iklan

Followers

Pages

Tuesday, 22 November 2011

Gol penalti kemenangan Malaysia! Tahniah!

Aku tak sanggup dah nak terus tengok lawanan perlawanan bola malam tadi antara Malaysia dan Indonesia dalam final Sukan Sea ke 26 tu. Pada separuh masa kedua tu masih lagi terikat seri 1-1.

Ngeri bila pemain Indonesia menyerang di kotak penalti Malaysia. Lepas tu aku frust giler bila pemain Malysia gagal menjaringkan gol di depan pintu gol Indonesia. Bukan nak marah pemain Malaysia pun tapi geramnya bila kena sipi-sipi je bola tu.

Dalam facebook, Ujang kata tengok bola boleh sembuh sakit jantung. Oooo... tidaklah, rasa nak luruh jantung aku tengok malam tadi walau pun tak tengok habis.

Tapi info dari Amy pula kata ada yang meninggal dunia pada malam perlawanan. Sudah ajalnya di situ.. Al-Fatihah dan salam takziah. Entrynya di SINI.

Pagi ni aku tanya anak teruna aku yang berjaga malam dengan ayahnya menonton final bola "sapa menang bang?".

"Malaysia menang! 5-4 sepak penalti!" jawab dia.

Lega dan gembiranya aku dengar. Mungkin minda aku sarat dengan rasa pentingnya kemenangan ini kerana lawannya adalah Indonesia. Agak emosi sikit aku.

Tahniah pada semua pemain Malaysia yang bertungkus-lumus berjuang di padang bola malam tadi. Berbaloi sungguh kemenangan malam tadi.

Gol penalti kemenangan Malaysia!

Sunday, 20 November 2011

Baru tengok! Best juga ye Master Chef..


Gambar dari SINI bersama resepinya. Ikan haruan tuu...

Seronok tengok mereka memasak. Ada pelajar, doktor, artis dan pelbagai latar belakang kerja yang turut serta dalam pertandingan memasak ini. Malah ada antaranya penoreh getah dan nelayan. Memang hebat persembahan gaya masakan mereka.

Aku tertengok siaran ni semalam di rumah kakak aku. Mak aku yang pasang, dia memang suka memasak. Rupanya mak aku dah lama mengikuti siaran Master Chef ni. Dapat jugalah sedikit ulasan dari mak tentang seorang peserta yang agak sensitif katanya.

"Dia ni sensitif, kadang kena komen dengan juri pun dia nangis!" kata mak.

Bila aku amati wajah peserta tu... Laaa... ini Ary Malik, pelakon. Tak kenal Ary Malik? Dah berusia 40 tahun, tetapi nampak lebih muda dari usianya.

Inilah Ary Malik, lagi infonya di SINI.

Aku suka tengok bersemangatnya mereka memasak dalam program Master Chef ni. Baik yang lelaki mahu pun perempuan. Memang beranilah mereka melakukan sesuatu yang bukan bidang utama mereka.

Siapa nak like dan baca di facebook Master Chef, bolehlah klik kat SINI.

Monday, 14 November 2011

Tiga anak lelaki yang macam-macam..

Aku dikurniakan lima orang anak yang terdiri daripada dua perempuan dan tiga lelaki. Biasanya anak lelakilah yang paling banyak buat perkara yang pelik-pelik dan lebih memeningkan kepala. Pun begitu syukur sebab walau pun lelaki pandai juga Amirul dan Azri sidai kain, lipat kain, gosok baju sekolah dan basuh pinggan sendiri. Tiada pengecualian untuk anak-anak lelaki aku yang dua orang tu. Arif yang bongsu pun baru 2 tahun, dah besar nanti kena belajar buat sendiri juga seperti abang-abangnya juga. Cuma bila suruh Amirul mandikan dan tukar lampin Arif selalu saja terkial-kial sedangkan adiknya Asyikin yang lebih muda dah pandai uruskan Arif.

Amirul, 13 tahun
Anak aku yang montel ni sudah pun punya berat badan dan ketinggian melebihi aku dan hubby. Asal nak ambil gambar sering saja menyorok. Orang dah besar, malu agaknya. Susah benar nak ulangkaji buku pelajaran tapi rajin juga menolong aku membuang sampah ke tong besar di luar rumah. Itu pun nak kena ingatkan selalu. Kalau tidak dia buat tak tahu juga. Cuma tidaklah merengus marah bila disuruh.

Azri, 9 tahun
 Inilah satu-satunya anak aku yang sentiasa slim berbanding yang lain hinggakan Arif dah pun boleh pakai baju-bajunya yang tahun lepas. Koboi mana tersesat pulak ni. Bila bercakap dengannya perlu diulang berkali-kali biar jelas. Lambat fahamnya sebab selalu hilang tumpuan. Kerap leka bermain. Selalu beri aku soalan-soalan yang pelik seperti "gigi manusia ada berapa?", "dulu-dulu dinasour wujud ke?" dan macam-macam lagi. Pening aku nak jawap.

Arif, 2 tahun
Sakit perut kakaknya ketawa bila tengok gambar Arif ni. Jangan salah faham ye! Bukan aku yang buat begini tapi dia sendiri yang pakai. Sekarang Arif dah makin cerewet tentang penampilannya. Baju selalu nak pilih sendiri "nak esyem (hensem)!". Kadang selalu menolak kalau aku yang pilihkan. "Mama! Iyak (ketiak)!" tanda suruh aku spray minyak wangi ayahnya di ketiak. Kena spray depan dan belakang baju juga, pengaruh ayahnyalah ni. Kasutnya ada dua pasang dan selipar sepasang tapi hanya sepasang sahaja yang menjadi kegemarannya. Dah pandai nak mengikut abang-abangnya ke sekolah. Pengaruh bergusti pun dapat dari abang-abangnya juga. Pernah menangis sebab mukanya tersembam ke lantai gara-gara nak ikut 'breakdance' seperti dalam TV. Bahaya betul pengaruh TV, budak 2 tahun pun pandai nak mengikut. Lagu favorite dia tentulah lagu "Insyaallah" dari Maher Zain. Dengar sekali terpaksa diulang berkali-kali sama ada dari handphone atau CD dalam kereta ayahnya.

Macam-macam kerenah anak-anak ni. Kalau tak sabar mungkinlah kena dera oleh orang dewasa. Hilang akal agaknya mereka yang suka mendera budak-budak ni. Terlupa agaknya mereka dulu pun nakal juga masa kecil-kecil dulu. Kita yang dewasa kenalah melindungi mereka, bukannya menyakiti yang tak tentu hala. Nak mengajar pun ada caranya, janganlah berlebih-lebihan menghukum.