Thursday, 9 December 2010
Solat aku, solatkah dia?
Ramai ibu bapa yg terpaksa mengingatkan anak2 mereka berkali-kali supaya bersolat bila tiba waktunya. Tapi ramai juga ibu bapa yg hanya mereka saja yg bersolat, anak2 tidak ditegur lansung. Tak kurang juga yg semuanya pun tak bersolat.
Masalah2 begini adalah realiti yg berlaku di dlm sesebuah keluarga. Ada banyak kategori berkenaan solat ini. Ada hal mengingatkan agar solat namun dilewat2kan malah ada juga diengkari. Tidak kurang yg 'mengelat' atau menipu dlm solat, menipu dgn solat tanpa berwudhuk terlebih dahulu atau pun solat tak cukup rakaatnya dan macam2 hal lagi. Bagaimana pula dgn bacaan dlm solat?
Alhamdulillah bagi ibu bapa yg meluangkan masa selalu 'spotcheck' solat anak2 mereka yg bukan hanya pada perbuatan malah pada perincian bacaan juga. Masalah 'tak sempurna' ini sering berlaku di kalangan kanak2 namun ramai juga di kalangan dewasa dan warga emas.
Tidak kira diperingkat mana pun umur kita, bertanyalah jika tidak tahu atau tidak pasti tentang solat. Jangan malu bertanya yg mengakibatkan solat kita menjadi tidak sempurna. Perbaiki kekurangan sedikit demi sedikit dari hari ke hari kerana itu lebih baik drp tidak bersolat lansung hanya kerana tidak mahu belajar.
Pendapat yg aku berikan ini hanya secara umum berdasarkan apa yg aku perhatikan disekeliling kita. Kepentingan solat itu banyak disebutkan dalam Al-Quran dan hadis. Antaranya solat sebagai tiang agama, merotan bagi anak yg engkar solat diusia 10 tahun, akibat dari mereka yg melewatkan solat apatah lagi meninggalkan solat, akibat drp mereka yg tidak menjaga adab2 dlm solat, yg membiarkan keluarganya tidak solat, bagaimana solat ketika uzur, ketika bermusafir dan sebagainya.
Banyak buku2 yg menceritakan tentang solat 5 waktu ini, termasuk solat2 sunat juga. Ramai juga para alim yg sudi mengajar. Hanya kita yg perlu menggerakkan diri sendiri untuk mencari ilmu solat dan mengubah diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Tidak perlu lagi kita menyalahkan ibu bapa kita dulu yg tidak memberikan ilmu yg secukupnya semasa kecil. Jangan pula kita menambah kesilapan mereka dan menjadi seperti mereka.
Ada juga yg cukup didikan ugama diberi pun masih juga hanyut mengikut nafsu. Semuanya atas diri kita untuk berubah. Tepuk dada tanyalah iman masing2. Perbetulkan yg tersilap, tambahkan kebaikan pada yg kurang.
Jangan jemu mengingatkan insan2 yg anda sayang utk turut sama bersolat walau pun setiap waktu dan setiap hari. Insyaallah, keikhlasan & kebiasaan itu akan datang dengan sendiri tanpa perlu disuruh2 lagi suatu hari nanti. Jangan putus asa dengan sentiasa memohon petunjuk & hidayah dari Allah s.w.t. Amiinn..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
menarik ni.. didikan dari awal ttg kewajipan bersolat memang sangat perlu kan..
Post a Comment