iklan

Followers

Pages

Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Tuesday, 28 April 2015

Bidang hartanah pula untuk 2015

Tahun 2015 semakin berganda kesibukan aku hingga mood nak berkarya di blog ni jadi ke laut. Tapi sayang tetap sayang dengan blog ni. Tetap sayang dengan sahabat-sahabat blogger terutama yang aku kenal sejak 2010. 5 tahun sudah rupanya ye!

Apalah yang berganda sangat sibuknya tu? Macam biasa kerjaya sebagai UTC (Unit Trust Consultant) tetap aku teruskan. Kerjaya sejak 2006, maka databased client tu dah ada aku bina untuk mereka ulang melabur silih berganti setiap bulan. Pun jika ada yang baru bila ada dapat referal saja. Aku bukan jenis yang rajin buat 'cold call' atau buka 'booth' pun sebenarnya. Alhamdulillah! Rezeki tak putus daripada kerjaya ini.

Kawan2 NPR Puchong yang pergi course sama hari dgn aku

Dengan Mr. Siva, President MIEA
Bermula hujung tahun 2015 aku mula berjinak dalam bidang hartanah atas dorongan Encik Hubby juga. Dah lama sangat sebenarnya dia usha aku join bidang ni. Aku je yang rasa belum ready.

Akhirnya pada awal tahun 2015 ini aku daftarkan diri sebagai REN (Real Estate Negotiator) di agensi Nilai Properties Realty Sdn. Bhd. cawangan Puchong atau singkatannya kami panggil NPR Puchong.

Kalian boleh risik listing-listing properties yang aku nak jual kat laman web rasmi NPR Puchong :


Alhamdulillah, semua listing yang aku dapat tu melalui referal sahabat fb, sahabat zaman sekolah, jiran-jiran dan ahli keluarga.

Tahun ini juga ada dua orang anak aku yang bakal hadapi peperiksaan penting iaitu SPM dan PT3. Dan anak yang bongsu pun bakal nak masuk ke darjah 1 tahun depan yang aku kena pastikan dia sudah mahir membaca sebelum melangkah ke alam sekolah rendah.

Memang sangat sibuk dengan rutin kerja hampir 7 hari seminggu sekarang sejak join REN ini. Sibuklahkan sebab baru nak membina kestabilan dalam bidang hartanah. Syukur sebab pengalaman buat sales dalam unit trust juga membantu aku untuk buat kerja lebih cepat. Apa yang perlu hanyalah lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu hartanah untuk menambah keyakinan diri dan dapat sampaikan ilmu tu kepada para pelanggan dengan baik.

Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan antara Broker Tanah dan REN. Umpama kerjaya yang berlesen dan tidak berlesen. Aku memilih yang berlesen untuk kebaikan diri aku sendiri dan para client juga.

Jangan tak tau, inilah nama sebenar aku. He..he..

Sijil daripada LPPEH
Aku memilih MIEA untuk hadiri course 2 hari untuk dapatkan sijil kat atas tu sebagai mengesahkan aku boleh menjalankan aktiviti sebagai REN yang berlesen dan berdaftar.


Setiap bulan mereka akan keluarkan jadual course di :


Selepas dapat sijil ni depa akan bagi tag. Yang itu aku kena tunggu lamalah pulakkan. Jadi ke mana-mana pun aku akan bawa sijil ni sebagai mengesahkan yang aku ni adalah REN yang sah.

This is my card... 

Ada peringatan untuk para broker dan perunding hartanah :

Peringatan Kepada Broker & Perunding Hartanah

Mulai bulan April 2014, tindakan keras akan diambil ke atas broker-broker hartanah (ejen tidak berdaftar). Tindakan undang-undang itu termasuk denda (sehingga RM300,000) dan penjara (sehingga 3 tahun).

Pastikan anda berdaftar sebagai perunding hartanah di bawah seliaan ejen hartanah berdaftar atau terima padah yang menanti.

Hanya ejen hartanah berdaftar & perunding hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Penaksir & Ejen Hartanah (LPPEH) serta tuan punya hartanah sahaja yang dibenarkan menjual dan menyewakan hartanah.

