergi interview nanti).

Lempang je! Naik lemak pulak!

Tersengih aku baca entry blog Diana "Gangguan seksual~~nak lempang ke??". Agak ganas tajuknya. Entry Diana ni memang agak ganas tapi ayat berlapik lagi. Seronok baca blog dia ni yang banyak kisah tentang realiti kehidupan kita. Hal yang kadang dianggap sinis oleh sesetengah orang tapi mampu beri kesan umpama 'bom' dalam kehidupan kita macam entry ni juga "Awak nampak cantik". Macam tak ada apa pun, sekadar memuji! Tapi korang bacalah kupasan dalam entry Diana tu. Klik je kat tajuk yang aku beri tu.

Kalau aku rasa nak lempang je pada mereka yang suka benar buat gangguan seksual ni. Tak pun dakwa sekali kat mahkamah. Pastikan saksi kuat. Kerana tangan gatal, reputasi boleh hancur tau! Seluruh hidup boleh musnah walaupun belum sabit kesalahan.

Adalah sekali masa aku kerja kilang dulu. Rasanya tergagap jugalah si mamat ni nak pertahankan diri bila aku 'sound' dia depan-depan selepas ramai dah keluar dari bilik meeting. Masa tu ramai yang sama-sama meeting. Sengaja pulak si mamat ni nak ambil buku depan aku dengan tangannya hampir sentuh dada aku. Terkejut aku dibuatnya. Ramai pulak yang tengok bila aku dengan spontan anjak kerusi aku ke belakang dan kata "apa awak ni?". Tersengih je dia... kurang asam betul.

Habis meeting aku terus jumpa dia "awak jangan cari pasal dengan saya!". Aku kira apa walaupun dia pangkat manager masa tu.. main 'awak' je dah! Memang selalu panggil gitu pun. Kadang-kadang 'abang xxx', kadang tu 'cik xxx'. Ikut sedap mulut aku je. Kalut dia menjawap soalan aku "Eh! Mana ada! Saya tak sengaja la!". "Kalau tak sengaja pun awak boleh pikirkan cara awak tu?" aku sound dia lagi. "Saya minta maaflah! Silap saya tu!" kendur suara dia. Ye laa... aku ingat dah kenal kau lebih 10 tahun, aku maafkanlah. Tapi kalau lagi sekali memang teruk aku kenakan.

Lepas tu aku mengadukan kat adik angkat aku, lelaki yang sebaya dengan adik perempuan aku juga. "Dia buat apa kak? Nak saya pukul ke kak?" adik angkat aku tanya. Aku kata biar dulu, esok lusa lagi sekali buat siaplah kau. Adik angkat aku ni bukanlah orang yang bersifat kasar, hormat orang dan peramah ala kadar je. Saja nak bergurau juga.

Aku bengang dengan mamat ni sebab kadang-kadang mulut dia tu jahat juga suka cakap benda pelik-pelik. Ramai juga budak-budak operator yang 'geli' nak dengar perkataan dia. Tapi dia berani cakap je, kalau kita gertak sikit tu menikus le. Buat pulak kalau 'gatal'nya ni bini dia tahu... terkebil le. Bininya baik aje, bertudung labuh, comel tapi nampak tegas juga orangnya. Pernah juga aku sound dia "Awak kalau nak bergurau tu pandang-pandanglah ye, saya ni bini orang, awak tu laki orang". Pening aku... dah malas nak layan.

Sekarang mamat tu pun dah pindah, adik angkat aku pun dah hilang entah ke mana. Ada sesiapa kenal Redza Adi Satria? Orang Johor, baru 30 tahun. Geram betul aku bila asyik tukar nombor handphone je. Silap juga aku tak minta nombor telefon mak dia dulu. Entah dah kahwin ke belum aku pun tak tahu.

p/s : maaflah! agak brutal dan emo sikit entry ni... Diana punya pasallah ni..he..he..

