"Mama! Kenapa banyak kereta kumpul kat depan tu?", anak aku bertanya.
"Oooo... orang depan tu slow sangat, yang lain mengekor ajelah! Dah tau slow tak nak guna lorong kiri!", aku pulak mengomel.
"Kalau slow kena guna lorong kirikan mama?", tanya Asyikin lagi.
"Ha..ahh!", balas aku!
Hal macam ni selalu sangat berlaku, malah hari-hari pun. Memandu kereta di lebuh raya yang ada 3 lorong kenalah peka dengan lorong yang betul. Kalau dah ada 7-8 buah kereta mengekor kita di belakang tu, sedangkan di hadapan kita tak ada kereta pun bermakna kereta ni bergerak lebih perlahan berbanding kereta lain. Jadi eloklah tukar ke lorong kiri sekali atau tengah ikut kesesuaian keadaan lalu lintas.
Macam tak ada perasaan agaknya memandu atau syok sendiri memandu di lorong paling kananlah kononnya. Pemandu kenderaan di belakang dah bengang sebab nak memotong pun tak ada ruang kerana ketiga-tiga lorong tiada ruang untuk mencelah. Lainlah kalau ada satu lorong itu saja.
Jangan syok sendiri semasa memandu hingga susahkan orang lain. Berilah laluan pada mereka yang lebih laju. Tak perasan ada kereta di belakang? Sia-sia aje ada cermin pandang belakang. Kalau jenis yang takut tukar lorong pun lain kali gunalah lorong kiri atau tengah saja. Jangan usik lorong kanan sekali, kalau jenis penakut le..
Sunday, 4 March 2012
Friday, 2 March 2012
Patutlah lampu rumah lip-lap! Ingatkan anak-anak main soket!
Petang tadi kawan aku bagitau ada pencawang TNB meletup dan terbakar di Bandar Baru Bangi. Lokasi berhampiran tempat kerja lama aku di kilang Sony, berhadapan dengan kilang Hitachi Aircond. Betul-betul dekat dengan traffic light. Kalau tak silap aku ada restoran bawah pokok sebelah pencawang ni.
Copy map google dan edit sendiri..
Orang lain dah lama tau, aku yang lambat tau...! Katanya pasukan bomba dari Kajang pun datang juga bersama-sama dengan pasukan bomba Bandar baru Bangi. Serius benar bunyinya! Seriau aku...
![]() |
| Nak lagi jelas baca, boleh klik sumbernya di SINI |
Bila aku fikir balik, patutlah malam tadi lampu kat rumah aku macam lip-lap dalam 2 ke 3 saat. Cepat ajelah mulut aku tanya ada sesiapa cuba pasang soket ke? Takut ada soket yang rosak, jadi litar pintas nanti bahaya. Ada juga kesannya di rumah aku di Bandar Seri Putra ni.
Jadi aku search info dari teman-teman blogger aku, jumpa :
- Putrajaya dan Bangi, blackout semalam
- Putrajaya, Bangi putus bekalan elektrik
Ada letupan juga, takutnya sebab melibatkan pencawang elektrik yang besar. Bukan semua kawasan yang blackout pun, kawan aku di Seksyen 7 kata situ ok saja. Syukur tiada melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan. Terima kasih pada anggota bomba yang bersusah payah menyelamatkan keadaan dan anggota TNB yang juga pantas dapat menyalurkan semula bekalan elektrik ke kawasan yang terlibat dengan blackout.
p/s : Betulkan aku jika ada info yang tersilap ye..
Eh! Rakanku si Merpati Putih dalam majalah Intrend.. baru nampak!
Aku bawa anak dara sulung pergi cuci rambut di kedai gunting rambut di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Potong sikit bagi layer dan kemas sikit. Pakai tudung pun kena jaga juga kesihatan rambut. Sekali-sekala cuci di kedai. Kalau selalu nanti sengkeklah aku. Kos cuma RM35, extra RM5 untuk syampu anti kelemumur.
Tak ingat nama kedai tapi sebelah restoran Syarifahlah. Setakat ni aku suka ke situ kerana hasil guntingnya kemas dan cantik.
Sambil menunggu tentulah membelek majalah. Banyak majalah Intrend kat situ.
Majalah Intrend ni selalu keluarkan iklan pasal produk make-up Farmasi Colour Cosmetics macam dalam blog Beauty Farmasi. Itu yang aku suka juga nak tengok-tengok. Saja nak tengok setandingnya produk tu dengan jenama kosmetik terkenal yang lain.
Belek punya belek rupanya majalah ni baru aku perasan ada satu ruang untuk para bloggers iklankan blog masing-masing. Antara nama yang biasa aku nampak ialah blog Namee Roslan. Blog ni famous dan followernya pun dah hampir 6 ribu orang masa aku jenguk tadi.
Tiba-tiba tertumpu mata aku pada gambar ini :
Ehhh... ini blog rakan facebook aku ; Asnidar Shafie SiMerpati Putih. Suka menulis novel dan peminat gila tudung Fareeda. Isi blog memang menarik untuk dibaca pada pendapat peribadi aku, cuma tulisan berwarna putih buat mata aku agak terkebil-kebil untuk dibaca bila backgroundnya juga berwarna hampir senada.
Inilah blognya ; Asnidar Shafie Si Merpati Putih.
Wah! Blog novelis, macam rakan baik aku juga Hanis Azla. Bahasa mereka memang indah dan mengasyikkan. Eh! Jiwanglah pulak ye..!
Subscribe to:
Posts (Atom)


