iklan

Followers

Pages

Monday, 2 May 2011

Tak elok potong barisan ni!


Mmmm... potong Q! Gambar dari kawan di facebook pada Sabtu lalu (30April2011)

Komen seorang teman di facebook "Orang lain beratur dengan taat dan sabar. Kalau diikutkan kami pun mahu cepat. Bukan semua tetapi yang ini adalah sebahagian dari yang itu. Semakin besar kenderaannya, semakin besar kepala, kelakuannya".

30 April 2011 (Sabtu) memang jem sejak pagi hingga ke malam di Lebuhraya KL-Seremban menghala ke selatan (Johor). Maka macam biasa adalah segelintir rakyat Malaysia yang tak sabar seperti dalam gambar ni.

Malu jugakan bila ada yang komen "perkara macam ni tak berlaku dinegara2 Maju macam US, Jepun.. tahap toleransi n disiplin mereka cukup tinggi sesuai dgn status negara maju... satu perkara yg sentiasa bermain difikiran saya... dinegara2 maju ni mereka rata2 bukan islam tapi mereka cukup mengamalkan nilai2 yang dianjurkan oleh Islam.. sedangkan kita diMalaysia ni sering mendakwa mempunyai nilai2 timur (islam) yg tinggi.. tapi yg berlaku adalah sebaliknya!!!!".

Gambar tak comel... Banyak lampu = Banyak kenderaan

Aku menghala ke arah KL sekitar jam 10 malam. Nak balik Bandar Seri Putra dari Senawang. Kenderaan banyak juga tapi masih lancar. Tapi jika dilihat di sebelah kanan menghala ke Johor jalannya masih jem dan kenderaan bergerak perlahan sangat. Ramai betul yang ambil peluang balik kampung atau melancong sempena cuti 3 hari dari Sabtu hingga Isnin sempena cuti hari pekerja. Mungkin ramai juga yang ke Port Dickson atau Melaka agaknya.

Tak eloklah nak potong-potong 'que' dari lorong kecemasan macam tu. Ramai yang menyumpah seranah sebenarnya. Bermakna ramai yang mendoakan perkara tak baik untuk anda. Orang lain pun nak cepat juga. Kan elok beratur dan jangan menyakitkan hati orang lain dengan sikap pentingkan diri sendiri begini. Tak pasal-pasal boleh jadi gaduh pulak. Tak pun elok nak cepat jadi semakin lambat bila ada pula polis yang menanti nak menyaman. Lambat dan duit melayang. Orang lain yang melihat "Padan muka kau!".

Sunday, 1 May 2011

10 jenis manusia berkenaan solat

Menarik untuk dikongsi bersama kalian.

10 kategori solat yg aku dapat dari ehoza.com.

Firman Allah swt yang bermaksud, "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari melakukan perbuatan keji dan mungkar" dan sekiranya solat yang kita kerjakan tidak mampu mencegah diri kita dari melakukan maksiat, maka rujuklah kembali solat kita akan kesempurnaannya.

1. Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku Islam tetapi engkar baginya bahkan langsung tidak pernah mendirikan Solat sepanjang hayat

2. Seseorang yang Solat bermusim 2 kali setahun iaitu Hari Raya Syawal dan Hari Raya Korban itupun kerana mengikut majoriti ramai orang pergi Solat di Masjid.Teramat besar kerugian bagi golongan ini meninggalkan yang fardu mengamalkan yang sunat.

3. Orang Islam yang Solat kadang-kadang atau sekali sekala ikut sedap sendiri sekadar mengikut hawa nafsu maka sentiasa kerugian bagi golongan ini.

4. Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah tanpa ilmu batiniah mengerjakan Solat tapi sayang kosong Solatnya seperti ada jasad tanpa roh.

5. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori lalai lahir dan batin.

6. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah akan tetapi masih dalam katagori khusyuk lahir tapi lalai batin.

7. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah khusyuk lahir batin akan tetapi masih belum berasa nikmat kesedapan beribadah.

8. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin.

9. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah.

10. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah. Dapat merasakan nikmat kehadiran Allah SWT dihadapan dirinya. Maka terbuka hijab dimulai dari takbiraul Ihram hingga selesai memberi salam.Subhanallah.

Wallua lam

## credit to fadhli ## edited by @mel84 ##

Dua hari streamyx hampeh!

Sejak semalam aku tak boleh nak akses internet. Nasib juga sabtu ahad, jadi tidaklah terasa sangat. Aku jarang jenguk internet bila sabtu dan ahad. Busy melayan anak-anak dengan si kecil Arif ni.

Dah tak boleh tu tidak pula aku nak call TM buat komplen. Tak ada mood. So aku biarkan aje walau pun anak-anak sibuk bertanya. Entah kenapa malam ni OK pulak.

Depa ni kalau lambat bayar mulalah nak potong linelah. Bila nak sambung siap ada caj lain lagi. Dua hari tak ada line tu ada depa nak bayar kerugian aku? Ewah! Rugilah konon!

Kawan aku ada buka kedai cyber cafe. Pernah satu hari line streamyx buat hal. Dia call TM suruh rebet segala kerugiannya. Bayangkanlah kedai cyber cafe punya kerugian kalau tiba-tiba line internet buat hal. Tak pastilah aku dia dapat rebet tu atau tak.

Dua hari tak buka facebook... mak aihhh! Banyaknya notification! Geram je kan! Sabor ajelah..