Bila sakit baru nak ingat


Aaaachooooo..... letih bila bersin gila macam ni!

Tak sihat lagi hari ni. Kepala suam-suam kuku. Batuk dan selsema. Ada ulser kat mulut juga. Malam tadi boleh tahan juga kena migraine. Nak kata apa, sabar ajelah. Risau juga seperti musim sebab anak-anak pun sama batuk dan selsema. Cuma belum demam aje. Harap-harap tidaklah. Itu yang kena disiplin bagi makan ubat. Tak bagi dah minum ais.

Bila tak sihat mulalah ingat kerja-kerja yang tak siap. Aku ni mudah lupa. Lupa nak manafaatkan waktu sihat untuk buat perkara-perkara yang penting dan berfaedah. Bila dah sakit barulah kalut berfikir itu tak sudah, ini tak siap. Entah apa-apakan. Aku harap korang tak gitu.


Bacalah Mensyukuri nikmat sihat sebagai peringatan buat diriku yang sering lupa.

Mengenali akil baligh anak-anak

Tertarik aku dengan informasi yang aku dapat di facebook hari ini. Informasi yang di postkan di wall facebook sekolah kebangsaan tempat anak-anak aku bersekolah sekarang, Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra.

Teringin rasanya aku nak turut serta mendengar informasi yang sangat berguna ini :


Anak-anak aku pun berusia dalam lingkungan menuju usia remaja ; 15 tahun, 13 tahun, 11 tahun, 9 tahun... tinggal Arif saja yang baru nak masuk 2 tahun pada 28 Mei 2011 nanti. Jadi rasanya memang patut pun aku pergi ke bengkel ini untuk menambah ilmu dan pengetahuan.

Banyak perkara yang para ibu-bapa harus pelajari tentang perubahan sikap anak-anak dari peringkat kanak-kanak ke peringkat remaja. Bagaimana pula menangani anak-anak yang telah dewasa hinggalah mereka berumahtangga.

Bukan perubahan sikap saja yang harus kita fahami tetapi juga perubahan dari segi fizikal dan tahap kanak-kanak ke akil baligh. Aku takut jika mereka mendapat informasi yang salah dari orang yang salah. Maka adalah menjadi tanggungjawab aku sebagai ibu untuk membimbing anak-anak memahami dan mengerti perubahan yang berlaku pada diri mereka dengan betul.

Zaman sekarang tidak sama seperti dulu. Semasa aku mula datang bulan, mak cuma ajar aku cara cuci kain (masa tu sempat guna kain buruk lagi) dan mandi wajib. Ada sikit mak ajar pantang-larang semasa datang bulan ni. Semuanya aku dengar dan terima apa yang mak ajar dengan hati terbuka. Itu jugalah yang aku pesankan pada anak dara aku dan aku tambah lagi pantang larang tentang kebersihan.

Aku sendiri ada satu buku yang sering aku baca semasa mula-mula hamil anak sulung dulu. Buku tentang kesihatan dan sistem dalam badan seorang wanita. Aku suka membaca kerana aku ingin mengenali diri aku sebagai seorang wanita.

Masalahnya sekarang aku masih lagi kurang faham tentang perubahan anak remaja lelaki. Hubby aku pulak jenis pemalu nak berbicara secara terbuka. Aku yang selamba, dia pulak yang tersipu-sipu nanti. Nanti aku ceritakan bagaimana aku menemani anak lelaki aku, Amirul ketika di berkhatan dek kerana ayahnya pulak yang takut nak temankan. 'Ngilu' agaknya. Bagi aku, aku sanggup menahan 'ngilu' andai ia ilmu untuk aku mengenali dan memahami kehidupan anak-anak aku.

Wednesday 20 April 2011

Bila lupa mengira usia!

Inilah jadinya bila terlupa mengira usia atau mungkin saja buat-buat lupa. Memang tak 'sweet' lansung bila nenek ingin beraksi seperti orang muda. Bukanlah bermakna yang muda boleh nak buat kat public macam ni.

klik sini... tengok apa nenek ni buat :

Beratnya abang ni!