Selain daripada mereka yang disebut di atas, tidak kira anda adalah abang, kakak, pak cik dan sebagainya kepada tuan punya hartanah, anda adalah sebenarnya seorang broker dan boleh diambil tindakan undang-undang.

Sumber peringatan : Blog Hartanah Sifu

Jangan lupa add fb Kak Liza https://www.facebook.com/adzriel.ab

Tuesday, 3 March 2015

Pesanan manja yang asas jika nak berjaya dalam jualan

Goggle mari
Ada sahabat bertanya tentang tips nak buat jualan, tips nak berjaya dalam bidang jualan. Apa yang aku katakan pada dia bahawa aku bukanlah orang yang layak untuk bagi dia tips sebab pencapaian aku dalam bidang jualan biasa-biasa sangat.

Aku tidak salahkan siapa-siapa pun atas pencapaian aku yang biasa-biasa kerana tips untuk berjaya memang banyak tapi aku yang tidak konsisten melaksanakannya.

Tapi aku pesan juga pada dia bahawa jika nak berjaya, ikutlah tips yang memang dia dah pernah dengar pun dalam kelas-kelas anjuran syarikat yang pernah dia hadiri. Kita selalu seronok dengar atau baca tips untuk berjaya tetapi kita selalu bertangguh dan beralasan untuk melaksanakannya.

Hari ini aku menghadiri satu kelas yang juga berkaitan dengan bidang jualan. Antara perkara asas yang ingin aku kongsikan dengan korang semua :

1) Jangan suka buang masa dengan bergossip atau mengumpat. Kadang kita terlalu sibuk berbincang tentang keburukan orang lain yang sebenarnya tiada kaitan dengan kita pun. Apa yang kita dapat hanyalah dosa mengumpat.

2) Jangan buang masa dengan makan, minum atau berehat terlalu lama hingga boleh menyebabkan kita jadi malas dah nak bangun dan bergerak untuk mulakan kerja.

3) Fokus untuk selesaikan tugasan yang diberi dengan seberapa segera, elakkan bertangguh dan beralasan.

4) Jika kita menerima penolakan atau kerugian, jangan lama melayan sedih. Abaikan kemarahan. Redha! Perbetul kesilapan dan teruskan usaha mencari peluang lain. Marah dan sedih hanya membuang tenaga dan masa kita untuk berjaya.

5) Jangan kedekut untuk berkongsi ilmu dengan rakan seperjuangan.

6) Jangan terlalu kedekut dan berkira untuk sekali-sekala bersedekah sama ada daripada segi keringat atau pun harta.

Apa yang aku kongsikan bukan untuk perli siapa-siapa tetapi untuk kebaikan semua. Ia sebagai nota atau ingatan untuk diri aku sendiri. Terasa aku hari ni.. He..he.. padan muka aku kannnn..

Saturday, 4 May 2013

Akhirnya berjaya aku ke kelas Fiqh di Bukit Mahkota!

Sejak tahun lepas lagi aku selalu nampak kenalan fb aku, kak Noraini dari Bandar Bukit Mahkota (sebelah dah dengan Nilai 3) rajin iklankan kelas-kelas agama yang diadakan untuk para muslimah di situ. Beliau turut mengajak rakan-rakan lain tak kira dari mana sekali pun untuk menyertainya.

Bila ternampak posting tentang kelas agama di fbnya, terdetik di hati aku nak turut serta. Malangnya minda aku mungkin tak ambil serius sangat maka aku sering terlupa bila harinya tiba. Entah berapa banyak dah kelas yang aku terlepas. Teruknya!

Minggu lepas ternampak lagi kelas yang nak diadakan pada 4 Mei 2013, Sabtu pada pukul 9.30 pagi. Aku lansung hantar message ke inbox Kak Noraini bertanyakan jika aku boleh turut serta. Alhamdulillah, Kak Noraini sambut baik permintaan aku.

Share status kak Ani

Hari demi hari aku selalu saja ingatkan 'esoknya' hari Sabtu... Oh! Esok Khamis, Oh! Esok Jumaat... macam excited pulak ye!

