iklan

Followers

Pages

Thursday, 1 December 2011

Aku tak niaga puding le! Telekung ada la...



Ha..ha.. gara-gara entry puding marble oreo semalam ada pula yang mesej nak buat tempahan. Alamak! Aku tak niaga puding le! Kalau nak tempah kenalah tanya isteri JeBateja, Cik Puan Lela di blog Gula Hangus. Macam-macam puding ada, kek pelangi, kek coklat, karamel dan tentulah trade mark dia yang utama iaitu kek gula hangus.

Kalau rujuk entry aku NI, Diana kata suaminya teringinlah pulak puding ni. Macam Diana, ramai juga yang minta resepi. Resepi tu ada dalam minda anak dara aku si Aishah. Kitaorang tak rekodkan pun, main agak-agak dan campur-campur je. Kalau tanya aku ni memang haru biru sikit sebab hari ni sukatan aku begini, esoknya lain pulak sukatan bahannya. Ikut suka hati aku je.

Aku cuma berikan cadangan resepi pada Cik Puan Lela melalui panggilan telefon dan pandai-pandailah dia nak mengadunkannya. Dia dah expert buat puding, tentulah mudah bagi dia untuk mengadunkannya ikut citarasa sendiri.

Tadi aku dah call Cik Puan Lela minta suaminya si JeBateja buatkan resepi yang standard dan teratur. Bila dah siap nanti boleh le kongsi dengan kawan-kawan semua. Hebat diaorang berdua ni sebab laki bini pandai memasak. Si isteri cuma memasak aje dan bab resepi pula bahagian si suami untuk merekodkannya sama ada dalam bentuk tulisan atau pun dijadikan ke Youtube.

Sambil tu sempat aku minta diaorang cuba lagi satu resepi puding lain yang sedap juga. Apa resepi tu, tunggu ajelah entry diaorang akan datang. Bak kata Cik Puan Lela, puding yang ni memanglah lebih sedap dan leka bila menikmatinya. Setuju sangat aku...

Jangan risau, kalau Jebateja dah siapkan resepinya pasti aku kongsikan dengan korang semua. Nanti aku canang-canangkan di facebook aku.

Wednesday, 30 November 2011

Puding taruk oreo... sekali hadap je dah habis!


Perghhh... tak sangka pulak resepi puding marble campur biskut oreo ni dibuat segera oleh si JeBateja selepas aku call wife dia si Gula Hangus pasal ni. Gambar kat atas ni versi JeBateja, hasil dari apa yang anak dara aku, Aishah yang buat. Aishah ubahsuai dari puding yang diaorang selalu jual tu juga sebenarnya.

Versi orang bisnes macam JeBateja dan Gula Hangus tentulah lebih sweet gitu. Kalau nak resepi korang tanya diaoranglah ye. Versi yang anak aku buat memang sedap gilerlah! Terasa kombinasi puding yang sedap tu dengan biskut oreo yang coklat tu.

Sebenarnya ada lagi jenis puding lain yang aku bagitau kat wife Jebateja tu. Puding yang ada campur dengan roti gardenia. Aku bagi resepi cara lisan aje, pandai-pandailah dia nak putar alam resepi tu bagi lagi power sedapnya. Nanti aku tanyakan sama ada dah buat ke belum.

Inikah jenis pewaris yang kita harapkan?

Gambar dari SINI

Baru bersekolah rendah tapi dah pandai benar mencuri bagaikan perompak dewasa. Usia 10 tahun dan 12 tahun sepatutnya lebih fokus dengan pelajaran dan apa-apa karektor yang setara dengannya. Tetapi yang ini sudah galak 'bekerja keras' memecah masuk pejabat sekolah dengan tujuan untuk mencuri barang-barang yang beribu ringgit nilainya. Terbayangkan habuan yang lumayan agaknya walau pun ianya salah di sisi ugama dan undang-undang.

Bacalah berita di muka hadapan Harian Metro hari ini dengan tajuk 'Aksi Toyol'.

Inilah 'latihan awal' perompak yang ingin menjadi profesional apabila usia mencecah dewasa. 'Latihan awal' yang mungkin menyusahkan diri sendiri di dunia dan pastinya mendapat hukuman di akhirat. Ada yang terlepas hukuman dunia tapi tak dapat lari dari hukuman di akhirat nanti. Pastilah juga menyusahkan keluarga dan masyarakat sekeliling.

Fenomena yang cukup menakutkan kita dengan perkembangan yang tidak sihat ini. Kecil-kecil dan pandai mencuri, bila besar lebihlah lagi. Moga segera insaf agar 'kerja' yang dipilih ini tidak kekal dan berubah menjadi insan berguna. Amin.

Lain pula halnya dengan seorang bapa ni yang memang nak wariskan kerja-kerja jahat ni pada anak-anaknya. Durjana sungguh! Dia dah la buat jahat, dikerahnya pula anak-anaknya turut serta dalam berita ni 'Bapa kerah dua anak jadi penjenayah'.