Kisah di rumah mak aku, Jengka 16 kat Pahang pada 17 April 2011..

Abang! Bangun laaa..


Berat betul abang ni


Dah...malas nak layan abang! Arif pergi minum tempat lain lagi bagus!

Obes betul anak aku sorang ni! Nak kena buat sesuatu ni!
Bayangkan 85kg dengan ketinggian 158cm pada usia 13 tahun.. Bahaya oii!

Jangan marah! Bergurau je!



Hidup ni seronok bila ada gurau senda. Terasa ceria ajekan. Tapi kadang-kadang gurau boleh bawa duka bila terlebih gurau. Tak kiralah bergurau dengan percakapan atau perbuatan.

Nak bergurau pun tengok keadaan juga. Adakalanya hal tu tak serius pun tapi dek kerana keadaan masa tu tak sesuai boleh jadi ada yang terasa hati pula. Maaflah kalau ada yang terasa hati dengan aku di blog ni. Sungguh tak seronok bila ada yang terasa hati gara-gara terlebih gurau atau tersilap bergurau.

Ramai juga yang memang jenis suka terlebih gurau yang kadang-kadang aku rasa nak 'hempuk' je. He..he.. 'hempuk' serupa macam nak pukul sekuat hati tapi manja-manja gitu.. Eee... geram betul. Orang serius dia boleh buat lawak pulak.

Contest Ben lebih 5K join ni!



Eh... baru dua orang je yang menyahut cabaran contest INI? Agaknya kalau Ben Ashaari yang buat, maunya dah cecah 5,000 penyertaan ni.

Hadiah ada 3, peserta baru ada dua...he..he..!!

Ada lagi yang berminat...silakanlah. Tarikh tutup 30 April 2011 nanti.

Tag aje bukannya Tag Heuer


Aku suka jam dengan modelnya sekali... more Tag Heuer di SINI!

Kau tag aku, aku tag kau. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Terus terang aku kata sangatlah tak berkenan bila di tag di facebook. Lebih-lebih lagi tag bisnes. Lainlah kalau yang tag tu adik-beradik atau kawan rapat.

Ramai kawan-kawan yang tag aku dalam facebook gambar masa sekolah dulu. Itu aku tak kisah kerana itu menggamit kenangan silam sesama teman-teman lama. Aku tak kisah bila di tag dengan info-info motivasi, kekeluargaan dan pengajaran. Cousin akulah yang selalu buat. Dia seorang kaunselor motivasi. Ini antara tajuk dia yang aku pernah copy dan paste di blog aku ni :How to keep a Wife happy. Inilah blog dia "Bimbingan dan Kauseling".

Aku pernah 'remove' sorang minah ni gara-gara kerap benar tag aku bisnes tudungnya. Bagi salam kat aku pun tidak. Sekali tu aku biarkan je. Memang berpusu-pusulah 'notification' masuk ke akaun facebook aku. Oklah aku 'remove' tag atas nama aku. Esok dia buat lagi, aku 'remove' lagi. Kali ketiga aku buat 'nakal' sikit dengan letakkan link blog niaga aku, Adzrien Shoppe kat post dia tu. Dengan selamba dia 'remove'. Aku tanya dia "Eh! Link tadi dah tak de?". Nasib baik dia diam je. Then aku 'block' terus nama dia. Malas nak layan dah, dia yang 'add' aku tapi menyusahkan aku. Lain kali bagi salam dulu kalau nak masuk rumah orang. Jangan main terjah je!

Rupa-rupanya adik aku pernah dengar nama minah ni sebab ada ambil tudung dari tempat sama. Adik aku pun berani tag kami adik-beradik je. Itu pun jarang sangat. Kadang-kadang aku yang tolong 'share'kan. Adik sendiri nak kira apa, tak dapat komisyen pun nak kisah apa. Adik sendiri senang, aku turut senang hati. Tempias banyak juga dapat bila masa raya yang selalu buat anak-anak aku berdoa "Moga makin bertambahlah rezeki Mak Cu, Aminnnn" *(^_^)*.