Sabtu yang dinanti tiba. Selepas selesai siapkan sarapan anak-anak dan menyidai kain, aku bersiap-siap nak pergi. Hubby pun ada belikan roti canai untuk sarapan. Aku tambah buat cucur bawang je. Tapi kalau makan cucur bawang aku memang kenyang sebab ada letak nasi yang lebih malam tadi.

Baru nak melangkah pergi, anak bongsu aku si Arif (4 tahun) terjaga dari tidur dan merengek nak ikut. Ingatkan nak tinggalkan dia dalam jagaan kakak-kakaknya. Hubby dah pun keluar dengan urusan bersih rumah lelong yang baru dibelinya di Mantin bersama seorang anak lelaki aku.

Malas nak dengar dia merengek, terpaksalah mandikan dia cepat-cepat dan bersiap. Aku bancuhkan susu botol untuk dia minum dalam kereta nanti. Minum susu botol lagi tu!

Masa nak naik kereta, Arif terpijak pulak najis kucing yang ada dekat dengan kereta aku. Alahaii... menggugat kesabaran betullah. Jam dah pukul 9.30 pagi, lambatlah aku nampaknya. Seluar yang dia pakai pun terkena sikit. Terpaksalah mencuci kaki, selipar dan seluarnya pula. Ambil pula seluar ganti untuknya.

Dugaan betul bila nak buat benda baik ni. Tapi apalah sangat dugaan sebegini untuk aku berbanding insan lain yang mungkin terpaksa bertarung nyawa untuk mendapatkan sedikit ilmu Allah.

Jadi aku berpegang pada pesanan Profesor Muhaya, buang yang negatif. So aku positif teruskan je perjalanan ke lokasi.

Nah! Terapi minda Prof. Muhaya untuk para isteri, 24 minit ;



Yang lawaknya aku tak pernah ke surau di Seksyen 5, Bukit Mahkota tu tapi tak de pulak nak bertanya macam mana nak ke sana. Makanya aku redah aje! Nyaris juga pencarian tu tak lama mana pun.

Alhamdulillah sampai juga aku walau pun dah lewat sampai pukul 9.50 pagi. Dapat juga sikit 'brainwash' minda aku ni dengan ilmu agama. Moga lepas ni akan dapat lebih lagi ilmu dan lebih diamalkan.

Kelas habis lebih kurang pukul 12 tengahari. Ada kuih-muih dan makaroni goreng disediakan. Rezeki aku murah betul. Alhamdulillah! Dapat makan sambil berkenalan dengan para muslimah yang hadir. Buat pertama kalinya aku bertemu Kak Ani secara bersemuka... he..he..

Terasa sedap pula dengan agar-agar gula merah yang disediakan. Jadi dalam perjalanan balik, aku singgah kedai dan beli bahan-bahan yang perlu untuk buat agar-agar santan gula merah. Lagi pun hubby suka agar-agar ni.


Untuk rujukan resepi, aku jadikan resepi sahabat blogger ni sebagai panduan :

Sekejap je membuatnya. Insyaallah kalau tiap-tiap minggu aku dapat sertai kelas-kelas begini tentu terbaik untuk terapi minda yang lemah dan muram.

Semak ativiti kelas-kelas agama di kawasan kalian dan boleh join sama, tentu seronok!

Wednesday, 23 May 2012

Perbezaan di antara muhrim dan mahram

Aku kongsikan ilmu yang aku jumpa dari wall facebook kakak aku ni, pemilik blog FCC Farmasi Colour Cosmetics. Kakak pun dapat maklumat dari mak aku yang memang suka kongsikan ilmu dengan anak-anak. Petah mulut mak bercerita jika ada sesuatu yang menarik perhatian tentang agama sama ada di TV, bahan bacaan mahu pun maklumat dari teman-temannya. Patutlah mulut aku pun peramah juga, dari maklah ni.

Aku pun baru le tahu... tu yang nak share dengan korang semua.

PERBEZAAN DIANTARA MUHRIM DAN MAHRAM

Sering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas. Kita lihat makna kedua-duanya.

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram. petikan - halaqah.net