iklan

Followers

Pages

Monday, 14 November 2011

Eh! Nasi Beriani Anje juga ke rupanya...


Sedap puding ni... Nak? Mintak kat Ijan @ JeBateja

Ooooo.... baru aku tau! Sebelum hubby belanja aku anak beranak makan kat Restoran Nasi Beriani Anje, Bandar Baru Bangi tu awal-awal dia dah belanja Ijan @ JeBateja and the gang di tempat yang sama. Hubby tak cerita pun kat aku, memang jenis tak rajin nak bercerita pun. Aku ni aje yang jenis peramah bercerita. Aku pergi pun dah lewat pukul 3 petang pada hari yang sama juga, hari Sabtu.

Itulah perangai hubby aku. Kalau dia dah suka makan kat satu-satu tempat tu, selalunya kat situ jugalah yang dia pergi. Restoran lain yang jadi kegemaran hubby di Bandar Baru Bangi ni tentunya restoran Mohd Chan Abdullah. Kalau tidak pun restoran D'Arab Cafe yang berdepan hotel Residence Uniten.

Ijan @ JeBateja kawan hubby aku sejak depa bujang lagi. Sama-sama rajin bekerja dan setia bekerja dengan syarikat yang sama sejak tahun 1992 lagi hingga kini. Sebut saja nama dua orang ni kalau tiba di syarikat ini, Insyaallah ramai yang mengenali. Mereka berdua bukan taraf pengurus pun, hanya bermula dari tahap juruteknik, naik ke penyelia dan seterusnya jurutera.

Apa kelebihan syarikat tu? Apa yang aku lihat, kebajikan pekerja sentiasa dijaga dan hubungan sesama pekerja juga rapat. Semuanya pekerjanya muslim, maka tiada masalah tentang waktu solat Jumaat dan sering diadakan kelas-kelas agama pada hari Jumaat dan kadang ceramah ugama pada waktu-waktu tertentu. Apabila ada musibah atau kematian yang menimpa pekerja, maka beramai-ramailah mereka mengadakan solat hajat atau pun majlis bacaan Yassin.

Wahh... aku pulak yang promote syarikat dia lebih ye? Ikhlas ni dari pemerhatian aku selama 17 tahun.

Setiap tahun pihak syarikat akan adakan majlis sambutan aidilfitri secara besar-besaran. Semua ahli keluarga para pekerja, para pembekal dan pelanggan syarikat turut dijemput. Peluang perniagaan untuk pembekal makanan juga banyak... nak bekalkan makanan yang pelbagai. Makan sampai kenyang.. macam kat entry INI.

Buat rakan yang juga telah aku kenali sejak 17 tahun yang lalu, Ijan @ JeBateja : Terima kasih kerana menjadi rakan yang baik sejak dulu. Lepas ni aku kena ingat siapa yang datang hantar kek pelangi atau puding ke rumah jiran sebelah aku kalau terdengar bunyi hon kapal dari MyVinya yang comel tu. Memang terkejut aku kalau dengar bunyi hon tu si Ijan @ JeBateja ni.

Sunday, 13 November 2011

Bayang-bayang tak mungkin lurus dari kayu yang bengkok

Lama benar aku tak kongsikan kata-kata yang dicoretkan oleh Ibu Nora dari wall facebooknya. Sangat indah dan mempunyai makna yang sangat mendalam :


"Yang menghidupkan hati adalah iman dan yang mematikan hati adalah kufur.. Sedang yang menyihatkan hati adalah taat dan penyakitnya adalah terus menerus dalam kemaksiatan.. Yang membangunkan hati adalah zikrullah dan yang menidurkannya ialah lalai..."

"Bahagia itu letaknya di hati, erti bahagia itu apabila merasakan diri cukup tenang dan damai, untuk merangkulnya tak mudah namun tak juga susah andai istiqomah menjadi santapannya, koreksilah diri sendiri,layakkah kita untuk bertemu Bahagia milik kita, jalannya bermula dari kita, muhasabah diri dan istiqomahlah dalam setiap apa yang kita lakukan..."

"Tidak ada musibah yang lebih besar selain kemalasan dan hilangnya semangat dari hati seseorang untuk berbuat baik.. Maka ketahuilah, bahawa dia sedang tertimpa musibah yang paling besar yang tiada lagi musibah yang lebih besar dari itu..
- Al Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad -"

"Mana mungkin lahir bayang-bayang yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok..."

Terima kasih Ibu Nora yang tak jemu-jemu mengingatkan teman-teman tentang keindahan Islam..

Saturday, 12 November 2011

Lupa tarikh ulang tahun perkahwinan 11.11.11 akan datang? Melampaulah tu!

Tarikh 11.11.11 sudah pun berlalu. Memang cantik susunan nombornya. Macam plet kereta adik angkat dan jiran aku je.. 1111. Macam susunan tiang pagar aje. Ramailah yang sibuk nak kahwin pada tarikh yang cantik ni. Mmmm... kalau ada yang lupa tarikh ini sebagai ulangtahun perkahwinan, memang melampau kot..ha..ha..

Bagai kata Diana, tarikh yang cantik ni bukanlah bagus sangat. Banyak bikin susah juga. Baca ngomelan Diana di entrynya INI. Rakan facebook aku pun ada yang tak suka betul dengan tarikh ini.

"suka sampai menyusahkan org lain...??? di 1 masjid di Pahang tok kadi terpaksa menikahkan 11 pasangan serentak.... sedara-mara pula terpaksa ambik cuti balik kampung, nanti cuti sekolah nak balik lagi..."

Begitu penangan tarikh yang cantik tersusun ni.

Tarikh 11hb ni banyak kaitan dengan aku juga sebenarnya. Antaranya :

11 Mac - tarikh lahir kawan aku
11 May - tarikh lahir kakak aku
11 Sep - aku mula bekerja di Sony
11 Oct - tarikh lahir adik aku
11 Nov - ulang tahun perkahwinan kawan aku
11 Dec - ulang tahun perkahwinan aku

Namun sedihnya bila aku terbaca berita tragedi 11.11.11 yang tak mungkin luput dari ingatan kesemua ahli keluarga, rakan terdekat bagi mangsa-mangsa kemalangan jalan raya ini. Ia melibatkan bas, sama seperti tragedi 10.10.10 yang lalu. Berita dan gambar-gambar di SINI. Alfatihah...

Bagi aku, boleh suka dengan tarikh-tarikh yang cantik tapi elok di fikirkan dulu kekurangan dan kelebihannya. Salam tahniah buat kedua-dua adik angkat lelaki aku yang nikahnya pada tarikh keramat 11.11.11 tetapi majlis kendurinya di hari ini, 12.11.11. Seorang di Melaka dan seorang lagi di Johor. Kedua-duanya sebaya dengan adik kandung aku yang seorang tu, perempuan. Kebetulan pula umur ketiga-tiganya sama dan kedua-dua adik angkat aku pula nikah pada tarikh yang sama. Moga bahagia selamanya bersama pasangan masing-masing. "Lama Kak Liza menunggu korang nak kahwin, tapi bila tiba harinya tak dapat hadir pula!.. Sedih!"