Junior masa sekolah pun siap minta izin dengan aku nak tag. Aku kata taglah tapi aku akan 'remove' dulu dan lepas tu aku 'share'. Aku suruh dia tag aje bila ada stok niaga baru utk aku 'share' dengan orang lain bila aku akan 'remove'. Tapi sekarang dia tak buat sangat dah kerja-kerja tag ni. Macam-macam niaganya. Yang aku nampak dia lebih banyak jual novel-novel dan minyak wangi. Sesiapa yang suka baca novel bolehlah jenguk blog dia di "Semuanya ada di sini".

Aku pun berniaga juga tapi rasa tak berani nak tag orang suka-suka hati di facebook kecuali kalau ada yang kata "kalau ada model baru janga lupa tag aku tau!"... wah! Ada lampu hijau!

Mana yang ter'tag' aku tentang erti sebalik nama, jenis darah, kawan terbaik dan macam-macam le kat facebook tu memang aku tak ambil kisah pun. Biasanya aku remove je nama aku dan buat macam biasa je. Itu hal tak sengaja dan tak reti agaknya nak elak daripada ter'tag' rakan-rakan.

Apa cerita pulak dengan tag dalam blog? Aku buat sebab orang tag aku, maka aku pun taglah orang lain. Cuma yang bestnya tak adalah aku terima 'notification' banyak-banyak macam dalam facebook. Kalau aku tak buat pun bukan ada sapa nak marah pun. Cuma lepas ni mungkin orang tak nak tag aku dah le. Tapi bukanlah bermakna aku galakkan korang tag aku.. he..he.

Mereka yang aku tag dalam blog ni toksahlah ambil serius sangat. Aku ni jenis tak kisah sangat hal-hal kecik macam ni. Jawap tag bila boleh buat. Kalau keadaan tak mengizinkan janganlah dipaksa sangat. Ada orang tak berkesempatan dengan kerja, nak belajar lagi, urusan anak-anak dan tak kurang juga broadband dah macam siput aje responnya. Aku pakai streamyx ye!

Lagi satu jangan difikir sangat kalau ada yang nak terasa bila di tag atau tidak kerana manalah mampu kita nak tag semua. Kita tag pun bukan bermakna yang di tag wajib buat. Kekadang tu ada yang merajuk kata nama tak tersenarai tu macam Fairus dan Sunah. Diaorang tu bergurau je. Memang suka nak menyakat aku.

Biasanya yang aku tag tu sebab aku nak blog dia lebih dikenali ramai kerana isi blognya menarik pada pandangan aku. Kalau blog dia baru pun tetapi bagi aku dia ada potensi untuk buat lebih baik. Setiap hari adalah pengalaman yang sangat berguna. Aku pun belajar sikit-sikit juga bagaimana nak buat blog. Adik aku cuma ajar macam mana nak mula buka akaun untuk blog ini. Selebihnya aku bikin sendiri. Sekali-sekala tanya dia dan banyak ilmu yang aku dapat dari blog-blog lain. Apa yang penting, jangan berkira dan bekerjasama dan jangan susahkan orag lain.

Tuesday 19 April 2011

Kerja susah menjadi mudah


Gambar di mana ni? Inilah pokok-pokok bunga yang dibawa oleh satu murid satu pokok bunga di sekolah tempat anak aku belajar sekarang ; Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra.

Inilah kata-kata cikgu Haslina Ahmad Khairuddin selaku guru Kelab Kemahiran Hidup yang aktif menguruskannya "Inilah hasil setelah ibubapa dan murid-murid menyokong 1 murid 1 pokok..hanya ALLAH yang dapat membalas jasa tuan puan..Aminnnn..."

