iklan

Followers

Pages

Monday, 12 November 2012

Muncung ala ikan talapia merah!

Ikan talapia merah... goreng pun sodap!


Inilah gelagat anak bongsu aku, Arif yang baru berusia 3 tahun.


Budak kecil buat aksi muncung nampak comel le. Tapi ramai juga aku tengok kanak-kanak dewasa yang suka bergambar dengan aksi muncung begini. Ha..ha... comel jugalah agaknya.
Sama ke muncung tu dik? Cuba tengok lagi sekali...


Anak-anak memang kadang buat kita geram tapi kadang buat kita tersenyum juga. Nak marah atau menegur boleh kalau dia buat salah tapi bukan mendera mental dan fizikalnya. Suka gomol budak kecik ni!

Dah lapar sangat ke dik? Sampai mendongak hirup kuah sup!

Friday, 9 November 2012

Mandian Hydro Therapy, nikmatnya!!

Seminggu dua ni agak gila ke spa. Mana lagi kalau tak ke Riani Beauty Spa yang terletak dekat rumah aku di Bandar Seri Putra. Klik le map kat bawah ni utk lebih jelas lokasi spanya.


View Larger Map

Mandian Hydro Therapy baru saja diperkenalkan di spa ini pada 5 November 2012. Aku yang pernah merasakan kesan positifnya di Shena Aroma Spa yang terletak di Bandar Baru Bangi tentu saja teruja untuk mencubanya pula di Riani Beauty Spa. Lebih dekat nampaknya dengan rumah aku.

Bagaimana gayanya mandian ini. Jadi contoh gambar ini aku jumpa dari SINI. Gambar minah salehlah ye!


Gaya santai habis ni. Air dalam tab mandian dicampur dengan pelbagai jenis wangian yang punya fungsi kesihatannya sendiri. Adakah kita mahu menghilangkan keletihan atau mengalami masalah asma, resdung, obes, urat bersimpul dan sebagainya. Itu tentu saja staf spa yang tentukan jenisnya.

Sebenarnya ada banyak posisi yang dicadangkan oleh pihak Riani Beauty Spa untuk faedah kesihatan yang tertentu juga. Untuk jantung hati? Untuk buah pinggang? Nak pinggang ramping atau 'nasi lemak' cantik? Ada ditampal panduannya di sebelah tab mandian. Aku ikut je...he..he.. enjoy!

Gambar dari SINI, boleh baca lagi info!
Melangkahkan kaki dan menyentuh air di dalam tab perlahan-lahan membuatkan hati berdebar-debar sekejap. Terasa kehangatannya. Perlahan-lahan duduk dan cuba menyesuaikan suhu air dan suhu badan. Berombak-ombak air di dalam tab. Haruman terapinya juga mula melegakan dan menyegarkan.

Memang best! Aku ni kalau nak cepat dan tak sempat nak berurut tradisional maka inilah rawatan alternatif aku ; Mandian Hydrotherapy! Selesa, seronok dan pantas. Hanya perlu luangkan masa 15 minit di dalam tab mandian tetapi sudah terasa manafaatnya.

Selesai waktu 15 minit, badan terasa letih seperti baru lepas bersenam. Aku duduk sekejap untuk rehatkan diri di luar tab. Tak lama kemudian terasa badan mula berpeluh, memang seperti baru lepas bersenam.

Minuman madu disediakan untuk aku. Biasanya aku suka yang suam-suam saja. Tak suka yang sejuk.

Pengalaman pertama aku dulu selepas mandian ini akan buat aku jadi lena tidur. Terasa segar keesokan paginya. Tidaklah rasa berat saja nak bangun pagi. Ini pun rasa macam hilang pula lenguh-lenguh di belakang badan yang aku alami sejak malam sebelumnya.

Bagi mereka yang sibuk dan mengejar masa, inilah rawatan terbaik yang aku syorkan. Jika dekat dengan rumah, ke Riani Beauty Spalah aku. Tetapi jika di Bandar Baru Bangi, tentu saja Shena Aroma Spa haluan aku.

Thursday, 8 November 2012

Terima kasih kerana memberi laluan!

Ada orang bijak menghargai pengorbanan orang lain dengan caranya yang tersendiri. Dia pun tahu bagaimana nak menghargai orang lain dengan memahami apa yang orang itu suka. Wah! Seronoknya.

Sedihnya bila pengorbanan kita dipandang sepi oleh orang lain, lebih-lebih lagi dari insan yang sangat kita harapkan. Ada yang inginkan penghargaan dari segi material, ada juga hanya memerlukan reaksi kasih sayang dan perhatian. Namun ada juga yang ucapan 'terima kasih' saja sudah memadai.

Kejayaan seseorang adakalanya dibina atas susah payah diri sendiri yang memerlukan pengorbanan masa, harta benda dan mungkin juga melibatkan diri sendiri. Tetapi ada juga kejayaan yang dicapai melibatkan pengorbanan orang lain sama ada secara baik atau sebaliknya.

Pengorbanan orang lain secara penindasan untuk memberikan kita kejayaan memang jelaslah tidak baik dan perlu kita elakkan. Itu melibatkan sifat hasad dengki dan suka menjatuhkan orang lain.

Apa yang ingin aku katakan bila kebanyakan kejayaan yang kita capai bukanlah sepenuhnya atas usaha kita sendiri tetapi juga atas kerjasama dan pengorbanan orang lain juga. Biasanya ia dilakukan atas dasar kasih sayang.

Ibu bapa sudah tentulah berkorban masa, tenaga dan perasaan demi kejayaan anak-anaknya dalam mengejar cita-cita. Itu sememangnya sudah menjadi kewajipan ibu-bapa memberikan ilmu untuk anak-anaknya.

Bagaimana pula dengan suami atau isteri yang berjaya mengejar cita-cita sama ada lebih tinggi pendidikan atau bisnes menjadi lebih baik mahu pun pangkat menjadi semakin disegani. Adakah mereka melihat atau menghargai insan-insan yang menyokong, mendorong, memberi kerjasama, berkorban masa dan perasaan demi memberi laluan kejayaan padanya?

Ada yang ingat tetapi ramai juga yang lupa. Syukur alhamdulillah bagi yang ingat!

Jika lupa dengan pengorbanan mereka yang menyokong kita masih lagi tidak mengapa walau pun ianya sangat menghiris hati orang lain. Tetapi janganlah lupa padaNya, Allah SWT yang telah memberikan keizinan memberi laluan untuk kejayaan kita.