Dan yang ini juga...

Apabila kita bekerjasama, kerja susah menjadi mudah. Benda mahal menjadi murah. Bukan susah sangat pun nak menyokong usaha mulia pihak sekolah. Semuanya untuk anak-anak kita juga. Kan dah cantik kawasan sekolah dan mata pun sejuk memandang.

Anggota badannya tidak sempurna

Hampir menangis aku melihat youtube ni. Harap korang pun ambil iktibar juga. Bukan sekadar kasihan pada insan ini tetapi kasihani juga diri sendiri yang sempurna anggota badan tetapi tidak sempurna amalan solat kita dan lainnya.

terima kasih pada tuan blog INI yang sudi share di youtube


Nuffnang copy idea



Eh... iklan nuffnang kat sidebar aku ni copy entry aku ke? Biar betul! Entry aku yang ini :

.
.
.
.
.
.
.
Bila aku belek semula rupanya PC aku yang biol. Loading lambat jadi gambarnya dah tak betul agaknya. Suspen je!

5 Blog paling kerap dilawati 2011


Seronok pulak rasanya nak join projek Denaihati.com ni. Sapa nak join boleh klik SINI.
Tahun 2011 baru saja mencecah bulan April. Apakah 5 blog yang aku selalu terjah ye?

1. Ben Ashaari - Blog popular abad ini. Banyak ilmu yang baik bukan hanya untuk jadi popular tetapi juga belajar bagaimana nak jadi blogger yang berhemah. Pandai-pandailah menilaikannya menggunakan akal dan fikiran.

2. Salam Borneo - Umpama ibu yang mencurahkan kasih sayangnya pada anak-anak. Tidak jemu bertanya khabar dan menjenguk aku setiap hari walau sibuk dengan tugasannya. Bekas guru yang sangat penyayang dan berhemah penulisannya. Terasa meresap dalam jiwa aku dan sentiasa dekat di hati aku.

3. Hanis Azla - Dalam kelembutan ada ketegasan dan kebijaksanaan. Bait-bait katanya diatur sedemikian rupa agar sampai maksud yang tersirat kepada mereka yang membacanya.

4. Senyum-senyum - Seorang ibu dengan anak gadis kecil yang comel seindah nama dan senyumannya, Maisara. Namun ada ketegasan dalam tulisannya yang sering mengajak kita berubah agar menjadi lebih baik dari semalam dan menghindari perkara yang tidak memberi manafaat pada diri dan masyarakat.

5. Asterisk Boutique - Setiap hari mahu saja aku menjenguk blog ini untuk melihat gaya-gaya tudung terbaru walaupun seketika. Bertanyakan stok baru mahu pun design terbaru.

Aku harap 10 nama tersenarai di bawah sudi juga untuk turut serta dalam projek Denaihati.com ini kerana mereka antara blog yang sering aku terjah untuk tahun 2011 :










Rumah buruk berdinding papan



Siapa nak baca blog pilihan Ben Ashaari hanya kerana komen-komennya yang berisi bagi setiap entry Ben Ashaari? Sebenarnya dia rajin komen di blog aku juga dan komennya sering mendapat perhatian aku untuk berfikir lebih panjang.


dan entrynya "Rindu Masa Itu" mengingatkan aku semasa zaman aku kecil-kecil dulu. Lebih kurang je..

Liza burung hantu?

Kalau ArdiniHumaira dapat crochet biru yang comel dan Yuyu Zulaikha dapat bunga dan lukisan yang comel juga... aku dapat ini!

Tengahari semalam van pos laju datang mengirim barang. Melihat bungkusan pun aku dah tahu isinya ; Sebiji bantal merah kecil yang comel kiriman Sweet Cottage gara-gara menang contest INI. Berebut anak-anak aku nak peluk. Lembut sangat! Baby Arif pun ketawa tengok burung comel tu. Inilah hadiah yang sangat berharga bagi aku, punya nilai tinggi yang mengeratkan persahabatan.

Tak jauh mana pun dari rumah aku. Sweet Cottage berada di Presint 9, Putrajaya je. Saper nak order coklat sedap-sedap boleh le contact Sweet Cottage.

Bantal ni buat sendiri ke? Semua gambar pada bantal tu dijahit bertampal. Bukan dilukis atau gambar siap pada kain. Mata hitam dan riben hijau tu dibuat dari butang baju. Kreatifkan! Melihat bantal ni membuatkan aku teringat pada cerita ini...


dan ini....


p/s : Teringat dulu ada kawan-kawan panggil aku Liza burung hantu. Sabor je la.. he..he..

Komen dan follow


Pandangan menembus jiwa raga... jangan main-main

Betullah kata Diana dulu dalam entrynya "Blogger gelojoh jangan sampai nampak bodoh". Aku pun mengalami perkara hampir serupa. Mungkin ramai juga yang mengalaminya.

Lebih kurang macam kita dok sibuk-sibuk bercerita tiba-tiba dia mencelah dengan komen yang tak sepadan dengan isi yang kita bualkan. Tak ke pelik bunyinya. Rasa macam nak kerut muka dan angkat kening pun ada.

Bagi aku lebih baik kalau komennya "Salam kenal", "Saya dari blog ...", "Info menarik" daripada kita cerita lain, tapi beri komen lain. Itu lebih selamat dan jelas bagi aku yang dia tak baca pun entry aku dan aku tak ambil hati pun.

Isu follow pun satu hal juga. Kita follow blog orang lain mungkin sebab :
1. Kita suka entry-entrynya
2. Saja nak berkawan walau pun tak berapa minat entrynya
3. Nak dia follow kita semula.

Sebab 1 dan 2 tu OK bagi aku tapi sebab yang ke-3 pun terbahagi dua juga iaitu sama ada secara halus dengan mengharapkan dia perasan kita follow dia atau secara terang-terang menyuruh "follow me back". Alamak! Elok-elok memang nak follow jadi hilang mood nak follow tapi biasanya aku follow je la. Cuba fikir yang baik-baik je. Mana tau lepas ni entrynya bertambah baik dan menarik.

Bawah iklan nuffnang di sidebar ada ruang untuk 'search'. Taip je perkataan 'follow' dan klik search, Insyaallah boleh nampak beberapa entry aku yang lain berkaitan follower.

Bagi ruang komen pula aku rasa inilah cara paling memudahkan pelawat kita untuk memberi komen. Terpulang pada masing-masing. Kalau kita nakkan orang rajin komen dalam entry-entry kita maka permudahkanlah tapi masih menjaga ciri-ciri keselamatannya. Komen-komen tetap juga kita tapis. Jika tidak boleh saja teruskan dengan cara kita.

Sekadar berkongsi ilmu dari teman. Bacalah entry ini "Senangkan tetamu nak komen entry"

Monday 18 April 2011

Siapa yang jadi suami ni?


Gambar jumpa kat google search

Isteri suka nak membantu meringankan beban suami tetapi bukanlah begini jadinya. Lemak yang makin menjadi-jadi hingga lupa diri. Sungguh memalukan! Hapuskan obesiti begini!

Tak semena-mena meleleh air mata aku

Pagi sabtu kakak aku dah mula mengajak aku dan yang lain-lain mula bergotong royong kat depan rumah. Ada tiga beradik yang belum sampai lagi iaitu adik aku dan dua abang aku. Si kecilArif pun nak menolong sama.
Sempat Arif posing di atas jalan depan rumah

Teringat pulak aku zaman aku kecik-kecik dulu. Memang dah biasa menyapu daun-daun pokok mempelam yang gugur memenuhi halaman rumah. Dulu-dulu pakai penyapu lidi aje. Sekarang ada pencakar yang besar tu kira senanglah sikit. Tapi ada juga bahagian-bahagiannya yang aku lebih suka guna penyapu lidi aje.

Banyak rumput-rumput halus yang perlu dicabut juga. Kita bagi anak-anaklah buat yang mudah-mudah begini. Anak-anak aku mana ada buat semua ni selalu. Baru sekejap dah "penatlah mama!". Macam-macamlah korang ni.


Mak tugaskan hubby aku start motor ayah yang dah sekian lama terperap dalam stor. Nasib baik berjaya tapi starternya dah tak ok. Hubby terpaksa hidupkan enjin motor cara lama, guna kaki le.


Sedang aku leka menyapu sampah dan sambil-sambil mencabut rumput tak diundang di celah-celah pasu bunga, jiran kami yang tinggal di depan rumah datang menghampiri aku. Menghulurkan not RM100 kat aku. "Eh! Besar rezeki mak cik Tiah bagi ni!". "Alaa..bagi kat mak! Ada hutang kemarin!". "Ooo... berapa?" aku tanya dia. "RM30!". He..he.. aku ingat RM100 tadi. Lansung aku minta baki RM70 dari hubby.

Mak cik Tiah memberitahu khabar buruk. Katanya Ustaz Harun, salah seorang imam di Jengka 16 kemalangan dengan motosikalnya dilanggar belakang semasa balik dari ladang. Dalam hati berkata "kesiannya Ustaz Harun". Katanya dah dihantar ke Hospital Bandar Pusat Jengka. Tak pasti pula bagaimana keadaannya.

Mak aku kata pagi tu Ustaz Harun ada lalu di depa rumah aku semasa mak sedang membeli nasi lemak dan kuih untuk sarapan kami dengan peniaga yang lalu di depan rumah. Gigih betul pakcik tu berniaga sejak aku di sekolah rendah lagi. Anaknya pun ada yang sebaya aku. Dulu-dulu selalu aku membeli ikan dan sayur dari dia bila mak tak ada di rumah. Itu kisah kecik-kecik dulu.

Cadangnya petang nanti nak pergi melawat Ustaz Harun di hospital. Tak sampai setengah jam berita kemalangannya tiba-tiba terdengar suara bergetar memberi salam dari masjid yang agak dekat juga dari rumah aku. Kalau berjalan kaki tu 8 minit pun dah boleh sampai. Aku kenal sangat suara tu kerana itulah suara Ustaz Ahmad yang pernah mengajar aku semasa di sekolah rendah agama di Jengka yang merupa ayah pada kawan sebaya aku juga.

Mendengar suaranya yang bergetar saja sudah membuat hati aku gundah. Terasa seakan ada berita yang tak ingin aku dengar. Begitu juga dengan kakak dan mak yang agak suspen berdiri di halaman rumah. Benar bagai aku jangka, Ustaz Ahmad mengumumkan berita sedih tentang pemergian Ustaz Harun buat selamanya. Tak semena-mena meleleh air mata aku.

Ramai yang sayang Ustaz Harun. Beliau adalah insan terlalu banyak jasanya bagi masyarakat di Jengka 16 dalam bidang agama. Bekas guru besar di sekolah rendah agama di situ dan merupakan seorang imam yang sangat disegani. Dia juga yang menjadi saksi pada pernikahan aku dan hubby, begitu juga pasangan-pasangan yang lain. Salah seorang anaknya juga sebaya dengan aku.

Kami empat beradik semuanya pernah berguru dengan semasa di sekolah rendah agama bermula dengan kakak aku. Jadi sangatlah terasa bila berita sedih ini yang kami terima. Aku capai handphone dan mengirim SMS kepada adik aku dan kawan aku iaitu anak pada ustaz Ahmad yang membacakan pengumuman tadi.

Hilang sekejap mood aku nak menyapu. Menarik nafas panjang-panjang dan menyeka air mata. Terasa seperti kehilangan sebutir permata yang sangat berharga dan kilauannya memberi makna kepada ramai insan.

Lepas tu kami semua mengambil giliran mandi dan bersiap. Aku terpaksa tidurkan Arif dulu dan Aishah boleh menjaganya sementara aku menziarahi rumah arwah Ustaz Harun. Mak dan kakak aku serta suaminya dah bergerak dulu berjalan kaki ke sana. Tak lama kemudian aku sampai dengan membonceng motosikal arwah ayah bersama hubby aku.

Kelihatan tenang di wajah isteri arwah ustaz Harun, namun tiada siapa yang menduga kesedihan di dalam hatinya. Antara pesanan arwah ada menyuruh isterinya mengemas ruang tamu ditingkat atas yang tidak selalu dilakukannya pun. Seperti tahu ruang tamu akan digunakannya nanti.

Tak lama aku menunggu, kemudian jenazahnya tiba. Dapat juga aku melihat sedikit wajahnya yang kelihatan sangat tenang, seperti tidur-tidur ayam saja gayanya. Melihat kesan jahitan kiri wajahnya buat aku rasa sedih dengan kesakitan yang dialaminya sewaktu kemalangan. Terasa kejamnya insan yang melanggarnya.

Tak lama kemudian azan zohor berkumandang dari masjid yang berada betul-betul di depan rumahnya. Kaum lelaki semuanya bergegas ke masjid dan bersolat jemaah. Tahlil pertama terus diadakan di masjid selepas selesai solat zohor dengan suasana yang cukup terharu.

Allah sudah menetapkan aku lima beradik dapat melawat jenazah ustaz Harun buat kali terakhir gara-gara hajat kami yang ingin pulang untuk bergotong-royong di rumah mak minggu itu. Petang itu mak pergi lagi sekali melawat sambil menemani adik aku yang baru saja tiba.

Alfatihah buat Allahyarham Ustaz Harun bin Ahmad. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmatNya. Amin.

Sedapnya nama Dyea Irdina


Hidupan laut yang cantik

Tenangnya jiwa aku bila masuk blog adik ni.. Astaghfirullah! Astaghfirullah! Astaghfirullah! Itu belum lagi aku membaca entrynya. Leka aku membiarkan blognya dengan lagu indah Asma Ul Husna.

Blog Dyea Irdina ni suka melawak... Antara tajuk panas yang buat aku rasa "Ish! Ish! Tersentap sekejap" : Sudah berpisah dengan suami

Sambil aku menaip aku biarkan je blog dia sebab boleh dengar lagu indah tu...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:-
Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda; "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu; sesiapa yang menghafal seluruhnya masuklah ia ke syurga"

Banyaknya jenis BINGKA


Bingka roti resepi dari Kak Ummi

Pagi ni Encik Lan ni komen di blog aku... so aku pun jenguk le blog dia. Aku memang ingat blog dia ni kerana nama yang dia letakkan agak unik ; Lan Bingka. Yang aku tau bingka ni sejenis kuih orang melayu. Mak aku panggil 'bengkang'.

Bingka ambon resepi dari Cikmanggis

Entah kenapa pagi ni agak lama aku 'tersadai' di blognya. Aku jadi leka membaca entry-entrynya yang sangat ringkas tapi seronok. Kebanyakan cerita tentang dirinya sendiri. Bahasanya ringkas tapi bukanlah ringkasan yang pening seperti 'sebab' jadi 'sbb', 'nanti' jadi 'nnt' dan macam-macam lagilah yang buat orang hampir 40-an seperti aku ni pening nak baca.

Bingka labu resepi dari My Kuali

Maaf ye Lan, terlepas pandang rupanya bila aku nampak nama blog aku ada dalam bloglistnya. Terima kasih banyak Lan sebab sudi letakkan blog kak Liza ni dalam bloglist Lan. Sejak bila pun aku tak tahu. Malu pulak rasanya dengan Lan.

Banyak betul jenis bingka, tapi tak boleh juga nak lawan Lan bingka :